SaHaBaT FiLLaH

Monday, June 24, 2019

SaBaR & ReDHa...




Nukilan teristimewa buat sahabatku fillah...

My lovely usrahmates... Uhibbuki lillah, ukhti. (^_^)

Sahabat,

Ku tahu segala yang berlaku ini amat sukar untuk dihadam dan terlalu berat untuk ditelan.
Berlakunya begitu pantas dan sama sekali tidak pernah kau bayangkan.

Hanya kerana kesilapan yang kau lakukan semasa mengatur langkah hidupmu.
Asbab sebuah kepercayaan yang dikhianati. Dek kerana sebuah harapan yang terlalu utuh dibina bersama jangkaan pengakhiran yang bahagia di akhir cerita.

Ingatlah sahabat,

Dirimu juga manusia biasa yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
Cukuplah kau mengaku silapmu dan berhentilah dari terus memikirkan perkara yang sudah berlaku.

Hanya kau perlu tahu, belajarlah dari kesilapan ini agar dirimu tidak mengulanginya lagi,
Aturlah langkahmu dengan lebih berhati-hati,
Cubalah sedaya kudratmu membaiki apa yang dilihat mampu dibaiki.

Perbanyakkan istighfar pada DIA.
Moga hati yang tenang kembali kau miliki.





Sahabat,

Ini hanyalah sebuah cerita kehidupan yang telah diatur oleh Yang Maha Esa.
Sebuah cerita yang dicipta dimana dirimu merupakan watak utama yang dipilih oleh-NYA.
Bersama bayaran jutaan pahala asbab kesabaran dirimu.
Bersama hikmah yang perlu digali dan dicari.

Tanda DIA rindu mendengar rintihanmu.
Tanda DIA sayang pada dirimu.
Tanda DIA ingin menghapuskan dosa-dosamu.

*Kredit : Dr H, 2019.





Alhamdulillah, SABAR itu INDAH!

Tidak ternilai harganya saat kita disapa sentuhan 'TARBIYYAH' daripada ALLAH.

Syurga ALLAH itu terlalu mahal, selayaknya kita diuji oleh-NYA.

#SukaItuAnugerah #DukaItuTarbiyyah

Sahabat,

Tiada takdir yang buruk. Semuanya baik, selagi mana jalan yang dipilih 'bersama ALLAH'.


"Kalaulah kita berhenti berpura-pura dan minta sebenarnya pada ALLAH, mesti ALLAH akan tunjukkan jalan. Jangan bersedih terlalu lama, bimbang makin hilang pengharapan pada ALLAH."

Ucapkan dalam hatimu, sahabat :


Terima kasih pada yang pergi,
Ajarku erti tabah dan hati-hati.

Terima kasih pada yang berlalu.
Buatku sedar hati ini pinjaman Tuhanku.

Sahabat,

Aku mendoakan semoga ALLAH kurniakan hati yang baru, hati yang sentiasa tenang.

Hati yang redha dan sabar ketika menghadapi ujian daripada-NYA. Berdamai dengan perasaan.

ALLAH uji kamu, itu tanda DIA sayangkan dirimu. Surely He know what's best for us.





Sahabat,

ALLAH satukan hati kita diatas UKHWAH yang kita tak sangka.

Ukhwah yang berjuang di jalan-NYA! #PasakIstiqomah

Sungguh, indah! Manis! Sekalipun fahaman berselisih. ALLAH jaga ukhwah ini, ALLAH masih satukan hati kita.

Moga kesatuan hati ini membawa hingga ke syurga.

Dan, saya cintakan awak, sahabat.

Jadilah awak antara jiwa yang ingin saya bersama di SYURGA, InshaAllah. (^_^)



No comments:

Post a Comment