SaHaBaT FiLLaH

Tuesday, July 30, 2019

PeNGoRBaNaN



'IBRAH USRAH NISA' SERDANG
DAI'E ADIBAH
TAJUK : PENGORBANAN
{30 JULAI 2019}


PENGORBANAN SEORANG ISTERI & IBU ~ SITI HAJAR

1. Aqidah seorang isteri dalam menerima Qada' & Qadar dari ALLAH.
    Wajib percaya & yakin bahawa setiap aturan takdir ALLAH adalah TERBAIK buat kita.

2. Seorang isteri yang taat kepada ALLAH & suaminya. Seorang ibu yang baik buat anaknya.

3. Seorang wanita yang cerdik (celik hati & akal)
    * Berusaha mencari air untuk puteranya, Nabi Ismail A.S.
    * Ambil inisatif untuk mengumpulkan air zam-zam, sumber air yang utama.
    * Menjaga anaknya dengan baik sepanjang ketiadaan suaminya, Nabi Ibrahim A.S.


PENGORBANAN SEORANG ANAK ~ NABI ISMAIL A.S.

1. Sifat 'Ubudiyyah kepada setiap perintah  ALLAH. Taat kepada ALLAH tanpa syarat.
    * Jangan persoalkan syariat ALLAH. Setiap perintah itu ada kebaikan & hikmahnya.
    * Jika ada keraguan bab hukum, tanya & rujuk kepada alim ulama' yang dipercayai kefaqihannya.

2. Lebih besar pengorbanan, lebih besar ganjaran ALLAH akan beri di akhirat kelak.
    * Tekad sungguh-sungguh untuk menunaikan haji kerana ibadah ini yang disyariatkan.
    * Niat, berazam, simpan duit untuk menunaikan ibadah qurban kerana ia sunat muakkad.

3. Kewajipan anak taat dan berbuat baik kepada ibubapa.





PENGORBANAN SEORANG BAPA ~ NABI IBRAHIM A.S.

Jom kita susuri sirah perjuangan... (^_^)

Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan oleh ALLAH supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S. baginda membuat ibadah qurban sebanyak 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu & 100 ekor unta di jalan ALLAH. Melihatkan banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka manusia & malaikat kagum & kehairanan.

Maka Nabi Ibrahim A.S. bersabda :

"Semua yang menjadi qurban itu belum apa-apa lagi padaku. Demi ALLAH, jika aku dikurniakan anak lelaki sudah tentu dia juga akan ku sembelih & aku korbankan dia untuk ALLAH."

Maka, ALLAH telah memakbulkan doanya.

3 hari mendapat mimpi yang memerintahkan dirinya untuk menunaikan nazarnya, untuk menyembelih Nabi Ismail A.S. Hatinya bertanya, adakah mimpi itu petanda dari ALLAH? Diturutkan jua, mengikut perintah-NYA.

Disuarakan mimpi itu kepada puteranya, lalu puteranya berkata :

"Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. InshaAllah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang SABAR iaitu terhadap apa yang diperintahkan kepada ayah untuk menyembelihku."

"Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin akan menyakitkan ayah. Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan rasa kasih sayang padaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah supaya tidak tercemar dengan darahku. Meskipun sedikit, hingga mengurangi pahalaku & mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia menjadi susah." 

"Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah untuk mempercepatkan jalannya di leherku supaya tidak terlalu sakit sedangkan mati itu sakit sekali. Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadku. Sampaikanlah kepadanya bahawa :

"Bersabarlah diatas perintah ALLAH..."

"...Dan jangan ayah beritahu kepadanya bagaimana ayah menyembelih & mengikat tanganku."

"Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke dalam rumah supaya ibu tidak sedih mengenangkanku & hendaklah ayah tidak melihatnya supaya ayah tidak berduka."

Itu yang dikehendaki oleh Nabi Ismail A.S. yang berumur 7 tahun ketika itu (ada mengatakan 13 tahun) demi perintah ALLAH. Sungguh, dia berserah kepada ALLAH Maha Besar.


"Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku untuk melaksanakan perintah ALLAH."

Kemudian, ketika mereka berdua telah bersedia, Nabi Ibrahim A.S. membaringkan Nabi Ismail A.S. seperti kambing yang disembelih. Nabi Ibrahim A.S. meletakkan pisau di leher anaknya & para malaikat yang menyaksikan kejadian bersujud kepada-NYA.

Namun, ia masih belum mampu memotong leher anaknya. Pisau itu membalik & tidak boleh memotong dengan izin ALLAH.

"Wahai ayahku, kekuatanmu menjadi lemah, kerana masih ada cintamu kepadaku, kerana itu ayah tidak boleh menyembelihku," kata Nabi Ismail A.S.

Maka, Nabi Ibrahim A.S. memukul pisau itu pada batu & batu terpecah menjadi dua.

"Wahai pisau, engkau mampu membelah batu tetapi kamu tidak mampu memotong leher anakku?" 

Dengan izin ALLAH, pisau itu berkata.

"Wahai Ibrahim, engkau mengatakan, potonglah, sedang Tuhan sekalian alam berfirman, jangan engkau potong. Maka bagaimana aku mentaati engkau sedang aku harus menderhakai TuhanMU?"

ALLAH berfirman :

"Wahai Ibrahim, engkau telah membenarkan mimpi, ertinya apa-apa yang engkau perlihatkan daripada pemandangan hingga tampak bagi hamba-Ku bahawa engkau sungguh memiliki keredhaan-Ku daripada kecintaanmu kepada anakmu & engkau termasuk dalam golongan yang mentaatiku."

Maka, kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar dari syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu dikorbankan oleh Habil yang diterima daripadanya.

Dan korban kambing itu tetap berada di syurga sehingga Nabi Ismail A.S. digantikan dengan kibas itu. 

Kerana itu, kami perintahkan Jibril datang dengan membawa kambing kibas itu ketika engkau meletakkan pisau yang terakhir kali pada leher Nabi Ismail A.S.

Maka, Nabi Ibrahim A.S. bersyukur & mengucapkan :

"Laa Ilaha illallah Allahu Akbar."

Nabi Ismail A.S. pun menyambut :

"Allahu Akbar wa lillahi hamdu."




No comments:

Post a Comment