SaHaBaT FiLLaH

Monday, December 31, 2012

eXaM FeVeR...

  
"Achieve ALLAH list, Achieve Dean list."

Sejauh manakah keyakinan kita pada ALLAH dalam menguruskan hidup kita? Dalam akademik dan dakwah kita? 

Belajar dari Perang Badar... (^_^)

Mungkin kita sudah terbiasa mendengar tentang perang Badar.

Namun, sebenarnya banyak kisah yang berlaku dalam perang ini yang sepatutnya kita ambil ibrah daripadanya.

Sudah kita sedia maklum, bilangan tentera islam dalam perang Badar adalah sedikit manakala bilangan tentera kafir pada masa itu 3 kali ganda daripada tentera islam. 

Walaupun pada mulanya, orang islam berada resah dan risau dengan bilangan yang sedikit dan bertambah pula dengan kelengkapan perang yang sederhana, namun ALLAH menurunkan hujan dan melahirkan rasa mengantuk dikalangan tentera islam. 

Tentera islam tidur awal pada malam itu manakala tentera kafir  sibuk menguruskan kem penginapan mereka yang yang dipenuh lecak becak.

Begitu juga dalam perjalanan menuju ke tempat perang, Rasulullah SAW menuju ke perigi Badar yang paling hampir tetapi Hubab Al-Munzir telah mencadangkan ke perigi yang boleh menyekat air ke orang kafir.

Semasa perang berlaku pula, Rasulullah SAW mengarahkan tentera islam 2 perkara:

1) Berselindung disebalik perisai ketika tentera kafir memanah.
2) Bertempur bersama ketika tentera kafir memulakan pertempuran.

Keajaiban telah berlaku...
 ALLAH menolong tentera Islam dengan beribu-ribu Malaikat yang dilihat Abu Sufyan sebagai tentera berjubah putih.

Tambahan pula, Rasulullah SAW tidak putus-putus berdoa, agar diberi kemenangan kepada tentera islam.

"Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi."

Begitulah apa yang ditunjukkan dalam perang Badar bagaimana teguh dan utuhnya kebergantungan Rasulullah dan tentera islam pada ALLAH untuk mencapai kemenangan.



Realiti kini... (*_*)

Sebagai seorang pelajar, jarang sekali kita meyakini pertolongan dan janji ALLAH bagi orang-orang yang beriman. 

Ini mungkin kerana kita tidak pernah melalui 'keajaiban' pertolongan ALLAH itu.

Sebagai pelajar, kita sering menyalahkan tarbiyah, halaqah, majlis ilmu atau dakwah itu sendiri menjadi asbab kemunduran kita dalam pelajaran. 

Mungkin kita tidak sedar, itu  sebenarnya adalah hasil sikap kita sendiri.

Semoga, kita sentiasa yakin dengan janji ALLAH.
Bergantunglah sentiasa pada Nya kerana Dialah yang menciptakan kita.

Usaha, strategi, doa dan pertolongan ALLAH adalah komponen penting untuk kita berjaya.

Jangan pernah lemah dan bersedih hati.

Selamat berjaya dalam Peperiksaan Semester yang bakal berlangsug tidak lama lagi!


*Footnote 31/12/2012: Menghitung saat Final Exam Semester 5 menjelang. Countdown 9 days...

~atikah humairah~ (^_^)

09/01: FIQH AL-JINAYAT  
10/01: MANAHIJ AL-FUQAHA'
11/01: MABAHITH DALALATUL AL-ALFAZ
12/01: FIQH AL-MAWARITH WA AL-WASIYYAH WA AL-WAQF
12/01: FALSAFAH AL-TASYRI '
15/01: PRINSIP PENGURUSAN PANGKALAN DATA
15/01: PRINSIP SPESIFIKASI PERISIAN REKABENTUK

~Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bil khoir~

No comments:

Post a Comment