SaHaBaT FiLLaH

Saturday, January 5, 2013

DaLaM SuJuD CiNTaMU...



CUKUPLAH ALLAH BAGIKU...

“Sahabat, apa yang mendorong kekuatanmu?” tanyaku.

“Darah Nabi yang ditahan daripada menitis di Thaif, gigi nabi yang patah di medan Uhud. Ukhti, ana rindu Rasulullah.” jawabnya ringkas.

“Siapa di belakangmu saat rasa nak rebah, saat lemah, saat hati mula berbolak-balik?
Air mataku sudah bergenang.

“Ana ni bukan siapa pun nak jawab soalan tu, enti kena tanya tuan guru. Ilmu ana ni pun tak banyak. Cuma satu ukhti, ana terkesan sentuhan Imam Hassan Al-Banna dalam bab IKHLAS.

Orang yang Ikhlas, hidup dan matinya tidak disedari. Dia mencipta sejarah, tetapi namanya tidak ada dalam sejarah. Ibarat Syeikh Salah Syahadah, pejuang palestin, orang kanan HAMAS.

Satu-satunya kematian yang ditangisi Asy-shahid Ahmad Yasin...”

Hati bermunajat pada Tuhan, aku bersyukur pada pertemuan ini... (^_^)



ALLAHU RABBI...

Suatu hari, seorang arab Badwi bertemu dengan Rasulullah SAW katanya:

"Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" 

Nabi terdiam hingga turunlah jawapan terus dari ALLAH berkenaan pertanyaan Badwi tadi.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." {Surah Al-Baqarah : Ayat 186}

Berpegang teguhlah dengan janji ALLAH ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan ALLAH. 

ALLAH memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:

1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya.

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita.

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya.

Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. 

Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. 

Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.

Hanya Dia sahaja tempat pergantungan selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung seratus peratus kepadaNya. 

Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. 

Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. 

Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. 

Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. 

Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.

Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? 

Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekiranya Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? 

Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? 

Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. 

Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita…

Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. {Az-Zumar : Ayat 53}

 ILHaM SaNuBaRiKu,
 ~atikah_humairah@wehdatul_fikrah~
(06012013)
*Teratak Indah Acacia Avenue, USIM Nilai.
Countdown 3 Days: Final Exam Semester 5.


No comments:

Post a Comment