SaHaBaT FiLLaH

Wednesday, November 13, 2013

KaHFi, KaMoN!


Kahfi, Kamon! (^_^)

*************************
[Sebahagian besar negara dunia sudah berada dalam zon masa hari Khamis sekarang, betul?Tandanya esok bakal kita sambut Jumaat, betul? InsyaAllah.

Mari kita semua buat prep untuk mulakan rutin Kahfi kita minggu ni sebaik tenggelam matahari Khamis, kamon!]
_________________________________

"Give. Up."

"Kot ye pun..."

"Give up dah...give up give up...GIVE UP!" Muka berkerut serabut, kalah rupa aluminium foil kena renyuk.

"Drama la kau ni, Ipin." Kepala di tetingkap video-chat tu geleng dari tengah skrin PC.

"Bang Long lain la, Bang Long dulu sekolah agama." Muka Ipin makin kelat. 


"Kira biasa la baca panjang-panjang gini.Orang tak reti dowh."

"Ke situ pulak...." Azri tarik nafas panjang. Budak ni memang drama sungguh.

"No, really. Panjang sangat, okay? Tak larat." Ipin pulak yang tarik nafas panjang. 


"Tak larat dan tak sempat. Dari hari tu, ni dah masuk berapa minggu dah, memang tak sempat nak habis pun Kahfi tu everytime." 

Dia renung muka abang sulungnya yang tengah tercampak di Laut Utara Russia tu. "I.Give.Up."

Azri pandang balik muka si bongsu di balik sana dunia yang serabut tu. Dia capai mug kopi.

"Dah la dengan nak SPM bagai..." Tak habis lagi si Ipin mengomel. "Dengan hal duduk Malaysia ni pun dah gaya macam duduk Mexico segala...."

Hampir tersembur kopi ke skrin laptop di depannya. Azri tepuk dada. Kuat. Tersedak aku! "Kau pernah duduk Mexico ke?" Cakap ayat best suka hati dia.

"Dah tiap hari asyik keluar berita orang mati kena bunuh segala macam gaya..." Ipin menyela. 


"Yang kena tembak, yang kena tikam, yang kena jerut..." Dia sandar badan ke kerusi. 

"Ucu nak keluar bawak motor pergi sekolah tu pun cuak kot."

Azri letak mug di tangan ke meja. "Patut dengan berita ala Tijuana, plus dengan serabut kepala nak SPM tu la yang lagi memang kena habiskan baca Kahfi." Dia senyum segaris.

Ipin angkat kening sebelah. Kedua belah kaki dah dilunjur bawah meja.

"Verse 10."

"Mana hafal." Mata dihala ke siling. Aku ni ni nak habiskan baca pun tak pass-pass lagi. 


Inikan pulak nak ingat ayat dengan maksud segala. Ada masalah pemahaman abang aku ni. Ipin menggumam sendiri.

"Dah tu...bukak la terjemahannya, bijak." Sejuk sepoi Siberia ayat sarkastik Azri tu.

Badan ditegakkan. Ipin capai Quran terjemahan di atas CPU. Quran Bang Long pun. Dia rembat secara sukarela dan Bang Long lepaskan secara terpaksarela. Kisah apa. Bang Long ada duit boleh beli lain. Aku anak sekolah. Choi!

"Verse 10." Azri mengulang.

Mata berlari di atas naskhah di tangan yang dah terbuka. Jumpa. Ipin pandang Azri di skrin sekilas. 


"Remember when the young men fled for refuge. They said; 'Our Lord, bestow on us mercy from Yourself, and facilitate for us our affair in the right way."

Dia membaca. Berdetap hati.

"It is a du'a." (^_^)

 
Allah Pelindung... dari bahaya.
Allah pelindung... dari bahana.
Allah pelindung... dari cacamerba.
Allah Pelindung... dari segala.

Baik pistol, baik pisau, baik Tijuana....

"Bukan Bang Long dah pesan ke dulu, bila baca tu baca sekali dengan maksud dia. Kalau dak memang lost la the meaning. Memang la rasa merampus nak habiskan."

Ipin angkat muka pandang skrin PC. Indeed. 


"Tapi memang panjang sangat, Bang Long. Baca macam tak habis-habis." 

Dia lepas nafas. "Nak baca maksud segala bagai lagi la tak sempat." Alamat aku baca Bismillah je la tak sudah.

"Kau baca macam mana gaya?" Kening Azri pulak yang terangkat sebelah merenung adiknya tu.

"Baca sekali harung la lepas Subuh Jumaat tu. Tapi tak pernah sempat nak habis pun. Bila dah pergi sekolah masa bilanya pun nak sambung baca? Petang lepas solat Jumaat dah kelas tambahan dengan gerak gempur segala. Sampai rumah dah nak Maghrib kot." Panjang Ipin bentang jadual.

Azri pejam mata, gosok dahi. "Bang Long pun tak sempat la kalau nak kejar habiskan senafas waktu lepas Subuh tu Ucu oi..." 


Tingkap masa punya la sempit sebelum nak kena berkejar masuk kerja. Dan waktu kerja tak ada celahnya nak dibaca tengah-tengah buat pipe fabrication untuk paip besi 1 tan tu.

"Dah tu...."

"Split 3." Azri capai Quran terjemahannya dari tepi laptop. "Ayat ada 110, kan." Dia buka naskhah di tangan.

Ipin buka ke halaman Kahfi terakhir. Aah. 110 ayat. Dia angguk mengiakan. "Split masa jadi tiga, waktu bila?"

"Kau balik rumah pun dah nak Maghrib, kan? Tu kira dah masuk hari Jumaat.


Start lepas Maghrib hari Khamis tu, kau habiskan ayat 1 sampai Ayat 31. Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain, nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung." 

Dan pastinya cukup-cukup la waktu sebelum ibu jerit suruh isi rumah tu turun makan malam.

Ipin capai post-it note dengan pen.

"Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu and onwards. Lepas Isya' kau sambung ayat 32 sampai ayat 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir."

Ipin laju menulis atas post-it.

"Subuh Jumaat tu kau habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. Tak ada la semput sangat. Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain."

Pen masih berlari atas post-it.

Azri pandang si Ipin yang tengah menulis di balik sana talian. "Capish?"

"See how it goes la." Ipin tarik helaian post-it yang bertulis tu. Pap! Dilekat di dinding CPU.

"Kalau kau larat habiskan 110 ayat tu sekali harung Khamis malam tu, lagi la bagus."

Angguk.

"Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Boleh la savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu." 


Azri letak Quran di tangan ke meja. 

Tak berapa jadi makna la, kalau baca sampai mengah tapi tak dapat ibrah, tak ke?"

Heh. "Jangan bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam, boleh dak?"

Haha.

______________
benar,surahnya sedikit panjang dari lazimnya yang kita biasa
cuba untuk cari jalan dan cari masa, ya.
Kahfi kamon, kita? :)
may ALLAH bless us!


Original Post: https://www.facebook.com/hlovatehood/posts/636049479779384 


Ilham Sanubari,
atikah_humairah@mardhotillah
(13112013)
~Mencari Redha ILLAHI~

Sunday, October 20, 2013

JaTuH CHeNTa...


I'M IN LOVE WITH DA'WAH...

ALLAH telah berfirman dalam warkah cinta-NYA:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya DIA akan menolongmu & meneguhkan kedudukanmu." 

Tak percaya? Siyes, ini janji-NYA pada pejuang agama-NYA.

Jom kita 'check' tafsir ayat ini, yang telah termaktub dalam Surah Muhammad: Ayat 7.

Alkisahnya begini... (^_^)
  
"Bagaimana aku 'jatuh chenta' dengan DAKWAH?"

Dahulu, aku cukup 'anti' dengan golongan yang mengaku diri mereka sebagai DAI'E a.k.a. pendakwah.

Kerana apa? Banyak cakap tak serupa bikin!

Kononnya, mereka yang paling 'superb' iman & amalan soleh berbanding daripada orang yang 'biasa-biasa' sahaja takat imannya.

Budjet prasantan betul laa! (Perasan diri bagus sangat a.k.a. riya').

Satu persoalan yang sering bermain di minda fikiranku ialah:


"Kenapa mereka sanggup meluangkan masa hanya untuk BERDAKWAH?"

USRAH, DAKWAH, TARBIYYAH... Itulah dunia yang mewarnai kehidupan mereka.

Bagi aku, 'dunia' itu amat membosankan. Apa yang pasti, aku terkecuali!

Tapi... itu dulu, saat aku masih dibuai dengan angan-angan dunia 'jahiliyyah'.

Aku paling 'tension' & 'stress' jika dipaksa untuk join usrah @ 'bulatan gembira'. It's choice, right?

Disebabkan usrah adalah aktiviti wajib di asrama, akhirnya aku terpaksa merelakan diri walhal dalam hati, tersangat malas! (*_*)

Hidayah ALLAH tiada siapa yang boleh menduga. 

He surely knows what's best for us! =)

Aku yang 'biasa-biasa' aje akhirnya dipilih oleh ALLAH sebagai AJK Badan Dakwah di sekolah.




SAAT AKU DISAPA MAK CIK 'HIDAYAH' & PAK CIK 'TAUFIQ'...


Dulu, aku amat 'benci' tetapi kini aku telah 'jatuh chenta' dengan Dakwah.

"Alhamdulillah, Ya ALLAH diatas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan."


"Tarbiyyah itu bukan segala-galanya, namun segala-galanya bermula dengan TARBIYYAH."

Orang akan kata macam-macam bila kita orang 'biasa-biasa' ini cuba buat sesuatu untuk ISLAM.

Mungkin ada diantara kita yang pernah merasainya bukan?

Ada puak yang EKSTRIM kata:  

"Ada hati nak nasihat aku, kau dah layak masuk syurga ke?"

Ada yang SYOK SENDIRI kata:  

"Tak payahlah sibuk-sibuk berdakwah. Lagi bagus kita fokus pada akademik je."

Ada golongan yang suka menyindir:  

"Kalau setakat cakap je tapi tak beramal, apa gunanya? Cakap tak serupa bikin!"

Mulut tempayan, memang kita tak mampu tutup. So, pekakkan telinga je & keep moving forward!

Spread our da'wah & the beauty of ISLAM! That's our duty!

At least, kita ada sesuatu nak  buat untuk ISLAM, agama yang ALLAH redha ini.

Biarlah usaha kita nampak SEKECIL zarah di pandangan mata manusia, mana tahu mungkin BESAR di pandangan ALLAH?

Jom kita 'check' sirah anbiya' kisah Nabi Ibrahim A.S. dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar.

Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.

Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.

"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih ALLAH, Nabi Ibrahim," jawabnya.

"Ha..ha..ha.. Usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

"Aku yakin bahawa ALLAH tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku ini api yang marak itu berjaya dipadamkan, tetapi ALLAH pasti bertanya apakah usaha yang aku lakukan untuk memadamkan api tu."

Gulppp! Rasa nak cubit je pipi. Nanges!

The moral of story:

Kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha menyebarkan kebaikan, siramlah walau ''setitis air" untuk menyambung perjuangan Rasulullah SAW kerana ALLAH melihat pada USAHA kita.

Akhirul kalam, mari kita sama-sama menghayati bait kata sang murobbi:

"Kita mesti menyedari bahawa bahtera perjuangan ISLAM ini adalah bahtera yang teguh, bahtera yang kuat, bahtera yang tidak tenggelam & bahtera yang dipelihara oleh ALLAH."

Hanya mereka yang sabar & istiqomah akan kekal bersama bahtera ini.

Alhamdulillah, now i feel something that i'm in love with da'wah. =)


Ilham Sanubari,
atikah_humairah@mardhotillah
(20102013)
~Mencari Redha ILLAHI~

Thursday, October 17, 2013

PeDuLiKaH KiTa?



Duduk dengan housemate. Depan TV. Menghadap pinggan mi segera. Baru dimasak. Lepas tiba di rumah tadi.

TV terpasang keluar muka almarhum Saddam. Berganti dengan protes jalanan ke atas Ariel Sharon. Berganti dengan klip budak-budak nak pergi sekolah di Palestin dikejar dengan peluru hidup.


Imbauan Perang Teluk. Bersambung dengan klip lama ulasan Colin Powell dan Margaret Thatcher tentang perubahan dinamik dan politik Timur Tengah.

Refleksi tentang kronologi berita dunia Islam rupanya.


"Kita hidup dalam fasa world history yang sangat significant." 


Housemate pandang pinggan sebelum kembali pandang muka Saddam di TV. 

"Too much has happened in such a short span of time."

Aku angguk. Garpu kuis mi segera di pinggan. Betul. Terlalu banyak. Dan semuanya terlalu poignant.


"Kita hidup di zaman humanity macam tak ada makna."

"Kita saksi sejarah. Kita sebahagian dari sejarah."

Skrin TV kini tunjuk klip imbauan konflik Iraq dan Iran.

"Kalau ALLAH panjangkan umur, dan ALLAH rezekikan untuk ada anak cucu sendiri nanti, diorang akan belajar sejarah hari ni." Housemate masih pandang TV.

Skuad tentera tengah berkawad atas skrin TV. Yang lelaki muka bersarung topeng hitam.Yang perempuan pun sama di belakang. Teguh. Gagah. Aku yang tiba-tiba naik seram. Mi segera aku kunyah lambat-lambat.

"...dan diorang akan tanya: 


'Eh, atuk dah ada kan masa zaman tu? Dah besar, kan? 

Masa zaman Iraq dengan Afghanistan kena serang... zaman Bosnia dengan Chechnya... masa zaman Palestine mula kena kepung dengan dinding batu tu... masa zaman yang ramai-ramai kena bunuh kat Rabaah... Rohingya pun... 


Masa tu atuk tengah buat apa?"
 


Monolog housemate aku tak habis lagi rupanya.

Aku pandang muka dia.

"Atuk tak buat apa-apa nak tolong ke?'


Mi segera di langsung rasa terlekat di tengah anak tekak. Aku terus nak cari air. Tak ada. Terlupa. Air tak bawa dari dapur. Tercekik. Dan salah sendiri.

"Atuk duduk rumah tak buat apa-apa ke masa tu?" Masih dia tak habis dengan hypothetical questions 'cucu'nya.

Penembak soalan membunuh betul bakal cucu housemate aku ni nampaknya. Terasa macam garpu mi segera di tangan tu ditikam ke dada dan kemudian dipulas selagi mahu.

Kemudian dia sendiri diam. Terbunuh dengan soalan hypothetical sendiri mungkin. Aku memang awal-awal lagi dah terkorban. Atau, tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Mungkin hanya mampu jawab:


Atuk dapat pergi rally, protes, dan bantu di alam maya dengan sebarkan semua ketidakadilan dan kezaliman. Dan boikot. Tu je yang atuk dapat buat. Dan doa." 

Dia kembali buka mulut dengan dahi berkerut pandang TV.

Berdesing terus telinga. Bila didengarkan balik jawapan tu disebutkan begitu untuk menjawab soalan mencabar sebegitu, memang bunyi lame dan lembik semacam.


Walaupun rasa itu yang dah habis gagah untuk dibuat. Seorang cucu pastinya mahu atuknya itu seorang hero pahlawan gagah setara Ultraman, bukan? Bukan hero papan kekunci pengunyah koci semata.

"Dan mungkin cucu tu akan balas balik lepas terdiam, 'uh...tu je?'." Housemate tarik nafas dalam-dalam.

Kami terfikir benda yang sama rupanya.

"Dan tak mustahil je dia akan cakap, 'Kenapa atuk tak pergi tolong? Mesir tu mungkin la jauh. Tapi Burma, Thailand tu dekat je dengan tempat kita, kan?

Riwayat aku tamat terus dengan soalan headshot tu.
Reflection, has to be followed by action

dan jujur, rasa nak banjir untuk diri sendiri.

@[Hlovatesays]

Original post: https://www.facebook.com/hlovatehood/posts/617945898256409



Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@mardhotillah
(18102013)
~Hlovatefans~
 


Saturday, September 14, 2013

aR-RaHMaN...




"Lessons From Surah ar-Rahman." {By Ustadh Nouman Ali Khan}

Baru-baru ni, Ustaz Nouman Ali Khan datang ke KL. Nampak ramai kawan-kawan di fb pergi. Semua pun cakap best (termasuk Wardina!). Alhamdulillah.

Apa yang best tentang Ustaz Nouman Ali Khan ni, dia punya english sangat simple & mudah saja nak faham apa yang diceritakan. Selamba & cool! (Oh, dia dari US btw).

Dalam lecture tersebut, dia hanya sempat jelaskan tentang ayat 1 hingga 3 sahaja daripada Surah ar-Rahman yang ada 78 ayat.

Surah ini unik (buka Al-Quran sekarang kalau nak lagi percaya), sebab dalam surah ini, ALLAH ulang satu ayat ini sebanyak 31 kali!

Ini ayatnya:


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

**********

Ustaz Nouman kata, surah ini turun antara zaman peralihan Mekah ke Madinah. Dan ALLAH turunkan surah ini ke atas orang-orang musyrikin Mekah yang masih degil (stubborn).

Dah bertahun-tahun Rasulullah SAW berda'wah kepada mereka, tapi semakin lama, mereka semakin degil & melampaui batas. Mereka memperlekehkan & memperolokkan Rasulullah SAW.

Kata Ustaz Nouman, macam seorang bapalah, kalau dia nak panggil anaknya makan, tak cukup sekali. Terpaksa si bapa itu tadi panggil berkali-kali, barulah si anak mahu menurut kata bapanya.

Begitulah, dengan penuh kasih sayang, ALLAH ulang & ulang ayat-ayatNya kepada musyrikin yang degil itu.

**********

Apa yang menarik, bila Ustaz Nouman mula kupas perkataan 'ar-Rahman'. 


Kenapa ALLAH perkenalkan diri Dia sebagai 'ar-Rahman'?

Kata Ustaz Nouman, selama ini kita mungkin 'underestimate' perkataan 'ar-Rahman'. Apa yang kita tahu, ar-Rahman itu maksudnya 'Maha Pemurah' (The Most Merciful).

Tapi, 'direct translation' ini tidaklah menggambarkan hakikat sebenar sifat ALLAH 'ar-Rahman'.

Lalu, Ustaz Nouman pun menceritakan bagaimana perkataan 'ar-Rahman' itu berasal daripada perkataan 'ar-rahma'.


Salah satu maksud 'ar-rahma' ialah 'rahim ibu (womb)'.

Cuba kita teliti keadaan baby di dalam rahim ibu.

Dalam rahim ibu, baby itu dijaga dengan penjagaan yang terbaik oleh si ibu.

Hubungan antara ibu dan baby itu sungguh ajaib!

Baby yang berada dalam perut tidak kenal pun si ibu tetapi si ibu kenal siapa di dalam perutnya.

Si ibu amat menyayangi dan menjaga baby itu dengan penuh perhatian walaupun baby itu langsung tidak kenal akan ibunya.

Begitulah sifat 'ar-Rahman', apabila Dia menyatakan Dia adalah 'ar-Rahman', Dia sebenarnya menyatakan bahawa:


Dia Maha Penyayang ke atas kita, Dia sangat mengambil berat tentang kita, dan Dia Tahu bahawa kita ini sangat halus & perlu dijaga dengan amat rapi.

Begitulah ALLAH, ar-Rahman ke atas makhluk-Nya sebelum kita kenal Dia lagi. Sebelum kita lahir, ketika kita dilahirkan kemudian membesar, segalanya Dia cukupkan untuk kita tanpa perlu kita meminta kepada-Nya.

**********


Kata Ustaz Nouman lagi, apabila kita baca perkataan 'ar-Rahman', ia seharusnya menjadikan kita berfikir, 

"Bagaimana ALLAH menunjukkan sayang-NYA kepada aku pada saat ini? Bukan esok, bukan nanti tapi kini."

Lihat sahaja pada hidup kita hari-hari yang dikelilingi masalah. Masalah kerja, masalah dengan anak, masalah ibu bapa, dan macam-macam lagi masalah - kita memikirkan masalah LEBIH BANYAK daripada kita fikir tentang ALLAH AR-RAHMAN...

...dan berapa banyak masalah yang ALLAH dah keluarkan kita daripadanya?

**********

Seterusnya, Ustaz Nouman membawa kita kepada ayat terakhir Surah Ar-Rahman di mana ALLAH telah memuji nama-Nya:

"Maha Suci nama Tuhanmu, Pemilik Keagungan & Kemuliaan."


Apa pengajarannya kepada kita?

Kata Ustaz Nouman, jika kita melakukan sesuatu perkara itu kerana @ dengan nama ALLAH ar-Rahman, maka kita akan beroleh barakah.

Barakah itu pula ialah sesuatu yang 'sentiasa tumbuh & berkembang, lebih daripada jangkauan'.

Maksudnya, bila kita buat sesuatu dengan nama ALLAH ar-Rahman, ganjaran daripada ALLAH itu sangat besar & akan bertambah-tambah.

Jadi, insyaALLAH kalau kita buat apa pun dengan nama ALLAH, kita tak akan rugi (walaupun kelihatan tak berapa memberangsangkan di mata manusia).

**********

Akhir sekali, Ustaz Nouman kata, disebabkan ayat ini, orang muslim seharusnya bersikap optimis dan takkan pernah pesimis!

Al-Quran bukan buku yang nak "mengharamkan itu ini", bukan juga buku untuk "ustaz-ustazah sahaja", dan bukan buku yang "nak menghukum sahaja".

Tapi, kalau kita fahami al-Quran, kita akan nampak bahawa ALLAH turunkan al-Quran ini sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada kita.

Kata Ustaz Nouman, "The Quran is an act of Allah's LOVE."

Jadi, mesej terakhir daripada Ustaz Nouman, "Build your relationship with al-Quran."


Bina hubungan dengan al-Quran, fahami maknanya agar kita merasa kasih & sayangnya ALLAH kepada kita.

Pesan Ustaz Nouman, kita buat perlahan-lahan, mula sikit-sikit untuk kenal & baca al-Quran. 


Tak perlu terburu-buru & tergesa-gesa, Rasulullah pun ambil masa 23 tahun untuk ALLAH mengajarkan al-Quran kepada baginda.

Berusaha fahami al-Quran, semoga menjadi orang yang beruntung!

Semoga Allah memberkati Ustaz Nouman Ali Khan atas ilmu yang dikongsikan.

Allahu'alam. (^_^)


Rakaman ceramah: http://new.livestream.com/accounts/908954/events/2370804/videos/29193493
 

Ilham Sanubari,
atikah_humairah@mardhotillah
 (Mencari Redha Ilahi)
~15092013~


Friday, September 6, 2013

NeW SeMeSTeR...


5 September 2013...

"Alhamdulillah, finally registered for Final Year." (^_^)

Benarlah firman ALLAH dalam 'warkah cinta-NYA'. Check surah Ar-Rahman!

"Maka nikmat Tuhan-MU yang manakah yang kamu dustakan?"

Allahu Rabbi, rasa tak percaya! Final year? (*_*)

Sekejapnya masa berlalu. Seolah-olah baru semalam aku mendaftarkan diri di USIM, bumi yang amat 'bernilai' hikmahnya.

Dulu pernah aku berangan-angan untuk belajar di Mesir. Siapa yang tidak mahu menuntut ilmu di bumi Anbiya' yang digelar 'Ardhul Kinanah' itu?

Kini, baru ku menyedari betapa 'cantiknya' aturan takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH.  

Indeed, He knows what's best for us.

Sehebat mana pun kita merencana draft pelan perjalanan hidup kita, HEBAT lagi ALLAH punya 'perancangan.' Kita hanya mampu merancang, selebihnya serahkan pada-NYA.

Ingat, tawakkal setelah kita berhempas-pulas usaha + ikhtiar + berdoa, bukan sekadar sambil lewa menunggu 'kejayaan' datang bergolek di depan mata kita.

Hidup  hanya sekali, gunakan sebaik-baiknya 'peluang' yang telah ALLAH berikan.

Dunia ini tempat kita 'menuai semaian' dengan mengerjakan banyak amalan soleh untuk dihitung di akhirat kelak, sama ada syurga atau neraka tempat yang bakal kita huni.

Benarlah janji Rabbi! ALLAH telah bersumpah tentang MASA dalam surah Al-Asr!

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran."


May ALLAH ease everything for us!

Don't forget pray for our brothers & sisters in Gaza, Syria, Egypt and the world. Pray for ISLAM!
  



6 September 2013...

Alhamdulillah, blog kini telah 'berwajah baru.' Sekian lama ku mencari 'blog designs', akhirnya ku berjaya menemui apa yang dihajati.

Menukar template blog juga sangat menguji kesabaran! Terutama saat line internet amat 'slow.'

Lagi bertambah stress, bila hilang semua 'coding' & 'HTML' sebelumnya. Pada asalnya, 'excited' sangat nak menghiaskan blog cantik-cantik, terus 'mood' berubah naik angin!

Bersabarlah! Ini kerana, sabar itu INDAH!

Ini 'moral value' yang saya perolehi, setelah sekian lama menunggunya. (^_^)

Saya sertakan 'link' blog untuk 'free blog design'. Sesiapa yang berhajat untuk menukar, sila layari website ini: http://leelou-blogs.com/

Saya jamin 100%, insya-ALLAH pasti memuaskan hati! Moga bermanfaat.

Untuk bloggers yang masih bertatih (termasuklah saya), ini sedikit-sebanyak 'guidelines' untuk 'tutorial bina blog.'

Sila ziarah di website ini: http://jombinabelog.blogspot.com/

New blog, new semester & new determination! Strive for excellent!

Pastikan segala amalan yang kita lakukan dimulakan dengan NIAT yang ikhlas, kerana ALLAH.

Ilham Sanubari,
atikah_humairah@mardhotillah
(Mencari Redha Ilahi}

Sunday, August 25, 2013

SYuKuR...


22 Ogos 2013... (^_^)

"Alhamdulillah, sabar itu indah! Tidak ternilai harganya saat kita disapa sentuhan 'tarbiyyah' daripada ALLAH." 

Surely ALLAH knows what's best for us, and He has got a whole load of things planned.

Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal = Kejayaan. Inilah konsep yang sebenarnya, yang perlu kita fahami serta mengaplikasikannya. Seiring dengan syariatullah & sunnatullah.

"Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya."

Hakikatnya, KEGAGALAN itu mampu bertukar menjadi KEJAYAAN andai diterbalikkan.

Allahu Rabbi, setiap ujian & musibah yang menimpa kita, pasti ada hikmah yang berlaku disebaliknya. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Ternyata, kasih sayang-NYA mendahului daripada kemurkaan-NYA!

"Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah..."

"Ya ALLAH, betapa banyaknya nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-MU namun masih ramai dalam kalangan kami yang ingkar & kufur (tidak mensyukurinya)."

Ampunkan dosa-dosa & khilaf kami, Ya ALLAH...

Benarlah kalam-MU yang termaktub dalam Al-Quran:

"Maka nikmat Tuhan-MU yang manakah yang kamu dustakan?"

Betapa banyak pengulangan ayat ini yang terakam dalam Surah Ar-Rahman. ALLAH ingin memberi peringatan bagi hamba-hambaNYA yang sentiasa berfikir.


Hidayah itu hak milik ALLAH... (^_^)

Fikiranku menerawang jauh, mengimbau kembali memori beberapa hari yang lalu.

"Kak, seksinya dia dulu. Teruknya perangai dia. Nasib baik ALLAH dah bagi petunjuk, dia dah berubah," adik usrahku berceloteh sambil menunding jari ke arahnya.

Aku sekadar melihat pada 'si dia' yang diceritakannya sebentar tadi.

"Adik, sebaik-baiknya kita ucapkan Alhamdulillah berbanding nasib baik. Adik suka tak kalau orang lain ceritakan aib (keburukan) adik pada kawan-kawan?" tanyaku padanya.

Dia sekadar tersenggih malu-malu. Sekadar menggelengkan kepala.

"Jangan menilai seseorang dari kisah silamnya. Lihatlah perubahan positif dia sekarang. Bantulah orang yang ingin berhijrah, bukan dengan cara menghukumnya," kataku sambil tersenyum.

Ku lihat adikku menganggukkan kepalanya, tanda dia setuju.

"Jangan hina, tegur cara baik. Rasulullah SAW tak ajar kita menghina kan? Jaga aib orang, insyaALLAH, aib kita pasti ditutup oleh ALLAH di akhirat kelak," tambahku lagi.

Senyuman terukir di wajah adikku. Alhamdulillah, dia memahami apa yang ingin ku sampaikan.

Kita hanya mampu menyeru & berdoa, selebihnya serahkan segalanya kepada ALLAH. Kerana ALLAH yang pegang hati-hati hamba-NYA. DIA mampu membolak-balikkannya.

Rasulullah SAW juga bersedih kerana Abu Talib tidak memeluk Islam sehingga akhir hayatnya, walaupun bapa saudaranya sentiasa melindungi Baginda SAW daripada ancaman Kafir Quraisy'.

Ini kerana, hidayah itu hak milik ALLAH!

Bersyukurlah kepada ALLAH, andai saat ini kita masih diberi peluang untuk mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu: nikmat IMAN & ISLAM.

"Alhamdulillah..."

"Allahumma a'inna 'ala dzikrika wa syukrika, wa hussni 'ibadatik."

 Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(25082013)
KL, Malaysia

Monday, August 12, 2013

HaLaQoH CiNTa...

Liqo Mahabbah, (17052013)
“Tak kisahlah yang pegang title senior, super-senior, nuqoba, amir, amirah atau yang pegang paling banyak mad`u sekalipun, tapi kalau mad`u paling dekat yakni hati itu  masih tak terdidik, selagi tulah kamu masih perlukan usrah.”
~Murobbi.
Allahu Rabbi, tersentap IMAN!

Pelbagai persoalan mulai 'bermain' di minda. Refleksi diri seketika.

Sejauh manakah kesungguhan kita untuk sentiasa ISTIQOMAH berusrah?

Sejauh manakah keberkesanan dan penghayatan kita selepas selesai berhalaqoh?

Sejauh manakah kita merasakan kepentingan untuk sentiasa join "bulatan gembira"?

"Usah bicarakan soal Jemaah, Dakwah, Tarbiyyah, Siasah andai diri kita masih leka serta memandang enteng pada Usrah!"

Ini kerana, USRAH merupakan tunjang kepada TARBIYYAH.

Tanpa USRAH, gerenti Jemaah + Dakwah + Tarbiyyah + Siasah pasti REBAH!

"Tiada PERJUANGAN tanpa air mata. Kadang-kadang, dengan darah dan jiwa perlu kita korbankan demi menegakkan izzah ISLAM."

Moga ALLAH sentiasa thabatkan hati-hati kita di atas jalan juangNYA.
 
Ilham Sanubariku,
 atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(12082013)

Friday, August 2, 2013

aL-KaHFi...


Tangan kiri menggosok mata yang kelat di belakang cermin mata. Mata separuh terpejam. Tangan kanan tengah pegang suapan nasi.

Dia kalau bab-bab bangun sahur ni memang kalah sikit. Tapi di gagahkan juga suap nasi ke mulut. Nak rebut berkat sahur kot! 

Hening je pagi subuh unit pangsapuri dua bilik tu.

Tangan kemudian menggagau cari botol kicap di depan piring telur goreng. Baru nak dicodongkan botol Cap Kipas Udang tu ke 45 darjah, cepat ditepis-tahan orang sebelah. 


Mata yang tadi separuh buka, luas terus. Dia pandang K² yang sama tengah pegang botol kicap di tangannya tu.

“Kot ye pun nak kicap, perlu ke potong line sampai gini?” Fend buat muka.

K² hanya angkat kening sebelah. “Kot ye pun nak kicap, takkan nak tonggang masuk air?” Monoton dia balas balik.

Huh? Fend kalih pandang pandang botol kicap. Memang muncung botol jauh sasaran ke nasi. Sah hampir air sahurnya jadi teh-O-kicap.

“Lain kali mata tu bukak.” K² lepas tangan dari botol Kipas Udang. Dia kembali sambung suapan.

Fend alih muncung botol kicap ke arah nasi. Kali ni mata dah bukak luas-luas.

Sekali lagi sepi ambil ruang. Masa yang berlalu hanya bertanda dengan piring telur goreng yang makin licin dan nasi yang makin berkurang di pinggan.

“Hari kesepuluh dah.” Fend menutur tiba-tiba.

Angguk. Suapan terakhir.

“Cepat sangat rasanya.” Fend pandang pinggan nasi yang dah kosong.

Angguk lagi.K² kemudian capai mug teh. “Hari ni Jumaat. Jangan lupa shopping. Rugi kalau lepas.”

Giliran Fend pula mengangguk. “Thanks.” Sebab ingatkan.

K² perlahan meneguk air. “Macam biasa? 50-50?” Minta kepastian.

“Macam biasa. Dua.” Fend mengiakan. “Kau nak shopping tang mana?”

“Buat sekarang la senang. Online je.” K² letak mug ke bawah. Kemudian terus capai telefon bimbit di sebelah sila. 

Fend ikut buat laku sama. “Aku transfer untuk sumbangan iftar Gaza-Syria.” Hujung jemari mula buka apps Maybank2u.

“Aku transfer untuk Tautan Kasih Ramadhan Malaysia then.” Fend turut buka Maybank2u di skrin telefonnya.

Ingat baju je boleh shopping online? Sekarang pahala pun senang je nak shopping online, tahu?

Favourite 3rd Party transfer dicari. RM50 dimasukkan sebagai jumlah. Itu je yang mampu untuk dia dan K² setakat ni nak menyumbang. Jadi la. Tak banyak, sikit. Tak sikit, banyak. RM50 untuk setiap charity pilihan. 

Dia bayar RM25, K² tambah lagi separuh untuk setiap satu charity. 

Duit yang selama ni simpan sikit-sikit sebelum masuk Ramadhan untuk ‘dilaburkan’ dengan dividen yang confirm 700 kali ganda. 

Tambah-tambah hari ni. Penghulu segala hari di dalam Penghulu segala bulan. Jumaat. Moga berkat. Amin.

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya sehingga 700 kali lipat, kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk-Ku, dan aku yang memberikan balasan kepadanya, kerana dia telah menahan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” 

Suara imam surau taman baca hadith riwayat Muslim tu kembali terngiang di telinga.

“Done.” K² letak kembali telefon di tangan ke tepi sila.

“Weh.”

“Hmm?”

“Jumaat, kan?”

K² sengih. Tau dah budak ni nak cakap apa.

“Kahfi jangan lupa.” Serentak mereka bersuara.

Haha. 
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(02082013)
 ~hlovatefans~

Thursday, August 1, 2013

LaiLaTuL QaDaR...


CONTENGAN JALANAN...@Hlovate (^_^)

Mata jatuh pada tafsir al-Quran di tangan.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" [al-Mu’minuun 23:115]

Kepala diangkat. Mata pandang depan. Nafas dihela panjang.

Sebagai manusia, kita ada hak untuk mencari. Cari makna hidup. Cari makna kepada makna hidup. Cari makna kepada perasaan. Cari makna kepada pegangan.

Dan cari makna kepada Ramadhan.

Bukan hendak meletakkan definisi Ramadhan itu pada masjid mana yang hendak dijejak, pada imam mana yang nak dikejar, pada Quran yang dibaca itu dalam iPhone, iPad, Tab, Note, kertas biasa, kertas seribu warna, kertas papyrus atau apa.


Tapi untuk meraikan keseronokan Ramadhan.

Untuk buat perasaan berkejar-kejar mencari kebaikan itu makin berkobaran. Hanya untuk dibuat alat, bukan untuk dibuat matlamat.

Macam dalam hal solat, Allah bukan nak tanya berapa puluh masjid yang kita dah pergi, tapi Allah tanya sama ada solat itu sempurna atau tak, regardless kat mana. 


Baik di istana,baik di masjid harga berjuta, baik di tepi jalan on the way dari Bandung ke Jakarta, baik di bawah tangga kerana lari sekejap dari kuliah Dr. Svetlana Rashkova.

Siapa yang nak keluar statement berani mati cakap solat kat 10 masjid lagi sempurna dari solat kat 1 masjid? 

Bukan reputasi masjid tu yang bagi weight pada pahala, kecuali masjid-masjid yang Rasulullah dah sebut dalam hadith. Tak ke?

Dan kadangkala cepat betul kita rasa kita ni best kalau dah masuk Ramadhan hari ke 10, dan kita dah baca sampai Juz 12. 


Agak kurang makna jugak la kot kalau kita hanya baca waktu bulan Ramadhan tu je tapi bulan yang lagi 11 tu baca alif-ba-ta pun tak berbunyi, tak ke? 

Betul, Ramadhan ni kalau boleh kita nak pulun buat ibadat. Tapi dah tu, bulan lain takkan nak tinggal ibadat, concentrate buat maksiat?

Kalau cakap kat budak Form 1 pun dia tau kot bab prinsip Nombor Negatif. Kalau +5 tambah dengan -5, final result jadi 0. Tak ada makna. Rugi la kot. Sama jugak dengan ibadat Ramadhan.


Ustaz-ustaz yang kat masjid tu jenuh la bagi ceramah sampai serak-serak suara untuk mengingatkan kita jadi hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani.

Kena ingat niat ibadat itu lillahi ta’ala, bukan niat kerana-bulan-ni-la. Tapi tak juga bawak maksud yang bulan di patut dibiarkan sia-sia. Tambah-tambah dah nak masuk fasa final lap ni ha.

Dia paling pandang orang sebelah. “Dah masuk malam 10 yang last dah ni.”

“Hmm.”

“Macam mana bunyi doa tu?”

“Doa mana?”

“Ala….yang Pak Imam sebut hari tu. Yang dia suruh baca waktu malam 10 last tu.” Berkerut dahi Fend. Serius tak ingat! Bila aku tertelan semut?
 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى 

Tanpa angkat muka dari buku K² mengucapkan.

“Uiks? Dah hafal?” Kening Fend terangkat sebelah merenung K². Kagum sekejap.

K² memandangnya sekilas. “Ni ha tengah baca.” Pinggir bibirnya terangkat sebelah.


Reported by `Aishah (RA): I asked: "O Messenger of Allah! If I realize Lailat-ul-Qadr (Night of Decree), what should I supplicate in it?'' He (peace be upon him) replied, "You should supplicate: Allahumma innaka `afuwwun, tuhibbul-`afwa, fa`fu `anni (O Allah, You are Most Forgiving, and You love forgiveness; so forgive me).'' [At-Tirmidhi]

Fend buat muka. Ingatkan dah hafal siap. Tergugat rasa sekejap tadi. Tak aci weh, kalau K² dah hafal tapi diri sendiri tergagap lagi kat allahumma tu je.


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى

Sekali lagi K² mengulang sambil tutup buku.

“Weh, dah hafal sungguh?” Bulat mata Fend.

“Dah.” K² muka tak berperasaan.

Muka Fend balik cemberut. “Sampai hati kau tinggal aku makan debu.”

Haha. K² gelak je. “Sebaris je kot.”

“Maksud? Baca sikit.” Fend memanjangkan leher nak baca dari buku di tangan K² tu.

"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba-hamba-Mu, lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."


Fend angguk dengan mulut kumat-kamit mengulang.

Tiba-tiba rindu pulak dengan Ramadhan kat Sydney. Bibir mengukir senyum segaris di bawah sedar. Mata jatuh pada dua keping gambar yang dikepil di kulit belakang sketchbook perang tu. 


Gambar dia dan Chad dengan The Three Sisters jadi latar belakang. Dia pandang pula gambar kedua. Gambar dia dan K². Juga berlatarbelakangkan The Three Sisters.

Nafas panjang ditarik. Senyum sekali lagi menarik pinggir bibir. Tak kisah la kat mana sekalipun, Fend.


Ruh Ramadhan tu bukan bertanda di tempat semata. Ruh Ramadhan tu lekatnya di hati. 

Kalau hati mahu, ruh tu boleh dirasai di mana-mana. Palinglah ke mana, jejaklah ke mana, menapaklah ke mana, masih bumi Allah juga. Tak gitu?

Pap. Pahanya ditepuk perlahan.

“Jom,gerak.” K² merenungnya dengan kening terangkat. “Nak pergi iktikaf ke dak ni?”

Senyum melebar jadi sengih .Betul, bumi mana pun masih milik Allah juga. Dan di antara langit dan bumi itu pun segalanya milik Allah juga. Termasuklah hati-hati manusia yang ada di antara keduanya.

“Lagi tiga saat kau tak bergerak, aku tinggal.” K² dah melangkah. Boleh pulak nak buat gaya patung batu kapur tengah-tengah orang bercakap.

Haha. Fend bingkas bangun. “Sampai hati kau nak masuk syurga, pi tinggal aku?” Saja.

“Dah tu? Sampai hati aku ajak masuk syurga kau tak nak?” K² pandang ke belakang sekilas dengan sengih selamba.


Fend sengih. Kena sebijik dengan K².

Mari buru Lailatul Qadr. May Allah bless!


 atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(01082013)
~hlovatefans~