SaHaBaT FiLLaH

Thursday, July 17, 2014

aNuGeRaH TaRBiYYaH...


DAKWAH ITU KASIH SAYANG…

Hatiku cukup hebat bergetar apabila setiap kali teringatkan ayat chenta dari ALLAH ini : 

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..."
[Surah At-Tahrim, 66:6]

Apakah aku mampu menjadi ‘benteng’ yang akan menyelamatkan seluruh ahli keluargaku saat di akhirat kelak?

Apakah aku akan dapat berkumpul bersama orang yang terchenta di syurgaNYA? Yang lebih utama, adakah aku layak untuk memasuki syurga-MU, Ya ALLAH?

Mata berhabuk. Rasa nak tampar je pipi. Nanges laju-laju.

Hatiku cukup tersentuh saat membaca karya nukilan blogger seorang ikhwah, Angel Pakai Gucci a.k.a. Inche Gabbana.

Satu titik persamaan antara kami ialah berkongsi “ujian” yang serupa. Dia punya mehnah yang tersendiri, bersesuaian mengikut kemampuannya. Aku juga tidak terkecuali.

Setiap manusia punyai warna kehidupan mereka masing-masing. Begitu juga dengan pelbagai kisah ujian serta dugaan yang telah terlakar dalam takdir mereka. 

Adakalanya pelangi menyinari samudera kehidupan kita, tak di lupa juga awan mendung berarak sesekali menyinggahi di dalam  kamus kehidupan kita. 

Dunia ini pasti tidak akan seronok andai hidup kita hanya disulami kisah suka atau duka sahaja.

Warna-warni ‘mehnah’ itulah yang akan mengindahkan lagi pelayaran kita di muka bumi ini, di samping dapat menguatkan lagi keimanan & ketaqwaan kita kepada-NYA.

Siyes, anda tak percaya? Jom refleksi diri kita. (*_*)

Pernahkah anda berasa kecewa saat dakwah anda tidak menghasilkan natijah yang baik?

Pernahkah anda berasa sangat sedih saat mad’u anda masih berkeras hati serta degil, tidak mahu mendengar nasihat yang ikhlas daripada anda?

Pernahkah anda berputus asa saat usaha dakwah anda di pandang remeh & diperlekehkan oleh manusia lain?

Pernahkah anda merasa ingin ‘futur’ (lari) daripada menyertai lejen gerabak dakwah & tarbiyyah ini saat perjuangan anda ditentang oleh orang yang terchenta?

Ya, semuanya saya pernah melaluinya, mungkin sebahagian atau semua mehnah di atas anda juga pernah menghadapinya, bukan?

Pernah terdetik di hati ini untuk ‘futur’ seketika daripada medan perjuangan ini. 

Bukan hanya sekali tetapi berkali-kali perasaan itu menjelma, syaitan laknatullah itu sentiasa membisikkan dalam hati ini agar menyertai golongan al-mutasaqituun (golongan yang tercicir daripada gerabak dakwah & tarbiyyah).

Kerana apa? 

Kerana saya tak cukup kuat untuk mengharungi ‘badai ombak’ ujian yang melanda diri saya. Iman saya tak cukup hebat untuk menghadapi mehnah dari-NYA.

Itu zaman dulu, saat saya masih dibuai dengan angan-angan ‘jahiliyyah’, saat saya masih belum memahami sepenuhnya, betapa awesomenya dunia dakwah & tarbiyyah ini.

Hidayah dan Taufiq ALLAH itu tiada siapa yang dapat menduga.

Alhamdulillah, berkat dorongan serta kesabaran akhawat kesayangan saya, Ukhti Zara & sahabat-sahabat “konferens riang” serta “bulatan gembira” yang awesome yang sentiasa mendoakan saya, akhirnya saya terpilih untuk menyertai gerabak dakwah.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih, Ya ALLAH kerana telah memilih diriku sebagai pejuang agama-MU daripada ratusan jutaan manusia di bumi ini.”

Dulu saya sering kali berfikir saya amat ‘lemah’ untuk menghadapi ujian dari-NYA. 

Namun, sangkaan saya meleset sekali. Hakikatnya, ujian itu adalah tanda DIA sayangkan kita. 

ALLAH itu Maha ADIL dan tidak pernah menzalimi kita kerana mehnah yang menimpa kita itu sesuai mengikut kemampuan hamba-NYA.

Tak percaya? Anda pasti pernah merasainya, bukan?

“Tidak ternilai harganya saat kita disapa ‘sentuhan’ TARBIYYAH daripada ALLAH.”



SINDROM AKTIVIS DAKWAH…

Ada seorang akhi pernah berkata kepada saya : 

“Sayangnya anak dah cukup solehah, berjubah & bertudung labuh tapi ibunya bertudung biasa. Enti tak pernah cuba berdakwah kepada ibu sendiri ke?”

“Apa kata enti cuba berdiplomasi dengan ibu bapa agar membenarkan enti untuk turun menyertai program dakwah serta usrah. Lagipun, ini kan pekerjaan yang mulia bukannya kita buat maksiat pun. Banyak kebaikannya untuk ummah…”

“Ana paling pantang jika ada ahli kita, lebih-lebih lagi dia pernah menjadi pimpinan,  menggunakan keluarga sebagai alasan utama atas kesukaran serta halangan dia untuk teruskan gerak kerja dakwah…”

Ada seorang ukhti pernah mencadangkan jalan penyelesaiannya kepada saya :

“Ana ada solusi yang terbaik. Apa kata enti berbaitul muslim, mudah untuk gerak kerja enti nanti. Tak perlu susah-payah meminta izin daripada mak ayah…”

Allahu Akbar! Mudahnya ikhwah & akhawat itu berkata-kata. Seandainya dia berada di posisi saya, pasti dia tidak akan tegar untuk berkata sedemikian. 

Inilah masalah sindrom yang menimpa sesetengah aktivis dakwah. Mudah memandang enteng pada sesuatu masalah yang dihadapi oleh sahabat mereka tanpa cuba untuk berusaha memahaminya terlebih dahulu. 

Elakkan mudah ‘bersangka buruk’ sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama ikhwah dan akhawat yang turut berjuang di dalam gerabak dakwah yang sama. 

Lupakah mereka pada rukun-rukun usrah dan hak-hak dalam berukhwah fillah?

Ingatlah bahawa serendah-rendah ukhwah itu adalah bersangka baik (HUSNU DZHON) dan setinggi-tinggi ukhwah itu adalah melebihkan sahabat melebihi daripada keperluan kita, maksudnya adalah berkorban demi sahabat (ITHAR).



SUKA ITU ANUGERAH! DUKA ITU TARBIYAH!

Saya memetik beberapa kalam nukilan daripada entry blogger Inche Gabbana : 

 
“Dan inilah tarbiyah wahai ikhwah dan akhawat. 

Tarbiyah mengajar kita penyelesaian untuk menghadapi fasa keluarga yang cukup menggugah iman ini bukanlah dengan kita langsung meninggalkan bulatan-bulatan gembira dan konferens-konferens riang kita, bukan. 

Dan tarbiyah juga telah mengajar kita untuk tidak berlaku derhaka dan kurang ajar kepada kedua orang tua kita. 

Tarbiyah mengkehendaki untuk kita membuat pilihan yang terbaik antara keduanya, tanpa mengorbankan dan mengurangkan hak mana-mana pihak. Dan dek tarbiyah juga, kita tahu yang kita sebenarnya mampu untuk melakukannya.

Benar, bunyinya seperti mustahil bukan untuk memuaskan hati kedua orang tua, dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan dakwah dan tarbiyah?

Ya, itulah jalan dakwah dan tarbiyah. 

Itulah jalan yang sedang anda lalui dan jalan yang anda mahu terus lalui. Ia jalan yang sumpah panjang dan dipenuhi dengan onak dan duri, tetapi anda tahu ia jalan yang menuju ke sorga yang abadi.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[Surah Al-Ankabut, 29:69]

Jangan sesekali berputus-asa dengan jalan ini. 

Ia adalah jalan perjuangan, maka ia menuntut pengorbanan. Ia jalan yang penuh dengan onak dan ranjau, maka suka atau tidak, ia pasti akan melukakan dan mengalirkan darah. 

Dan ia jalan yang dipenuhi dengan tentangan dan cabaran, walau daripada kedua orang tua yang kita kasihi, kerana itulah sunnah jalan ini.

Kepada anda yang mengalami situasi yang sama seperti saya, selamat datang ke kelab ini saya ucapkan. Wahahaha.. 

Ketahuilah, fasa ini tidak mungkin akan berakhir, sehinggalah anda menghembuskan nafas anda yang terakhir atau anda berjaya menarik masuk kedua orang tua anda ke dalam gerabak dakwah ini. 

Saya belajar melalui jalan yang keras (Baca: I learn the hard way). Tapi walau apa pun keputusannya, jangan sesekali pandang ke belakang. Kerana tidak ada nikmat yang lebih besar daripada nikmat disentuh hidayah dan dipilih pula oleh ALLAH untuk bersama-sama di dalam saf perjuangan ini.

Manakala kepada anda yang tidak pernah merasakan betapa perit dan azabnya (Ohoi!) terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini, jangan sesekali memandang rendah atau memperlekehkan sahabat-sahabat anda yang sedang bertarung berpolitik dengan ibu dan ayah mereka.”


Ilham Sanubari,
atikah_humairah@mardhotillah
(17072014)
~Mencari Redha Illahi~


No comments:

Post a Comment