SaHaBaT FiLLaH

Sunday, January 13, 2013

LaYaKKaH SYuRGa uNTuKKu?



“Syurga itu tidak di lihat oleh mata, tidak dapat di dengar oleh telinga dan tidak dapat digambarkan melalui hati.”

Aku merenung kembali catatan lembaran semasa mengutip ‘ibrah’ Talk CALON AHLI JANNAH.

Alhamdulillah, diberi peluang untuk menghadiri ‘mutiara ilmu’ bersama sang murobbi yang amat ku kagumi ilmunya, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre.

Rugilah bagi sesiapa yang memandang enteng terhadap majlis ilmu.

Kerana majlis ilmu itu ibarat Taman-taman Syurga.

Lebih istimewa lagi, apabila ada sahabat seperjuangan yang menemani.

Bak kata sahabatku, Nurul Jannah Nawi, “Bestnya! Bersemangat ni, sebab ada nama Jannah (Syurga).”

Ustaz memulakan majlis dengan sepotong ‘warkah cinta’ Nabi SAW:

“Wajib kasih sayang-KU kepada mereka yang berkasih sayang kerana-KU, mereka yang duduk di majlis ilmu agama kerana-KU, mereka yang saling ziarah-menziarahi kerana-KU dan mereka yang saling bantu-membantu bagi mendapat redha-KU.” {Hadis Riwayat Imam Ahmad}

Allahu Rabbi, terlalu banyak nikmat yang telah Engkau kurniakan. Sering kali hamba terlupa melafazkan syukur kepadaMU… *_*

Terima kasih ALLAH kerana mengurniakan sahabat yang solehah buat diriku. 

Sahabat adalah anugerah yang terindah dalam hidupku. 

Benarlah sabda Rasulullah SAW:

“Teman yang baik itu adalah yang bersama membantu kita ketika mana kita mengingati ALLAH dan dia jugalah yang sentiasa memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa serta lalai dalam mengingati-NYA.”

~Indah bersahabat andai ikatannya disirami TAQWA~



STAIRWAY TO HEAVEN…

Semua orang pasti mengimpikan SYURGA. Sejahat sebaik mana pun manusia di bumi pasti inginkan pengakhiran hidup yang baik (khusnul khatimah).

Mustahil ada manusia di dunia ini yang tidak takut akan azabnya seksaan api NERAKA melainkan mereka yang syirik kepada ALLAH.

Jika kita tidak mampu tahan kepanasan api di dunia, usahkan bermimpi untuk berani di humban dalam api di akhirat sana!

“Ada hati nak nasihat aku, kau dah layak masuk syurga ke?”

Inilah sindrom yang menimpa masyarakat kita yang beragama ISLAM. 

Pendakwah itu hanya mampu menyeru dan teruskan berdoa tetapi ALLAH sahaja yang berhak menghadiahkan petunjuk buat hamba-NYA yang terpilih. 

Perlukah kita mencapai ‘kesempurnaan’ ilmu serta akhlak mulia dahulu baru boleh menyebarkan Islam? 

Jika semua manusia berfikiran jumud seperti ini, sudah pasti ‘kering-kontang’ di bumi kerana tiada seorang pun khalifah yang ingin berdakwah.

Kerana apa? 

Kita bukan manusia yang suci, terpelihara dari dosa. Kita bukan Maksum!

Hanya Rasulullah SAW, kekasih ALLAH yang Maksum.

Apa yang penting, kita mesti berusaha semaksimum, mencontohi teladan terbaik kita.

Siapa lagi? Bukankah kita ini umatnya? Umat Nabi Muhammad SAW.

~Islah nafsak’ wad’u ghairak~



‘WARKAH CINTA’ ALLAH…

~Surah Al-Qaf : Ayat 31-34~


وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيد
Dan di dekatkan syurga bagi orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh dari mereka.”

 

هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ

“Inilah yang dijanjikan kepadamu, kepada tiap-tiap hamba yang kembali kepada Allah, lagi yang sangat memelihara peraturan Allah.”

 

مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ وَجَاء بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ

“Iaitu orang yang takut kepada Yang Maha Pemurah, semasa tidak kelihatan, serta ia datang kepada Allah dengan hati yang tunduk taat.”

 

ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ

Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari kehidupan yang kekal.”



Ciri-ciri AHLI SYURGA? Kitakah itu?

- Orang yang kembali bertaubat kepada ALLAH. 

- Orang yang selalu menjaga batasan & hak (peraturan) ALLAH.

- Orang yang takutkan ALLAH ketika sunyi dengan rasa rendah diri & ingin mengharapkan rahmat ALLAH.

- Orang yang bertaqwa datang dengan hati yang bertaubat, kembali mentaati & mencintai ALLAH setelah melakukan dosa.

~Hati yang sejahtera => Orang yang sentiasa merindui ALLAH~


 Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(13012013)
Teratak Indah Acacia Avenue, USIM.
*Struggle for Excellent! 2 Papers more!*

2 comments:

  1. as salam... beh nyer dpt ikut majlis2 seumpama itu..

    ReplyDelete
  2. @ Kuazue Mohd: "Alhamdulillah, majlis ilmu itu ibarat berada di taman-taman syurga."

    ReplyDelete

 
Copyright© All Rights Reserved http://atikahhumairah.blogspot.com/