SaHaBaT FiLLaH

Monday, December 31, 2012

eXaM FeVeR...

  
"Achieve ALLAH list, Achieve Dean list."

Sejauh manakah keyakinan kita pada ALLAH dalam menguruskan hidup kita? Dalam akademik dan dakwah kita? 

Belajar dari Perang Badar... (^_^)

Mungkin kita sudah terbiasa mendengar tentang perang Badar.

Namun, sebenarnya banyak kisah yang berlaku dalam perang ini yang sepatutnya kita ambil ibrah daripadanya.

Sudah kita sedia maklum, bilangan tentera islam dalam perang Badar adalah sedikit manakala bilangan tentera kafir pada masa itu 3 kali ganda daripada tentera islam. 

Walaupun pada mulanya, orang islam berada resah dan risau dengan bilangan yang sedikit dan bertambah pula dengan kelengkapan perang yang sederhana, namun ALLAH menurunkan hujan dan melahirkan rasa mengantuk dikalangan tentera islam. 

Tentera islam tidur awal pada malam itu manakala tentera kafir  sibuk menguruskan kem penginapan mereka yang yang dipenuh lecak becak.

Begitu juga dalam perjalanan menuju ke tempat perang, Rasulullah SAW menuju ke perigi Badar yang paling hampir tetapi Hubab Al-Munzir telah mencadangkan ke perigi yang boleh menyekat air ke orang kafir.

Semasa perang berlaku pula, Rasulullah SAW mengarahkan tentera islam 2 perkara:

1) Berselindung disebalik perisai ketika tentera kafir memanah.
2) Bertempur bersama ketika tentera kafir memulakan pertempuran.

Keajaiban telah berlaku...
 ALLAH menolong tentera Islam dengan beribu-ribu Malaikat yang dilihat Abu Sufyan sebagai tentera berjubah putih.

Tambahan pula, Rasulullah SAW tidak putus-putus berdoa, agar diberi kemenangan kepada tentera islam.

"Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi."

Begitulah apa yang ditunjukkan dalam perang Badar bagaimana teguh dan utuhnya kebergantungan Rasulullah dan tentera islam pada ALLAH untuk mencapai kemenangan.



Realiti kini... (*_*)

Sebagai seorang pelajar, jarang sekali kita meyakini pertolongan dan janji ALLAH bagi orang-orang yang beriman. 

Ini mungkin kerana kita tidak pernah melalui 'keajaiban' pertolongan ALLAH itu.

Sebagai pelajar, kita sering menyalahkan tarbiyah, halaqah, majlis ilmu atau dakwah itu sendiri menjadi asbab kemunduran kita dalam pelajaran. 

Mungkin kita tidak sedar, itu  sebenarnya adalah hasil sikap kita sendiri.

Semoga, kita sentiasa yakin dengan janji ALLAH.
Bergantunglah sentiasa pada Nya kerana Dialah yang menciptakan kita.

Usaha, strategi, doa dan pertolongan ALLAH adalah komponen penting untuk kita berjaya.

Jangan pernah lemah dan bersedih hati.

Selamat berjaya dalam Peperiksaan Semester yang bakal berlangsug tidak lama lagi!


*Footnote 31/12/2012: Menghitung saat Final Exam Semester 5 menjelang. Countdown 9 days...

~atikah humairah~ (^_^)

09/01: FIQH AL-JINAYAT  
10/01: MANAHIJ AL-FUQAHA'
11/01: MABAHITH DALALATUL AL-ALFAZ
12/01: FIQH AL-MAWARITH WA AL-WASIYYAH WA AL-WAQF
12/01: FALSAFAH AL-TASYRI '
15/01: PRINSIP PENGURUSAN PANGKALAN DATA
15/01: PRINSIP SPESIFIKASI PERISIAN REKABENTUK

~Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bil khoir~

Tuesday, December 25, 2012

WaRKaH CiNTa...


 

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang,
Meraih mahkota Cinta dari Syurga.

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.
 
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat aku pergi… 
Biarlah cintaku tetap di situ.



Petikan Status FB Page Ustaz Cinta (^_^)

Ramai yang bertanya apakah ertinya:
"Selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan..."

Frasa di atas adalah rangkuman dari Akhlak Rasulullah SAW atau SUNNAH Nabi yang mahukan umatnya bersikap lemah lembut dalam kebanyakan perkara. 

Suatu ketika Ummul mukminin Aisyah pernah diajari oleh Nabi SAW,

"Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan. Allah memberikan pada kelembutan apa yang tidak Dia berikan pada kekerasan dan apa yang tidak Dia berikan pada yang lainnya.” (HR. Muslim no. 2593) 

Ulamak menjelaskan juga maknanya:
"Dengan kelembutan itu seseorang akan meraih berbagai tujuan dan mudah mencapai apa yang diharapkan, yang mana tidak dapat diraih dengan sikap selainnya." (Syarah Shahih Muslim, 16/144) 

Ummul mukminin Aisyah mengisahkan bahawa Nabi SAW memerintahkan kepadanya:
“Hendaklah engkau bersikap lembut. Kerana tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu, kecuali pasti memperindahnya. Dan tidaklah kelembutan itu tercabut dari sesuatu, kecuali pasti memperburukannya.” (HR. Muslim no. 2594) 

Maksudnya: "Hendaklah engkau bersikap lembut dengan berlemah lembut kepada siapa pun di sekitarmu, sederhana dalam segala sesuatu dan menghukum dengan bentuk yang paling ringan dan paling baik." (Faidhul Qadir, 4/334)  
 
Konklusinya, kerana kelembutan itu Amir memiliki CINTA Wardah. Malah Amir mampu menawan hati sesiapapun jika dia kekal memiliki kelembutan itu. 
Agamawan,serulah kepada agama dengan KELEMBUTAN. Agar ramai non-muslim tertawan. 

Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah

Sunday, December 9, 2012

eiD MiLaD...


EID MILAD-21… (^_^) 

Saban tahun, detik 8 Disember bakal menjelma. 

Hari ini. Tarikh kelahiranku bakal mewarnai ‘kamus’ hidupku.

Detik permulaan musafirnya diriku di atas muka bumi ALLAH ini. 

Memori yang pasti mendebarkan buat mama saat berjuang bermati-matian melahirkan anakmu. 

Tidak terhitung segala jasamu, ibu. Betapa tingginya pengorbananmu mulai detik benih anakmu tersemai dalam perutmu hinggalah saat anakmu dewasa kini.


“Happy birthday to you.”

Sanah Helwah & Eid Milad.”

“Selamat Hari Lahir.”

Bukan sekadar ucapan biasa-biasa. Ia mempunyai makna tersirat.

Bertambahnya usia bukan sekadar meningkatnya angka umur. Bukan sekadar happy dapat celebrate birthday bersama keluarga tersayang.

Bukan sekadar best dapat hadiah serta ucapan birthday daripada sahabat.

Persoalannya, bagaimana kita menghargai pengorbanan ibu kita?

Kerana saat kita dilahirkan di dunia, ia juga bermakna pengorbanan ibu kita yang bersusah-payah mengandung, melahirkan dan mendidik kita hingga saat ini.

Pernahkah kita terfikir? (*_*)

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” {Surah Al-Isra’ : 23}



NUMBER ONE FOR ME…

Angah dedikasi ucapan THANK YOU, istimewa buat mama dan abah yang sentiasa tersemat dalam sanubari.

“Mama, you are number one in my heart after ALLAH & Rasulullah.”

Keredhaan ALLAH bergantung pada keredhaan ibu bapa terhadap kita. “Syurga itu terletak di tapak kaki ibu.”

Alangkah sia-sianya hidup kita di dunia andai di akhir hayat kita dimurkai ALLAH disebabkan dosa kita derhaka terhadap ibu bapa. 

Jika ALLAH sudah timpakan azab di dunia lagi, masakan kita masih bermimpi ingin ‘selamat’ di akhirat kelak?

Jom kita berfikir sejenak! ^_^

9 bulan ibu mengandungkan kita, sentiasa bersabar ‘membawa’ kita (dalam kandungan) ke mana-mana sahaja. Itulah kasihnya seorang ibu.

Ada hikmah tersirat di sebalik ALLAH memuliakan wanita sebagai seorang ibu, kerana sifat penyayang yang menghiasi akhlak ibu cukup hebat berbanding ayah.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut betapa mulianya martabat IBU berbanding ayah. 

Tak percaya? 

Jom kita check ‘warkah cinta’ dari Hadis Nabi SAW!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda jika dibandingkan dengan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.



ALHAMDULILLAH…

Pertambahan umur ini membuatkan ku insaf, apakah 21 tahun yang lalu sudah cukup amalan ku untuk ku bawa menghadapnya?

Apakah hari-hari bakal mendatang memberi diriku peluang untuk terus berjuang demi agama suci ini?

Sesungguhnya ku bersyukur kerana masih diberi peluang malah dipilih untuk berada di medan perjuangan. 

Moga kita semua menjadi hambaNya yang terpilih sebagai ansorullah.

~Lastly, dah boleh daftar mengundi! (08122012) ^_^

Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah

Thursday, December 6, 2012

PuRDaH oN-oFF...

 Sebenarnya saya sudah banyak menulis tentang purdah. Boleh diselongkar stor artikel yang lama.

Tentang tajuk ini, saya sekadar mahu mencoret ringkas pandangan kecil saya.

Saya percaya, jika ditanya pada setiap orang tentang situasi ini, pasti mereka akan memberikan pandangan yang berbeza-beza.

Contoh :
"Hari tu pakai purdah, tup-tup hari ni dah tak pakai. Siap bersolek bagai. Itulah manusia..hmm.."
"Eh bukan ke dia ni pakai purdah? Dalam gambar ni tak pakai pulak. Balik Malaysia terus bukak purdah la ni. Macam tu baik tak payah pakai "
"Kalau nak pakai, kena pakai betul-betul. Jangan kejap pakai kejap tak pakai. Bila dah pakai, kena pertahankan sampai mati."
Banyak lagilah komen-komen lain dengan nada yang pelbagai.

Semuanya kerana fenomena di kalangan segelintir muslimat yang kadangkala dilihat berpurdah, dan kadangkala tidak. Juga yang dahulunya berpurdah, sekarang tidak.


FAHAMI KHILAF

Terlebih dahulu, mari kita fahami tentang khilaf. Apa itu khilaf?

Khilaf adalah perbezaan pendapat di kalangan ulamak kerana tidak adanya dalil yang benar sahih dan menunjukkan kepada hukum tersebut. 

Khilaf ini terjadi dalam bab Fiqh, tetapi tidak dalam bab Akidah.

Natijahnya membawa kepada pengamalan yang berbeza-beza tetapi saling berlapang dada.

Boleh jadi yang satu betul, boleh jadi yang satu lagi lebih tepat.

Dalam masalah purdah, ia adalah khilaf sejak sekian lama.

Masing-masing telah menerima sebagai perbezaan pendapat yang terpulang kepada individu untuk mengambil pendapat yang diyakini lebih baik.

Ada yang berpegang dengan hukum wajib, lalu digenggam sebagai wajib.

Ada yang berpegang dengan hukum sunat, kalau pakai dapat pahala tapi kalau buka tidak berdosa, lalu itulah pendiriannya.

Ada yang berpendapat ia sebagai mubah (harus) lalu mereka berpegang atas pendirian tersebut.

Konklusi dalam perkara ini, masing-masing kena berlapang dada.

Bagi yang berpegang dengan hukum wajib, janganlah sampai memaksa orang lain untuk pakai atau menghukum orang yang tidak pakai.

Bagi yang berpegang dengan hukum harus, tidak boleh sinis dengan yang bertegas dengan memakainya sebagai wajib.

Manakala bagi yang berpegang dengan hukum sunat, tidak boleh dipandang sebagai berdosa sekiranya dia meninggalkan amalan sunat tersebut.

Umpama seorang sahabat kita yang setiap hari masuk masjid akan bersedekah RM2 ke dalam tabung masjid.

Suatu hari dia meninggalkan amalan tersebut, maka kita tidak boleh menganggapnya sebagai berdosa kerana dia mempunyai pilihan samada mahu bersedekah ataupun tidak.



FAKTOR PURDAH ON-OFF

Saya pernah diajukan soalan seperti ini, dan saya memberikan pandangan saya.

Muslimat yang memakai purdah tetapi on off, sebenarnya tidaklah berpunca dari satu faktor sahaja.

Inilah masalah kita apabila memandang sinis dan mudah prejudis dengan saudara sendiri dalam bab ibadah.

Bila seseorang saudara kita jarang ke masjid untuk solat berjemaah seperti kita, maka saudara tersebut dipandang serong bukannya didekati ataupun diusaha untuk berbaik sangka.

Purdah juga begitu. Bila seseorang membuka purdahnya, maka kita cenderung melihat satu faktor sahaja : tidak istiqamah, pakai main-main dan sebagainya.

Walhal, bukankah ada banyak lagi faktor lain seseorang itu membuka purdahnya?

Ada yang disebabkan keperluan pekerjaan. Boleh jadi situasi pekerjaan yang dipilih lebih memudahkannya jika tidak berpurdah. Apatah lagi dalam suasana di Malaysia, bukan di tanah arab.

Ada yang disebabkan keluarga. Boleh jadi keluarganya akan berkecil hati jika anak gadis mereka berpurdah meskipun bersama mereka dalam aktiviti kekeluargaan.

Ada juga disebabkan tuntutan dakwah. Boleh jadi bagi mereka, strategi dakwah tanpa purdah lebih berkesan mendekati mad’u berbanding memakai purdah.

Banyak lagi faktor-faktor yang lain seseorang itu membuka purdahnya. Bukan satu faktor sahaja.

Justeru, apakah kita hanya ingin bertegak atas suatu prejudis dan prasangka semata-mata?

Ia menghilangkan nikmat ukhwah dan mencacatkan persaudaraan.


YANG TIDAK KHILAF

Teringat waktu berdiskusi dengan isteri, saya katakan kepadanya.

Saya tidak menafikan kemungkinan untuk dia tidak berpurdah suatu ketika nanti. Boleh jadi dia akan berpurdah sampai tua, dan boleh jadi tidak.

Sebagai suami, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan isteri melakukan sesuatu atas dasar ilmu dan kefahaman, bukan hanya semangat mahupun ikutan.

Agama mengajar tentang maqasid (tujuan agama) dan seorang muslim yang bijak adalah muslim yang beramal dengan menjiwai maqasid tersebut.

Pakai purdah ada maqasidnya.

Maqasid pakai purdah adalah untuk memelihara diri dari fitnah. 

Wajah wanita, meskipun bukan aurat, tetapi ia menarik perhatian lelaki, apatah lagi jika wajahnya cantik.

Maka menjadi suatu yang afdhal untuk wajah tersebut dilindungi agar maruahnya tetap terjaga.

Tapi, kalau pakai purdah, namun wajah di "snap" jarak dekat, dan dipublish dalam facebook, sehingga jelas bulu matanya yang lentik, itu jelas sekali songsang dengan maqasidnya, sebagaimana ditulis dalam artikel ini.

Daripada kita sibuk bercerita tentang perkara yang memang khilaf dan merupakan bab afdhaliyyat (kelebihan beramal), mengapa tidak kita tekankan tentang perkara yang tidak khilaf?

Seseorang yang tidak berpurdah, tetapi ketika keluar ke khalayak dia tidak menonjolkan perhiasan diri dan wajah serta sangat menjaga dari mempublish gambar di facebook atau blog, adalah LEBIH BAIK daripada seseorang yang berpurdah, tetapi bergemerlapan, gemar bergambar jarak dekat menampakkan bebola matanya yang jernih, sambil menjeling dengan jelingan bertopeng panahan syaitan.

Apa yang tidak khilaf adalah kewajipan menjaga diri dari fitnah.

Kewajipan menyembunyikan perhiasan diri dan jangan keluar ke khalayak (atau alam maya) dalam keadaan yang menarik perhatian ajnabi.

Jangan membiarkan diri dipandang, dan jangan memandang-mandang.

Bukankah semua ini lebih utama untuk diingatkan?

Kalau seseorang yang dulunya berpurdah, tetapi tiba-tiba tidak berpurdah, di mana kita mengetahuinya apabila melihat gambar terbarunya di facebook, maka terlebih dahulu betulkan mindset kita bahawa boleh jadi dia lebih selesa tidak berpurdah.

TETAPI perbuatan mempublish gambar di facebook itu perlu ditegur, agar ia tidak menjadi pembuka pintu fitnah.

Dengan cara itu, kita boleh mengembalikan hikmah nasihat menasihati atas perkara yang pokok, bukan sekadar cabang dan ranting.


FITNAH VS BUKAN FITNAH

Wanita adalah fitnah. 

Itu termaktub dalam hadith Nabi SAW : "Tidak akan tinggalkan fitnah yang lebih besar ke atas kaum lelaki berbanding wanita."

Namun dalam menjiwai hadith tersebut dan menjalani kehidupan sebagai muslimah saban hari, kita memerlukan kebijaksanaan yang tinggi.

Saya katakan, seorang anak gadis yang berpurdah tetapi gemar berjalan seorang diri itu lebih menjadi fitnah berbanding seorang anak gadis tidak berpurdah, tetapi berjalan bersama ayah atau ibunya.

Sebab itu saya nasihatkan, jika mahu mengenakan purdah, lihat kepada tempat yang dituju dan khalayak mana yang kita masuki.

Jika khalayaknya aman dari fitnah lelaki serta lebih sesuai untuk tidak berpurdah, maka tidak memakainya itu lebih baik. 

Sudah tentu, ini bagi muslimat yang berpegang dengan hukum sunat atau harus sahaja.

Begitu juga jika keluar bersama suami, boleh sahaja untuk tidak mengenakan purdah kerana telah aman daripada fitnah. Lihat sahajalah dalam kehidupan kita.

Lelaki tidak akan tergamak menjeling anak dara orang jika bapanya ada di sebelah.

Begitu juga mereka tidak akan berani menjeling isteri orang jika suaminya ada di sebelah.

Dalam ertikata lain, situasi tersebut seakan pengganti kepada sekeping kain bernama purdah.

Adapun jika keluar ke khalayak yang ramai, terdedah kepada fitnah dan memerlukan kepada penjagaan diri yang lebih ketat, maka pada saya, berpurdah adalah lebih baik. 

Bahkan ramai sekali muslimat yang mengakui mereka lebih tenang dan selesa apabila memakai purdah, seperti yang saya tulis dalam artikel ini.


KESIMPULAN

Kata-kata keramat "hasanaatul abrar, sayyiaatul muqarrabin" yang bermaksud perkara yang dinilai baik bagi orang kebanyakan namun dinilai buruk bagi orang yang dekat dengan Tuhan wajar dijadikan azimat untuk meningkatkan diri ke arah memperbanyakkan amalan sunat.

Namun ia sama sekali tidak boleh dijadikan modal untuk menghukum.

Amalan baik itu adalah kempen. Solat berjemaah itu kempen. Bersedekah itu kempen. Pakai purdah juga kempen.

Kempen, istilah rasminya adalah DAKWAH. 

Adakala dengan kata-kata, adakala cukup dengan tauladan.

Apa yang pasti, bersangka buruk, prejudis, sinis dan umpatan belakang itu bukan kempen, bukan dakwah dan bukan tauladan.

Mudah-mudahan Allah terima amalan baik kita, dan bantu kita untuk istiqamah dengan amalan-amalan baik tersebut, insyaAllah.



 
Copyright© All Rights Reserved http://atikahhumairah.blogspot.com/