SaHaBaT FiLLaH

Wednesday, December 28, 2011

DAKWAH : KEPELBAGAIAN JEMAAH...

Berlainan warna, tetapi tetap sama.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur kita panjatkan buat ALLAH SWT yang telah memberikan segala nikmat yang kita nikmati di saat ini. Semoga di setiap saat dan ketika kita melakukan setiap amal hanya keranaNya demi mensyukuri nikmat-nikmatNya ini.

Dakwah merupakan sesuatu yang wajib buat semua mereka yang mengaku sebagai seorang Muslim. Seorang ulama’ dakwah pernah berkata, “Barangsiapa yang mengatakan tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu persuruh ALLAH, maka dia adalah seorang da’ie.” ALLAH telah menegaskan akan tanggungjawab berdakwah ini dengan begitu banyak sekali di dalam Al-Quran. Antaranya :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." [Q.S. 'Ali Imran. 3:104]

Kini ramai golongan yang mula menyahut seruan ALLAH ini, terutamanya daripada kalangan remaja, khususnya mahasiswa-mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Dan setiap individu pastinya akan cuba untuk menjalankan penyeruan kepada kebaikan (amar ma’ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar) ini dengan cara yang paling diyakininya. Keadaan ini akan menghasilkan variasi gerakan dalam penyeruan  ke jalan yang suci ini. Namun jika tidak dicermati, sesuatu yang baik ini akan kelihatan sebagai sesuatu yang buruk, malah mungkin boleh mencetuskan perpecahan yang tidak kita ingini.
 
Pelbagai warna dengan fungsi yang sama - mewarnai. Cara yang berbeza tetapi matlamat yang sama.


Kepelbagaian Jemaah

Dalam mengharungi kehidupan kampus, kita perlu menyedari akan hakikat bahawa ada ramai pihak yang ingin berjuang untuk menegakkan Islam. Dan setiap daripada mereka mempunyai gerak kerja serta sudut pandang tersendiri dalam cara-cara untuk menyebarluaskan fikrah Islamiah kepada masyarakat.

Ada yang berpandangan dakwah perlu dimulakan dengan mempunyai kuasa, agar kita dapat menguasai masyarakat kampus, lalu dengan kuasa itu kita akan mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik.

Ada yang mengatakan kita perlu terus menerus menceritakan kelebihan amal kebaikan, ganjaran-ganjaran pahala yang bakal diterima atas ibadah yang dilakukan agar masyarakat akan tertarik kepada kebaikan dan dengan sendirinya meninggalkan keburukan.

Ada pula yang berpendapat masyarakat ini perlu ditarbiyah dengan kefahaman islam dengan baik, lalu dengan kefahaman dan pengamalan Islam itu masyarakat akan mengubah kehidupan mereka ke arah kehidupan yang sesuai dengan syariat dan diredhai oleh ALLAH SWT.

Banyak lagi fikrah-fikrah yang kita lihat. Bahkan mereka yang kelihatan mempunyai fikrah yang sama juga kita akan lihat bahawa mereka mempunyai cara mengatur organisasi yang tersendiri. Sehingga kita akan melihat begitu banyak gerakan Islam yang ada. 

Lalu timbullah persoalan,

“Bolehkah banyak-banyak jemaah macam ni? Nanti orang-orang bukan Islam lihat Muslim ini lemah. Nak menegakkan agama sahaja tidak bersatu."

Sebenarnya banyaknya jemaah yang wujud sekarang ini bukanlah sebuah kesalahan ataupun tanda-tanda perpecahan. Banyaknya jemaah ini menandakan ada ramai orang yang ingin menyahut seruan ALLAH ini:



"...oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..." [Q.S. Al-Baqarah, 2:148]

Masing-masing ingin melakukan perbaikan umat yang terbaik. Mereka yakin dengan jalan perjuangan mereka. Mereka sama-sama ingin menjadi mereka yang paling diredhai ALLAH. Bukankan ini baik?

Berlumba-lumba untuk menjadi Hamba ALLAH & Pejuang Agama yang terbaik.

Menyikapi Kepelbagaian

Untuk menyikapi kepelbagaian jemaah yang ada ini, eloklah kita menelusuri buku Fiqh Al-Ikhtilaf  (Fiqh Perbezaan) pendapat oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhwi. Dalam mukaddimah bukunya beliau menulis:
"Hati saya resah jika musuh itu datang dari dalam tubuh kebangkitan Islam itu sendiri. Satu gerakan Islam melancarkan makar terhadap gerakan Islam yang lain.
Saya pun tidak resah bila di dalam tubuh kebangkitan Islam terdapat pelbagai madrasah, kelompok, atau jemaah, yang masing-masing mempunyai manhaj yang tersindiri dalam berkhidmat dan berjuang menegakkan Islam di muka bumi, sesuai dengan sasaran, skala prioriti dan tahapan mereka.
Saya tidak termasuk orang-orang yang bermimpi menginginkan dan menyerukan kepada satu jemaah atau satu gerakan Islam yang akan menghimpun semua aktivis Islam dalam satu sistem dan di bawah satu pimpinan. Terlalu banyak masalah yang merintanginya di samping impian yang memang tidak kena pada tempatnya.”
(Fiqh Ikhtilaf, Mukaddimah, m/s 10)
Seperti yang dinukilkan oleh beliau, setiap jemaah mempunyai gerak kerja dan strategi dakwah yang cukup berbeza malah cara menguruskan organisasi yang tersendiri. Bagaimana kita mengharapkan mereka ini dapat berkerja dalam satu organisasi dengan satu ketua?

Sikap yang perlu ada dalam menanggapi kepelbagaian :

Warna yang berbeza akan melakarkan warna yang indah.


1.   Menerima konsep kepelbagaian jamaah Islamiyyah.

Kepelbagaian jemaah tidak akan menjadi masalah apabila semua pihak  mampu menyikapi perbezaan ini dengan baik. Kita perlu mengiktiraf akan adanya kepelbagaian jemaah dan mereka itu memang ‘layak’ untuk wujud. Masalah akan muncul apabila ada individu-individu atau mana-mana pihak menjadi taksub dan fanatik akan jemaahnya sendiri sehingga menikam dan mengecam orang lain yang bukan daripada jemaahnya. Hanya dia yang benar, yang lain salah dan tidak perlu wujud. Semua perlu menyertainya.

“Kami yang paling awal ada di sini. Kamu masuk tidak ketuk pintu!”

Jadi, jika kamu yang paling awal berdakwah di sini, maksudnya tidak boleh orang lain berdakwah sama? Orang yang sudah punya cara gerak kerja yang diyakininya hanya boleh duduk diam dan tidak berdakwah? Semua orang perlu menyertai kamu walaupun tidak setuju dengan kamu? Adilkah sedemikian?

Sahabatku, janganlah bersikap seperti ini. Fenomena ini hanya menambahkan bilangan musuh dalam berjuang. Tawarkan sahaja kelebihan yang ada pada kita, dan biarkan orang lain memilih yang mana sesuai dengan caranya. Bayangkan jika kita yang menjadi pemula baru bagi fikrah dakwah yang kita bawa di tempat kita. Kita amat meyakini cara kita, tetapi kita dipaksa untuk mengikuti gerakan lain yang kita tidak yakin dengan cara perjuangannya. Mahukah kita? Terimalah mereka seadanya.

Mulakan perubahan dengan menerimanya.

2.  Menghormati di antara satu sama lain dan menjauhkan prasangka buruk.

“Dia rampas mad’u ana!” seorang yang berkopiah mengeluh.

“Ana yang mula-mula dekati adik tu.” Kata seorang wanita bertudung labuh.

“Ana harap enta tidak ‘mengganggu’ adik-adik yang telah bersama dengan jemaah kami. Mereka semua sudah berkomitmen dan bersedia untuk ditarbiyah bersama-sama jemaah kami.” Kata presiden sesebuah jemaah kepada presiden jemaah yang lain.

Sebenarnya saya mahu tergelak mendengar perbualan-perbualan ini. Bayangkan jika adik-adik yang kononnya ‘ditarik’ daripada jemaah mereka itu berada di hadapan, adakah anda mahu berkata-kata seperti itu?

Ketahuilah pintu dakwah adalah Al-Fahmu, yakni kefahaman. Seseorang yang sudah faham dan yakin dengan ideologi pergerakan serta perjuangan sesebuah gerakan dakwah itu sudah pasti akan menyokongnya tanpa berbelah bahagi. Terjadinya fenomena ‘Lompat Jemaah’ ini adalah kerana kurangnya akan kefahaman yang diberikan. Jadi salahnya bukanlah pada jemaah yang menjadi pilihan mad’u kita itu, tetapi diri kita sendiri. Bersangka baiklah kepada mereka dengan merasakan bahawa kita masih belum mampu memberi pemahaman baik kepadanya, lalu dia memilih gerakan yang menurutnya lebih baik.

Ketidakfahaman membawa kepada keraguan.

Saya sering mengatakan kepada mad’u-mad’u saya yang bertanya tentang banyaknya jemaah yang ada dan bolehkah jika ingin mengikut jemaah mereka?
“Antum semua tahu di Malaysia ini ada macam-macam jemaah. Ada PAS, JIM (IKRAM), ISMA, ABIM, TABLIGH, HALUAN, PEMBINA, KARISMA dan macam-macam lagi. Semua mereka tu baik sebab mereka berdakwah untuk mengajak manusia mendekati ALLAH.

“Tetapi ana tidak bersama dengan mereka sebab ana cuba untuk memperbaiki umat dengan cara yang terbaik. Ana tidak kisah anak halaqoh nak ikut mana-mana jemaah yang ada, tetapi ana akan cuba meyakinkan mereka bahawa jalan yang ana tempuhi ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka menjaga iman mereka serta menggerakkan dakwah.


“Jika mereka tidak mahu memilih untuk bersama dengan ana, ana akan menganggap mereka memang tidak ditakdirkan untuk berada dalam jalan yang ana pilih ini dan ana akan terus berdakwah kepada orang lain dengan cara yang sama.”
Lalu ada yang berkata, “Wah, sombongnya, macam jemaah dia yang paling baik!”

Maafkan saya, bagi saya ini bukanlah suatu kesombongan, tetapi berfikir secara rasional. Apakah rasionalnya anda untuk bersama dengan gerakan yang anda ikuti sekarang tetapi anda tidak yakin bahawa gerakan anda sedang melakukan yang terbaik? Lebih baik anda tinggalkan gerakan itu dan ikut mana-mana gerakan yang anda rasa lebih baik.

Kefahaman yang benar membentuk fikrah yang tidak tergoyahkan!

Meyakini bahawa jemaah kita adalah jemaah yang terbaik adalah sesuatu kewajaran. Namun kemudiannya mengaku kepada semua bahawa jemaah kitalah yang terbaik mengatasi jemaah-jemaah lain adalah suatu tindakan yang berlebih-lebihan.

Islah nafsak wad'u ghairak.

Wahai Pendakwah, Sedarlah!

Sedarlah, banyaknya jemaah yang muncul sebenarnya memudahkan urusan kita. Semakin banyak pilihan yang boleh diikuti oleh masyarakat sebelum mereka terjebak dalam kerosakan moral yang jauh lebih membimbangkan. Jika mereka tidak bersama kita, maka dia boleh bersama dengan sesiapa sahaja yang memperjuangkan Islam. Jika setiap pendakwah bersikap seperti ini, nescaya akan lahirlah generasi baru dalam umat ini. Generasi pendakwah yang semuanya bersama-sama berusaha dengan matlamat yang sama. Kita tetap bersama dalam penyatuan matlamat.

Sedarlah, tugas kita adalah untuk memperbaiki umat. Umat kini sedang berada di ambang kerosakannya. Hampir setiap hari kita boleh membaca kisah-kisah yang mengaibkan masyarakat kita di dalam surat khabar. Bahkan menjadi sesuatu yang pelik jika dalam seminggu tiada kisah bayi yang dibuang ke tong sampah mahupun di jalanan. Keruntuhan akhlak dan moral bertambah bagaikan cendawan di musim hujan.

Lalu apakah yang kita lakukan? Sibuk menyalahkan antara satu sama lain? Lalu umat terus tenggelam dalam kegelapan jahiliyah yang tidak berkesudahan. Di mana kita untuk menghulurkan tangan menyelamatkan mereka?
 
 Amar makruf Nahi Munkar!!!

Kesimpulan : Jadilah Doktor Kepada Umat.

Berdakwahlah bagaikan doktor. Doktor yang diamanahkan dengan negara yang penuh dengan pesakit-pesakit yang kronik. Sudah pasti kita tidak mampu menyelamatkan kesemua pesakit-pesakit itu. Dan kita perlukan bantuan doktor-doktor lain, meskipun mereka tidak sama tempat belajarnya dengan kita dahulu, dan tidak sama teknik pengubatan yang digunakan. 

Jika pesakit yang ingin kita ubati telah diuruskan oleh doktor yang lain, biarkan sahaja. Masih ramai pesakit yang memerlukan bantuan kita. Tidak kisah siapa yang mengguruskan mereka, yang penting mereka semua dapat diselamatkan.

Tidak mungkin kita akan bergaduh dengan doktor yang lain semata-mata berebut seorang pesakit. Fahamilah keadaan masyarakat. Masih ramai yang perlu diselamatkan. Masih ramai.

Marilah menjadi doktor yang baik kepada umat!

Saturday, December 17, 2011

INDAHNYA UKHWAH KERANA ALLAH!

 
"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya..." {IMAM AL-GHAZALI)

"Sahabatku. Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran ALLAH... Jika hari ini aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta... Jika ku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga... Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera... Jika pernah hatimu terluka, luahkan agar aku berubah menjadi lebih baik... Jika esok ku lena tanpa jaga, iringilah doa dengan Al-Fatihah. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita untuk selamanya dan maafkanlah segala kesalahan dosaku terhadapmu kerana itu kunci utama untukku ke Syurga..."

"Kerana IMAN! Kita berukhwah umpama seindah taman disyurga...Kerana ISLAM! Kita berukhwah umpama sekuat roh berpadu...Kerana AKHIRAT! Kita berukhwah demi Syurga yang dirindui itu...Kerana ALLAH SWT! Sebenarnya kita tetap berukhwah untuk melamar redha dariNya..."


Nukilan ini istimewa untuk adikku yang tersayang, ALIAH FATIN IRWANI ABDUL RAZAK.
Mengimbau kembali saat kali pertama ana bertemu dengannya sewaktu program Orientasi "Kem Jati Diri" Bulan Sabit Merah (BSM) USIM. Melihat akan akhlak dan sifatnya, seolah-olah mengingatkan ana akan sahabat karibku, NOR HINAS BT IBRAHIM & NOR ANISAH BT ABU HANIPAH & NOR HAFSAH MOHD NORNURUL MARDIAH BT FADZIL. Teringat kembali mesej-mesej dari adikku saat permulaan persahabatan kami :

"Salam kak, tolong doakan saya hidup di USIM untuk berjuang dijalan ALLAH. Takut sangat kecundang. Harap hati ini thabat dijalanNYA..."

"Keberkatan dan kemanisan dalam perjuangan hanya untuk mereka yang MAMPU bermujahadah dalam kepayahan, berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan...Biarlah kebenciaan manusia kita peroleh, tetapi tidak kebenciaan dari Penciptanya...Pandangan ALLAH itu lebih utama..." Mesejnya ku balas dengan kata-kata daripada Naqibah usrahku.

"Benar kak, hati ini ketandusan pembakar semangat juang, hati ini merindui dakapan sahabat-sahabat yang berjuang kerana ALLAH dijalanNYA. Hati ini kosong terasa. Rasa seolah jauh dari ALLAH, dari tarbiyah jiwa, harap hati ini dapat lunak kembali, sujud padaNYA. Terima kasih kak, sayang kak kerana ALLAH. Harap ALLAH meredhai kita dan keluarga."


Alhamdulillah, ana dipertemukan dengan seorang sahabat & adik yang sefikrah dalan perjuangan. ALLAHU AKBAR! Bersyukur kepada ALLAH kerana mempertemukan kami di bumi USIM yang barakah. Syukran jazilan atas doanya, Aliah. Uhibbuki lillah aidhon, ukhti. Moga ALLAH sentiasa thabatkan dan istiqomahkan hati-hati kita di jalan juangNYA, Ameen.




Indahnya ukhwah kerana ALLAH... Ketika Cinta Berusrah...

"Senyum Biar Pahit...Syukran kak, menjadi sahabat yang owez mengingatkan saya ujian dan hikmah itu milik ALLAH, ketenangan dan kebahagiaan pun miliknya. Semoga ukhwah fillah illal jannah, uhibbuki lillah ya ukhti! Syukur ALLAH bagi jalan dalam BSMM sebagai medan tarbiyyah untuk diri ini, even bukan SPMM - Sayang akak semua..." Tagging : Nurul Atikah Razali & Nurul Atiqah Mohamad Rashid...Uhibbuki lillah, Aliya Fatin...

"Jika kita mengetahui betapa besar pahala memikir,merancang,membantu,menyusun ISLAM...Nescaya kita tidak akan tinggalkan kerja ini walau sesaat...Jika kita mengetahui betapa azabnya tinggalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...Nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian ALLAH...Jika kita mengetahui betapa tingginya nilai UKHWAH PERSAHABATAN diatas dasar AQIDAH ISLAMIAH...Nescaya kita akan menutup lubang-lubang yang akan merosakkan ukhwah...Jika jasad menongkah arus menggerak TARBIAH memelihara AGAMA ISLAM,maka biarlah HATI kita bersama melaluinya...Tinggi harapan agar ALLAH mempertemukan kita semua yang berada diatas jalan juangNYA di SYURGA nanti..."
 

Nikmat SYURGA terjamin atas Cinta kerana ALLAH...

Abu Saleh meriwayatkan, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggamanyaNYA, kamu tidak akan masuk Syurga, kecuali telah beriman. Dan kamu belum disebut beriman, kecuali saling mencintai. Mahukah kamu aku beritahu amalan yang apabila kamu kerjakan dapat menzahirkan rasa saling cinta antara kamu?" Sebarkan salam antara sesama kamu..." {Hadis Riwayat Imam Muslim}

Kita tidak akan dapat masuk Syurga ALLAH kecuali bila kita mengerti apa sebenarnya IMAN.Kita belum disebut insan beriman yang sesungguhnya, apabila tidak sudi mencintai sesama MUSLIM sepertimana kita mencintai diri sendiri.Cintailah sesama Muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri.


7 Golongan yang dilindungi oleh ALLAH pada hari Akhirat...

Hafash ibnu Ashim berkata, Abu Hurairah berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Tujuh jenis manusia yang dilindungi ALLAH dengan naungan (perlindungan) pada hari yang tiada naungan melainkan naungan ALLAH. Pemimpin yang adil, Pemuda yang besar dalam ibadah kepada ALLAH, Orang yang hatinya menyatu dengan masjid, Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH, berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH, Orang yang bersedekah dengan sedekah kemudian dia merahsiakan hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan dengan tangan kanannya, Orang yang diajak oleh wanita yang berketurunan baik dan cantik kemudian dia berkata, aku takut kepada ALLAH dan Orang yang menyendiri berzikir kepada ALLAH kemudian matanya menitiskan air mata oleh sebab rasa takut kepada ALLAH..." 
 {Hadis Riwayat Imam Bukhari}


Halaqoh ini adalah Halaqoh Cinta Kita...

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam Halaqoh...

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa rasa takut dan bimbang...

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah...

Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas ukhwah fillah, bebas dari dorongan nafsu semata...

Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita...

Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak  dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti...

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya...

Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta , keluarga dan maruah demi cinta agung kekasihnya,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agungNYA, ALLAH SWT...
Dalam masa yang sama, kita mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...

*Tribute : NOVEL TAUTAN HATI KARYA FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Uhibbuki lillah, ukhti...Sayang awak kerana ALLAH...Barakallahu fikum...

*Syukran jazilan, Aliah atas pemberian buku "BERCINTA KERANA ALLAH..."

Wednesday, December 7, 2011

SAYA MALU BERDAKWAH TIADA ILMU...


SEJARAH 90-an

“Ana menyeru kepada semua sahabat sekalian agar berusaha dan mengoptimakan ruang dan peluang dalam memaksimakan kegiatan dakwah baik di dalam kampus mahupun dalam lapangan masyarakat”, ucap Presiden Persatuan Mahasiswa Islam dengan penuh bersemangat.

“Ahhh!! Aku ni bukan macam dia. Dia siapa? Aku siapa? Dia presiden, aku pengikut je. Tak pandai bercakap. Ilmu pun takde. Setakat dengar, meramaikan majlis ilmu boleh la. Kira menyumbang jugak pada agama”, bentak si muslimin.

“Ana ni muslimat. Ana malu cakap depan-depan, lebih lagi kalau cakap depan muslimin. Tak jadi keruan ana dibuatnya”, komen seorang muslimat.


SEJARAH 70-an

Pada era 70-an ramai ustazah yang tidak memakai tudung dan ada pula isteri ustaz termasuk ustaz pondok yang tidak memakai tudung. Ramai yang ada ilmu agama tapi pengamalan agamanya sekadar di masjid dan di surau. Ketika majilis pernikahan juga terdapat pelbagai program yang tidak Islamik.


MENTALITI DAN SIKAP


DAKWAH adalah kalimah agung yang menjadi corak kehidupan para dua'at. Dakwah juga menjadi “berisi” apabila intinya adalah tarbiyyah. Namun, tidak dinafikan hari ini ramai anak muda yang tidak berminat dengan dakwah. Cukuplah sekadar menghadirkan diri ke program dan seminar atau mungkin usrah. Selesai. Tidak berminat menyertai dakwah, apatah lagi gerakan dakwah. 
"Asyik-asyik dakwah. Bosan juga mendengarnya.
Masuk univerisiti untuk belajar bukan berdakwah. Ingat pesan mak ayah. Tak reti bersyukur langsung."

Kenapa marahkan dakwah?
Renungkan sejenak.

Jika bukan kerana dakwah, saat ini kita mungkin bukan Minhad, tetapi Michael. Bukan Khadijah, tetapi Katy. Ertinya kita bukan seorang Muslim. Mungkin hari ini kita sedang menyertai American Idol. Mungkin juga sedang mabuk arak. Atau sedang berada di kota metropolitan Jepun, membilang hari untuk membunuh diri akibat tekanan hidup.


Kita mungkin seperti mereka jika bukan kerana DAKWAH. Setuju?

Kita tidak mengenal ALLAH, RasulNya dan Quran jika bukan kerana DAKWAH. Kita mungkin penyembah matahari, patung seribu tangan, atau roh nenek moyang (nauzubillahiminzalik). Sebaliknya, hari ini kita bersujud para Rabb yang Esa, ALLAH SWT. Kerana berlakunya fenomena dakwah lalu kita berpeluang mengucap syahadah dan sehingga kini masih lagi subur dalam keimanan.

Alhamdulillah. Selautan syukur pada ALLAH.
Apakah antum bersyukur menjadi MUSLIM? Lafazkan Alhamdulillah.

Dan mungkin kita akan tertanya-tanya kenapa ada ilmu agama namun pengamalan Islamnya tidak menyeluruh?

Jawapannya tidak lain ialah kerana tidak adanya fikrah. Inilah yang berlaku ketika as-syahid Imam Hasan Al-Banna memulakan gerakan dakwah di Mesir bukanlah tiada Al-Azhar sebagai gedung ilmu dan ulama, tetapi yang tiada ialah fikrah dakwah wal haraki. Mempunyai ilmu tanpa fikrah dakwah wal haraki tidak mendatangkan manfaat kepada kehidupan diri dan masyarakat.


DIMENSI DAKWAH RASULULLAH

Rasulullah diutus ke dunia kerana urusan dakwah. Kita harus faham perkara ini. Bahkan empayar selepas kewafatan baginda dipertahankan kerana dakwah juga. Buktinya, kita melihat Rasulullah diberi ilmu melalui wahyu namun baginda juga diberi fikrah melalui wahyu. Surah pertama surah Al-Alaq dan surah kedua pula Al-Mudassir, menunjukkan kepentingan ilmu dan fikrah dakwah.

Firman ALLAH dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107:
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."

Ada kalimah rahmat yang ALLAH sebutkan dalam ayat di atas. Rahmat hanya menaungi alam ini apabila Islam menguasai bumi. Maka, dengan dakwahlah Islam berkembang dalam jiwa-jiwa manusia oleh para dua'at di zaman Rasulullah seperti Abu Bakar r.a, Uthman Ibn Affan, Umar Al-Khattab, Mus'ab bin Umair, Saidina Ali dll diikuti pula ulama pada zaman berikutnya, Ibn Taimiyah, Ibn Jauzi, Imam Al-Banna dan seterusya.

Dan rahmat ini kita nikmati hari ini. Nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Itu kisah kita. Mari renungkan manusia disekeliling kita.


REALITI SEMASA

Kekuatan Islam semakin lama semakin tergugat dan pudar. Tersepit di celah undang-undang wadh’ei (buatan manusia) yang mengaburkan mata manusia. Hati-hati menjadi semakin malap dilindungi kilauan dunia yang palsu semata-mata. Masa semakin jauh menyedarkan kita tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul semakin berat.

Manusia semakin lalai, tidak sedar tentang tugas sebenar mereka. Kita tidak hairan jika mereka ini orang-orang kafir dan kufur dengan perintah ALLAH kerana mereka hanya menyeru kepada kemungkaran dan kesesatan yang nyata.


Amat menyedihkan apabila kita sedar bahawa mereka ini terdiri daripada ahli keluarga, sahabat karib dan masyarakat sekeliling kita yang beriman kepada ALLAH ta’ala dan rasulNya. Mereka bersikap nafsi-nafsi bak kata pepatah “kubur lain-lain”, hanya memperbaiki diri sendiri dengan tanggapan dapat melepaskan diri sendiri dari ancaman dunia dan akhirat.

Ada diantara mereka yang mempunyai tanggapan bahawa jika dia sudah memperbaiki dirinya maka ia sudah tidah berkewajipan lagi untuk memperbaiki orang lain. Hujah yang digunakan ialah ayat al-quran:

Firman ALLAH ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah : 105)



TANGGUNGJAWAB DAKWAH

Melihat kerosakan masyarakat Islam yang semakin membarah tentunya memanggil jiwa orang-orang beriman untuk berfikir sejenak. Ia menuntut satu pengorbanan yang segera. Rasulullah SAW didatangkan ke dunia ketika masyarakat dunia hidup dalam kegelapan undang-undang hutan. Maka bermulalah dakwah secara sembunyi dan meningkat kepada dakwah terang-terangan.

Masyarakat mengenal iman, kasih-sayang, kesatuan, kepimpinan Islam, kesejahteraan dan kejayaan kekuasaan Islam. Angkatan yang dibina Rasulullah mempertahankan Islam dengan segala yang mereka miliki, kerana mereka cintakan dakwah.


Tentu kita tersentuh dengan kisah dakwah Mus'ab Ibn Umair, pemuda Mekah yang menjadi da'i pertama ke Madinah. Tugas beliau selepas Islamnya ialah menyampaikan Risalah Islam kepada penduduk Yathrib. Maka berangkatlah pemuda ini ke Yathrib, bersama rombongan pertama Madinah. Beliau seorang pemuda yang dipisahkan dengan keluarga dan harta kekayaan kerana urusan kalimah Lailahailallah. Di sinilah letaknya kemuliaan seorang Muslim.



APAKAH KITA MERASAINYA?

Hari ini kita sibuk dengan dunia kita. Begitu cetek kehidupan kita.

Dunia pelajar. Dunia doktor. Dunia guru. Dunia pensyarah. Dunia peniaga. Dunia jurutera. Dunia saintis. Bahkan dunia ustaz! Hingga kita terlupa bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga berniaga, belajar, penjelajah, penakluk kota, pemikir, dan pemimpin masyarakat. Tetapi mereka tidak pernah memisahkan kehidupan mereka dengan amar ma'ruf nahi mungkar. Mereka saling memperingati, ijnis bina nu'min sa'ah!


Jadilah sesiapa pun kita, janganlah kita memisahkan diri kita dengan tugas hakiki ini - mengajak manusia kepada ALLAH. Tentunya ia bermula dari dalam diri kita - mengajak aqal, nafsu dan nurani kepada pengagungan ALLAH. Kerjaya kita hanya ALAT manakala dakwah adalah MATLAMAT. Apalah gunanya kita sibuk mengejar alat jika matlamat kita TERABAI. Jika alat menyebabkan kita susah mencapai matlamat, kita harus BERANI MEMILIH. Rezeki ALLAH itu Maha Luas.
  
HARUSKAN PERUBAHAN

Ayuh sahabat, mari berdakwah! Mengajak manusia kepada ALLAH. Bangunlah para pemuda, janganlah terleka dengan urusan peribadi dan keluarga sehingga terlupa tanggungjawab khalifah.

Kita sudah ada kefahaman cuma semangat yang tiada. Jika ada pun macam “chipsmore”, sekejap ada sekejap tiada.
Kita sudah ada kefahaman cuma ilmu tiada atau kurang. Disergah hanya basic seperti bab akidah kita terus mengalah dan tidak mahu mencuba.

Kita sudah ada kefahaman cuma tiada kelebihan bercakap dan menulis. Soft skill tiada.
Kita sudah ada kefahaman cuma mekanisme dan pendekatan selalu tersilap dan tidak kena pada tempat.

Dan banyak lagi alasan kita. Sesungguhnya, Al-quran awal-awal lagi sudah menjawab segala persoalan dan masalah kita.


Ana tidak layak?

“ Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, ‘Marilah berperang di jalan ALLAH, atau menangkislah.’ Mereka berkata, ‘Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu.........”(3:167)

Itulah jawapan golongan munafik apabila disuruh kepada mereka untuk berperang. Maka, kita juga sekiranya memberikan alasan tidak mampu untuk berdakwah dan berjihad, maka berhati-hatilah. Golongan munafik itu tempatnya adalah di neraka paling azab.


Ana tidak mampu?

Tanggungjawab untuk berdakwah dan berjihad ini tergalas dibahu kita. Sekiranya telah dipertanggungjawabkan kepada kita maka pasti ia dalam batas kemampuan kita kerana itu janji ALLAH, bahawa dia tidak akan menguji kita lebih dari kemampuan diri.

“Maka berperanglah kamu di jalan ALLAH; kamu tidak dibebani kecuali dengan diri kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang mukmin, mudah-mudahan ALLAH akan menahan kekuatan orang-orang yang tidak percaya, dan ALLAH adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.” (4:84)


Ana Takut?

“........Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka takut kepada ALLAH atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, ‘Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat? Katakanlah, ‘Kesenangan dunia ini sedikit dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun.’” (4:77)

Ketakutan itu adalah fitrah dan lumrah makhluk yang bernama manusia. Sahabat-sahabat Nabi SAW juga takut dan gerun apabila berperang. Namun, ketakutan itu bukanlah alasan menjadikan mereka lemah. Sebaliknya ketakutan itu dilawan dengan mujahadah untuk rindukan sebuah kematian bernama syahid. Dan ALLAH sering mengingatkan kita, matlamat kita yang paling utama adalah akhirat dan syurga itu sebaik-baik tempat untuk kembali.


Ana Lemah?

“Dan berapa ramainya Nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa dan mereka tidak menjadi lemah kerana apa yang menimpa mereka di jalan Allah, tidak patah semangat, tidak pula tunduk dan ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.”(3:146)


Itulah janji ALLAH apabila ALLAH memberikan contoh para nabi sebelumnya yang telah diseru kepada mereka dan kaum mereka untuk berperang dan keyakinan mereka kepada ALLAH, bahawa ALLAH memelihara mereka dan tidak mensia-siakan usaha mereka, lantas mereka tidak merasakan lemah dan tidak tunduk kepada golongan yang ingkar kepada ALLAH.

Manusia itu memang diciptakan ALLAH secara semulajadi lemah. Akuilah kita insan yang lemah dan tidak berupaya tanpa pertolongan ALLAH. Namun, ALLAH tetap memilih kita untuk berperang dan berdakwah kerana itu adalah tanggungjawab. Maka, alasan lemah tidak sesekali diterima ALLAH di hari perhitungan kelak.


Ana berasa tidak cukup?

“Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus, jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang yang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.” (8:65)

Kita sentiasa merasakan diri serba kekurangan, tidak cukup harta, tidak cukup tenaga, tidak cukup orang untuk berperang bersama kita, tidak cukup masa, tidak cukup bekalan bersama kita.


Itulah alasan yang kerap kita berikan apabila diseru berperang dan berdakwah. Percayalah, jika kita benar ikhlas kerana ALLAH, ALLAH akan mencukupkan segalanya buat kita. Kecukupan bukan bermaksud apabila kita berperang kemudian kita menjadi kaya raya, diberi masa 48 jam sehari atau rakan taulan perjuangan yang berlipat ganda.

Kecukupan itu adalah kita sendiri merasakan syukur dan merasa cukup dengan semua nikmat yang telah ALLAH bagi sehingga kita tidak akan meminta-meminta itu dan ini dari sesiapa pun.


Ana tidak suka?

Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ( 2:216)

Fitrah manusia tiada siapa pun yang suka kacau-bilau, bunuh-membunuh dan huru-hara peperangan. Namun, ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik. Telah ditentukan berperang itu jalan terbaik buat kita hamba-Nya maka itulah yang terbaik.


Kehidupan kita bukan berlandaskan apa yang kita suka. Rasa suka sepanjang masa itu adalah dicipta dari nafsu. Nafsu memang sukakan kesenangan dan tidak suka kepada kesusahan. Berperang dan berdakwah itu adalah sesuatu yang kita tidak suka maka ia adalah cara terbaik untuk bermujahadah menundukkan nafsu.


BANGKITKAN SEMANGAT DAN MOTIVASI

Fitrah manusia suka mencipta pelbagai alasan. Tidak ada manusia yang sempurna. Penuh dengan khata' dan nisyaan. Kesalahan. Dosa. Kita bukanlah sekolompok jamaah malaikat. Setiap orang bakal melakukan kesalahan, lupa, tetapi yang penting proses pentarbiyyahan tidak ditinggalkan. Memperbaiki dan menyedarkan semua. ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK.


Lakukanlah setiap amal dengan penuh keikhlasan dan mujahadah. Penjagaan dari aspek ruhiyah sangat penting dalam membina ruh dakwah dalam diri. Kekuatan itu datang dari ALLAH, tiada siapa dapat memudharatkan kita selain izinNya.
tarbiyyah maadalhayah

"Sesungguhnya syurga itu manis kerana perjuangan itu pahit. Jom kita sama-sama berlari ke syurga. Ayuh sama-sama jadi jutawan akhirat. TAKBIR! ALLAHU AKBAR!"

Tuesday, August 23, 2011

KOKONGAN BARAT (PETIKAN SEBARKAN CINTAMU)

BAB 6: KONGKONGAN BARAT

Hijab Bukan Tuntutan Agama?

            Qasdi bersantai di tepi Pantai Bray bersama dua orang rakan sepengajiannya. Kedua-duanya gadis Inggeris. Pulau secantik Ireland nampak sempurna dikelilingi pantai-pantai yang indah. Bersih dan nyaman. Pemandangannya memukau.
            “Qasdi, open your veil. Let your hair free[1],” kata Suzane, gadis Dernmak. Dia berasa seronok apabila rambutnya beralun dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Dia suka menggunakan Bahasa Inggeris rasmi apabila bercakap dengan Qasdi.
            “I’m sorry. This is my obligation as a Muslim. My religion not allow all Muslimah to let our hair free[2],” tolak Qasdi dengan suara lembut.
            “Are you sure it is from your religion? I think  it is only a tradition. The veil is actually a cultural dressing for ancient Muslims, Jews and Christians[3],” Suzane memberi pendapat. Bahasanya mudah.
Qasdi terdiam kerana kekurangan hujah tentang agama sendiri.
            “You know, it is not religion but patriarchy that is oppressive of women. But it is very convenient to hide behind the infallibility of God’s words to denounce those who demand for change[4].”  Mary, kawannya yang berbangsa German menambah. Hujahnya yang kedengaran bernas dan mantap membuatkan Qasdi terlopong. Kacau fikirannya.
“Why do you still become a Muslim?!  I’m actually Islamphobia but I like open-minded Muslim like you. Islam is very cruel to women. Muslim men can marry until 4 women. What’s kind of rule like this? Very cruel![5] Suzane memuntahkan kebencian.
“Yes, that is what I know about Islam. Islam asks his women to stay home, doing routine job, look after the children and let her husband succes in career. After her husband get a lot of money, he can enjoy to marry 2, 3 and 4 and his first wife just to shut up. Even, it is a big sin to her to ask divorce from her husband because of her husband conduct poligamy. Although her heart is suffering, her voice is meaningless. What kind of rule like this?[6]
“It is Islamic teaching or just a tradition?”
Soalan-soalan membunuh daripada Suzane dan Mary terus menyerbu.
“I’m sorry. I have lack of reason right now. But I strongly confident that there are something special about my religion that you all don’t have[7].” Qasdi menggengam pepasir dan melemparkan pandangannya jauh ke samudera. Mata Mary dan Suzane mengekori arah pasir berterbangan.
Suzane menarik nafas. Dia seolah-olah tidak sabar untuk menghamburkan pertanyaan lagi.
“In term of what?[8]Suzane mendesak ingin tahu. Qasdi terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirinya tidak tahu. Dia hanya mempunyai keyakinan. Dia berazam akan mencari jawapannya.
“Qasdi, don’t be a stupid! You are blindly follow your religion’s rule without knowing anything about it. You should know the reason behind it. You had better to see Miss Gatsby. She is a specialist in Islamic studies. Even she know well your language[9],” cadang Mary.
“I’m not ready yet to see her right now[10],” jawab Qasdi.
“Nothing to worry. You don’t have to prepare anything. You are not going to debate with her, but to discuss. Don’t worry. She is a very kind person[11],” pujuk Mary.

Menagih Jawapan Bukan Cacian

Suzane dan Mary tidak bertangguh lagi. Keesokan harinya mereka terus mengadakan temu janji antara Miss Gatsby dan Qasdi. Qasdi memberi alasan demam. Dia berehat di biliknya sambil melayari internet. Dia cuba mencari sedikit hujah dan kekuatan agar tidak mudah termakan pada apa-apa dakyah.
Qasdi membuka beberapa persoalan di blognya tentang isu-isu sensitif yang dia sendiri masih gagal untuk memahaminya secara baik. Harapannya, ada mana-mana ilmuan Islam yang sudi memberi pandangan. Pandangan yang diharapkan tidak terlalu ekstrim dan konsorvatif tetapi pandangan yang adil dan di pertengahan. Pandangan yang boleh memenangi rasional kawan-kawan Baratnya.
Dia sendiri kurang mengenali ilmuan Islam yang boleh dirujuk secara langsung. Apatah lagi kini kehidupan akademiknya dikelilingi oleh para pensyarah bukan Islam. Kediamannya pula terletak agak jauh daripada Masjid Dublin yang turut berfungsi sebagai The Islam Foundation di Ireland. Masjid yang termasuk dalam 7 Simply Amazing Mosques di dunia itu hanya dikunjungi sekali sekala.
Seminggu Qasdi menghabiskan banyak masa terpacak di hadapan komputer. Desakan demi desakan oleh Mary dan Suzane makin menekannya. Jawapan yang didamba tak kunjung tiba. Sebaliknya hentaman demi hentaman yang mengisi ruang komen blognya. Pelbagai label dan tuduhan yang dilemparkan. Anti-hijab. Anti-poligami. Feminist. Anti-Islam. Pro-Yahudi. Bakal peruntuh Islam.
Remaja yang kehausan hujah itu juga dianggap bid’ah, menyesatkan, menjahilkan diri sendiri dan sebagainya oleh mereka yang seakidah dengannya. Ternyata, golongan ini lebih suka menghukum daripada berbaik sangka dan merungkaikan kekeliruan, fikir Qasdi. Akhlak sebegini membuatkan Qasdi bukan saja menjadi tawar dengan orang Islam bahkan dengan agamanya.


Kau nak tahu kenapa perlu pakai tudung? Supaya kau nampak lebih seksi dan supaya kalau aku jumpa kau, siaplah kau! Hmm, kuratah-ratah. Ha ha ha. Sender: Zack.

Saudari, saudari ni Muslim ke atau dah murtad? Dalil sangat terang dalam Al-Quran. Cuba rujuk Surah al-Ahzab ayat 59. Kalau tak nak percaya Quran gak, elok terjun laut bunuh diri saja. Sender: Ahmad.

Muak dengan pelbagai bentuk kata nista berbaur hentaman dan tuduhan, Qasdi akhirnya menyetujui ajakan Mary dan Suzane. Kedua-dua gadis itu menjemput Qasdi dengan kereta. Mereka bertemu dengan seorang wanita awal 40-an di sebuah rumah anak yatim di Malahide. Miss Gatsby. Dia merupakan Pengarah di situ. Sangat aktif dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Pesona Layanan

Qasdi seronok menikmati pemandangan di kawasan pedalaman itu. Udaranya segar. Rumput-rumput menghijau. Binatang ternak melengkapkan suasana. Kelihatan di rumah anak yatim kelolaan Miss Gatsby, banyak aktiviti yang sedang berjalan. Ada anak-anak yang sedang belajar cara membuat roti, bermain kayu herling, bermain alat muzik bodran, menternak binatang dan belajar menari cara Irish.
“Qasdi, selamat datang. Saya sepatutnya ada program ‘Be an Irish’ di Causey Farm tapi saya menangguhkannya untuk berjumpa awak,” kata wanita yang murah senyuman itu. Miss Gatsby dapat menyebut namanya sebelum dia sempat memperkenalkan diri. Qasdi diraikan dengan mesra. Rupa-rupanya, Mary dan Suzane sudah terlebih dahulu menelefon Miss Gatsby dan menceritakan perihal Qasdi. Pelbagai juadah makanan Barat tersedia. Suasana meja makan yang dipilih nampak santai dan tidak tegang.
Qasdi teruja dengan cara mereka. Dia menyangka Miss Gatsby sudah tentu menyambutnya dengan wajah serius dan garang. Senjata hujahnya pula mungkin penuh diisi dengan peluru dan bersiap sedia untuk menghalakan muncung ke arahnya, fikir Qasdi. Apatah lagi kedatangannya itu diberitakan untuk berbincang isu-isu yang sensitif. Rupa-rupanya senyuman dan salam keramahan yang didahulukan. Qasdi menarik nafas lega.
Terheret fikiran Qasdi tentang diskusi isu-isu sensitif yang pernah dicetuskan di dalam blognya. Apabila dibuat persoalan kenapa muslimah perlu bertudung, teruk dia dikritik. Dia sendiri hairan, kenapa orang Islam lebih senang untuk mengkritik daripada menjawab persoalannya? Dia dihukum dengan kata-kata kesat hanya kerana bertanya. Salahkah bertanya untuk mencari hujah? Nyata, berbaik sangka dan berlapang dada sesama saudara se-Islam itu makin dipinggirkan, fikir Qasdi.
Hari itu Miss Gatsby dan Qasdi berbincang panjang. Qasdi bahagia dilayan secara manusiawi yang perlu dihormati. Dia terpaku mendengar Miss Gatsby fasih menggunakan bahasa ibundanya.
Mary dan Suzane pula sengaja meninggalkan Qasdi dan Miss Gatsby secara ekslusif. Mereka keluar bersantai di pantai Malahide untuk melihat kapal-kapal berlabuh.
“Saya suka bincang tentang wanita,” kata Miss Gatsby. Qasdi tersenyum. Rasa ada keserasian.
“Tahukah kamu, pada alaf kedua, suara wanita bangkit dengan pesatnya. Wanita Barat bangkit menuntut hak setelah pendidikan menyedarkan mereka tentang hak. Kebangkitan mereka memberi sumbangan besar kepada wanita sedunia,” kata Miss Gatsby.
“Apa yang mereka suarakan?” Tanya Qasdi.
“Antaranya hak untuk mendapat pendidikan, memiliki dan mengurus harta, menerima harta pusaka, berpolitik, mengundi dan berkerja,” jawab Miss Gatsby.
“Islam datang dan memberikan semua hak itu,” kata Qasdi. Miss Gatsby senyum sambil menggeleng. Dia mungkin tidak setuju dengan kenyataan itu, fikir Qasdi.
“Itu baru gelombang pertama feminism. Pejuang feminism bangkit lagi pada 1960-an menyuarakan hak wanita berkaitan ekonomi, pendidikan, perundangan, politik dan sosial. Mereka membuka minda sekian banyak wanita suri rumah kelas pertengahan,” kata Miss Gatsby. Qasdi berminat mendengar lebih lanjut.
“Pada tahun 1980-an-1990-an, wanita bangkit lagi memperjuangkan hak reproduksi dan seksualiti.  Wanita berhak menentukan bilangan anak yang ingin dilahirkan dan bentuk hubungan intim yang tidak menyakitinya. Perhimpunan-perhimpunan antarabangsa diadakan. Isu kepimpinan wanita diperkasakan dan isu kemiskinan wanita dipandang serius,” kata Miss Gatsby.
“Islam memang menyuruh berbuat baik pada wanita dalam hal itu[16]. Wanita Malaysia telah menikmati hak ini semua malah hak yang kami nikmati mungkin lebih baik daripada resolusi perhimpunan antarabangsa itu,” kata Qasdi.
“Sedikit masa lagi kamu akan akui, ianya bukan kerana Islam tetapi kerana perjuangan feminism,”dakwa Miss Gatsby.
“Tapi Islam yang mengajar dunia bahawa wanita ada hak dan perlu dimuliakan,” bela Qasdi.
“Kamu akan mengenali sedikit demi sedikit perjuangan feminism di Barat dan saya yakin setelah kamu mengenalinya, kamu akan mencintai dan mendokongnya,” kata Miss Gatsby.
“Apa yang saya lihat di sini (Barat), wanitanya ramai berkerjaya dan kurang memperhatikan keluarga. Mana pembahagian peranan antara lelaki dan wanita? Saya melalui hidup tanpa kasih sayang ibu kandung dan ia amat menyakitkan,” komen Qasdi.
“Oh, tidak! Dalam buku Mega Trends for Women, Barat hari ini berusaha mengembalikan tumpuan wanita kepada keluarga dan anak-anak,” terang Miss Gatsby.
“Kalau begitu, Islam lebih dahulu mengajarnya. Kelihatan, ada sesuatu yang berat sebelah. Apabila Islam mengajak wanita memerhati tugas utamanya pada keluarga, Islam dikatakan mengongkong wanita. Tapi, apabila Barat mula menyedari hal itu, Barat mengatakan mereka yang memperjuangkannya,” ragu Qasdi. Miss Gatsby terdiam seketika. Dia tidak cepat emosi malah masih mampu tersenyum untuk Qasdi.

Pembahagian Harta Waris Menindas Wanita?

            “Jika kamu rasa pemikir Barat itu akan berat sebelah terhadap agama kamu, kamu boleh membaca buku dari kalangan ilmuan Islam sendiri. Nah, saya
ada bawakan buku Muhammad Syahrur dan Jamal al-Banna.” Miss Gatsby cuba menunjukkan bahawa dia bersikap adil. Qasdi menyambutnya dengan senang hati.
            “Jika kamu telah selesai membaca buku-buku ini, saya akan bawakan pula buku-buku karangan Fatima Mernissi dari Morocco, Amina Wadud Muhsin, Riffat Hassan, Asghar Ali Engeneer dan Khairuddin Nasution,” kata Miss Gatsby.
            “Saya cuma kenal seorang daripadanya. Ianya tokoh feminism. Adakah semua yang lain juga begitu?” Tanya Qasdi.
            “Ya. Ini semua pejuang-pejuang pembebasan wanita. Fatima Mernissi contohnya membuat tafsiran semula terhadap ayat pembahagian harta warisan 1:2. Model itu model lama. Sudah tidak releven dengan zaman moden. Ia membantah dengan kajian mendalam terhadap sosiologi semasa,” ujar Miss Gatsby.
            “Tapi, Islam memberi hak sesuai dengan tanggung jawab. Lelaki terpaksa menanggung anak dan isteri. Malah, jika ada adik-beradik perempuannya bercerai dan terputus nafkah, maka dia wajib menanggungnya juga serta anak-anak saudaranya sekali. Perempuan pula tidak mempunyai tanggungan. Amat wajar lelaki mendapat harta waris lebih daripada perempuan. Bahkan wanita mungkin menikmati harta itu lebih banyak kerana ianya untuk dirinya seorang tanpa perlu diagihkan.” Qasdi cuba berhujah membela agamanya.
            “Qasdi, jika hikmah pembahagian harta waris dalam agama kamu melihat pada tanggung jawab, cuba lihat betul-betul realiti hari ini. Perempuan kebanyakannya telah berkerja. Punya pendapatan beribu-ribu ringgit. Mereka tidak perlu lagi pada tanggungan suami. Lelaki pula ramai yang tak pikul tanggung jawab. Berhakkah mereka menuntut lebih? Jadi, pembahagian harta sepatutnya sama rata,” hujah Miss Gatsby.
Qasdi kurang senang mendengarnya. Dia tahu hukum waris adalah hukum yang tetap dan tidak boleh berubah. Namun, hatinya merintih kerana tidak mempunyai cukup hujah terhadap agama sendiri. Fikirannya cuba dikosongkan.
Qasdi mempunyai sedikit pengetahuan tentang harta waris. Dia tiba-tiba terfikir, seorang isteri banyak tanggung jawabnya pada suami. Namun, apabila suaminya meninggal, kenapa si isteri hanya berhak 1/8 daripada harta? Amat sedikit, fikirnya. Amat keliru. Benarkah Islam menindas wanita dalam soal ini? Fikirnya lagi.

Pejuang Pembebasan Wanita?

Miss Gatsby merangkul bahu Qasdi sambil berkata,
“Sudah terbukti Islam tak melayan wanita secara manusiawi dan adil. Banyak hak-hak wanita yang dizalimi. Apabila kamu kembali kepada masyarakat kamu nanti, berjuanglah untuk menguasai pandangan umum tentang penindasan ini. Bebaskan mereka. Jadilah pembela wanita.” Miss Gatsby membakar jiwa muda Qasdi.
            “Oh, amat bahaya untuk mengatakan Islam yang tidak adil. Saya mungkin dibunuh,” kata Qasdi. Dia agak terganggu dengan ayat-ayat hentaman malah ugutan di blognya. Itupun hanya kerana dia bertanyakan soalan. Tidak lebih daripada itu.
            “Kalau begitu, perlu berstrategi. Katakan saja puak-puak lelaki atau tradisi nenek moyang yang menyebabkan Islam nampak tidak adil. Padahal Tuhan yang Maha Adil menurunkan ajaran yang adil. Ajaran Islam perlu ditafsirkan semula,” cadang Miss Gatsby.
            “Itu lebih bijak,” fikir Qasdi.
“Saya yakin, di tempat kamu ada golongan yang memperjuangkan pemikiran ini. Sertai mereka,” kata Miss Gatsby.
“Siapa mereka?” Qasdi nampak berminat.
“Orang yang mencari akan menemui. Golongan ini suka merujuk pemikiran Aminah Wadud, seorang pensyarah di Amerika,” terang Miss Gatsby.
“Aminah Wadud? Err, saya kenal nama ini. Majoriti umat Islam sedunia amat marah dengannya. Dia mengimamkan solat Jumaat padahal dia seorang perempuan. Itu sesuatu yang haram dalam agama kami,” kata Qasdi.
“Jangan menghukumnya sebelum kamu kenal dia. Guna rasional akal untuk menilai,” balas Miss Gatsby dengan lemah-lembut. Qasdi makin tertarik dengan keterbukaannya.
Dia mula berfikir, sekalipun Aminah Wadud melakukan satu kesalahan besar dalam agama, berapa ramai yang sanggup membetulkannya dengan kata-kata nasihat dan perbincangan yang baik. Majoritinya lebih senang untuk terus mencaci dan menyesatkannya daripada agama. Maka, insan yang sedang keliru akan bertambah keliru. Apa yang pernah dibaca, hanya Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi yang berhikmah dalam menasihati wanita yang menjadi idola sejumlah besar muslimah di Barat itu.
            “Orang Barat sentiasa mempunyai solusi untuk mengangkat tinggi kemulian wanita. Ia menjamin persamaan hak dengan lelaki dalam banyak situasi. Kamu perlu mempropagandakan solusi Barat pada masyarakat kamu nanti.” Bait-bait bicara Miss Gatsby makin berpengaruh di minda Qasdi.
            “Ingat, wanita itu pencorak utama generasi akan datang. Lumrahnya, anak akan lebih menyayangi ibu berbanding ayah. Kuasai wanita sepenuhnya agar mereka terbebas daripada cengkaman ketidak adilan. Seterusnya membebaskan generasi akan datang juga.” Qasdi bagaikan tersihir dengan kata-kata itu.
            Lewat malam barulah Mary dan Suzane datang menjemput Qasdi.
“How it was going[17]?” Tanya Suzane.
“Marvellous! I like Miss Gatsby[18],” kata Qasdi. Jujur.
“So, you should see her frequently[19],” cadang Mary.
“Mm, I hope so[20],” balas Qasdi.
Tiba di penginapan, Qasdi tidak dapat melelapkan mata. Bukan hujah-hujah Miss Gatsby yang tengiang-ngiang di fikirannya tetapi akhlak dan layanan wanita itu yang masih menyegarkan rasa. Dia mengakui hakikat, antara hujah dan akhlak, akhlak lebih berpengaruh untuk memenangi hati.
Qasdi menghabiskan masa 3 hari untuk menelaah buku-buku tersebut. Dia tidak keluar ke mana-mana. Hanya terperuk di bilik untuk membaca.
“Qasdi, Miss Gatsby send her regard to you. She said, she really miss you[21],” kata Suzane yang datang bertandang ke bilik Qasdi.
“You know, she has suggested us learning your langguage just to make you feel appreciated[22],” tambah Mary yang hadir sekali. Qasdi terharu dengan salam rindu itu. Pantas dia minta dibawakan berjumpa lagi dengan Miss Gatsby. Pertemuan demi pertemuan membuatkan Miss Gatsby menjadi istimewa di hatinya.

Facebook Hentam

17 Mac. Dublin sedang meriah mengadakan perayaan St. Patrick’s Day Parade. Pelbagai aktiviti menarik diraikan selama enam hari berturut-turut oleh setengah juta manusia yang melancong dari pelbagai negara di dunia. Mereka berpesta sakan dalam aktiviti tarian, karnival muzik, berpesta dengan daun hijau serta parade pelbagai warna.
Qasdi bersendirian di bilik. Mary dan Suzane mengajaknya menari bersama ribuan penari tetapi dia menolak. Mary dan Suzane memujuk lagi dengan menceritakan kepuasan aktiviti seperti memburu harta karun, teater jalanan, tari-menari dengan muzik tradisional dan kontemporari Ireland, komedi, filem dan sebagainya. Qasdi tetap menolak.
Secara fitrah, dia bencikan acara seumpama itu. Langsung tidak memberi ketenangan malah secara mudah menimbulkan kemarahan. Masakan tidak, lelaki-lelaki berhidung belang  pasti mudah mengambil kesempatan, meraba dan mencium tanpa rela. Lagipun, hijab yang bertakhta di kepalanya menyalurkan rasa malu ke jiwa untuk menapak ke acara seumpama itu. Dia pernah mengikutinya pada tahun lepas. Sekadar ingin tahu. Sejak itu dia berazam tidak akan mengikutinya lagi pada tahun ini. Kacau!
Qasdi membuka laman facebook. Huh! Dia mengeluh apabila tidak habis-habis lagi saudara seagama menghentamnya.

Box seperti real dalam komen blog

Wei! Kalau kau tak pakai tudung, tak payahlah nak tanya kenapa perlu pakai tudung. Kau masuklah neraka sorang-sorang. Jangan ajak orang lain pun masuk neraka. B#d&h! Bah*#l! Sender: anynomous.

Bingung soalan ni. Ni mesti anak-beranak Aminah Wadud set@n tu! Sender: Ali.

End box

Diskusi Ilmiah

            “Ya Allah, berikanlah aku jawapan.” Hatinya mengadu kepada Allah SWT. Tiba-tiba laman sembangnya memberi isyarat. Seseorang menghulur salam kepadanya lewat tulisan.

            Ummu Qasdi   : Assalamualaikum
            Qasdi               : Waalaikumussalam wbt.
            Ummu Qasdi   : Boleh saya berkenalan untuk diskusi ilmiah?
            Qasdi               : Oh, tentu sekali. Saya suka diskusi. Err, maaf. Awak siapa?
            Ummu Qasdi   : Ummu Qasdi. Saya cuma insan biasa. Peminat blog awak.
            Qasdi               : Awak mungkin mengikuti blog saya kerana ada persamaan pada   
                                    nama kita.
Ummu Qasdi   : Mungkin juga. Bicara tentang persamaan dahulu lebih melahirkan kasih-sayang berbanding terus fokus pada perbezaan.
Qasdi               : Ya. Saya suka kenyataan itu. Apa agaknya sama antara kita ya?
Ummu Qasdi   : Alhamdulillah, kita sama-sama wanita Muslimah.
Qasdi               : Ya.
Ummu Qasdi   : Awak asal mana?
Qasdi               : Saya orang Indonesia tetapi kemudiaannya berpindah ke Malaysia. Mengikut keluarga angkat.
Ummu Qasdi   : Oh, saya juga orang Indonesia yang kini berkerja di Malaysia.
Qasdi               : Awak sudah berkerja. Saya sangka sebaya. Saya masih belajar. Awal 20-an.
Ummu Qasdi   : Saya pun masih menuntut ilmu. Ia tak pernah selesai dari buaian hingga ke liang lahad.
Qasdi               : Di mana?
Ummu Qasdi   : KOSDAT, Malaysia.
Qasdi               : Oh, saya pernah dengar nama itu. Ia mempunyai kontrak kerjasama dengan kolej saya.
Ummu Qasdi   : Ya. Jika awak tak keberatan, boleh awak bagitau, bagaimana keadaan ibu bapa kandung awak sekarang?
Qasdi               : Mereka membuang saya sejak kecil.

Air mata Bu Dhiya’ jatuh berjuraian tatkala membaca kenyataan itu.  Dia memujuk diri agar bersabar. Dia tidak mahu ketergesaannya mendedahkan identiti diri hanya akan menjauhkan dirinya daripada Qasdi.

Qasdi               : Hmm, balik pada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.
Ummu Qasdi   : Saya cuma ingin diskusi bukan kritik-mengkritik.
            Qasdi               : Baik. Apa jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam
                                    memenjarakan wanita dengan memerintahkannya bertudung? Ia
                                    ajaran Islam atau hanya tradisi?
            Ummu Qasdi   : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah tentu memberat juga
                                    di minda anak-anak gadis yang lain.
Ummu Qasdi   : Bagi Orientalist[23], hijab itu cumalah tradisi Arab tak kira untuk apa jua agama termasuk Yahudi dan Kristian. Mereka yang berhijab dianggap anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.
Qasdi               : Ada juga bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan mereka.
Ummu Qasdi   : Mereka sedang keliru dengan hujah Barat. Doakan Allah pandu kembali mereka.
Qasdi               : Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali sendiri orang Barat sebagai bangsa yang suka mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.
Ummu Qasdi   :Ya, budaya mengkaji sebenarnya hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya, kita mesti mengutipnya kembali.
Qasdi               : Betulkah ada Muslim sebaik orang Barat?
Ummu Qasdi   : Awak mungkin belum menemuinya.Orang Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan menemuinya.
Qasdi               : Kalau awak tahu situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi inferior[24] terhadap lelaki. Bukankah ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya tahu, saya sedang keliru. Maka, saya masih tidak meninggalkan hijab saya.
Ummu Qasdi   : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila kajian diteruskan dengan adil dan banyak berdoa.
Qasdi               : Sila jelaskan hujah awak.
Ummu Qasdi   : Firman Allah SWT dalam sumber agung kita, Al-Quran al-karim yang bermaksud, Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.” Surah al-Ahzab, ayat 59.
QasdI              : Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayat ma zoharo minha (apa yang biasa nampak), dalam Surah al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut itu biasa nampak.
Ummu Qasdi   : Firman Allah selengkapnya bermaksud, ....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka dan tapak tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir.
Qasdi               :Kalau benar hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum lelaki dalam hal ini?
Ummu Qasdi   : Islam telah meletakkan banyak persamaan antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya. Cumanya Islam tidak meletakkan persamaan secara mutlak.
Qasdi               :Kenapa?        
Ummu Qasdi   :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?
Qasdi               : Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Ummu Qasdi   : Bijak!  
Qasdi               : Terus...                     
Ummu Qasdi   : Bagaimana Islam nak memberi persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi mereka pun ternyata berbeza. Ini menyebabkan peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga agak berbeza. Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka tugas melahirkan itu diletakkan kepada wanita.
Qasdi               : Itu terlalu jelas, tak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik anak contohnya. Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?
Ummu Qasdi   : Bukankah kelembutan dan kasih sayang seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur? Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak mendampingi dan menguruskannya. Malah, Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat ayah. Nah, tanggung jawab seorang ibu berbalas cinta mendalam seorang anak. Apa lagi yang perlu dicemburukan pada kaum ayah yang kurang memperhatikan anak?
Qasdi               :Berbalik pada soal hijab...
Ummu Qasdi   : Hijab atau jilbab?
Qasdi               : Bukankah ia sama?
Ummu Qasdi   : Sama tapi tak serupa. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dan khimar. Jilbab lebih spesifik.
Qasdi               :Jilbab dan khimar?
Ummu Qasdi   : Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam. Islam sebagai agama alami (sedunia) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi ia tak bercanggah syariat.
Qasdi               :Khimar pula?
Ummu Qasdi: Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur.
Qasdi               : Kenapa ramai wanita Arab yang belajar di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat/ Adakah sempurna auratnya ditutup?
Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.
Qasdi               : Kalau begitu, bicarakan  pula hijab dengan definisi yang luas.
Ummu Qasdi   :Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin menikmati keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.

Dalam rancak berbicang, tiba-tiba pintu bilik Qasdi diketuk. Suara Suzane kedengaran memanggil namanya. Qasdi meninggalkan sekejap komputer riba.
“Hai Suzane. Where is Mary?[25] Tanya Qasdi.
“I’ve left her. I hate Mary![26]Suzane nampak sangat tertekan.
“What happen to you? You look angry[27],”
tanya Qasdi.
“Someone told me that my boyfriend slept with Mary last night. I never expect, they have such affair[28],”amuk Suzane.
“She might did a revenge. Do you still remember two weeks ago,  you went a picnic with her boyfriend without let her know[29],” komen Qasdi.
“Mary!!! If I see you I will kill you[30].” Suzane makin panas. Dia menumbuk pintu kemudian berlalu pergi. Qasdi menggeleng-gelengkan kepala. Dia cukup masak dengan gelagat kedua-dua temannya. Sering bergaduh hal lelaki kemudian berbaik kembali.

True Love

Qasdi masih ingat mereka bertiga pernah berdebat isu cinta sejati. Saat dia ditertawakan tak kan dapat dilupakan.
“I  don’t believe with true love! The men are insincere when they are far away from their wives. They just act in front us[31],” kata Suzane.
“No men sincere in this world[32],” sokong Mary.
“Yeah. That’s why I don’t want my life to be restricted by stupid man and marriage. They make us as their temporary entertainment. We must also doing so[33],” tokok Suzane lagi. Qasdi menggeleng-gelengkan kepala.
“I strongly believe, Muslim men who are obey their religion, they are very loyal[34],” sampuk Qasdi.
“Prove?[35]Pinta Mary. Sinis.        
“Adultery is strongly prohibited in our religion[36],” hujah Qasdi.
“All religion are the same, prohibit aldutery[37],”sangkal Mary.
“But our religion not only prohibit adultery, it also prohibit all the ways leading to such bad habit. Islam prohibit adlultery by asking men to take care of their eyes from viewing the woman, asking women to take hijab, and prohibit coupling before marriage[38],”balas Qasdi.
“Hey Qasdi! Do you mean the muslim men are sincere when they are allowed to get marry until 4?[39]Sindir Mary.  
Qasdi terdiam. Patah hujah.
Suzane tersenyum sinis.
“Don’t talk about true love in Islam. Islam is the worst religion in the world. It’s really humiliate women. Their men are allowed to betrayed their wife’s love legally. Uwek![40]Mary meludah.
Suzane ketawa. Mari ikut ketawa. Mereka ketawa terbahak-bahak. Qasdi merajuk pergi. Dia berazam mencari hujah tentang hakikat sebenar poligami dalam Islam. Baginya, masalah itu benar-benar memberikan fitnah yang hebat kepada Islam.

           
Qasdi berjalan laju menuju ke skrin komputer. Dia hampa membaca mesej terakhir Ummu Qasdi.

Ummu Qasdi   : Maaf, di  Malaysia sekarang sudah pukul 6.30 petang. Saya menggunakan internet di perpustakaan. Perpustakaan di kolej ini akan ditutup seketika sehingga pukul 8.00 malam. Saya perlu balik ke rumah. Di rumah, tiada internet. Insyallah, kita sambung diskusi petang esok ya. Waktu yang sama. Wassalam.

Hikmah Hijab

Keesokan hari, pada waktu yang dijanjikan, Qasdi ternanti-nanti masuknya Ummu Qasdi ke dalam laman chating. Masih banyak persoalan di mindanya perlu dileraikan.

Ummu Qasdi   : Assalamualaikum warahmatullah.

Qasdi tersenyum lebar apabila melihat Ummu Qasdi kini dalam talian. Jari-jemarinya siap-sedia menekan kekunci keyboard. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk orang. Dia meninggalkan komputer riba seketika. Daun pintu dikuak. Kelihatan Suzane dan Mary sedang tersenyum manis ke arahnya. Qasdi tidak pelik melihat mereka berbaik semula.
“Let’s go club in[41],” ajak Suzane.
“Oh. Thank God. You are not killing each other[42],” gurau Qasdi.
“Yes. Both of us forgot about our ex-boyfriend[43],” kata Suzane.
“Today, we are going to have a date with new one[44],” tambah Mary.
“Did you  inform to your parents first?[45]Nasihat Qasdi.
Lantas kedua-duanya mentertawakan Qasdi.
“Very funny! Thank to make us laughing. This matter is nothing to do with them. Even our parents also have too many affairs[46],” tempelak Mary dengan sisa-sisa gelak ketawa.
“Even me, I don’t know who is my biological father. My mother never get married[47],” ujar Suzane.
“Come on Qasdi. Let’s follow us[48],” pujuk Suzane.
“I hate club in and dating. Full stop![49]Qasdi menutup pintu. Ada ketegasan berpasak di jiwanya.

Qasdi               : Maaf, tadi kawan saya datang.
Ummu Qasdi   : Tak mengapa. Boleh lanjutkan perbincangan semalam?
Qasdi               : Ya.
Ummu Qasdi   : Pernahkah awak terfikir, ketika Allah membekalkan kepada sebahagian wanita dengan kecerdikan dan intelektual, hingga lelaki perlu berguru dan merujuk kepada mereka, bagaimana Islam memelihara wanita ini ketika berurusan dengan lelaki? Lumrahnya diakui bahawa lelaki mudah tak berdaya dengan segala keghairahan seksual yang ada pada diri wanita termasuklah alunan rambut, alur dan lurah, bentuk badan dan sebagainya.
Qasdi               :???
Ummu Qasdi   : Jika tiada pemagar, rangsangan seksual akan mengkhianati aktiviti keilmuan mereka. Begitu juga wanita yang perlu berurusan dengan lelaki dalam urus niaga seharian.
Qasdi               : Hijab itu pemagarnya?
Ummu Qasdi   : Ya, dengan maksudnya yang luas. Hijab itu menutup aurat yang boleh merangsang nafsu. Ia juga melindungi wanita dengan menjauhkan mereka daripada segala pintu fitnah. Awak boleh fikirkan apa risiko jika lelaki mula diamuk ghairah? Apatah lagi jika peluang di depan mata.
Qasdi               : Oh, itu rupanya hikmah Allah melarang wanita mendedahkan tarikannya ketika berurusan dengan lelaki bukan mahram. Malah ditegah daripada berdua-duaan.
Ummu Qasdi   : Ya, di balik larangan itu ada alternatif yang terhormat. Jika wanita ingin mendedahkan tarikannya, dedahkanlah sededah-dedahnya kepada lelaki berhak yang bernama suami. Berkhalwatlah sepuas-puasnya dengan seorang suami.
Qasdi               :Atau dengan kata lain, jika lelaki inginkan keindahan wanita, dapatkan ia secara terhormat melalui perkahwinan. Bukankah itu satu perlindungan yang sungguh hebat?
Ummu Qasdi   : Ya. Subhanallah!
Qasdi               : Tapi, jika saya memberikan hujah ini kepada kawan-kawan Barat saya, mereka mungkin masih boleh menyangkal. Misalnya, tarikan seksual itu relatif[50]. Ada wanita yang mempunyai rambut tidak cantik. Maka, kenapa dia juga tak boleh mendedahkan rambutnya?
Ummu Qasdi   : Baik, katakanlah rambutnya kerinting maggi, kusut masai dan keras macam dawai. Ia tidak menarik bagi pemuda berkulit putih tapi sangat mengujakan bagi pemuda berkulit hitam. Hukum Islam itu universal, mencakupi segala realiti dan masalah. Maka, dalam hal ini adalah lebih selamat Islam menghukum secara universal dan menyeluruh. Konsep hijab ini diterapkan kepada semua wanita.
Qasdi               : Boleh bagi contoh lain agar hujah ini nampak lebih rasional.
Ummu Qasdi   : Baik. Katakan Islam hanya mengharamkan arak di tahap kemabukan saja dan mengambil arak dalam kadar yang tidak mabuk dibenarkan. Sedangkan ada yang sudah mabuk dengan seteguk, segelas atau sebotol. Maka, apa yang akan terjadi? Kekuatan hukum akan hilang begitu sahaja.
Qasdi               : Ya. Saya setuju.
Ummu Qasdi   : Maaf. Sekejap ya. Ada orang datang.
Qasdi               : Tak mengapa.

Bu Dhiya’ tersenyum ke arah Sarra yang tercegat di belakangnya.
“Eh, Bu Dhiya’ pandai chating? Ish, moden sungguh! Satu dalam dunia agaknya cleaner macam Bu Dhiya’,” usik Sarra.
“Bu Dhiya’ bincang dengan anak Bu Dhiya’, Qasdi,” jawab Bu Dhiya’. Ceria.
“Tentang apa?” Tanya Sarra.
“Tentang hijab,” jawab Bu Dhiya’.
“Oh, menarik tu. Saya pun ada soalan,” kata Sarra.
“Mari kita bincang sama-sama,” ajak Bu Dhiya’.
“Bukan sekarang. Terlalu banyak assignment,” jawab Sarra.
“Persoalan agama tidak boleh dipendam lama-lama, nak. Nanti jadi barah berbahaya,” tegur Bu Dhiya’. Sarra mengangguk, sekadar mahu memendekkan perbualan. Dia berlalu untuk menyiapkan tugasannya. Bu Dhiya’ beralih ke komputer.

Ummu Qasdi   : Qasdi, awak masih di sana?
Qasdi               : Ya.
Ummu Qasdi   : Masih ada persoalan?
Qasdi               : Ya. Kawan-kawan saya perlekehkan hijab sebagai lambang menolak kemajuan. Bagaimana nak jawab?
Ummu Qasdi   : Tanya balik mereka, adakah benar fesyen pakaian termasuk hijab itu mempengaruhi kemajuan? Orang India ada jenis pakaiannya. Orang Jepun pun ada jenis pakaiannya yang tersendiri. Orang Cina juga. Perbezaan pakaian ini masih mampu membawa mereka kepada tamadun. Peradaban apapun yang pernah menguasai dunia seperti Sasanid, Byzantium dan Islam tidak lahir dari jenis pakaian.
Qasdi               : Ya, saya setuju. Memakai hijab langsung tidak menjejaskan intelektual dan aktiviti seharian.
Ummu Qasdi   : Islam meraikan pakaian apa jua bangsa. Islam menyatukan semua hanya pada syarat-syarat dan batasan agar pakaian itu melepasi fesyen syariat.  Ia semata-mata untuk melindungi keindahan wanita daripada pandangan-pandangan yang sakit.
Qasdi               : Jika begitu, hijab bukan satu kongkongan tapi satu kemerdekaan daripada pandangan syahwat lelaki.
Ummu Qasdi   : Alhamdullilah. Awak nampaknya telah berjaya membebaskan kefahaman awak daripada penjara Barat.

Sejak banyak berdiskusi dengan Bu Dhiya’, keyakinan Qasdi terhadap agamanya teguh kembali. Biarpun pernah tersilau dengan kebaikan Miss Gatsby namun realiti kehidupan masyarakat Barat membuatkan seseorang amat mudah menyingkap kebenaran yang cuba disembunyikan. Kehidupan yang terlalu sosial antara lelaki dan perempuan, nasab yang tidak jelas, zina berleluasa dan sebagainya amat menyakitkan minda Qasdi.

Petang itu, Qasdi menatap komputer riba miliknya. Tidak disangka, Ummu Qasdi sedang kelapangan.

Qasdi               : Saya pernah membaca buku-buku karangan cerdik pandai Islam tentang wanita. Tapi, ia hanya membuatkan fikiran saya lebih memandang logik daripada wahyu.
Ummu Qasdi   : Boleh tahu siapa pengarangnya?
Qasdi               :1. Dr. Muhammad Syahrur, Usul Baru untuk Fiqh Islam. Ia menyarankan agar kita mengadakan fiqh baru dalam semua permasalahan wanita sesuai dengan perkembangan zaman.
                        2. Jamal al-Banna, Wanita Muslimah, Antara Pembebasan Al-Quran dan Keterikatan Ulama. Antara fatwanya yang kontroversi ialah dia mengharuskan wanita bertukar-tukar ciuman dengan lelaki sebelum menikah sebagaimana adat wanita Barat.
Ummu Qasdi   : Cuba luaskan lagi bacaan pada penulis-penulis yang lebih jernih fikirannya terhadap sumber-sumber asal seperti buku-buku Al-Qaradhawi, Said Ramadhan al-Buthi, Abdul Halim Abu Syuqqah dan sebagainya.

            Qasdi tidak menunggu lama. Dia meminta Ummu Qasdi mengirimkan apa saja bahan bacaan yang boleh menguatkan hujahnya. Ummu Qasdi senang melakukannya. Qasdi menghabiskan banyak masa dengan membaca. Persoalannya tentang poligami turut terjawab. Dia berazam akan menjelaskan kepada Mary dan Suzane hakikat sebenar poligami yang harus difahami. Menunggu masa yang sesuai.

            Qasdi terfikir dia masih mempunyai kekeliruan berkenaan harta waris. Segera dia merujuk Ummu Qasdi untuk mendapatkan penjelasan.

            Qasdi               : Dalam Islam, hikmah pembahagian harta waris ditetapkan Allah   
                                    kerana melihat pada tanggung jawab. Saya agak hairan, kenapa
                                    isteri yang banyak tanggung jawabnya pada suami, namun apabila
                                    suaminya meninggal, kenapa dia hanya berhak sebanyak 1/8
sahaja? Bukankah nilai itu amat sedikit berbanding tanggung jawabnya?
            Ummu Qasdi   : Allah nyata lebih bijak daripada kita. Cuba lihat praktikal
                                    pembahagian harta waris dalam Islam. Apabila seseorang suami
                                    meninggal, apa yang warisnya perlu lakukan kepada hartanya?
                                    Pertama, kena tunaikan dulu hutang-hutang suami. Kedua, kena
                                    berikan dulu hak harta sepencarian kepada isterinya samada ½ atau
                                    1/3 mengikut samada isteri menyumbang atau tidak dalam harta iu.
                                    Isteri tetap berhak ke atasnya walaupun tak menyumbang sesen
pun kerana Islam mengiktiraf sumbangan tenaganya menjaga rumah tangga dan anak-anak suami. Ketiga,  tunaikan wasiatnya. Keempat, barulah pembahagian faraid dilaksanakan. Jelas, isteri menerima harta yang sangat banyak dengan cara ini sesuai dengan tanggung jawabnya yang banyak.
            Qasdi               : Subhanallah! Begitu rupanya.
Ummu Qasdi   : Ada satu perkara penting yang jarang masyarakat kita tahu dan perlu kita ambil tahu. Jika ada harta suami di atas penama tertentu, penama itu bukanlah pemilik kepada harta itu. Penama itu cumalah pemegang amanah untuk mengeluarkan harta tersebut. Harta itu tetap perlu dibahagikan secara faraid.
Qasdi               : Subhnallah. Indahnya Islam!

Wanita Barat Lebih Terpenjara

Suatu hari, Suzane dan Mary datang ke bilik Qasdi dengan membawa Miss Gatsby. Wanita itu teringin berjumpa dengan Qasdi. Mereka sudah merancang awal-awal untuk mempengaruhi pemikiran Qasdi. Qasdi menyambut mereka dengan mesra.
Miss Gatsby mengajak makan angin di Powerscout Mountain. Kemahsyuran tempat berkonsepkan taman itu tidak dapat dinafikan lagi. Khabar indah tentang pemandangan Dublin 1000 meter dari paras laut mengujakan Qasdi. Dia pantas bersetuju.
Dalam pengembaraan, mereka asyik berbincang.
“Qasdi, why you still be a Muslim? Did you feel that Islam have too many distinction?[51] Suzane. bertanya.
“Don’t ask like this. All religions are the  same[52],” kata Miss Gatsby.
“If all religions are  the same, why you still missionary others to bring them to Christian[53]? As Muslim, I believe the only religion accepted by Allah is Islam. This is the same religion preached by Jesus, Moses, Ibrahim and all Prophets.” Qasdi nampak lebih berkeyakinan menyatakan pendirian. Miss Gatsby mengangkat kening.
“Suzane, distinction in Islam is too little compared to the allowness. For example, drink. The only drink prohibeted by Islam is something drunk. We have millions of other drinks like orange juice, black seed, tea and so on. Even you on the road, have rule and obligation. Is it wrong to Islam give rule and obligation to make our life better?[54] Tegas Qasdi.
Ketegangan itu segera dileraikan oleh Miss Gatsby. Dia kembali kepada strategi memenangi hati terlebih dahulu sebelum memenangi hujah. Dia mengalih perhatian mereka kepada pemandangan di luar yang mengagumkan.
Apabila Qasdi kelihatan ceria semula, barulah dia dengan penuh halus menyuntik jarumnya.
“Qasdi, biarkan angin di sini membelai rambutmu yang cantik,” ujar Miss Gatsby mengisyaratkan agar Qasdi membuka tudung. Mereka kini benar-benar berada di hadapan satu panorama yang indah.
Kedua-dua rakannya berlari-lari riang sambil berkejaran. Seketika, mereka berbisik kagum melihat kemampuan Qasdi yang masih boleh mendaki dan bebas bergerak walaupun berpakaian menutup aurat. Malah mereka mengakui tudung Qasdi menampakkannya lebih kemas dan sopan.
“Ini pegangan saya, maruah saya,” tegas Qasdi,
“Bukankah ianya hanya tradisi? Ramai wanita Muslimah yang tidak bertudung.”Miss Gatsby cuba menggoyahkan.
“Tidak! Wanita Muslimah yang tidak bertudung itulah yang mengikut tradisi jahiliyah, meninggalkan prinsip,” jawab Qasdi.
“Qasdi, awak tak mahu lebih bebas daripada dunia awak sekarang?” Miss Gatsby berbicara lembut. Qasdi mengangkat kening. Dia dapat membaca niat Miss Gatsby.
“Miss Gatsby, boleh saya bertanya?” Ujar Qasdi.
Yes, my dear.” Miss Gatsby tersenyum.
“Gatsby itu siapa?” Tanya Qasdi. Miss Gatsby terlopong seketika apabila mendengar soalan itu kemudian ketawa.
“Dah tentu suami saya. Wanita-wanita di Barat menyandarkan nama mereka kepada suami selepas berkahwin. Apabila berlaku perceraian, namanya akan disandarkan pula dengan nama suaminya yang kedua,” terang Miss Gatsby.
“Kenapa wanita Barat tak berhak ke atas namanya sendiri? Namanya pun perlu dinisbahkan ke atas nama suami? Kalau begini, wanita Muslimah lebih bebas ke atas namanya,” balas Qasdi.
“Ini hanya tradisi. Awak tak boleh berhujah dengannya,” hujah Miss Gatsby.
Kalau begitu, Miss Gatsby juga jangan jadikan tradisi dan warisan jahiliyah segelintir masyarakat Islam sebagai ukuran ajaran Islam. Ini tidak adil!” Qasdi berhujah kemudian menyambung,
“Jangan anggap saya tidak tahu. Dengan menisbahkan nama ke atas suami, suami berhak ke atas sebahagian harta isteri. Dalam Islam, harta wanita terpelihara atas nama sendiri. Wanita hidup bebas dengan mendapat pembiayaan dari lelaki.”
Miss Gatsby terdiam. Kelu lidahnya. Qasdi menyambung lagi.
“Mujurlah lelaki Muslim tidak menuntut persamaan total dengan wanita atas hak ekslusif ini. Adakah wanita Barat mendapat hak yang lebih istimewa daripada itu? Jelas, saya patut lebih bertuah menjadi seorang wanita Muslimah, ” kata Qasdi. Miss Gatsby cuba menyembunyikan kegelisahan.
            “Kamu tidak lihat Mary dan Suzane lebih bebas hidupnya berbanding kamu?” Miss Gatsby menjeling ke arah Mary dan Suzane. Qasdi juga memandang mereka. Bebas bergurau senda dan menari-nari sesama mereka.
“Miss Gatsby, dakwaan pembebasan itu sebenarnya satu pemenjaraan yang maha dahsyat. Ia begitu licik disembunyikan di sebalik pelbagai retorik indah,” jawab Qasdi.
“ Maksudnya?” Miss Gatsby berkerut kening.
“Teori anda itu tak seindah praktikal. Kenapa wanita Barat lebih terpenjara dengan mentaliti mengejar kecantikan tubuh badan semata-mata? Budi pekerti diketepi. Sanggup berhabis seluruh kekayaan dan bersakit demi membesarkan buah dada, melebarkan punggung atau memancungkan hidung. Bukankah ini satu penjara dan penyiksaan?” Ujar Qasdi. Dia bersuara lagi,
“Mengejar kecantikan fizikal adalah satu matlamat yang tak mungkin dapat dicapai oleh semua orang. Bagaimana nasib wanita yang dilahirkan cacat, hitam dan tidak cantik? Perlukah mereka terpenjara dan terbeban dengan pemikiran sebegini? Wanita muslimah pula mencari kemuliaan dengan ketakwaan. Takwa adalah sesuatu yang dapat dicapai oleh semua orang yang berusaha ke arahnya. Bukankah matlamat ini lebih membahagiakan hati semua wanita?” Qasdi merenung Miss Gatsby dalam-dalam. Wanita itu kelihatan berkerut-kerut dahinya.
“Lagipun, saya amat jelek dengan kecaluran nasab yang berlaku di negara Barat. Islam sangat menjaga nasab keturunan,” kata Qasdi lagi. Kali ini, Miss Gastby benar-benar mengalah. Dia mengajak mereka semua pulang.


[1] Qasdi, bukalah tudung awak. Biarkan rambut awak bebas.
[2] Maaf. Ini kewajipan saya sebagai orang Islam. Agama saya tak benarkan semua wanita Islam menampakkan rambutnya (kepada lelaki bukan mahram dan wanita bukan Islam).
[3] Kamu yakin ianya ajaran agama kamu? Saya rasa ia hanyalah tradisi. Hijab hanyalah pakaian tradisional Muslim, Yahudi dan Kristian.
[4] Awak tahu, ianya bukan agama tetapi sistem dominasi lelaki yang  menindas wanita. Tetapi dengan mudahnya ia bersembunyi di sebalik firman Tuhan yang tak mungkin salah untuk menuduh sesiapa yang mennggesa kepada perubahan (sebagai sesat).
[5] Kenapa awak masih jadi Muslim? Saya sebenarnya fobia pada Islam tapi saya suka Muslim berfikiran terbuka seperti awak. Islam sangat kejam pada wanita. Lelaki Muslim boleh berkahwin sehingga 4 orang wanita. Undang-undang apa ni?! Sangat kejam!
[6] Ya, itu yang saya faham tenatng Islam. Islam menyuruh wanitanya duduk di rumah, lakukan kerja rutin, menjaga anak-anak dan biarkan suaminya berjaya dalam kerjaya. Setelah suaminya memiliki banyak duit, dia bebas mengahwini 2, 3 atau 4 isteri lagi dan isteri pertamanya mesti diam sahaja. Malah, menjadi dosa besar kepada isteri pertamanya untuk menuntut cerai daripada suaminya kerana poligami itu. Walaupun hatinya menderita, suaranya tiada erti. Apa jenis undang-undang sebegini?
[7] Saya minta maaf. Saya kekurangan hujah sekarang ni. Tapi saya yakin ada sesuatu yang istimewa tentang agama saya yang kamu tidak miliki.
[8] Dari sudut mana?
[9] Qasdi, jangan jadi bodoh! Kamu hanya mengikut membuta tuli peraturan agama kamu tanpa mengetahui apa-apa tentangnya. Kamu kena tahu hujah di sebaliknya. Baik kamu jumpa Miss Gatsby. Dia pakar dalam pelajaran agama Islam. Malah, dia tahu bahasa kamu dengan baik.
[10] Saya tak bersedia lagi nak jumpa dia.
[11] Tak perlu bimbang apa-apa. Kamu tak perlu buat persediaan. Kamu bukan menemuinya untuk berdebat, tapi untuk berbincang. Jangan bimbang. Dia sangat baik.
[12] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[13] Riwayat Bukhari.
[14] Riwayat Abu Daud.
[15] Surah al-Nisa’: 124.
[16] “Janganlah ada di antara kamu mendatangi isteri seperti perbuatan binatang dan hendaklah ada utusan antara keduanya.” Salah seorang bertanya, “Apakah utusan itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Ciuman dan percakapan.” (HR Abu Mansur dan al-Dailimi). Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak dibenarkan seseorang mengamalkan azl (memancut mani di tempat lain) tanpa keizinan isterinya.” (HR Abu Daud). Menurut Imam Ghazali, isteri mempunyai hak untuk sampai terlebih dahulu dalam hubungan intim.
[17] Bagaimana perbincangan tadi?
[18] Menakjubkan! Saya suka Miss Gatsby.
[19] Jadi, kamu mesti menemuinya dengan kerap.
[20] Mm, saya harap begitulah.
[21] Qasdi, Miss Gatsby kirim salam. Dia kata, dia sangat rindukan awak.
[22] Awak tahu, dia cadangkan kami belajar bahasa kamu hanya untuk membuatkan kamu rasa dihargai.
[23] Orang Barat yang mengkaji tentang Islam dan budaya Timur.
[24] Rendah diri
[25] Hai Suzane, mana Mary?
[26] Saya dah tinggalkan dia. Saya benci Mary!
[27] Kenapa ni? Awak nampak marah.
[28] Ada seseorang memberitahu saya teman lelaki saya tidur dengan Mary semalam. Saya tak sangka mereka ada hubungan begitu.
[29] Dia mungkin balas dendam. Awak masih ingat, dua minggu yang lalu, awak pergi berkelah  dengan teman lelakinya tanpa memberitahunya?
[30] Mary, jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak!
[31] Saya tak percaya pada cinta sejati. Lelaki tak kan setia bila ia jauh daripada isterinya. Mereka hanya berlakon di depan kita.
[32] Tiada lelaki setia dalam dunia ni.
[33][33] Ya. Sebab itu saya tak mahu hidup saya dikongkong oleh lelaki bodoh dan perkahwinan. Mereka buat kita bagaikan hiburan sementara. Kita pun mesti buat mereka begitu
[34] Saya sangat percaya, lelaki Muslim yang taat beragama, mereka itu setia.
[35] Bukti?
[36] Perzinaan dilarang keras dalam agama kami.
[37] Semua agama sama, melarang perzinaan
[38] Tapi agama kami tak sekadar melarang perzinaan, ia juga melarang semua  jalan ke arah tabiat buruk tu. Islam melarang perzinaan dengan menyuruh lelaki menjaga pandangan mata dari melihat wanita, menyuruh wanita memakai hijab, dan melarang bercinta sebelum kahwin.
[39] Hei Qasdi! Kamu masih menganggap lelaki Muslim itu setia bila dia dibenarkan kahwin hingga 4?
[40] Jangan cakap tentang cinta sejati dalam Islam. Islam adalah agama yang paling kejam di dunia. Ia sangat menghina wanita. Lelakinya dibenarkan mengkhianati cinta isteri secara sah di sisi undang-undang. Uwek!
[41] Mari pergi ke kelab malam.
[42] Oh, syukur awak tak saling membunuh.
[43] Ya, kami dah lupakan bekas teman lelaki kami.
[44] Hari ni, kami nak jumpa teman lelaki baru.
[45] Awak dah bagitahu mak ayah awak dulu?
[46] Lawaknya! Terima-kasih kerana buat kami ketawa. Perkara ni tiada kaitan dengan mereka. Malah, mereka sendiri banyak hubungan sulit.
[47] Malah, saya sendiri tak tahu siapa sebenarnya ayah saya secara biologi. Mak saya tak pernah berkahwin pun.
[48] Marilah Qasdi. Ikut kami.
[49] Saya benci ke kelab malam dan jumpa lelaki. Titik!
[50] Berbeza-beza
[51] Qasdi, kenapa awak masih lagi jadi orang Islam. Tidakkah awak terfikir, Islam terlalu banyak sekatannya?
[52] Jangan tanya begini. Semua agama sama sahaja.
[53] Kalau semua agama sama, kenapa kamu masih membawa manusia kepada agama Kristian? Sebagai Muslim, saya percaya agama yang diterima oleh Allah hanyalah Islam. Islam adalah agama yang sama seperti yang disampaikan oleh Isa, Musa, Ibrahim dan semua nabi.
[54] Suzane, sekatan dalam Islam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan apa yang dibenarkan. Contohnya, minuman. Satu-satunya minuman yang diharamkan di dalam Islam ialah sesuatu yang memabukkan. Kita ada berjuta minuman lain seperti jus oren, bijiran hitam (habbatus sauda’), tih dan lain-lain. Malah, awak sendiri di jalan raya ada undang-undang dan peraturan. Salahkah jika Islam meletakkan undang-undang dan peraturan untuk menjadikan hidup kita lebih baik?