SaHaBaT FiLLaH

Saturday, December 17, 2011

INDAHNYA UKHWAH KERANA ALLAH!

 
"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya..." {IMAM AL-GHAZALI)

"Sahabatku. Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran ALLAH... Jika hari ini aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta... Jika ku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga... Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera... Jika pernah hatimu terluka, luahkan agar aku berubah menjadi lebih baik... Jika esok ku lena tanpa jaga, iringilah doa dengan Al-Fatihah. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita untuk selamanya dan maafkanlah segala kesalahan dosaku terhadapmu kerana itu kunci utama untukku ke Syurga..."

"Kerana IMAN! Kita berukhwah umpama seindah taman disyurga...Kerana ISLAM! Kita berukhwah umpama sekuat roh berpadu...Kerana AKHIRAT! Kita berukhwah demi Syurga yang dirindui itu...Kerana ALLAH SWT! Sebenarnya kita tetap berukhwah untuk melamar redha dariNya..."


Nukilan ini istimewa untuk adikku yang tersayang, ALIAH FATIN IRWANI ABDUL RAZAK.
Mengimbau kembali saat kali pertama ana bertemu dengannya sewaktu program Orientasi "Kem Jati Diri" Bulan Sabit Merah (BSM) USIM. Melihat akan akhlak dan sifatnya, seolah-olah mengingatkan ana akan sahabat karibku, NOR HINAS BT IBRAHIM & NOR ANISAH BT ABU HANIPAH & NOR HAFSAH MOHD NORNURUL MARDIAH BT FADZIL. Teringat kembali mesej-mesej dari adikku saat permulaan persahabatan kami :

"Salam kak, tolong doakan saya hidup di USIM untuk berjuang dijalan ALLAH. Takut sangat kecundang. Harap hati ini thabat dijalanNYA..."

"Keberkatan dan kemanisan dalam perjuangan hanya untuk mereka yang MAMPU bermujahadah dalam kepayahan, berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan...Biarlah kebenciaan manusia kita peroleh, tetapi tidak kebenciaan dari Penciptanya...Pandangan ALLAH itu lebih utama..." Mesejnya ku balas dengan kata-kata daripada Naqibah usrahku.

"Benar kak, hati ini ketandusan pembakar semangat juang, hati ini merindui dakapan sahabat-sahabat yang berjuang kerana ALLAH dijalanNYA. Hati ini kosong terasa. Rasa seolah jauh dari ALLAH, dari tarbiyah jiwa, harap hati ini dapat lunak kembali, sujud padaNYA. Terima kasih kak, sayang kak kerana ALLAH. Harap ALLAH meredhai kita dan keluarga."


Alhamdulillah, ana dipertemukan dengan seorang sahabat & adik yang sefikrah dalan perjuangan. ALLAHU AKBAR! Bersyukur kepada ALLAH kerana mempertemukan kami di bumi USIM yang barakah. Syukran jazilan atas doanya, Aliah. Uhibbuki lillah aidhon, ukhti. Moga ALLAH sentiasa thabatkan dan istiqomahkan hati-hati kita di jalan juangNYA, Ameen.




Indahnya ukhwah kerana ALLAH... Ketika Cinta Berusrah...

"Senyum Biar Pahit...Syukran kak, menjadi sahabat yang owez mengingatkan saya ujian dan hikmah itu milik ALLAH, ketenangan dan kebahagiaan pun miliknya. Semoga ukhwah fillah illal jannah, uhibbuki lillah ya ukhti! Syukur ALLAH bagi jalan dalam BSMM sebagai medan tarbiyyah untuk diri ini, even bukan SPMM - Sayang akak semua..." Tagging : Nurul Atikah Razali & Nurul Atiqah Mohamad Rashid...Uhibbuki lillah, Aliya Fatin...

"Jika kita mengetahui betapa besar pahala memikir,merancang,membantu,menyusun ISLAM...Nescaya kita tidak akan tinggalkan kerja ini walau sesaat...Jika kita mengetahui betapa azabnya tinggalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...Nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian ALLAH...Jika kita mengetahui betapa tingginya nilai UKHWAH PERSAHABATAN diatas dasar AQIDAH ISLAMIAH...Nescaya kita akan menutup lubang-lubang yang akan merosakkan ukhwah...Jika jasad menongkah arus menggerak TARBIAH memelihara AGAMA ISLAM,maka biarlah HATI kita bersama melaluinya...Tinggi harapan agar ALLAH mempertemukan kita semua yang berada diatas jalan juangNYA di SYURGA nanti..."
 

Nikmat SYURGA terjamin atas Cinta kerana ALLAH...

Abu Saleh meriwayatkan, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggamanyaNYA, kamu tidak akan masuk Syurga, kecuali telah beriman. Dan kamu belum disebut beriman, kecuali saling mencintai. Mahukah kamu aku beritahu amalan yang apabila kamu kerjakan dapat menzahirkan rasa saling cinta antara kamu?" Sebarkan salam antara sesama kamu..." {Hadis Riwayat Imam Muslim}

Kita tidak akan dapat masuk Syurga ALLAH kecuali bila kita mengerti apa sebenarnya IMAN.Kita belum disebut insan beriman yang sesungguhnya, apabila tidak sudi mencintai sesama MUSLIM sepertimana kita mencintai diri sendiri.Cintailah sesama Muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri.


7 Golongan yang dilindungi oleh ALLAH pada hari Akhirat...

Hafash ibnu Ashim berkata, Abu Hurairah berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Tujuh jenis manusia yang dilindungi ALLAH dengan naungan (perlindungan) pada hari yang tiada naungan melainkan naungan ALLAH. Pemimpin yang adil, Pemuda yang besar dalam ibadah kepada ALLAH, Orang yang hatinya menyatu dengan masjid, Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH, berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH, Orang yang bersedekah dengan sedekah kemudian dia merahsiakan hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan dengan tangan kanannya, Orang yang diajak oleh wanita yang berketurunan baik dan cantik kemudian dia berkata, aku takut kepada ALLAH dan Orang yang menyendiri berzikir kepada ALLAH kemudian matanya menitiskan air mata oleh sebab rasa takut kepada ALLAH..." 
 {Hadis Riwayat Imam Bukhari}


Halaqoh ini adalah Halaqoh Cinta Kita...

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam Halaqoh...

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa rasa takut dan bimbang...

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah...

Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas ukhwah fillah, bebas dari dorongan nafsu semata...

Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita...

Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak  dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti...

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya...

Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta , keluarga dan maruah demi cinta agung kekasihnya,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agungNYA, ALLAH SWT...
Dalam masa yang sama, kita mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...

*Tribute : NOVEL TAUTAN HATI KARYA FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Uhibbuki lillah, ukhti...Sayang awak kerana ALLAH...Barakallahu fikum...

*Syukran jazilan, Aliah atas pemberian buku "BERCINTA KERANA ALLAH..."

4 comments:

  1. INDAHNYA UKHWAH KERANA ALLAH...

    [Umat Islam Perlu Saling Melengkapi]

    Dari Abu Musa, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

    إِنَّ الْمُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ أَصَابِعَهُ

    "Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin lainnya seperti satu bangunan yang saling menguatkan satu sama lain." kemudian beliau menganyam jari jemarinya." [HR al-Bukhari]

    Tarbiah adalah umpama hospital...Tiada orang yang dtg hospital tersenyum...Melalui proses tarbiah adalah satu kepahitan kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan...Murabbi memberikan tarbiah umpama doktor bagi ubat...Walaupun pahit untuk ditelan tetapi disana ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihat kesan terdidik dengan kepahitan tarbiah...Orang yang menangis bersama kita dan kerap membuat kita menangis adalah lebih baik dari orang yang ketawa bersama kita yang akhirnya akan mentertawakan kita.. {Syeikh Yusuf Al-Hasani}

    ~♥ Uhibbuki lillah♥~ TRIBUTE:HANISAH BT SHAFIE

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum :)

    Salam ziarah di post pasal ukhuwah

    Manisnya ukhuwah kerana Allah kan?

    ReplyDelete
  3. @EnyZahra : Waa'laikumussalam, ukhti!

    "Bila bersama, mencipta keindahan.. Apabila berjauhan, saling mendoakan..Itu makna sebuah persahabatan.."

    Allahu Akbar! Manisnya ukhuwah kerana ALLAH!

    ReplyDelete