SaHaBaT FiLLaH

Sunday, December 9, 2012

eiD MiLaD...


EID MILAD-21… (^_^) 

Saban tahun, detik 8 Disember bakal menjelma. 

Hari ini. Tarikh kelahiranku bakal mewarnai ‘kamus’ hidupku.

Detik permulaan musafirnya diriku di atas muka bumi ALLAH ini. 

Memori yang pasti mendebarkan buat mama saat berjuang bermati-matian melahirkan anakmu. 

Tidak terhitung segala jasamu, ibu. Betapa tingginya pengorbananmu mulai detik benih anakmu tersemai dalam perutmu hinggalah saat anakmu dewasa kini.


“Happy birthday to you.”

Sanah Helwah & Eid Milad.”

“Selamat Hari Lahir.”

Bukan sekadar ucapan biasa-biasa. Ia mempunyai makna tersirat.

Bertambahnya usia bukan sekadar meningkatnya angka umur. Bukan sekadar happy dapat celebrate birthday bersama keluarga tersayang.

Bukan sekadar best dapat hadiah serta ucapan birthday daripada sahabat.

Persoalannya, bagaimana kita menghargai pengorbanan ibu kita?

Kerana saat kita dilahirkan di dunia, ia juga bermakna pengorbanan ibu kita yang bersusah-payah mengandung, melahirkan dan mendidik kita hingga saat ini.

Pernahkah kita terfikir? (*_*)

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” {Surah Al-Isra’ : 23}




NUMBER ONE FOR ME…

Angah dedikasi ucapan THANK YOU, istimewa buat mama dan abah yang sentiasa tersemat dalam sanubari.

“Mama, you are number one in my heart after ALLAH & Rasulullah.”

Keredhaan ALLAH bergantung pada keredhaan ibu bapa terhadap kita. “Syurga itu terletak di tapak kaki ibu.”

Alangkah sia-sianya hidup kita di dunia andai di akhir hayat kita dimurkai ALLAH disebabkan dosa kita derhaka terhadap ibu bapa. 

Jika ALLAH sudah timpakan azab di dunia lagi, masakan kita masih bermimpi ingin ‘selamat’ di akhirat kelak?

Jom kita berfikir sejenak! ^_^

9 bulan ibu mengandungkan kita, sentiasa bersabar ‘membawa’ kita (dalam kandungan) ke mana-mana sahaja. Itulah kasihnya seorang ibu.

Ada hikmah tersirat di sebalik ALLAH memuliakan wanita sebagai seorang ibu, kerana sifat penyayang yang menghiasi akhlak ibu cukup hebat berbanding ayah.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut betapa mulianya martabat IBU berbanding ayah. 

Tak percaya? 

Jom kita check ‘warkah cinta’ dari Hadis Nabi SAW!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda jika dibandingkan dengan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.



ALHAMDULILLAH…

Pertambahan umur ini membuatkan ku insaf, apakah 21 tahun yang lalu sudah cukup amalan ku untuk ku bawa menghadapnya?

Apakah hari-hari bakal mendatang memberi diriku peluang untuk terus berjuang demi agama suci ini?

Sesungguhnya ku bersyukur kerana masih diberi peluang malah dipilih untuk berada di medan perjuangan. 

Moga kita semua menjadi hambaNya yang terpilih sebagai ansorullah.

~Lastly, dah boleh daftar mengundi! (08122012) ^_^

Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah

No comments:

Post a Comment