SaHaBaT FiLLaH

Friday, July 4, 2014

BaiTuL MuSLiM



 

“Ukhti, ana mencintai ukhti,” perlahan suaranya, matanya berkaca.

“Maaf, ana tidak percaya,” jawab ukhti itu bersahaja.

“Kenapa?”

“Selain sanadnya tidak menurut Rasulullah SAW, penuturnya juga tidak mutawatir, tiada perantaraan sahabat, Cuma enta sahaja. Oleh itu, cinta enta tarafnya daif.”

“T___T”
 
********************

Jadilah realistik. Ini bukan filem islamik 7 petala cinta.

Jika anda menghormati nilai Muslimah ukhti yang anda ingin sunting menjadi pendamping, anda akan terus meminta orang tengah yang anda thiqah atau terus berjumpa walinya.

Tiada penangguhan berjanji 2 tahun akan datang baru hendak berjumpa walinya, tiada bibit-bibit menjerat hati satu sama lain, tiada adegan “kau bakal zaujahku yang akan melahirkan zuriatku.”

Kerana anda tahu & anda sangat memuliakan standard ukhti yang ingin anda sunting ini.

Perasaan yang cantik itu ALLAH simpan untuk suaminya, bukan untuk kamu & anda tahu, belum ada ketentuan dari ALLAH andalah pemiliknya.

Anda tahu bahawa anda akhi yang ditarbiyyah. Anda menjaga standard anda.

Dan akhawat yang benar tinggi standardnya, dia menguruskan urusan Baitul Muslimnya mengikut tinggi standardnya itu. No Coupling Session For It!

Urusan BAITUL MUSLIM bukan urusan main-main.

Dan buat pasangan yang sudah dipersetujui kedua belah pihak ibu bapa (semestinya yang bukan tunang main-main ataupun guna istilah jatuh hukum jadi tunang orang tanpa sengaja video Ustaz Azhar Idrus itu tapi sebenarnya tengah cari tiket bercouple).

Yang sudah ke tahap keseriusan hubungan ingin berkahwin berserta cadangan tarikh walimah & sokongan keluarga, saya mendoakan, moga ALLAH permudahkan urusan antum.

Tahu  dalam hati itu bergoncang betapa strugglingnya antum menahan gejolak hati, moga ALLAH mudahkan, moga. Ameen.

“Cara untuk belajar menjadi isteri terbaik hanyalah melalui SUAMI. Cara terbaik menjadi suami terbaik hanyalah melalui ISTERI, TIDAK BISA MELALUI PACARAN! 

Pacaran hanya mengajar bagaimana menjadi pacar terbaik, BUKAN suami atau isteri terbaik.” ~Ustaz Didik Purwodarsono, Buku Saatnya untuk Menikah~



Sekadar ingatan & nasihat, buat diri sendiri (yang sekarang & akan datang), serta sahabat-sahabat :

Buat yang sudah punya suami atau isteri serta anak, setialah pada pasangan & didiklah anak mengikut acuan Al-Quran, lillahi Ta'ala.

Buat yang sudah bersuami atau beristeri, teruslah bercinta hingga ke syurga & tidak mencari serta memandang yang lain, lillahi Ta'ala.

Buat yang sudang bertunang, jagalah diri & bersabar dalam mencari ilmu rumah tangga, lillahi Ta'ala.

Buat yang sudah ada calon tapi masih belum sedia melangkah, jagalah hati & perbaiki amal terus dan terus, lillahi Ta'ala.

Buat yang masih sendiri, janganlah cemarkan diri dalam hubungan yang sia-sia, berbaktilah pada ibu bapa & teruslah bercinta dengan ALLAH, lillahi Ta'ala.

Janji ALLAH itu pasti. Yakinlah bahawa ALLAH sudah sediakan yang terbaik buat kita. 

Tinggal kita saja, mahu jadi yang terbaik atau tidak, kerana ALLAH atau tidak? Tidak bertemu di dunia, di syurga itu pasti. ~Nur Maizan Nazmal~

Mantapkan muwasafat tarbiyah dalam pembinaan individu muslim yang sejati.

First thing first : “Be the best FARDU MUSLIM, you can build a great BAITUL MUSLIM.”

 

No comments:

Post a Comment