SaHaBaT FiLLaH

Saturday, March 23, 2013

JaHiLiYYaH DaiE...


Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian.

Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkahnya bersama rombongan angkatan pejuang al-haq ini.

Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini.

Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat dan membenarkan hal itu merobek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak.

Ya, dia seorang dai’e yang baru mulai sedar, bahawa dia seorang dai’e!

Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop.

Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu foldernya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.

Dai’e itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer.

Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang dai’e!

Ada masa, dia seorang dai’e yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan – twilight, di persisiran rindu, eat pray love, dan bermacam lagi.

Dia lah dai’e yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.

Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang berjam-jam juga dia melekat. 

Dia dai’e yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini, dan seribu macam lagi interaksi di laman

Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.

Dia juga merupakan dai’e yang masih ringan menjaga ikhtilat – masih ber’sms’ dan bercakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seorang dai’e yang sudah faham.

Ada waktu pula, dia adalah dai’e yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat ‘bergembira’ seperti panggung wayang atau keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha.

Dengan rasional bahawa, dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama, dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu.

Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang dai’e, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday party bukan salah pun.

Sounds familiar? Itulah hakikat seorang dai’e, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya, dai’e yang masih gagal mengikis karat-karat jahiliyah pada dirinya.

Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada.

Malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik dalam dirinya – dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.




Wahai dai’e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan ALLAH dan hanya ALLAH sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? 

Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Al-Jatsiyah ayat 23)

Wahai dai’e! Sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya.

Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.

Masih ingatkah kamu wahai dai’e, akan 10 wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?

1.Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Qur’an atau bacalah buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada ALLAH dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fusahah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.

Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 BebaskandirimudarirantaiJahiliyah Jahiliyyah Seorang Daie

Sedarkah kamu wahai dai’e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau pesertanya di pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.

Sedarkah kamu wahai dai’e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu.

Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

Wahai dai’e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh ALLAH untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya.

Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al-haq. Maka janganlah kamu cemarkan kesucian al-haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”(Al-Baqarah:42)
Wahai dai’e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini.

 Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangannya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.

Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyannya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggeranya.

Ayuh dai’e! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu.

Andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga ALLAH itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. 

Asalkan kamu, benar-benar berjihad!
“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Taubah:39)
Ayuh wahai dai’e, kita maju ke hadapan!

 Sumber Artikel: http://quranicgen.com/paradigmshift/jahiliyyah-seorang-daie/


Friday, March 1, 2013

NoVeL HLoVaTe...


CONTENGAN JALANAN… (^_^)

“Just simply talk to Him. Dia sentiasa mendengar sebab Dia Maha Mendengar. No matter how you say it. No matter when and where. No matter what.”

~Doa itu wireless. Dan coverage dia masuk satu universe~
 
Saat pertama kali membaca novel Contengan Jalanan, saya terus ‘jatuh cinta’ dengan karya nukilan HLOVATE. It changed me. A lot. 

Novel yang santai, tetapi terselit dengan pelbagai ‘mutiara kata’ yang berhikmah.

Hlovate berjaya menjadi ‘fenomena’ dalam kalangan pembaca + peminat novel tanah air. 

Selain daripada identitinya yang ‘misteri’, hasil karyanya tidak pernah mengecewakan. Wonderful!

Cover ilustrasi novel Contengan Jalanan sangat unik, turn upside down. 

Kisah Fend dan K2 yang mencatat pengembaraan mereka di bumi ALLAH saat Hidayah mulai menyinari jiwa gersang mereka. 

Di samping Hlovate menceritakan hiburan tentang muzik dan arts, tetapi ia juga sarat dengan nasihat serta elemen islamik. 

A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th. 

Death won’t wait for anyone...

ALLAH berfirman, “Kamu tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui. Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan Kami?” {Al-Mukminun : Ayat 114-115}

Bagaimana mereka ‘mencari’ jalan pulang kepada Tuhan setelah sekian lama “hanyut” dek arus dunia yang melalaikan. Hidayah ALLAH tiada siapa boleh menduga.

Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. 

Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira. Hidup itu untuk akhirat. Living here for the hereafter.



aA + Bb… (^_^)

“ALLAH beri siapa yang kita PERLU, bukan yang kita MAHU.”

Inilah sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB.

Semua orang belajar. Semua orang membesar tetapi tidak semua orang menjadi dewasa.

Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia.

Cerita Benz Aliff dan Addin yang mencuit hati saya. Perasaan benci pada awalnya,  akhirnya bertukar menjadi cinta. Itulah hikmah bercinta selepas ijab kabul dilafazkan.

 Siapa sangka sekeras-keras jiwa Addin mampu ditundukkan dengan kelembutan Benz Aliff? Kisah Didi dan Benji memang sweet! 

Hati itu ALLAH yang pegang, bukannya orang. Hidayah dan petunjuk tu memang ALLAH yang bagi. Benda dan perkara yang sama tak semestinya memberikan kesan yang sama juga kepada penerima yang berbeza.

Bak kata Benji: “Start the day with something sweet and end it with something sweeter.”



ROOFTOP RANT… (^_^)

Setiap takdir yang ALLAH dah tentukan adalah yang terbaik untuk setiap insan.

“To live WELL or live HELL? You choose!” ~Jade~

“There are times when strangers are like family, family are like strangers. Really bites, and truth hurts.” ~Welcome to Trisy’s World~

Kisah Trisy dan Jade mula buat saya terfikir. Mengutip ‘ibrah di sebalik perubahan yang terjadi melalui karakter mereka setelah disinari cahaya petunjukNYA.

Siapa sangka Jade yang sering dipandang remeh oleh ibu bapanya akhirnya mampu membuktikan dirinya boleh berjaya asalkan yakin dengan rezeki ALLAH.

Siapa sangka Trisy yang selalu memberontak, mengeluh dengan takdirnya serta sering berusaha membunuh diri akhirnya terpilih menjadi hambaNYA yang bersyukur.

“Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji?” 
{Surah Al-Ankabut : Ayat 2}

Ayat yang dipegang mengubat ‘luka’ bila hati diuji, when faith is put at test. Sesungguhnya ALLAH bersama hambaNYA yang sabar. Itu janjinya!

Kisah mereka juga mengubah persepsi saya untuk menilai seseorang.

“Siapa kita untuk menilai seseorang jika kita sendiri tidak menghulurkan tangan untuk membantu dan menghulurkan telinga untuk mendengar?”

Itulah kesilapan pendakwah yang sering kali dilakukan. Mudah menghukum seseorang tanpa berusaha untuk membantu ‘mengeluarkan mad’u daripada kejahilan.

Kita hanya mampu MENYERU, bukan MENGHUKUM manusia!


5 TAHUN 5 BULAN…(^_^)

“Payah sangat ke nak faham pegang tangan tu HARAM? Lelaki punya kranium kat kepala tu tebal sangat ke sampai terang-terang dalam Bahasa Melayu pun tak faham?

Memang betul tak boleh pakai sesen pun lah kalau hukum-hukum yang dah nyata pun buat aci redah. 

Ditch him. Find someone better. Find someone who will bring you straight to SYURGA, bukan NERAKA.”

Kisah Along Serbia dan Ana, pembantu rumah a.k.a. medical student. 

Menceritakan tentang fasa-fasa kehidupan yang mematangkan diri Ana, dibantu oleh karakter Along a.k.a. 'soulmate'nya. 

ALLAH takkan bebankan hambaNYA dengan apa yang dia tak mampu. No matter what, no matter when, no matter when it doesn’t at all make sense.

“DO NOT leave your Love Letter’s Compilation, the QURAN. It is the last thread to sanity even if everything else failed.

Ilham Sanubari,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
~hlovatefans~
(01032013)