SaHaBaT FiLLaH

Thursday, November 22, 2012

GaZa, PeDuLiKaH KiTa?



 
 
Save our Palestine! Pray for GAZA! (^_^)



Bumi Gaza berdarah kembali. Israel laknatullah 'meratah' umat Islam di Palestin dengan hentuman bedilan senjata, kebanggaan mereka.

Membunuh rakyat Palestin sesuka hati mereka, tanpa sedikit rasa simpati. Amat kejam!

Seolah-olah nyawa umat Islam di Palestin seakan berada di dalam genggaman mereka.

Umat Islam seluruh dunia seakan 'terbangun' daripada lena yang panjang. Alhamdulillah, ALLAH masih mengurniakan rasa keperikemanusiaan pada kita. 

Hakikatnya, isu umat Islam di Semenanjung Gaza kian 'terpenjara' sekian lama sejak peristiwa Nakbah Palestin pada 15 Mei 1948.

Nakbah bermaksud "malapetaka". Palestin merujuk Nakbah sebagai malapetaka iaitu kemusnahan masyarakat dan rampasan tanah air mereka.

NAKBAH itu juga hari tertegaknya Negara Haram ISRAEL! 

Sejarah telah dilakar dengan menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestine diusir dari tanah air mereka sendiri. 

Kekejaman askar rejim Zionis yang melakukan lebih 50 pembunuhan beramai-ramai demi mencapai matlamat yang dirancang oleh mereka sekian lama, ingin mewujudkan negara hak milik Israel pada 1949.                 

“Apakah cukup dengan sekadar berdoa buat saudara Islam kita di bumi Palestin sana?”

Setiap doa harus diiringi dengan usaha dan tawakkal kepada ALLAH.

Dengan solat dan doa. Dengan memboikot. 

Dengan ambil cakna segala isu yang berkaitan mereka.




Pedulikah kita? Tepuk dada, tanya IMAN!

Orang kata macam-macam bila kita orang biasa-biasa ini cuba buat something untuk saudara seISLAM kita. *_*

Ada golongan yang EKSTRIM kata: “Pergi berperanglah angkat senjata, ini baru usaha!”

Ada yang bertazkirah: “Tak payahlah sibuk-sibuk hal negara orang, lagi bagus kita solat di masjid berjemaah la.

Ada yang menyindir: “Setakat derma, boikot, kutuk dan mengumpat di laman sosial facebook, ini bukan usaha namanya. Ini melawak je.”

Ada yang berhujah: “Ni macam musim durian juga la, sekarang musim GAZA, semua berpakat support GAZA. Lepas tu musim NIKAH, hilang terus kisah GAZA.”

Apa jua orang kata, first sekali kita SABAR (Nabi Muhammad SAW lagi hebat ujianNya, inikan kita yang serba dhoif).

Sabar kan separuh daripada IMAN? ^_^

Kita sedar diri belum lagi menjadi orang ISLAM yang sempurna IMANNYA, yang mampu istiqomah dengan semua amalan, tak boleh puaskan hati semua manusia di dunia fana' ini.

Tetapi at least, kita ada rasa something nak buat untuk ISLAM.

Biarlah usaha kita nampak SEKECIL zarah di mata manusia, mana tahu mungkin 'BESAR' di pandangan ALLAH?

 
Bukan manusia yang berhak menilainya, tetapi ALLAH SWT.

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.

"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.

"Kita belum kuat, jangan cari penyakit," tambahnya lagi.

"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" tanya saya.



"Perlukah kebencian dilahirkan?"

"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?" Saya lontarkan kembali persoalan padanya.


Dia pula terdiam. Sepi seketika.

"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni, ada cara lain?"

"Kita tak boleh buat apa-apa," ujarnya selamba.

Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri. 


"Mantop" satu ketika dahulu.  

Kisah Nabi Ibrahim A.S. dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. 

Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.

Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.

"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih ALLAH, Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.

"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi. 

Anda tahu apa jawapan burung kecil? Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa ALLAH tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi ALLAH pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api."

Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi, siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI & SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan ALLAH nanti.
 

"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan ALLAH pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir."  
{Pakar sejarah & pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani}   

Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah

 
Copyright© All Rights Reserved http://atikahhumairah.blogspot.com/