SaHaBaT FiLLaH

Sunday, February 24, 2013

CoNTeNGaN JaLaNaN...




CONTENGAN JALANAN… (^_^)

Inspirasi oleh Contengan Jalanan dan Schubert’s Serenade – Hlovate.

“Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna.

Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya.

Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita.

Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum gembira.

Hidup itu untuk akhirat. Living here for the hereafter.

Mati itu pasti. Aku tahu.
Waktu sampai ajal tiada toleransi. Aku tahu.
Ajal tak kenal usia di bumi. Aku tahu.

Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti akan datang tanpa kompromi. Aku tahu.

Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Aku tahu.

Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Aku tahu.

Tapi untuk akal dan hati menerima, bukan semudah itu.

Betul, dalam usia ni kehilangan tu makin terasa sebab akal dan hati dah pandai merasa.

Dan kehilangan tu akan makin terasa jika segalanya berlaku secara tiba-tiba. 

Sekelip mata. Hisab dan timbangan amal itu semuanya di bawah kuasa Allah. 

Pulanglah pada Dia. Moga kepulangan yang bukan sia-sia. Amin.

Kita kena selalu ingat, orang yang kita ingat itu, sayang kita macam mana kita sayang dia. 

Mungkin dia sayang kita lebih dari itu. Tapi takkan pernah kurang.

Dia orang pergi dulu bukan sebab tak sayang kita, tapi sebab DIA lebih sayang mereka. 

Lagipun, sooner or later kita akan jumpa dia orang balik. 

Sebab tu kita kena jadi anak yang baik. Selalu doakan dia orang kat sana.

Lepas dari azab kubur, lepas dari azab Mahsyar, lepas dari azab neraka. 

We have to live on. Memang lah things’re easier said than done, tapi tu kan kenyataan. 

Hilang seseorang dalam hidup bukan alasan untuk kita stop living. 

Kita bukan selama-lamanya duduk atas dunia ni sampai bila-bila. Siapa tahu, mungkin esok lusa giliran kita pula?  

Percaya dengan janji Tuhan. Nanti kita akan jumpa balik dengan dia orang. 
Live a happy life. For them.

Sebenarnya bukan sejauh yang kita fikir. Hanya dipisahkan oleh satu garis je. Life and death… 

Garisan tu je yang pisahkan kita. Dan doa tu penghubung yang paling kuat. 

Cara terbaik untuk doakan orang yang dah tak ada dengan kita…

Doakan kebajikannya di alam kubur dan di akhirat, mohon diampunkan dosanya. 

Kemudian kita mohon dipelihara mereka dari azab kubur, azab Mahsyar, azab akhirat dan azab neraka. 

Kita mohon agar dilapangkan kubur mereka dengan rahmat-Mu ya Allah, diterangkan kubur mereka dengan Nur-Mu ya Rahman, temankan mereka dengan kasih sayang-Mu ya Rahim.

Doa tu penghubung yang paling kuat antara kita dan mereka yang dah pergi meninggalkan kita. 

Sedekahkan apa yang membawa manfaat, yang boleh meringankan azab mereka di sana. Ayat-ayat suci al-Quran yang paling baik. 
 
Kita hidup dengan kenangan. Bukan untuk kenangan. Redha dengan pemergian mereka. Redha.  

Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah


No comments:

Post a Comment

 
Copyright© All Rights Reserved http://atikahhumairah.blogspot.com/