SaHaBaT FiLLaH

Monday, December 22, 2014

MuSaFiR iMaN...


PART 1…

Sekian lama blog dibiarkan ‘bersawang’ & ‘sepi’ seketika. Hampir 3 bulan. Tiada coretan yang mampu dinukilkan. Tiada ilham yang mampu dikongsikan.

Dulu aku pernah berazam untuk sentiasa ‘update entry’ blog hari-hari. Walaupun hanya sekadar ‘short story’, asalkan ada hikmah & pengajaran yang boleh diteladani.

Namun, hampa. Azam yang sekadar ‘angan-angan’ mat jenin. Dush!!!

Alasan dari dulu, kini & selamanya yang sering kita berikan.

Terlalu sibuk! Ehm, sebenarnya ALASAN semata-mata kan? Untuk ‘menutupi’ rasa KEMALASAN tahap ‘super saiya’ kan!

Walhal, ALLAH dah peruntukkan masa 24 jam buat kita semua, tak lebih & tak kurang. It’s up to us, how to manage our time wisely.

Tetiba, mata masuk habuk. Rasa nak nanges! (*_*)

Hey Atikah, keep moving forward & stay strong determination! Aja-aja fighting!


PART 2…

Alhamdulillah, rezeki yang tidak diduga. Seriously, rindu sangat nak mengajar!

ALLAH makbulkan doa, dapat rezeki jadi guru ganti di SK Berchang, Kuala Lipis. Mengajar subjek Bahasa Malaysia (Tahun 2 & 3) serta subjek Pendidikan Seni (Tahun 4).

Walaupun hanya seketika, aku amat bersyukur kerana diberi peluang & pengalaman yang tidak ternilai harganya! Bukan gaji yang lumayan menjadi ‘prioriti’ aku untuk menerima tawaran ini, tetapi pengalaman itulah yang menjadi ‘guru’ kehidupan kita.

Alhamdulillah, best sangat jadi pendidik ni! Bercurah-curah pahala buat para guru. InsyaALLAH mampu membina jiwa ummah ISLAM!

Baru ku tahu betapa sukarnya menjadi pendidik! Kesabaran mereka sangat luar biasa! Moga ALLAH sentiasa merahmati para guru, Ameen.

Alhamdulillah, I’ve received my own salary. Baru ku tahu betapa ‘kuatnya’ inche abah berhempas pulas & berpenat lelah saat mencari rezeki yang halal buat kami sekeluarga.

Indeed, u’re our superhero & beloved imam for us, inche abah! Inche ‘super saiya’ pun tak mampu menandingi kehebatan & pengorbanan, inche abah yang ‘super power’!

Bak kata inche Along, wajib beri duit pada puan mama & inche abah dulu. Tak kisah banyak atau sedikit jumlahnya, yang penting keberkatan rezeki yang kita perolehi. Redha ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa terhadap kita!


PART 3…

Back to normal! Setelah tamat kontrak sebagai guru ganti, aku kembali bekerja sebagai ‘assistant babysitter’ my beloved mother. Alhamdulillah.

Inilah satu-satunya ‘hobi’ aku sebaik habis menjalani latihan industri pada bulan jun yang lalu. Alhamdulillah, sehinggalah tamat sesi persekolahan pada tahun ini.

Seriously, proses ‘tarbiyatul aulad’ ini sememangnya pekerjaan yang sangat mulia! Tidak terhitung segala jasa & pengorbananmu, puan mama & inche abah yang terchenta.

“Ya ALLAH, Engkau kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil, Allahumma Ameen.”

Niat di hati ingin meringankan kerja puan mama. Sementara kita masih diberi peluang untuk berbakti kepada ibu bapa, teruskanlah membuat kebaikan terhadap mereka. Kerana tiada hadiah yang paling bernilai & berharga melainkan doa anak yang soleh.

Tercuit hatiku saat melihat keletah manja & ragam si baby comel Hanif, Wawa & Yaya. Sentiasa menghiburkan hatiku! Kak ngah sentiasa mendoakan agar Mohd Hanif, Nashwa Badi’a, Suraya Sofia menjadi anak yang soleh/solehah, Ameen.

Bayi & kanak-kanak ibarat ahli syurga, kerana masih suci & bersih daripada daripada noda maksiat. Didiklah anak-anak dengan ‘sibghatullah’ iaitu didikan ‘celupan’ ALLAH!

“Who says there’s nothing more complicated than E=mc^2? There’s something much more complicated. It’s called EMOTION!” [aA+Bb] #HLOVATE #Awesome

Bila kita rasa stress, cepat-cepat lihat bayi atau kanak-kanak! Kerana mereka insan yang masih suci, tiada dosa. Pastinya gelak tawa mereka yang mencuit hati berjaya ‘mengubati’ tension kita!

Mendidik anak-anak semestinya mengajar kita apa itu erti KESABARAN yang sebenar. Kerana ia mampu mentarbiyyah jiwa & emosi kita, bagaimana cara untuk menjadi ‘super dad’ & ‘super mom’ yang terhebat pada pandangan kaca mata anak-anak kita nanti.

Anda tak percaya? (^_^)

Tunggulah saat anda sudah bergelar ummi abi, mama papa, ibu ayah, mummy daddy nanti, barulah anda merasai ‘kejerihan’ ibu bapa kita dahulu saat membesarkan kita yang pastinya sangat ‘hyperactive’ & nakal.

“Alhamdulillah, for our beloved parents! May ALLAH grant them the highest level in Jannah, Allahumma Ameen.”


MUSAFIR IMAN…

Dari mukadimah sehinggalah penutup cerita, apa kaitannya dengan tajuk entry di atas?

Alhamdulillah, blog saya kini bertukar template. Berbekalkan keazaman & semangat yang baru. Kerana saya bertekad untuk merealisasikan ‘impian’ saya dahulu. Iaitu sentiasa ‘update’ blog. Ganbatte!

Kenapa musafir iman?

Kerana kita ibarat musafir yang berkelana di bumi ALLAH, yang merentasi samudera kehidupan, yang mengharungi ‘onak badai’ ujian dari-NYA, bermatlamatkan satu tujuan, iaitu memburu redha ILAHI & mencari erti makna IMAN yang sebenar.

Seperti mana telah termaktub kalam ALLAH dalam surah Adh-Zariyat : 56 di dalam warkah cinta-NYA nan indah.

“Tidaklah AKU menciptakan jin & manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-KU.”
Jazakallahu khairan jaza’ di atas kesudian anda membaca blog saya yang ‘biasa-biasa’ sahaja, mudah-mudahan ada ‘hikmah’ yang kalian boleh aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita.
Akhirul kalam, moga kita semua sentiasa di bawah naungan dan rahmat ILAHI. May ALLAH ease everything for us, Allahumaa Ameen.

“HIKMAH adalah barangan yang hilang daripada MUSLIM. 
Di mana dia temukannya, hendaklah dia ambilnya.” 
[Hadis Riwayat Imam Ahmad & Ibnu Majah]


Ilham Sanubariku,
Musafir Iman
(22122014)
~Memburu Redha ILAHI~
Di Teratak Mahligai Kasih Ayahanda Bonda