SaHaBaT FiLLaH

Saturday, June 8, 2013

FaiTHBooK...


Bilakah kali terakhir kita membaca Quran?

Malulah kita dengan Saidina Uthman bin Affan RA, beliau tidak pernah miss faceQuran setiap hari.

Kita pula?


Asyik berfacebook hingga lupa Quran.

Uthman bin Affan RA berkata:

“Sekiranya jantung hati kita bersih, nescaya kita tidak merasa kenyang dengan al-Quran. Aku tidak suka hari-hari yang aku tidak membaca al-Quran padanya.”

Imam Bayhaqi berkata: 

“Ketika Uthman wafat, mushafnya telah terkoyak kerana terlalu kerap di baca.”

~Rujuk al-Jami li Syu'abul Iman~
Ilham Sanubari,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(09062013)
~Teratak Acacia Avenue~

Wednesday, June 5, 2013

ReFLeKSi DiRi...


Tidak mengapa ingin berRUNNINGMAN,
Asalkan kau ada tujuan,


Bukan sekadar mengisi kebosanan.
Kerana kita punya Al-Quran,

Ianya berisi penafsiran yang penuh keajaiban,
Untuk menjadi bekalan, 
   
Di dunia yang ciptakan sebagai persinggahan,
Sebelum bertemu Ar Rahman.

Kitab ini juga sebagai jawapan, 
Untuk menjawab soalan,
Siapakah Tuhan? 
Juga untuk kau mengetahui, mengapa diciptakan.

Andai Kitab itu ada perasaan, 

Pasti menangis kesedihan,
 
Akan manusia yang sering melupakan, 
Dirinya berhabuk, dibiarkan keseorangan.

Begitulah sikap insan, 

Andai tiba saat dijanjikan,
 
Barulah hiba penuh penyesalan, 
Akan teringat sedikitnya amalan.

Syaitan ketawa penuh kegembiraan, 

Kerana sudah mempunyai teman,
 
Di dalam neraka yang telah lama disediakan, 
Buat mereka yang tertipu nafsu godaan.

Aku hanya sekadar berpesan, 

Dengan kebenaran jua kesabaran,
 
Kerana aku jua seorang insan, 

Pasti di uji akan ucapan tanpa tindakan.


 

Kita patut rasa berdosa apabila sering menilai seseorang berdasarkan masa silamnya.

Sedangkan kita sendiri tidak mahu dinilai berdasarkan masa silam kita. 

Hidup adalah satu proses yang dinamik, bukan satu hentian yang statik. 

Selagi belum ajal selagi itulah ada peluang untuk memperbaiki kesilapan lampau.

Mengapa kita tergesa-gesa menghukum sedangkan ALLAH tidak begitu? ALLAH lambat menghukum pendosa supaya dia sempat bertaubat. 

~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~

Ilham Sanubari,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(05062013)

 
Copyright© All Rights Reserved http://atikahhumairah.blogspot.com/