SaHaBaT FiLLaH

Wednesday, January 28, 2015

SeNTuHaN TaRBiYYaH-NYA...



Allahu Akbar! Seriously, bila baca entry ukhti rasa nak nanges. It amazed me. A lot! Thumbs up, kak Jihad!
Alhamdulillah, ALLAH pertemukan kita masa flashmob SUF dulu. Akak rasa bersyukur dapat berukhwah dengan ukhti. TQ for ur advices & sharing! May ALLAH ease everything for u, sis.
“Tidak ternilai harganya saat kita disentuh tarbiyyah oleh ALLAH.”
ALLAH never delivers something we can’t handle! :)

*************
Bismillah...

Awal saya menyertai gerabak Jemaah ini saya menceritakannya kepada keluarga saya. Ibu dan ayah saya bertanya :

“IKRAM tu ARKAM ke?” soal mereka, dahi berkerut. Risau barangkali.

Saya tergelak kecil, ye tak ye, bunyinya pun hampir sama. Dan saya kembali menjelaskan, kedua ini nyata berbeza.

Allah mentakdirkan saya lahir dari keluarga yang bukan ikhwah akhawat. 

Cabarannya sangat berbeza. Jika sahabat-sahabat saya mempunyai parents yang memang asalnya ikhawah akhawat untuk memandu langkah2 mereka memaknai tarbiyah, situasi kami sebaliknya.

Sebaliknya kami sendiri yang perlu kembali kepada keluarga kami menjelaskan kepada mereka akan makna tarbiyah ini.

Bunyi macam senang cipika-cipika. Sebenarnya berat!

Berdakwah kepada parents bukan benda yang mudah. Tapi bukan juga tersangat susah.

Walhal parents lah yang paling mahu mendalami setiap butir2 kata-kata yang kita mahu sampaikan, yang paling cuba mahu mendalami emosi dan watak kita.

Jangan kita lupa, hati kita jasad kita ini, cantuman dari hasil cinta ibu dan ayah.

Post yang cuba untuk meniup kekuatan kepada kalian ini  ini bukan bererti saya lah yang paling mahir mentarbiyah keluarga, walhal saya masih mentah. 22 tahun, seberapa ciput tahun je saya baru melangkah dalam gerabak ni. Bahkan penjelasan saya selepas ini barangkali sangat naïf bagi kalian yang sudah senior dan Lejen. Heh.

Alhamdulillah Allah membantu saya melalui pelbagai alternative, dan tanpa kalian sedar, kalian juga punya peluang dan alternative yang sama.

Saya mengalami perasaan anda-anda yang seperti saya. Saya tahu rasanya, Dan saya mahu memberi kekuatan,

Ikhwah wa akhawat, anganan menjadikan seluruh family kita memaknai tarbiyah itu adalah TIDAK MUSTAHIL.

Angkat wajahmu, pandang ke langit,sapu airmatamu itu, tersenyumlah. Masih ada harapan.

Bermimpilah, tanam cita-cita! Hiyaaahhh!



Bismillah…

Keluarga saya boleh dikatakan bermula dari zero, tidak perlu dicerita zero yang bagaimana, dan tidak perlu ditanya. Ada aib keluarga yang perlu saya jaga walaupun sekarang situasinya sudah berubah, Alhamdulillah! (It takes around 4 years maybe)

Bila difikir balik bagaimana keadaan ini boleh berubah 360 darjah? Maha Suci Allah yang memegang hati-hati!

Saya ingat lagi awal saya bertudung labuh, saya ditegur, janganlah berpakaian macam ustazah, sederhana sudah. Tapi sebaliknya, sekarang saya siap di tanya, “Along, ada lagi tudung labuh  yang mahu mama belikan? Baju Muslimah perhaps?”

Dahulu rumah kami ‘hambar’ tetapi sekarang jauh berbeza, ayah paling suka pasang zikir terapi Apis Hamidon. Kami adik beradik akan menyusun Tafsir2 quran kami berbaris di satu tempat.

Dan bila tiba masa lapang, kami akan beramai2, mengambilnya, dan berkongsi ayat2 tafsir  yang menusuk jiwa. Sticker pelangi menjadi hiburan kami. Sambil makan rambutan kebiasaannya. Erk.

Dan habes waktu makan malam atau tengahari, kami sekeluarga sengaja berlama-lamaan di meja makan. Ayah saya akan menggodek internet dan membacakan hadis-hadis dan tazkirah dari skrin samsungnya itu. Kadang2 mama yang membacakannya, ayah akan menyampuk dan membuat diskusi secara spontan. Forum meja makan always be my favourite.

Tarbiyah mula menjadi kecintaan kami.

Kalau boleh, kami mahu serba serbi setiap masa, kami hanya mahu bercerita hal2 berkaitan agama.

Selalu bila ayah menceritakan sesuatu berkaitan agama,terutamanya berkaitan Rasulullah dia akan tersentuh dan menangis. Tidak sedikit saya memerhatikan butit-butir mutiara keluar dari kelopak mata tua ayah. Saya rasa inilah zaman dalam hidup ayah saya memerhatikan, beliau berkarakter sangat sensitif, sangat perasa, dan cepat tersentuh.

Alhamdulillah mama saya juga mula menukar caranya berpakaian, dan kami adik-beradik sentiasa cuba memotivasikan mama, dia mula menukar penampilannya sedikit demi sedikit.

Bahkan dia berkata kepada kami “nanti mama mahu istiqamah pakai jubah dan tudung labuh” bila mendengar mama berkata demikian di hadapan kami, kami semua menahan air mata dari tumpah T.T seperti ayat keramat yang membelah samudera dan gunung!

Ada satu masa tu mama bertanya kepada kami, jika pakaian yang dipakainya oke atau tak (sebenarnya kurang menepati syarie) kemudian kami terdiam dan senyum serba salah. Mama senyum seakan faham dan dapat membaca riak muka kami. Dan masuk ke bilik semula. Dia meminjam baju Muslimah adek saya yang kelabu beriben itu sambil tersenyum melangkah keluar dari bilik.


Kami memulakan budaya solat berjemaah sesama adik beradik dahulu, kami cuba melatih dan membiasakan anak lelaki yang pertama dari keluarga kami ini menjadi imam. Dan selesai solat berjemaah, saya akan masuk kebilik membaca sebentar dan sengaja menunggu ibu saya mengetuk pintu bilik.

Dengan kain batiknya itu, bermanis muka dan bertanya kepada saya.

“Long, bila mahu start usrah?’ Keluarnya saya dari bilik saya melihat adik beradik saya yang lengkap bertelekung, di dalam satu bulatan, dan memegang tafsir Al-Quran masing2.

Ayah saya duduk di sofa. Juga turut menunggu. Lengkap berkopiah dan berkain pelikat.

Ada kelopak mata yang panas menahan tangisan keharuan. Hati saya serasa mahu menangis berkali2.

Saya tidak percaya, apa yang saya angankan dulu, terjadi. Dahulu situasi seperti ini hanya menjadi angan-angan dan mimpi indah saya. Kini ia terjadi di depan mata.

Kami bukan lah family, yang faham agama asalnya, bahkan zero. Saya tidak malu mengakui ini.

Zero, saya ulang, zero. Macamana saya perlu gambarkan, begini, saya hanya tahu bagaimana cara bersolat bila umur saya 14 tahun. Itupun kerana saya masuk sekolah berasrama.

Dan saya bukan mahu menunjukkan betapa baiknya keluarga saya yang dah berubah, bukan.

Saya ingin memberitahu bahawa anda juga tidak mustahil, anda mampu melakukan hal yang sama. Sunnguh! Dengan izin dari-Nya jua.

Bahawa di jalan tarbiyah ini, setiap orang Allah berikan cara didikan yang berbeza.

Sama ada anda dari keluarga Musleh atau tidak, Allah tahu di dalam setiap keluarga, ada agen2 duat yang telah dipilih untuk mengislah keluarga masing2.

Dan boleh jadi ‘misi mengislah keluarga’ itu lah tarbiyah terbesar, paling bernilai yang Allah didikkan buat kita.

Saya selalu mendengar luahan akhawat yang juga seperti saya, berasal dari keluarga yang biasa-biasa.

Dan menyalahkan ibu-bapa yang tidak faham akan tugas nya menjadi seorang penggerak gerabak dakwah ini. Ibu menghalang, ayah menghalang. Dan dia mula menyalahkan keadaan,yang tertekan.
Sampai berani kata, ibu-bapanya nya berhati keras! Allah :’(

Jangan pernah kita lupa, hati kita ini, cantuman cinta dari ibu dan ayah. Kita berkongsi hati yang sama. Hati kita berupa hati mereka.

Kita lebih menyalahkan keadaan, dan tenggelam dalam sukzon kita merasakan sosok kita jauh lebih baik dan suci, kita tenggelam dalam melayan perasaan tidak tertanggungnya cabaran dan terlupa, jauh disana, masih ada harapan.

Kita tenggelam dengan emosi kita hingga melemahkan langkah2 kita.

Ibarat aiskrim favret kita terjatuh ke lantai tanpa sengaja, kita menangis dan menangis kerana aiskrim itu limited edition! Hoh!

Mata kita membengkak kerana menangis, sehingga menyukarkan penglihatan kita, dan tidak sedar, bahawa kedai aiskrim yang menjual aiskrim yang sama ada di sebelah kanan kita. (Err apa ni)

Err.. Yes, boleh diibaratkan begitulah.

Kita juga lupa, kita berkata2 mereka susah diubah, keras hati seolah2 kita ini sudah ‘sangat baik’ kerana kita sudah ditarbiyah, sudah berjemaah, kita terlupa, ibu bapa kita lebih bertahun lama melihat ragam dunia dan lebih menempuh jalan menuju Allah ini mendahului kita.

Cuba dirasa tangan kasar tua mereka itu,dapat kita rasakan bahawa tangan ini, sudah lama bekerja, rasakan kedut-kedut tua itu, tangan ini juga sudah lama digunakan di dunia dalam perihal2 menujuNya. Tangan yang lebih banyak berbakti dari tangan kita.

Saya percaya, setiap orang diberikan peluang kembali kepada Allah, yang Allah hidangkan didepan mata mereka sendiri sama ada sedar atau tidak.

Dan saya percaya, dalam setiap keluarga, Allah akan pilih satu agen taghyir, pencetus, dan pemula untuk membawa mereka ke jalan yang benar, mengubah cara hidup yang kepada yang lebih terarah dan bermisi kearah mardhatillah.

Boleh jadi agen yang dipilih Allah itu kamu.

Perasan tak? Kamu datang entah dari ceruk mana, tiba2 Allah menemukan kamu dengan Cik Hidayah yang ntah dari ceruk mana jugak. Tiba2 muncul dalam hidup kamu.

Dan lagi menghairankan kamu terus serius mahu bersama dengan Cik Hidayah ini. yang asalnya sangat ‘rare’ unsur kejadiannya bagi kamu.

Kamu benar-benar serius mahu menjadikan Dakwah dan tarbiyah ini sebagai nadi.

Dapat rasa kan yang Allah takdirkan kamu mengenali usrah, mengenali indahnya hidup berjemaah, mendidik kamu untuk menghadam tarbiyah ini dalam2 bukan hanya saja-saja.

Yes, kamu kenal jalan ini bersebab.

Kerana kamu istimewa, kamu adalah pilihan Allah.

Sebenarnya kita ini secara automatiknya menjadi istimewa pada pandangan Allah setelah kita mula tekad dan berazam serta berbaiah di jalan Allah ini, bahawa kita mahu mengorbankan segala-galanya dari diri kita untuk jalan ini.

Kita mahu menjual diri kita untuk dakwah. Dan Allah membeli jiwa-jiwa kita.

Dengan itu, kamu adalah permata agama yang perlu digilap dan dilatih.

Dan latihan bagi seorang kader dakwah yang membawa risalah ini bukan latihan cincai. Allah akan menegur dan melatih kita dalam pelbagai cara, setiap masa.

Allah tengah melatih dan menggilap potensi kita, softskill kita, melatih sabar kita, melatih cara kita menangani emosi manusia, melatih kita agar lebih hikmah.

Dengan itu boleh jadi, latihan itu bermula dari mad’u yang paling dekat pada kamu.

Yang kamu hadam akan perangai dan personaliti mereka. Insan-insan terawal yang Allah hadirkan dalam hidup kamu.

Ya! Memang berat awalnya. Tiba-tiba nak dakwah ahli keluarga yang dah khatam semua keburukan dan kedhaifan diri kita. Fuh Fuh!

Tiba-tiba terus berperwatakan macam qawiy je, mcam qawiy je di depan adik beradik kamu yang sudah biasa melihat kamu tidur berdengkur, air liur basi kamu, kentut kamu yang tidak sewangi kasturi, dan pernah bergaduh tarik rambut dengan kamu sewaktu kamu masih kecil.

Belum masuk parents, doang lagi lah khatam, luar dalam seorang ‘Kamu’ T.T

Tapi itulah konsep yang kita imani dari awal, jangan lupa akan maratib amal kita. Keluarga sebelum masyarakat.

Nampak tak peringkatnya? Skill kita akan diupgrade.

Hard jadi medium, medium menjadi easy. (Gulp, Ini kalau dah qawwiy sangat la, masyaAllah T.T)

Rancangan Allah penuh cinta!

Yang penting, buat dari hati. Kita dakwah mereka dalam keadaan mereka tahu baik buruk kita, beritahu mereka kita bukan mahu menjadi sempurna, tapi kita semua adalah sekeluarga pendosa, yang mahu berpimpinan tangan bersama menuju syurga.

Kita takkan sanggup melihat salah seorang dari kita terseksa di neraka, kita hanya mampu memerhatikan dari atas, nauzubillah!

Kita mahu harungi dunia ini bersama-sama dalam mardhatillah, dan akhirat nanti kita sebaris bersama di dalam mardhatillah jua.

Dan berbalik untuk memahamkan dakwah dan tarbiyah itu kepada keluarga kita, Jangan dulu selaju bullet menderu jauh-jauh masuk terus bab fikrah bab gerakan kita, tidak perlu pumpang memberitahu meraka secara berasap dan berapi-api bab Jemaah yang kita sertai dan sebagainya.

Kita mula dari pada asas kita. TAUHID.

Kita kebiasaannya lebih memilih untuk memulakan langkah berdebat dengan mereka dahulu, bahawa apa yang kita buat ini benar, kita percaya yang jalan ini jalan terbaik dan kita berkeras pada mereka.

Jangan lupa, kita bukan mahu memenangkan jemaah di mata mereka, yang kita perjuangkan bukanlah Jemaah ini.

Agenda kita adalah TARBIYAH dan harapan kita pada mereka.

Jangan lupa, ada hati tua sensitif yang perlu dijaga.

Jadi menurut apa yang saya percaya dan apa yang sudah berkesan melalui pengalaman saya :  

Don’t tell them. But show them!

Buktikan dengan mengikuti system Jemaah ini kamu lebih menyerlah dalam pelajaran kamu.

Buktikan dengan mengikuti system Jemaah ini akhlak kamu bertambah mantap, bertambah matang dan tunjukkan kamu mahu kebaikan beragama itu di dalam keluarga kamu.

Buktikan kamu akan menjadi seorang anak yang lebih baik dari yang mereka kenali sebelum ini.

Buktikan dengan mengikuti system Jemaah ini kamu bertambah meraikan ibu-bapa, bertambah hikmah dalam berbicara, bertambah sayang akan adik-beradik kamu.

Buktikan dengan mengikuti system Jemaah ini kamu semakin bijak membuat keputusan, pandai berdikari dan kurang mengadu mengeluh kepada ibu-bapa kamu.

Buktikan kepada mereka :

“Ibu ayah, tengok bagaimana tarbiyah ini sudah mengubah diri saya dan bakal mengubah keluarga kita, tengoklah betapa hebatnya penangan berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini, ibu ayah, tarbiyah ni sangat awesome!”

BUKTIKAN BAHAWA TARBIYAH INILAH YANG TERBAIK!

Kuncinya satu : Qudwah qabla dakwah.

Bila kita sedar yang kita mahu menjadi agen taghyir kepada keluarga kita, akhlak kita lah yang perlu lebih menyerlah daripada adik-beradik yang belum mengenali tarbiyah ini.

Pastikan mereka dapat melihat bahawa kita adalah sosok yang baik untuk dicontohi. Tidak kira samada anda seorang adek atau abang/kakak. Raih tsiqah mereka.

Saya mengaku pada awal-awal saya bertekad untuk memulakan fasa pengislahan keluarga saya, saya sendiri mengalami masalah akan membina qudwah dalam diri.

Ye lah, saya sendiri baru berkenalan dengan tarbiyah masa tu. Terumbang ambing lagi. Bukan mudah, semua benda take time. Sabar itu perlu.

Saya memulakannya bukan dengan menunjuk “aku dah baik! Ikut aku”

Saya memulakannya dengan konsep “aku tak baik, kau pun sama, sampai bila macam ni, jom sama2 jadi baik?”

Kita tiupkan kepada mereka harapan demi harapan, kita beritahu mereka menjadikan keluarga kita memahami agama itu bukan anganan.

Saya sentiasa ingatkan adik-beradik saya, rasanya kalau bukan di jalan hijrah ni, kita mahu ke mana lagi? Rasanya kalau bukan kita yang ubah family kita siapa yang akan ubah lagi?

Saya sentiasa ulang dan ulang perkataan ini kepada mereka dengan nada yang sayu mayu layu itu, muka mereka selamba, bersahaja. Tapi saya tahu, perkataan-perkataan itu lah yang meresap kedalam diri mereka dan membuat mereka berfikir bila bersendirian.

Tiba-tiba tup2 semasa saya masih berada di kolej lepak di library, ibu saya memberitahu, adik perempuan saya yang ketiga mula mengikuti langkah saya, menjinakkan diri dengan tudung labuh.

Tidak lama kemudian adik saya yang ke 4 mula menyusul menyempurnakan penutupan auratnya selepas kami. Alhamdulillah!

Peluang ini saya tidak memandangnya sia-sia, semangat awal adik-adik saya itu perlu dikembangkan, takut nanti kekurangan tudung labuh membuatkan mereka masih memilih tudung bawal yang pendek dan nipis itu.

Jadi saya berusaha mengumpul duit saya untuk membelikan mereka sebanyak mungkin tudung labuh. Saya beli tudung yang senang padan dengan warna-warna lain, sebagai contoh warna krim, hitam dan putih.

Semua buku Islamik koleksi saya, saya angkut balik ke kampung. Saya sengaja membiarkan mereka membacanya. Dan saya akan bertanya dan meminta perkongsian dari mereka apa yang sudah mereka baca.

Adik saya ketiga peminat setia karya Hilal Asyraf, dan saya percaya karya Hilal itu banyak mempengaruhi karakternya. Terima kasih Abg Hilal! (Sebenarnya saya sendiri belum baca buku tu.. pffftt T.T)

Saya mengambil langkah agar tidak bertangguh-tangguh.

Setiap masa adalah sangat berharga, setiap peluang perlu diraih serakusnya!

Bila bertelefon dengan ibu ayah, saya akan lazimi perbualan2 kami dengan ayat2 sebegini :

“Mama, bagus kan adik sudah mula berubah, macam Allah mudahkan adek...”

“Mama, nanti along yakin kita semua boleh jd keluarga yang soleh. Allah bantu tu kan ma?”

“Ayah, we hope we can make u proud, kami semua adik beradik pakat2 mahu banggakan mama dan ayah tengok kami jadi wanita solehah, aiceceh”

Dan macam kebiasaanlah, pada awalnya ucapan2 tu awkward, dan doang gelakkan saya haha T.T (potong bawang sambil tunduk muka malu)

(Serius, awal2 buat memang malu and awkward, rasa tebal je pipi, tapi bila kita cuba biasakan, lama2 akan jadi kebiasaan dan tak awkward lagi, percayalah, dan saya percaya dalam ibu ayah saya tergelak tu, sebenarnya ucapan2 sebegitu membekas di hati mereka, dan mereka akan terfikir jua bila mereka bersendirian)

Dan saya akan terus SMS adik beradik saya, memotivasikan mereka agar terus berusaha mengislah diri.

Biasakan diri untuk cakap benda2 yang deep2 begini. Ambil masa berdua curhat (curahan hati) bersama.

Targhib mereka bab hijrah diri dan tarbiyah, banyakkan masa berborak dengan mereka dan cungkil perasaan mereka yang mereka juga mahu berubah. Raikan perasaan itu, beri suntikan semangat dan harapan.

JANGAN WUJUDKAN tembok antara kita dan adik beradik kita untuk berbicara hal2 sebegini. Lantik diri kita untuk menjadi kaunselor mereka dan juga pendengar setia.

Sentiasa cari cara atau munculkan suasana yang kita mahu berbicara soal hijrah dan meraikan soal itu bersama mereka. Lepas makan, sebelum tidur dan sebagainya.

Beri mereka bahu untuk mereka bersandar, beritahu mereka yang mereka boleh meluahkan apa sahaja as long itu memudahkan dan melapangkan dada mereka meniti jalan Hijrah ini.

Tapi untuk mengambil peranan sebagai ‘bahu bersandar itu’ tarbiyah kita perlu dibasahkan, hubungan kita bersama Allah perlu dijaga, agar Allah membantu lisan-lisan kita menyentuh hati adik beradik kita.

Kerana jika tarbiyah kita kering, kering juga lah lisan-lisan kita. Dan jika sudah kering, bagaimana kita mahu membasahkan yang lain?

Bukan hanya kepetahan berkata-kata yang dikira, sesi curhat itu ibarat kalian sedang berkongsi jiwa ala telepathy cenggitu. Saling merasa dan mendalami jiwa masing2.

Kebasahan tarbiyah dalam jiwa itu perlu jika mahu berkongsi jiwa itu bersama kesayangan kita.

Sekali lagi. JANGAN WUJUDKAN TEMBOK. Jangan mood ‘awkward’ itu menguasai kita. Biasakan diri.

Jangan sampai, kita hanyu mampu menangis dan berkata-kata dan berdakwah di dalam hati.

Luahkan! Anda mampu mengubahnya,perjalanan yang beribu bermula dari selangkah. (betul ke pepatah ni -_-‘)

Alhamdulillah semua proses ini berlaku sedikit demi sedikit dan mengambil masa selama 4 tahun.

Dalam 4 tahun banyak yang terjadi dalam keluarga kami, Ayah mula berjinak-jinak mengikuti majlis-majlis ilmu dan kelas perubatan Islam, mama semakin galak membantu adik beradik saya kearah yang lebih baik. Adik lelaki saya juga sudah membiasakan diri mengimamkan solat.

Rumah yang dulu ‘tidak bercahaya’ kini makin berseri.

Alhamdulillah thumma walhamdulillah!

DAKWAH DAN TARBIYAH?

Subhanallah,kedua ini begitu banyak mengubah hidup saya, dan saya sangat bersyukur digerakkan hati oleh Allah memilih untuk merasainya manis hidupnya berjemaah.

Sungguh, memang di dalam hidup berjemaah, ada keberkatan. Dan kini saya sudah percaya benarlah, ‘tangan-tangan Allah itu ada pada Jemaah.”

Dan menyentuh isu memilih untuk hidup berjemaah, pada awalnya juga tidak mudah bagi saya, sebab saya berasal daripada Borneo, jadi berjemaah2 ni agak rare di sana.

Dan sebelum saya bermusafir ke Semenanjung saya sudah diingatkan oleh parents saya di semenanjung ini banyak juga pertubuhan2 ajaran sesat, itu yang mereka risaukan.

Saya faham itu, risau tanda prihatin. Saya jelaskan Jemaah yang saya ikuti ini berdaftar. Bukan gerakan rahsia sesat dan sebagainya, Alhamdulillah mendengar penjelasan saya itu, mereka menarik nafas lega.

Dan jika di dalam berjemaah kita mendapat tentangan dari ibu bapa kita barangkali mereka belum mendapat gambaran sepenuhnya apa yang kita kerjakan ini. jangan melenting ber sukzon dahulu. Jelaskan kepada mereka baik2.

Jelaskan kepada mereka apa yang kita buat seharian, jelaskan bahawa apa yang kita kerjakan.
Bila menjelaskan kepada mereka, perlu ambil masa slow talk dengan mereka, lembutkan cara berbahasa, kawal nada suara, merendah diri lah dan terima teguran mereka dengan positif.

Jangan lupa, kita bukan mahu memenangkan Jemaah kita, kita mahu focus kepada agenda yang kita bawa,

“Dakwah dan tarbiyah.”

Masuliyah DnT dan Birrul Walidain, keduanya harus kita berusaha untuk meraikannya serentak.

Tetapi bagi saya, untuk memudahkan gerak langkah kita di jalan dakwah ini, meraih tsiqah parents itu amat perlu.

Jika tsiqah dan percaya parents kita berjaya raih, percayalah, Allah akan memudahkan urusan yang lagi satu. Ada barokah yang besar dalam birrul walidain. 

Ia ibarat seri kepada langkah-langkah kita di dalam meniti jalan DnT ini.

Dan boleh jadi, berkat birrul walidain tu lah yang menjadi booster dan pemudah langkah2 kita di jalan ini.

Parents mana yang tidak patah hati, kita kencang berprogram, bergerak sini sana, usrah sini sana, aktivisme sini sana, Tapi rumah hanya dijadikan hotel ‘check-in’ dan ‘check-out’???

Di depan parents berkepit dengan gadget, senyuman jarang dilontar, nak ajak parents borak awkward.
Belum masuk bab membantu mereka liat, parents dianggap seperti dinding yang kadang wujud kadang tidak.

Belum masuk akhlak, bersama ikhwah akhawat kita subhanallah, akhlak kita lah yang paling cantik manis, tapi bila balik sahaja kerumah taring kita mula keluar! *shiingg*

Akhlak kita tak semulia dan secantik seperti akhlak kita bersama ikhwah akhawat kita. Nauzubillah.

Barangkali atas sebab ini lah, parents kita menyangka, berjemaah itu hanya menjadikan kita seorang yang hipokrit dan berpura2, Jemaah itu tidak mengubah personality kita menjadi lebih baik, walhal dengan berjemaah ini merampas masa-masa emas mereka bersama anda, nauzubillah.

Saya percaya di dalam birrul walidain, kualiti masa adalah leeeebih penting berbanding kuantiti masa.

Buktikan dengan masa kita yang singkat di rumah itu kita boleh memanfaatkannya semaksimanya untuk keluarga kita, untuk pentarbiyahan keluarga kita, bukan hanya usrah musrah sahaja di luar, kita juga peduli dan melakukan usrah untuk adik beradik kita.

Tunjukkan kepada parents, bahawa adik beradik kamu adalah yang terutama kamu tarbiyah dan dekati dalam langkah kamu berjemaah ini mendahului hadek hadek bulatan riang dan ikhwah akhawat di luar rumah kamu itu.

Cantikkan usaha Matinul Khuluq kita, jaga ibadah-ibadah kita dirumah.

Berani curhat dan berkongsi rasa bersama parents kita akan impian-impian kita di jalan dakwah ini.

Bentangkan dan ceritakan kepada mereka akan cita-cita kita. Buatkan mereka merasa yang mereka sangat diperlukan untuk menguatkan langkah-langkah kita  meniti di jalan ini. beritahu mereka kita memerlukan seseorang untuk menjadi penasihat dan pemotivasi kita.

Luahkan yang kita memerlukan nasihat-nasihat murni mereka yang membasahkan jiwa kita semenjak dari kita kecil lagi. Kita memerlukan sokongan mereka.

Teguhkan hati mereka dalam membantu kita dan buat mereka percaya yang mereka adalah sebahagian dari semangat kita. Kita sangat memerlukan doa doa mereka untuk keberkatan hidup kita. Dan keberkatan gerak langkah kita di gerabak ini.

Walaupun mereka bukan ikhwah akhawat beranilah untuk merencana impian-impian dakwah anda bersama mereka. Kenapa? Sebab mereka khatam baik buruk anda. Mereka mampu menasihati do and donts. Mereka tahu titik kekuatan anda dan titik kelemahan anda.

Mama dan ayah saya sentiasa bertanya, bila kali terakhir saya menghubungi mana2 pakcik2 jemaah saya jika ada program terdekat.

Kadang2 mama ayah saya akan berjumpa pakcik2 itu sendiri dan bertanya jika ada lagi ruangan yang saya perlu sertai dan manage kan masa saya balik ke kampung nenek dan sebagainya.

Mama saya juga lah yang mencarikan sekolah dan tempat2 yang boleh kami tembusi untuk mengadakan daurah dan camping.

Ayah saya pula sentiasa berbincang dengan saya jika ada tempat2 berpotensi yang dia tahu untuk dicadangkan ke pakcik2 untuk diterokai dan didakwahi. merancang untuk menghadiahkan kami satu set speaker mudah alih untuk kemudahan kami (InsyaAllah, doakan ya).

Dan ayah lah yang selalu menasihati saya jika saya terlalu tergesa2 dan terburu. Atau tercuai dan tersilap pendapat. Ayahlah yang memandu saya untuk back on track. Dan mengingatkan hati saya.

Yelah, umur masih setahun jagung. Kena banyak dibasuh.

Dan ya, keduanya bukan ikhwah akhawat, tetapi mereka lah yang paling banyak mendokong dan menguatkan langkah2 saya walaupun tanpa mereka sedar.

Sebab itu saya percaya, jika parents kamu bukan ikhwah akhawat pun, once tsiqah mereka berjaya kita raih, InsyaAllah, akan mudahlah urusan masuliyah DnT kita insyaAllah.

Lap air matamu, binalah harapan. Saya percaya, dengan kuasaNya, suatu hari ia akan menjadi kenyataan. Beranilah bermimpi!

Memang diakui tidak mudah, bahkan sukar sebenarnya, saya sendiri perlu bergelut selama 4 tahun untuk berada di dalam suasana seperti ini. Meraih kepercayan parents saya, Dan masih bergelut sebenarnya, doakan ya.

Long way to go. May Allah guide us!

Tapi percayalah, apa sahaja usaha yang kita lakukan untuk keluarga kita, walaupun sekecil2 perkara sebenarnya kesannya sangat besar untuk beberapa tahun nanti, sekarang kita tidak nampak, tetapi beberapa tahun anda akan lihat sendiri hasilnya.

Jangan pernah sesekali berputus asa dan berhenti berusaha!

Yang penting jaga hubungan anda bersama Pencipta hati, tajdid niat anda setiap hari, suburkan himmah dan tekad yang ada, kerana setiap orang punya peluang.

Terus panjatkan doa dan memberikan pergantungan kita kepada Allah, laa hawla walaa quwwata illa billah.Kerana Allah sahaja yang memegang hati-hati. Kita penyeru, dan Pemberi hidayah hanya lah Dia.

Terus suburkan harapan itu.

You are very special!

You are chosen!

Give Thanks to Him!

Yosh kita bersama2, berpenat-penat ,berusaha di dunia agar kelak kita berpimpin tangan menuju syurga!

Ameen! :’) *mata berkaca,kunyah kacang gajus. pen Off*

 

Thursday, January 8, 2015

MiNTa FaTWa HaTiMu...


DILEMMA ANTARA MASTER & KERJA?

#KisahSuksesBAD #TeknikBAD [22.12.2014]

Pada awalnya saya menerima tawaran kerja sebagai guru tahfiz. Hati mula berbelah bahagi, antara belajar atau kerjaya. Yang manakah terbaik? Kerana ini menentukan hala tuju masa depan saya. 

Di saat fikiran celaru, memikirkan keputusan yang perlu saya ambil, ALLAH hadirkan “jawapan-NYA” melalui wasilah sebuah e-book #BAD karya terhebat ukhti Insyirah Azhar, penulis favourite saya! It amazed me. A lot! Alhamdulillah.

“Minta fatwa hatimu & istikharah…”

Bertanya ALLAH dulu & banyakan solat istikharah. Tanya pada ALLAH, bukan pada makhluk ciptaan-NYA! Indeed, ALLAH plans are better than our dreams!

3 hari sebelum tarikh saya sepatutnya melaporkan diri, saya telah menerima mesej daripada tuan pengetua, bahawa pihak sekolah terpaksa membatalkan tawaran kerja saya di atas sebab-sebab tertentu.

Sedih? Kecewa? Menipulah kalau saya menafikannya. Lumrah manusia kan? Last minute itu jugalah saya terpaksa deal dengan owner untuk membatalkan kontrak rumah sewa.

Pujuk hati : Ada hikmahnya. Dalam apa yang kita nak, tapi kita tak dapat. ALLAH ingin ‘tarbiyyah’kita agar lebih REDHA & SABAR!

Bila tak dapat sesuatu yang kita mahu, jangan kata, “tiada rezeki.” Tapi katakanlah, “rezeki aku di tempat lain.”

When we lose a job, or find ourselves unable to marry who we want, or something is taken from us, have we ever stopped to consider the possibility that it may have been for our own good?

ALLAH tells us in the QURAN :

“But perhaps you HATE a thing & it is GOOD for you. And perhaps you LOVE a thing & it is BAD for you. And ALLAH Knows, while you know not.”

Inspired! I absolutely love this ayat! It answers so many questions about life!

Alhamdulillah, hari ini ALLAH telah ‘menjawab’ istikharah saya selama ini, dengan memakbulkan hajat & impian saya untuk menyambung "SARJANA Pengajian Islam, Syariah" di bumi waqafan UKM.

Allahu Akbar! Nak nangis! Surely HE knows what’s best for us! Rabbi Yassir Wala Tua’ssir! May ALLAH ease our journey for seeking knowledge, Ameen.



Ilham Sanubariku,
Musafir Iman
(08012015)
~Memburu Redha ILAHI~
Di Teratak Mahligai Kasih Ayahanda Bonda