SaHaBaT FiLLaH

Tuesday, July 30, 2019

PeNGoRBaNaN



'IBRAH USRAH NISA' SERDANG
DAI'E ADIBAH
TAJUK : PENGORBANAN
{30 JULAI 2019}


PENGORBANAN SEORANG ISTERI & IBU ~ SITI HAJAR

1. Aqidah seorang isteri dalam menerima Qada' & Qadar dari ALLAH.
    Wajib percaya & yakin bahawa setiap aturan takdir ALLAH adalah TERBAIK buat kita.

2. Seorang isteri yang taat kepada ALLAH & suaminya. Seorang ibu yang baik buat anaknya.

3. Seorang wanita yang cerdik (celik hati & akal)
    * Berusaha mencari air untuk puteranya, Nabi Ismail A.S.
    * Ambil inisatif untuk mengumpulkan air zam-zam, sumber air yang utama.
    * Menjaga anaknya dengan baik sepanjang ketiadaan suaminya, Nabi Ibrahim A.S.


PENGORBANAN SEORANG ANAK ~ NABI ISMAIL A.S.

1. Sifat 'Ubudiyyah kepada setiap perintah  ALLAH. Taat kepada ALLAH tanpa syarat.
    * Jangan persoalkan syariat ALLAH. Setiap perintah itu ada kebaikan & hikmahnya.
    * Jika ada keraguan bab hukum, tanya & rujuk kepada alim ulama' yang dipercayai kefaqihannya.

2. Lebih besar pengorbanan, lebih besar ganjaran ALLAH akan beri di akhirat kelak.
    * Tekad sungguh-sungguh untuk menunaikan haji kerana ibadah ini yang disyariatkan.
    * Niat, berazam, simpan duit untuk menunaikan ibadah qurban kerana ia sunat muakkad.

3. Kewajipan anak taat dan berbuat baik kepada ibubapa.





PENGORBANAN SEORANG BAPA ~ NABI IBRAHIM A.S.

Jom kita susuri sirah perjuangan... (^_^)

Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan oleh ALLAH supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S. baginda membuat ibadah qurban sebanyak 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu & 100 ekor unta di jalan ALLAH. Melihatkan banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka manusia & malaikat kagum & kehairanan.

Maka Nabi Ibrahim A.S. bersabda :

"Semua yang menjadi qurban itu belum apa-apa lagi padaku. Demi ALLAH, jika aku dikurniakan anak lelaki sudah tentu dia juga akan ku sembelih & aku korbankan dia untuk ALLAH."

Maka, ALLAH telah memakbulkan doanya.

3 hari mendapat mimpi yang memerintahkan dirinya untuk menunaikan nazarnya, untuk menyembelih Nabi Ismail A.S. Hatinya bertanya, adakah mimpi itu petanda dari ALLAH? Diturutkan jua, mengikut perintah-NYA.

Disuarakan mimpi itu kepada puteranya, lalu puteranya berkata :

"Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. InshaAllah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang SABAR iaitu terhadap apa yang diperintahkan kepada ayah untuk menyembelihku."

"Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin akan menyakitkan ayah. Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan rasa kasih sayang padaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah supaya tidak tercemar dengan darahku. Meskipun sedikit, hingga mengurangi pahalaku & mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia menjadi susah." 

"Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah untuk mempercepatkan jalannya di leherku supaya tidak terlalu sakit sedangkan mati itu sakit sekali. Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadku. Sampaikanlah kepadanya bahawa :

"Bersabarlah diatas perintah ALLAH..."

"...Dan jangan ayah beritahu kepadanya bagaimana ayah menyembelih & mengikat tanganku."

"Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke dalam rumah supaya ibu tidak sedih mengenangkanku & hendaklah ayah tidak melihatnya supaya ayah tidak berduka."

Itu yang dikehendaki oleh Nabi Ismail A.S. yang berumur 7 tahun ketika itu (ada mengatakan 13 tahun) demi perintah ALLAH. Sungguh, dia berserah kepada ALLAH Maha Besar.


"Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku untuk melaksanakan perintah ALLAH."

Kemudian, ketika mereka berdua telah bersedia, Nabi Ibrahim A.S. membaringkan Nabi Ismail A.S. seperti kambing yang disembelih. Nabi Ibrahim A.S. meletakkan pisau di leher anaknya & para malaikat yang menyaksikan kejadian bersujud kepada-NYA.

Namun, ia masih belum mampu memotong leher anaknya. Pisau itu membalik & tidak boleh memotong dengan izin ALLAH.

"Wahai ayahku, kekuatanmu menjadi lemah, kerana masih ada cintamu kepadaku, kerana itu ayah tidak boleh menyembelihku," kata Nabi Ismail A.S.

Maka, Nabi Ibrahim A.S. memukul pisau itu pada batu & batu terpecah menjadi dua.

"Wahai pisau, engkau mampu membelah batu tetapi kamu tidak mampu memotong leher anakku?" 

Dengan izin ALLAH, pisau itu berkata.

"Wahai Ibrahim, engkau mengatakan, potonglah, sedang Tuhan sekalian alam berfirman, jangan engkau potong. Maka bagaimana aku mentaati engkau sedang aku harus menderhakai TuhanMU?"

ALLAH berfirman :

"Wahai Ibrahim, engkau telah membenarkan mimpi, ertinya apa-apa yang engkau perlihatkan daripada pemandangan hingga tampak bagi hamba-Ku bahawa engkau sungguh memiliki keredhaan-Ku daripada kecintaanmu kepada anakmu & engkau termasuk dalam golongan yang mentaatiku."

Maka, kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar dari syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu dikorbankan oleh Habil yang diterima daripadanya.

Dan korban kambing itu tetap berada di syurga sehingga Nabi Ismail A.S. digantikan dengan kibas itu. 

Kerana itu, kami perintahkan Jibril datang dengan membawa kambing kibas itu ketika engkau meletakkan pisau yang terakhir kali pada leher Nabi Ismail A.S.

Maka, Nabi Ibrahim A.S. bersyukur & mengucapkan :

"Laa Ilaha illallah Allahu Akbar."

Nabi Ismail A.S. pun menyambut :

"Allahu Akbar wa lillahi hamdu."




Monday, June 24, 2019

SaBaR & ReDHa...




Nukilan teristimewa buat sahabatku fillah...

My lovely usrahmates... Uhibbuki lillah, ukhti. (^_^)

Sahabat,

Ku tahu segala yang berlaku ini amat sukar untuk dihadam dan terlalu berat untuk ditelan.
Berlakunya begitu pantas dan sama sekali tidak pernah kau bayangkan.

Hanya kerana kesilapan yang kau lakukan semasa mengatur langkah hidupmu.
Asbab sebuah kepercayaan yang dikhianati. Dek kerana sebuah harapan yang terlalu utuh dibina bersama jangkaan pengakhiran yang bahagia di akhir cerita.

Ingatlah sahabat,

Dirimu juga manusia biasa yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
Cukuplah kau mengaku silapmu dan berhentilah dari terus memikirkan perkara yang sudah berlaku.

Hanya kau perlu tahu, belajarlah dari kesilapan ini agar dirimu tidak mengulanginya lagi,
Aturlah langkahmu dengan lebih berhati-hati,
Cubalah sedaya kudratmu membaiki apa yang dilihat mampu dibaiki.

Perbanyakkan istighfar pada DIA.
Moga hati yang tenang kembali kau miliki.





Sahabat,

Ini hanyalah sebuah cerita kehidupan yang telah diatur oleh Yang Maha Esa.
Sebuah cerita yang dicipta dimana dirimu merupakan watak utama yang dipilih oleh-NYA.
Bersama bayaran jutaan pahala asbab kesabaran dirimu.
Bersama hikmah yang perlu digali dan dicari.

Tanda DIA rindu mendengar rintihanmu.
Tanda DIA sayang pada dirimu.
Tanda DIA ingin menghapuskan dosa-dosamu.

*Kredit : Dr H, 2019.





Alhamdulillah, SABAR itu INDAH!

Tidak ternilai harganya saat kita disapa sentuhan 'TARBIYYAH' daripada ALLAH.

Syurga ALLAH itu terlalu mahal, selayaknya kita diuji oleh-NYA.

#SukaItuAnugerah #DukaItuTarbiyyah

Sahabat,

Tiada takdir yang buruk. Semuanya baik, selagi mana jalan yang dipilih 'bersama ALLAH'.


"Kalaulah kita berhenti berpura-pura dan minta sebenarnya pada ALLAH, mesti ALLAH akan tunjukkan jalan. Jangan bersedih terlalu lama, bimbang makin hilang pengharapan pada ALLAH."

Ucapkan dalam hatimu, sahabat :


Terima kasih pada yang pergi,
Ajarku erti tabah dan hati-hati.

Terima kasih pada yang berlalu.
Buatku sedar hati ini pinjaman Tuhanku.

Sahabat,

Aku mendoakan semoga ALLAH kurniakan hati yang baru, hati yang sentiasa tenang.

Hati yang redha dan sabar ketika menghadapi ujian daripada-NYA. Berdamai dengan perasaan.

ALLAH uji kamu, itu tanda DIA sayangkan dirimu. Surely He know what's best for us.





Sahabat,

ALLAH satukan hati kita diatas UKHWAH yang kita tak sangka.

Ukhwah yang berjuang di jalan-NYA! #PasakIstiqomah

Sungguh, indah! Manis! Sekalipun fahaman berselisih. ALLAH jaga ukhwah ini, ALLAH masih satukan hati kita.

Moga kesatuan hati ini membawa hingga ke syurga.

Dan, saya cintakan awak, sahabat.

Jadilah awak antara jiwa yang ingin saya bersama di SYURGA, InshaAllah. (^_^)



Tuesday, May 28, 2019

RaMaDHaN YaNG DiRiNDui...



Bismillah.

Allahu Robbi, blog ini sudah 'bersawang' selama 4 tahun.

Last update 2015. =(

Tahun 2016-2019 merupakan tempoh aku membina karier sebagai seorang pendidik.

Alhamdulillah, cita-citaku untuk menjadi seorang guru tercapai. Tugas seorang murabbi memang sukar, tetapi itulah impian yang sangat menginspirasikan diriku sejak kecil.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. (^_^)

"Maka, nikmat TUHAN-MU yang manakah yang kamu dustakan?"
[Surah Ar-Rahman]

Terima kasih, Ya ALLAH diatas rezeki yang tak ternilai ini.

Terima kasih, Ya ALLAH diatas rezeki yang halal, berkat dan tepat buat diriku.

Terima kasih, Ya ALLAH kerana memakbulkan doaku dan impianku selama ini.

Moga anak-anak muridku bakal menjadi saham akhirat buat kami, para muallim/muallimah.


“HIKMAH adalah barangan yang hilang daripada MUSLIM. 
Di mana dia temukannya, hendaklah dia ambilnya.” 
[Hadis Riwayat Imam Ahmad & Ibnu Majah]




Hari ini 24 Ramadhan.

Pejam celik, tanda disedari, kita semua sudah berada di hujung bulan yang mulia ini.

Maka, beruntunglah bagi mereka yang menghayati dan memanfaatkan bulan barakah ini.

Tetapi, rugilah bagi mereka yang telah mensia-siakan peluang beribadah di bulan yang berkat ini.

"Dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka BERIBADAH kepada-KU."
[Surah Adz-Zariyat :56]

Kita ibarat sang musafir yang berkelana di bumi ALLAH, merentasi samudera kehidupan, mengharungi ‘onak badai’ ujian dari-NYA, memburu redha ILAHI mencari erti makna IMAN yang sebenar!

Moga ALLAH kurniakan kita malam Lailatul Qadar yang sangat berharga, yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Moga ALLAH menerima taubat nasuha dan segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan.

Moga ALLAH kurniakan rezeki kita semua untuk bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang.

Ramadhan, bulan yang sentiasa dinanti saban tahun.

Ramadhan bulan yang sentiasa dirindui, untuk beribadah dan bermunajat kepada ALLAH.

Allahumma Amiiin. #TajdidNiat #IkhlasKeranaALLAH #RamadhanKareem


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda :
أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maksudnya : "Permulaan bulan Ramadhan membawa RAHMAT,
pertenggahannya KEAMPUNAN dan 
kesudahannya PELEPASAN DARI API NERAKA."
[Lihat Al-Jami' Al-Saghir, no hadis 2815]





Akhirul kalam, my favourite quote. Inspired.

"Biar apa pun kerjaya, jika halal sumbernya dan QURAN "jiwanya" -->
kerjaya terbaik buat kita yang mampu dijadikan landasan ke Syurga."
#DIAgnosis #Dr.AnwarFazal 






Wednesday, August 12, 2015

FaSoBRuN JaMeeL...

Image result for images of sabar

Allahu Rabbi, hampir bulan blog ini ‘sepi’ seketika. Tiada nukilan yang bisa di curahkan. Tiada cerita yang boleh dikongsikan.

Kerana apa?

Mungkin kerana kesibukan yang melanda diriku sepanjang fatrah semester 1 ini.

Hampir setahun tidak memasuki kuliah, pastinya memberi pelbagai cabaran kepada diriku.  

ALLAH pasti akan menduga hamba-NYA saat menuntut ilmu, tetapi yakinlah bahawa ALLAH tidak akan sesekali membiarkan kita ‘terkapai-kapai’ bersendirian dalam menghadapi mehnah.

Aku akui, semester ini terlalu sibuk, dek assignment yang datang bertimpa-timpa. Presentation yang bertalu-talu, yang perlu dibentangkan dalam masa yang agak terdekat. Lebih memeningkan lagi, semua assignment dan kertas kerja perlu ditaip mengikut format UKM yang sebenar.

Bukan itu sahaja, masalah ketiadaan air selama sebulan, sangat menguji kami. Terpaksa berulang-alik ke masjid untuk mendapatkan bekalan air bersih. ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui! Bayangkan, masa yang diperuntukkan untuk kami belajar, terpaksa digunakan semata-mata untuk mencari air? Berbaloikah bayaran yuran kolej yang terlalu mahal dibandingkan dengan fasiliti yang kami perolehi? Air itu keperluan asasi (daruriyyat) manusia! #MaTa #UKM

Saya sokong 100% dengan perjuangan adik-adik saff kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UKM) yang sanggup merisikokan diri mereka semata-mata untuk menjaga hak kebajikan kami, seluruh pelajar UKM! Hari ini, bertarikh 29 Jun 2015, seramai 13 orang pelajar yang bakal dihadapkan di Mahkamah Universiti, disebabkan masalah demonstrasi tempoh hari. Kata pihak pentadbiran, kesalahan mereka terletak dibawah bidang kuasa AUKU.

Allahu Akbar!

‘Berdosakah’ mereka hanya kerana mempertahankan soal kebajikan kami? ‘Bersalahkah’ mereka hanya kerana lantang menyuarakan memorandum, yang dianggap telah memalukan nama baik universiti? #SaveUKM13 #SaveUIA2

Moga ALLAH berikan kemenangan buat mereka. Doakan mereka di bulan mustajab doa ini.

Moga ALLAH makbulkan doa kita, inshaAllah Allahumma Ameen. #PasakIstiqomah

Image result for images of sabar

Sesungguhnya, mujahadah itu memang sukar dan payah!

Ini kerana, hawa nafsu itu merupakan ‘musuh’ yang tersembunyi dan sukar untuk diperangi berbanding berjihad menentang pihak musuh yang nyata.

Ingatlah bahawa, sesungguhnya perjuangan itu memang pahit kerana syurga itu manis!

Sabarlah dalam bersabar! Kita hamba yang dibatasi takdir ALLAH, di situ noktah segala takbir.

Manakan terasa tingginya syurga, andai kata dipinggir dusta? Pasti bicara kita akan di uji! Dan pasti jiwa kita akan teruji!

Pesan sahabatku, “Jangan sesekali mengeluh atau merungut! Jika tidak, pahala itu akan hilang dalam sekelip mata sahaja. Isbiri, ukhti! Fasobrun jameel! SABAR itu sangat indah. ALLAH beri kita ujian kerana ALLAH nak tarbiyyah jiwa kita agar lebih redha dan sabar lagi.” J J J

Nak peroleh hati yang kuat dan tabah, perlu didik jiwa menjadi kental. Bukan ‘sado’ dari segi fizikal sahaja, tetapi mesti ‘qawwi’ dari segi rohaniah.

Latih diri untuk berhenti cakap, “Hati aku memang lemah...”

Teruskan melangkah, ALLAH kan ada! Come on. #StayStrong

Self Reminder : Pencapaian akademik itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi sejauh manakah kita mampu beramal dengan segala ilmu yang telah diperolehi? #TarbiyyahSentap

Tajdid niat! Perbaharui niat sepanjang masa, semuanya kerana ALLAH.

“Achieve DEEN List + Achieve DEAN List!”

Ayuh sahabat, teruskan berusaha demi melakar kejayaan gemilang demi ISLAM terchenta!

Moga ada sesuatu yang bisa kita lakukan buat ummah. May ALLAH ease our journey for seeking knowledge, Allahumma Ameen. #StriveForExcellent #SepenuhChentaBuatUmmah

Akhirul kalam, saya ingin menitipkan ‘mutiara hikmah’ oleh sang murabbi yang sangat dikagumi, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Al-Fadhil Ustaz  Dr. Zulkifli Al-Bakri :

“Carilah ilmu ALLAH dan ALLAH tidak akan miskinkan kamu...”

 Image result for images of sabar
Ilham Sanubariku,
Musafir Iman
(29062015 @ 12 Ramadhan)
~Memburu Redha ILAHI~

Friday, April 3, 2015

TaRBiYYaH SeNTaP...

Image result for images dakwah tanpa henti

Rasulullah SAW telah di perintahkan Allah untuk membawa agama Allah. Menyebarkan agama Allah. Rasulullah SAW telah menerima wahyu di gua hira'. 

Selepas itu, baginda SAW terus menyampaikan ajaran Islam. Kumpul para sahabat, sehingga mampu bina tapak. Tapi amat kecil. Baginda buat kerja dakwah secara senyap.

Diperintah pula dakwah secara terangan. Ramai yang tolak! Rasulullah berkorban harta! Mengajak orang kenal Allah. Tapi, dakwah ditolak. Cuba berdakwah di Taif.

"Eh, kau ke Nabi? Kalau kau ni la pesuruh Allah, kami tak nak dengar. Nyah kau dari sini!" Reaksi penduduk Taif.

Baginda dibaling batu! Berdarah anggota badan Rasulullah. Keluar dari bandar Taif bersama Zaid. Allahu Akbar!

Nabi terbaring di sebuah kebun. 

"Allahummaghfirli ummati!" Ya Allah, ampunkan dosa umatku! 

Baginda keluar pula dari kota Mekah, berhijrah ke yathrib. Yathrib ni tempat yang paling teruk. Orang tak nak pergi yathrib. Kurma yathrib tak laku. 

Tapi Rasulullah tetap pergi! Korbankan segala benda. Berpuluh tahun berusaha menyebarkan agama! Dakwah tanpa henti! Disebabkan pengorbanan Rasulullah, Islam naik ke puncak.

Islam berada di atas. Islam jadi kuat. Islam tersebar ke seluruh dunia! Semua hasil pengorbanan, darah, peluh, tenaga Rasulullah!


Image result for images dakwah tanpa henti

Ketika Islam sudah dipuncak, tiba-tiba kita datang. Hancurkan Islam sekelip mata!

Kita hancurkan Islam dengan bercouple! 

Kita hancurkan Islam dengan tak solat! 

Kita hancurkan Islam dengan mesej dengan ajnabi! 

Kita hancurkan Islam dengan maksiat! 

Kita hancurkan Islam dengan melanggar perintah Allah!

Agak-agak, apa perasaan Rasulullah? Penat-penat Rasulullah bina Islam berpuluh tahun. Kita datang, terus hancur!

Apa yang Rasulullah buat? Rasulullah marah kita ke? TAK! Apa Rasulullah buat?!

Allahummaghfirli ummati!
Allahummaghfirli ummati!
Allahummaghfirli ummati!

Rasulullah tak marah. Rasulullah minta diampunkan dosa-dosa kita! Kita hancurkan Islam yang dibina Rasulullah. Rasulullah tetap sayang umatnya.

Tak malu ke?
Tak malu ke?

Tak malu ke?
Buat maksiat lagi!

Ingatlah pengorbanan Rasulullah.

Bertaubatlah. Sambung semula kerja Nabi! 

Kita bina semula Islam yang kita sendiri hancurkan.  Bangkitlah ummah! Infiru! Taubat! 

#SelfReminder 


*Sharing is caring : 
Musafir Iman
(04042015)
~Memburu Redha Ilahi~
Di Teratak KIZ, UKM Bangi.