SaHaBaT FiLLaH

Wednesday, October 31, 2012

iSaBeLLa iNSPiRaSi SRiKaNDi...


Inspirasi Pencarian Keabadian Cinta dalam Novel Isabella.

Bagi pembaca dan peminat novel generasi baru di Malaysia, Isabella mungkin merupakan novel yang agak asing bagi mereka. 

Mereka mungkin lebih akrab dengan lagu Isabella nyanyian kumpulan Search berbanding karya tulen garapan novelis Islam, Maulana Muhammad Saeed Dehlvi ini. 

Novel Isabella ini bukanlah novel cinta biasa, ia merupakan perihal ‘cinta luar biasa’, paparan mengenal hakikat keabadian ‘cinta sebenar’.

Isabellanovel bertemakan teologi perbandingan agama antara Kristian dan Islam terbitan Pelima Media ini tampil dengan penampilan yang lebih segar dari segi rupa kulit buku.

Ia seumpama diberikan nafas baru untuk tampil lebih menarik minat pembaca generasi baru yang dahagakan koleksi novel bertemakan teologi.

Novel ini digarap oleh penulisnya di dalam bahasa Urdu tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi dengan judul Isabella dan seterusnya diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh sasterawan Negara, Dato’ Abdullah Hussain.

Seindah namanya, Isabella bukanlah peribadi yang asing dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol, terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian di bandar Cordova – bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar tercantik di Sepanyol. 

Membaca setiap rentetan kisah Isabella yang penuh dramatik berbaur tragik ini bagaikan membawa kita menelusuri segenap sudut dan tempat peninggalan sejarah kegemilangan Islam di Cordova. 

Ia mengingatkan kita pada istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova dan juga taman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.

Ya, hidayah Allah merubah segalanya. Begitulah yang terjadi kepada Isabella. 

Tidak ada sesiapa pun menyangka, Isabella yang pada mulanya adalah seorang penganut Kristian yang tegar dan patuh pada agamanya boleh memeluk agama Islam yang begitu dibenci oleh penganut Kristian pada waktu itu. 

Kebencian yang memuncak pada waktu itu sehingga hampir-hampir meragut nyawa Isabella sendiri, sewaktu hidayah Allah menyapa lubuk hatinya yang paling dalam.

Isabella pada usia mudanya sentiasa mempelajari dan mengkaji tentang agamanya, Kristian.

Beliau sentiasa cuba untuk mencari kebenaran dalam agama Kristian dan berusaha menghayati prinsip-prinsip agama Kristian.

Namun, semakin dikaji agama berasaskan fahaman triniti itu, sinar Islam dan hidayah Allah makin memenuhi lubuk jiwanya. 

Di ketika kebenaran Islam sudah kukuh dalam dirinya, waktu itu tidak ada apapun yang mampu menggugahnya, walaupun beliau menghadapi saat-saat getir dan penuh tragik. 

Kekentalan imannya tidak mampu dirubah. Isabella sudah nekad dengan keislamannya. 

Pengharapan penuh hanya pada Allah makin mengental liat di sanubarinya. 

Penyeksaan demi penyeksaan yang dihadapi Isabella mengingatkan kita pada siri-siri kekentalan iman para mujahidah Islam seperti Sumayyah dan Asiah.

Perjuangan mereka cukup-cukup membuatkan hati ini berasa kerdil sekali.

Peralihan kiblat akidahnya itu sekali gus menjadikan beliau komited dan tegas memperjuangkan ajaran Islam hingga ke akhir hayatnya. 

Itulah hidayah Allah – hidayah yang tidak mengenal siapa pemilik hati. 

Sangat beruntung siapa yang terpilih mendapat hidayah Allah. Ia bagaikan mendapat suatu anugerah yang maha hebat. 

Tidak ada yang setanding dan sehebat hidayah kurniaan Allah. 

Selepas menganuti dan menghayati agama baru, Islam yang sehebat namanya – Isabella bukan sahaja terkenal sebagai seorang muslimah yang menjadi ikutan dan pedoman ramai pemudi Islam. 

Beliau juga terkenal sebagai seorang tokoh perbandingan agama yang ulung, bahkan seorang ahli hadis di Cordova. 

Melalui kisah penuh bermakna ini, sudah pasti nama beliau akan tercatat sebagai seorang serikandi Islam agung sepanjang zaman, yang akan sentiasa dekat di hati dan menjadi ingatan ramai orang.

Isabella sudah pun menemui keabadian ‘cinta’ melalui kembara keimanannya. Beliau sudah menemui cinta yang tidak ada bandingan dan gantinya. 

Justeru, bagaimana pula dengan kita? 

Ayuh, mulai dari sekarang – hayatilah sepenuh jiwa karya sehebat dan seagung Isabella ini. 

Moga kita semua akan mendapat cetusan semangat dan menemui nafas baru.

Selamat membaca dan semoga istiqamah menelusuri lorong-lorong keimanan.

Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah (^_^)

ALLAH KaN aDa?


Bila  manusia berkata yang tidak baik tentang kita… (*_*)

Memang kita akan terluka.
Memang kita akan terasa.

Memang kita akan sakit.
Memang kita akan merana.
Memang kita akan menderita.

Tapi, cuba fikir satu persatu.

Adakah apa yang mereka katakan itu seratus peratus benar tentang kita?

Enak sangatkah ‘cerita’ mereka itu sehingga orang lain akan mempercayainya membuta tuli?

Sejauh mana kebenaran dalam kata-kata yang tidak baik itu terhadap kita?


Rasa-rasa, sampai bila orang-orang sebegitu akan bertahan untuk terus dan terus memperkatakan tentang kita?

Mereka itu tiada salah ke sehingga asyik melihat salah orang lain?

Mereka itu adalah manusia. Manusia adalah hamba Allah. Tiada satu manusia pun yang sempurna melainkan Baginda SAW.

Manusia ini sering diliputi dosa sama ada disedari atau tidak disedari, disengajakan atau tidak sengaja. Dan setiap manusia itu memang ada kekurangan dan kelemahan.

Begitu juga dengan kelebihan. Tapi, kekurangan itu perlu dibaiki. Kelebihan itu perlu disyukuri.

Ingat sentiasa bahawa kekurangan manusia perlu kita terima. Kerana apa? Kerana kita manusia. Kita semua adalah sama. Taraf kita sama. Takkan melebihi sesiapa. Terima kekurangan itu.

Jalan terbaik adalah berdiam diri.

Dan doakan mereka-mereka itu. Semoga Allah melimpahi nur dan hidayahNya untuk mengupgrade kekurangan tersebut ke arah kebaikan.

Itu kisah ‘mereka yang lain.’

Kisah kita? Kita yang menghadapi kata-kata tidak baik itu, bagaimana pula?

Muhasabah diri semula. 

Apa yang kita buat selama kita hidup ini, sebab orang-orang yang berkata itu ke? Atau sebenarnya, kita buat sesuatu itu kerana Allah semata-mata?

Hidup kita ini berpaksikan kepada siapa sebenarnya? Allah atau manusia?

Kita ini ingin dapatkan redha Allah atau redha manusia?

Kalau kita nak berubah sesuatu ke arah kebaikan, kita perlu minta kekuatan dari Allah atau hamba Allah?

Niat kita sepanjang hidup ini adalah apa? Think deeply.

Allah yang mencipta kita. DIA yang menghidupkan roh kita. DIA yang berkuasa atas sesuatu. DIA Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. DIA adalah Tuhan kita. Hanya DIA yang layak disembah.

Jadi, alasan apa yang kita ingin gunakan untuk melakukan sesuatu tanpa berniatkan Lillahi Ta’ala?

''Innaa’malu binniat" – Sesungguhnya, segala AMALAN bergantung kepada NIAT.

Apa yang kita lakukan hendaklah dipasang dengan niat kerana Allah. Apa-apapun, yang pertama tetap Allah.

“Kenapa perlu kecewa apabila ada orang negatif dengan kita? Apakah kita bekerja kerana mereka?” – {Hilal Asyraf}

Apa yang kita dapat melalui kata-kata penulis terkenal ini? Fikir, tanya hati kita sendiri. Tujukan persoalan itu terhadap diri kita sendiri.

Hidup kita ini perlu sentiasa bermuhasabah. Fikirkan sesuatu itu secara positif dan berhikmah.

Pujuklah hati. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata tidak baik daripada mereka. Sabarlah. Allah itu bersama orang-orang yang sabar.

Setiap satu yang berlaku pasti ada hikmah. Hikmah itu rahsia DIA. Kita mencari dan menanti dengan doa. Sesungguhnya, doa itu senjata mukmin.

Ingatlah.

Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita. Mereka tidak.

Dan yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita.

DIA faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri kita.

Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah? Allah itu ada. Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.

Kita hamba DIA. Serahkanlah diri padaNya. DIA Pengubat Kelemahan. DIA jugalah Pemberi Kegembiraan. Ketenangan itu ada pada DIA.

Perlukah kita untuk tidak mencari?



 “If Allah is your friend, who dares to be your enemy?”

Pujuklah hati kita dengan mengatakan Allah kan ada? (^_^)

Monday, October 22, 2012

MuSLiMaH KiTa & DRaMa KoRea...


Seperti entri sebelum ini, hampir sebulan juga saya tangguhkan permintaan seorang pembaca untuk entri mengenai drama Korea.

Saya fikir, itu suatu isu yang bagus untuk ditulis bahkan sebenarnya perlu untuk menyedarkan sahabat-sahabat kita terutama muslimah yang begitu obses dengan drama Korea.

Bagi memastikan entri ini ringkas dan tidak terlalu panjang, maka saya fikir adalah lebih wajar untuk ditulis khusus kepada skop yang dimaksudkan sahaja.

Bermakna, bukanlah saya mahu berbicara tentang hukum menonton filem, melihat pelakon dalam drama dan sebagainya.

Skop yang dimaksudkan adalah, fenomena muslimah kita yang ‘tersampuk’ kegilaan menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.


ASAS

Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja? Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem melayu, filem-filem hollywood, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?

Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination.

Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya.

Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.

Fenomena ini boleh mengundang ‘demam.’

Demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan angau, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan pembaziran masa yang sungguh parah.

Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita muslimah kita termasuklah yang berada di jurusan agama.

Justeru dalam isu ini, saya kira elok kita perhatikan kepada beberapa perkara :

PERTAMA : SYARIAT

Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram.

Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.

Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan.

Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki.

Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.

Tidak kurang juga yang beralasan :
“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya. Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..”
Cuba rujuk balik kepada ayat Allah. Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita.

Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.

Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia?

Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia. Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.

Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam. Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.

KEDUA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?

Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia. Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem.

Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.

Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita. Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat.

Begitu juga dengan wanita. Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan.

Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.

Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri.

Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.


KETIGA : FANATIK DAN OBSES

Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya.

Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea.

Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi. Ini suatu yang berbeza.

Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.

Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.

Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah.

Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing?

Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul.

Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah.

Di waktu kita melihat kesedihan & ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah.

Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.

KEEMPAT : LALAI

"Saya risau, ramai kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai.."

Ya. Itulah pointnya.

Kelalaian. Pembaziran masa. Hilang fokus.

Contohnya, muslimah yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.

Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula. Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.

Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.

Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.

Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam. Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti.

Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut. Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’.

Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau.

Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.

KELIMA : SIFAT MALU

Inilah yang menjadikan wanita muslimah sebagai subjek utama.

Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah?

Tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?

Oh..Hensemnya dia! Aku jatuh cinta!

Aku suka hero cerita ni. Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..

Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :

Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun..

Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea..

Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri.

Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah.

Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.


KESIMPULAN

Saya lebih cenderung mengajak kita mengambil sikap pertengahan.

Kerana itu saya tidak mahu mengatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan. Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.

Sekadar mahu menghilangkan tension. Sekadar mahu mengalih perhatian. Sekadar mahu menghilangkan bosan. Sekadar mahu menghiburkan hati.

Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?

Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod. Ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja.

Tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam.

Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.

Maka berwaspadalah. Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman.

Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.

Pesan pada mereka : kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod, maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod.

Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.

Sumber Artikel: http://www.myilham.com/blog/2011/09/muslimah-kita-dan-drama-korea/


atikah_humairah@wehdatul_fikrah 

Wednesday, October 17, 2012

DeMi ALLAH...

DEMI ALLAH, AKU TIDAK AKAN MENYENTUHMU...

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar yang...

A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamp’s flame.
In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..
The young lady could find no place of refuge except this very mosque.
When the student saw her, he ordered her to leave immediately.
He told her ”it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here then this will be a cause for my disgrace,they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid I fear that I whould be dishonored.
Upon hearing these words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.
While studying he whould momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.
The young lady had been carefully observing this.
Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. ”The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home.” The young lady said. ”I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.” The student said, ”You should not concern yourself with that.”
Nevertheles, the young lady persisted in her request . The student finally said, ”The devil repeatedly whispered into my heart and encouragedme to do evil with you. Hence I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:
‘When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum?.. Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.
She was the daughter of a weathly person and she was about to be engaged to the son of another weathly person.
After this incident she refused the proposal and said: ”I desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid.” Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident..and said ”I will only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone.”
Finally , they were wed and Allah made them prosper.. People marry for Four reasons, Beauty, Weath..
Social status,and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth- What will be your reason?

Komik ini dipetik dari blog Serikandi Sang Pencinta. 

Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.

Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya ”Adaa’bul Muta’allimeen”.

~Baitul Muslim: Memburu Redho ILLAHI & Mardhotillah~

Coretan kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah (^_^)

Sunday, October 14, 2012

iBRaH NiGHTWaLK...

  
"Dan DIA yang menghamparkan bumi & menjadikan gunung & sungai diatasnya. Dan padanya DIA menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan, DIA menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda kebesaran ALLAH bagi orang-orang yang berfikir." {Ar-Ra'd : ayat 2}

Alhamdulillah, Praise to ALLAH.
 
Sekian lama tidak menjejakkan kaki ke dalam hutan, akhirnya ana berpeluang "nightwalk" walaupun awalnya hampa, tiada rezeki mendaki gunung kerana faktor cuaca hujan. (*_*)

ALLAH sahaja Maha Mengetahui isi hatiku, pelbagai perasaan bercampur-baur. Takut, gelisah, cuak, berdebar-debar menguasai sanubari. Firstly, rasa tak confident nak join "nightwalk", terutama memikirkan kemungkinan besar diri akan dihinggapi "pacat".

Gelinya dengan makhluk ALLAH ini.

Berkat hasil dorongan & semangat sahabat ana, Hafsah & Mardiah, akhirnya ana usaha untuk menggagahkan diri, mengharungi segala cabaran "nightwalking" malam ini. Pacat? Small matter.

Setelah hampir 3 jam "nightwalk" di hutan, akhirnya kami berjaya tiba di destinasi terakhir. Berita gembiranya, Alhamdulillah, seekor "pacat" tak berjaya melekat pada diri kami (maybe berkat minyak but-but). Syukran jazilan, Nabihah atas idea yang sangat bernas.

Manusia hanya mampu berikhtiar, selebihnya ALLAH yang berhak menentukan takdir. Banyak ibrah (pengajaran) yang ana dapat melalui aktiviti "nightwalk", bukan sekadar berjalan kosong.


Bukan hanya setakat dapat menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan ILLAHI, bahkan kami berpeluang tafakkur & muhasah seketika. Inilah masanya untuk kita release tension sambil berzikir.

Zikrullah. Hati hanya mengingati DIA. Khaliq (pencipta) kita.

"...orang-orang yang beriman & hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram." {Ar-Ra'd : ayat 28}

Bayangkan, disaat kita keseorangan, siapakah orang pertama yang akan muncul di fikiran kita? Ibu bapa? Rakan taulan? Mengapa mesti manusia yang akan kita meminta pertolongan?

Kenapa bukan ALLAH, yang terlintas dihati kita saat kita kesusahan?

Lupakah kita pada Tuhan yang berhak memberi ujian untuk menguji keimanan kita?

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." {Al-Baqarah : ayat 286}

Jangan terlalu berharap pada manusia, kelak diri kita akan kecewa.

Letakkan harapan & tawakkal kita sepenuhnya pada ALLAH. Hanya DIA.

InsyaALLAH DIA akan mengurniakan secebis kekuatan kepada kita untuk mengharungi samudera kehidupan.


Mengapa mesti takut pada kegelapan yang melingkari dimensi segenap hutan belantara?

Mengapa tidak takut pada "kegelapan" hati kita yang diselaputi dengan buih-buih dosa & maksiat kita sendiri?

Itulah manusia, hakikatnya mudah takut pada zahirnya sesuatu tanpa mempedulikan isi batinnya.

Ingatlah sahabatku, ILMU itu AN-NUR (cahaya) & cahaya tidak akan masuk meresapi ke dalam hati yang bergelumang dengan maksiat.

Renungan buat DAIE, yang mengaku dirinya jundullah,

Apabila DAIE tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlahlah ISLAM kerananya dan runtuhlah DAKWAH ditangannya.

Kejayaan DAKWAH itu bukanlah terletak kepetahan seorang DAIE itu berhujah, bukanlah jua kehebatan seorang DAIE itu dengan aktif berorganisasi dakwah, tetapi hakikat sebenar terletak pada KEIKHLASAN & KEBERSIHAN HATINYA.

Waspadailah hati kita selalu agar ia terselamat daripada kekotoran nafsu yang menipu.

Andai kata kita memandang remeh hal ini, maka tidak mustahil kita salah satu faktor yang menyumbang keruntuhan dakwah Islam itu sendiri.


Sanggupkan kita? Layakkah kita iktiraf diri sebagai JUNDULLAH?

Kekotoran hati yang disaluti maksiat mampu memusnahkan dakwah Islam dengan menghitamkan kesucian jiwa pendakwah. Oleh sebab itu, kemenangan masih belum berpihak pada umat Islam.

Tanya pada diri sendiri, kenapa kadang-kadang mad'u susah menerima dakwah kita?

Adakah sebab ALLAH belum mengurniakan hidayah buatnya? Tidak mustahil, seruan dakwah kita terhijab lantaran "istiqomah"nya kita melakukan dosa-dosa kecil mahupun besar. 


 Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah (^_^)

Sunday, October 7, 2012

JaNGaN JauH DaRi ALLAH...



Kesunyian? (*_*)

Hakikatnya, manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian. Setiap insan pasti mengimpikan hidup bahagia bersama keluarga tersayang.

Mengharapkan hadirnya insan menemani di setiap langkah perjalanan hidup kita, agar mampu menguatkan kita disaat kita putus asa.

Seringkali ana mengeluh:

"Busynya dia dengan gerak kerja dakwah di kampus sehinggakan tiada masa untuk meluangkan masa bersama sahabat."

Ana segera meluahkan rasa ketidaksenangan di hati pada sahabat.

1 SMS ana terima. Bait indah nasihat, nukilan ukhti Mardiah.

"Berukhwah kerana ALLAH. Biar sibuk macam mana sekalipun, namun ukhwah tetap biar terus subur, biar terus harum mewangi, tak akan pudar dek masa yang berlalu, sebab apa?

Sebab kita berukhwah kerana ALLAH.

Mungkin "dia" tak punya masa dengan kita, kita nampak "dia" sibuk sangat dengan "gerak kerja" dia. Tapi dalam diam, "dia" beromantis dengan Pencipta, "dia" tak pernah lupa mendoakan sahabat "dia" (iaitu kita)."

Ana segera istighfar. Mudahnya syaitan menguasai hawa nafsu, terus bersangka buruk dengan sahabat tanpa memahami situasinya sebenar.

Benar kata ukhti Mardiah. ALLAHU AKBAR!

Bagaimana kita nak mencapai setinggi-tinggi martabat ukhwah ITHAR (melebihkan sahabat) andai serendah-rendah martabat ukhwah HUSNU ZHON (bersangka baik) dan SALIMATUL SODRI (berlapang dada) pun kita tidak mampu?

Manusia tidak mampu lari dari kesilapan, tapi sentiasa di beri peluang untuk berubah menjadi lebih baik. 

Baiknya ALLAH, masih lagi membuka pintu keampunan buat kita, hambaNYA yang banyak diselaputi buih-buih dosa dan maksiat.


Saat kesunyian menguasai sanubari, bisikan syaitan mulai menguasai hawa nafsu. 

Cebisan keimanan dan ketaqwaan semakin tergoyah dek ombak ujian yang melandai hidup manusia.

Jangan terlalu berharap pada manusia, kelak diri akan kecewa

Disaat kita amat memerlukan sahabat, ada ketikanya dia tidak dapat bersama kita, pasti kita akan sangat sedih.

Disaat inilah, diri diuji. Sejauh mana keikhlasan dan pengorbanan kita terhadap sahabat?

Adakah kita mengharapkan balasan daripada sahabat?


"Ana selalu berusaha untuk bersamanya saat suka dan duka. Tapi di saat ana amat memerlukan dia, ke mana dirinya? Ukhwah hanya dilafaz sekadar dibibir sahaja. Hipokrit." 

Ana sukakan bersendirian, jauh dari keriuhan manusia lain.

Namun, kadang-kadang kesunyian mampu ''membunuh'' keyakinan diri sendiri. 

Membuang masa memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah.

Sandarkan harapan dan tawakkal sepenuhnya pada ALLAH. Yakinlah bahawa ALLAH tidak pernah mengecewakan hambaNya.

Kekuatan kita adalah hak mutlak ALLAH, kita memang tak akan punya daya melainkan dengan izinNYA.

Andai saat ini kekuatan kita hilang, maka pohonlah kepada Pemilik Kekuatan. Mintalah kepada Raja yang tak pernah lemah, mintalah.

"Ya ALLAH, aku lemah tak berdaya pada detik ini, izinkanlah aku meminjam secebis dari kekuatanMU agar aku tegar mendepani ujian hidup..." 

~InnaAllah ma'ana~ (^_^)

 Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah (^_^)  
 

Friday, October 5, 2012

TaRBiYaH BuKaN uNTuK oRaNG MaNJa...

Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak sharepun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. 
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa kita, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Dakwah tak memerlukan kita.

Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita. Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya ALLAH, tabahkan hamba-Mu ini.
 “Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah dariNya.” 
 Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah (^_^)