SaHaBaT FiLLaH

Tuesday, August 28, 2012

uKHTi aiSYaH...


~So sweet walimah ukhti Aisyah & ustaz Fathi~ Barakallahulakuma

"Ada seorang insan, yang tak pernah jemu untuk ana, yang tak pernah busy untuk ana, yang tak pernah mengeluh untuk ana, yang tak pernah letih untuk ana, yang tak pernah bosan mendengar masalah dan menasihati diri ana.."

"Dan itu adalah kamu, ukhti Siti Aisyah Abdul Wahab.. Syukran 'alaiki ukhti kerana banyak membantu ana selama kita berukhwah fillah.. Tidak mampu ana balas segala kebaikan ukhti.. Barakallahufiki.."

~Uhibbuki lillah, kak Aisyah~

Mesej di sent sebaik sahaja ana menaip kalimah terakhir.

"Semoga ALLAH sentiasa bantu awak hadapi setiap ujian hidup." ^_^

Selang beberapa minit kemudian, ana menerima kiriman SMS daripada ukhti Aisyah. Bibirku mengukir senyuman. Mutiara katanya sangat bermakna walaupun sekadar ucapan yang simple.

Kakakku ini sentiasa mengingatkan diriku untuk terus bersangka baik dengan ALLAH saat dilanda 'ombak' ujianNYA yang jitu, kadang-kadang mampu mengoyahkan keimanan andai tidak disertai dengan ketaqwaan kepada Yang Maha ESA.

Betapa sungguh ana merindui untuk berusrah bersama uhkti Aisyah terutama saat mendengar taujihat dan motivasi daripadanya.

Hakikatnya, kakakku inilah yang ku anggap sebagai sumber inspirasi bagi diriku untuk mulai blogging sebagai medium untuk menyampaikan dakwah.

Hampir 2 tahun ana tidak menemuinya, kali terakhir bertemunya adalah pada hari terakhir ana bekerja sebagai ustazah di KAFA Al-Munawwarah.

Walaupun persahabatan kami hanya seketika, meniti selama 6 bulan tetapi ukhwah fillah benar-benar disemai sehingga kini dirasai 'halawatul' ukhwah. Indahnya berukhwah kerana ALLAH.


23 Ogos 2012- Tarikh walimah ukhti Aisyah & zaujnya.

Kesedihanku mulai terubat saat melihat gambar walimah ukhti Aisyah. Maaf kak, ana tak dapat hadir meraikan perkahwinan akak dan zauj, hanya mewakilkan sepupu hadir.

InsyaALLAH, doa sentiasa ana titipkan buat akak sekeluarga.

Moga ALLAH mengurniakan zuriat yang soleh solehah buat kak Aisyah dan ustaz Fathi.

~TQ kak tam & kak chik for nice picture~ (^_^)

::Moga ALLAH isikan hati kita dengan kebaikan agamaNYA::
::Moga ALLAH lembutkan lidah kita untuk memujiNYA::
::Moga ALLAH indahkan mata kita melihat ciptaanNYA::
::Moga ALLAH mudahkan kaki kita melangkah untuk redhaNYA::
::Moga ALLAH merdukan telinga kita untuk mendengar ayat suciNYA::
::Moga ALLAH bersihkan hati kita untuk mencari cintaNYA::
 
"Anas R.A. berkata: Ada seorang duduk disisi Nabi SAW mendadak, ada seorang berjalan.

Maka orang itu berkata: "Ya Rasulullah! Saya KASIH sungguh pada orang itu."

Nabi bertanya: "Apakah sudah kau beritahu padanya bahawa kau kasih cinta padanya?"

Jawabnya: "Belum."

Sabda Nabi SAW: "Beritahulah dia."

Maka dikejarnya & diucapnya: "Sesungguhnya saya CINTA kepadamu kerana ALLAH."

Jawabnya: "Semoga ALLAH kasih kepadamu sebagaimana kau cinta kepadaku kerana ALLAH." {HR ABU DAUD}


Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah (2808212) ^_^

Thursday, August 9, 2012

uKHWaH FiLLaH...

 ~Luv u fillah, ukhti~

Hati. Mudah benar tersentuh. Mudah benar berubah.

Hati tiba-tiba diuji dgn ragu. Keraguan pada ukhwah. Sejak sekian lama menjaga kepercayaan ni, Allah menguji keikhlasan, ohh,, terasa kepercayaan pada sahabat makin lama makin luntur. 

Kembali tertanya-tanya, apa maksud "ukhwah fillah" yang aku canang-canangkan selama ini sebenarnya? Aku faham tak sebenarnya... Lantas, cepat benar Allah membantu hambanya, baik benar Allah, Pantas pandangan menangkap:

Hak-hak dan kewajipan ukhuwah.

1. Ukhuwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah.
              
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya".

Teman baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab:

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut. 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini". (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

 ~Friendship 4ever~

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya".

4. Ukhuwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: 

(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
(2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, 
(3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
(4) Apabila dia bersin,bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit,
(5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya
 
(6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya". (Hadis riwayat Muslim).

 ~Sahabat sejati dunia akhirat~ (^_^)

5. Ukhuwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu

Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air".

Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan jauhlah permusuhan". (Hadis riwayat Bukhari Muslim).

6. Ukhuwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat". (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda: "Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis riwayat Muslim).

 ~Saya sayang awak kerana Allah~ (^_^)

Maka sebenarnya, salah aku yang tak memahami kepentingan dan maksud ukhuwah itu sendiri. Bukan semudah bicara di lafaz, namun hati akan berat di uji. 

Allah mengetuk hati membuat jiwa zikir, akal fikir akan sedalam-dalamnya kehebatan Allah dalam meminjamkan sahabat-sahabat terbaik, bantuan dalam menuju-Nya, Maka zalimlah andai aku yang mengkhianati.

Dugaan yang makin menambah keyakinan untuk menjadi sahabat terbaik buat sahabat-sahabat...

Ya Allah, terima kasih... (^_^)

Sahabat, maafkan saya, saat meragui ukhuwah ini, terasa macam mengkhianati diri sendiri, ikrar dan lafaz perjuangan dalam erat genggaman tangan serta doa beriringan. 

Saya harap ukhuwah ini membantu kita menuju Allah dan menambah takwa, itulah ertinya Ukhwah Fillah  sebenar-benarnya.

Biar hati digoda dunia, jangan sampai iman ternoda. Dunia! jangan kau usik hati-hati kami! ya Allah, bantulah kami menjadi hamba yang taat kepada-Mu.

 ~Ya Allah, tautkanlah dan thabatkan hati kami di atas jalan juangMu~

Wirid Rabitah:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. 

Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. 

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".

"Apa Ertinya Saya Menganut Islam- Fathi Yakan"

3  Peringkat ukhwah; 
  1. Ithar (melebihkan sahabat berbanding kepentingan sendiri)
  2. Salamat al sodri (berlapang dada)
  3. Husnul zhon (bersangka baik)
Dan Ithar adalah kemuncak ukhuwah...

Nota Ramadhan: ~Jom cari Lailatul Qadar~ (^_^)