SaHaBaT FiLLaH

Thursday, August 14, 2014

TaRBiYYaH CiNTa



~D & T my life & my style~

Fikiranku menerawang jauh, mengimbau kembali ‘memori terindah’ yang telah terakam erat dalam sanubari ini. Sebuah pertemuan yang tidak di duga. 

Setelahku menghantar sahabat baikku yang bakal berlepas pulang ke Mesir di KLIA, untuk meneruskan pengajiannya yang masih lagi berbaki setahun di Universiti Al-Azhar, tiba-tiba saya bertemu dengan seorang akhawat, yang amat ku rindui.

Saya terkesima seketika saat terpandang ibunya yang masih lagi ‘free hair’ dan tidak berpakaian menutup aurat, sedang berdiri di sebelah puteri terchentanya.

Saya tidak ada niat untuk memperlekehkan puan mamanya, bahkan ia menjadi sumber kekuatan diri saya. Kerana apa?

Hakikatnya, ia telah menyedarkan saya bahawa saya tidak berseorangan di dunia ini kerana masih ada insan lain yang turut berkongsi ‘mehnah’ yang sama dengan saya.

Allahu Akbar! Hampir menitis air mataku saat melihat senyuman yang masih terukir di wajahnya. Lantas, kami bersalaman serta berpelukan mahabbah.

Tangisan syahdu dan kegembiraan mengiringi pertemuan barakah kami.

“Rindunya pada ukhti,” ujar akhawat itu yang sentiasa menjadi sumber inspirasiku.

Tiada kata yang mampu aku ucapkan. Tiada rasa yang aku bisa meluahkan.

Hanya DIA yang Maha Mengetahui, betapa ku mensyukuri atas pertemuan yang tidak kami menduga sama sekali. Alhamdulillah.

Hampir 5 tahun saya tidak berkesempatan untuk menemui akhawat kesayangan saya ini, lantaran dia menyambung pengajiannya di bumi ‘tarbiyyah’ Ireland untuk merealisasikan cita-citanya sebagai seorang doktor.

Impiannya sungguh mulia, bukan sekadar ingin menjadi pakar bedah yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit, bahkan dia bercita-cita besar ingin menjadi doktor yang bisa ‘merawat’ masalah yang menimpa ummah ISLAM.

Allahu Rabbi! May ALLAH ease everything for you, sis! Ameen.

Inche papa & puan mamanya sekadar tersenyum sambil melihat kami rancak berkongsi cerita sambil bertukar pendapat. 

Pelbagai isu semasa yang sempat dia kupaskan bersama diriku secara ringkas. Alhamdulillah, ilmu yang baru ku perolehi. 

Tiada siapa yang menduga bahawa kami boleh ‘berbulatan cinta’ di KLIA saat ini. Walaupun perkongsian ‘tazkirah’ hanya seketika, tetapi ia amat bermanfaat.

“Mohon doa daripada ukhti yang solehah, doakan agar akak sentiasa istiqamah dalam menyertai lejen gerabak dakwah & tarbiyyah-NYA.” 

Ku mendengar bait-bait kalimah terakhirnya pada pertemuan kami kali ini.

“InsyaALLAH, ukhti. Doa ana sentiasa mengiringi setiap gerak langkah ukhti,” ujarku sambil bersalaman dengannya. Moga ALLAH pertemukan kita semula nanti, doaku.




‘Bulatan cinta’ kami tidak hanya  berakhir dengan tangan yang kosong, dia turut menghadiahkan sebuah novel “Tautan Hati” karya terhebat novelis islamik yang terkenal, iaitu Ustazah Fatimah Syarha, sebagai ‘bekalan makanan rohani’ diriku.

Seriously, it amazed me. A lot. (^_^)

Especially watak utama di dalam novel tersebut, karakter seorang Muslimah yang solehah, iaitu Layyinul Harir. 

Ini kerana saya dan akhawat tersebut ‘berkongsi’ ujian yang sama dengan Layyinul Harir.

Hakikatnya, berdakwah terhadap mad’u (orang luar) itu lebih mudah berbanding kita berdakwah & mentarbiyyah ahli keluarga sendiri. 

Anda pasti bersetuju dengan ‘statement’ saya, bukan? 

Hanya mereka yang pernah merasai seperti mana saya melaluinya, pasti lebih memahami bagaimana susah-payahnya saat terpaksa bertarung ‘berpolitik’ dengan ibu bapa yang sememangnya berlainan fikrah.

Sejujurnya, saya bukanlah lahir daripada keluarga yang mempunyai asas fikrah mengenai perjuangan ISLAM, apatah lagi turut bersama-sama berjuang di medan gerabak dakwah & tarbiyyah. 

It’s totally different world.

Bahkan, ibu bapa saya juga ‘berlainan fikrah’ serta ‘berbeza warna politik’ dengan saya. 

Saya mengakui bahawa ia adalah ujian yang paling ‘berat’ yang pernah saya hadapi. 

Bahkan, ‘mehnah’ tersebut sering kali membuatkan saya ingin berputus asa daripada terus istiqamah dengan gerabak dakwah & tarbiyyah ini.

Bukan hanya sekali perasaan ingin ‘futur’ itu meresap dalam hati saya, bahkan berkali-kali ia berterusan ‘memberontak’ dalam sanubari ini. 

Alhamdulillah, berkat rahmat dan kasih sayang dari-NYA membuatkan saya masih bisa thabat serta istiqamah di dalam medan perjuangan-NYA. 

Selain itu juga, berkat hasil kesabaran serta ukhwah fillah sahabat-sahabat ‘konferens riang’ & ‘bulatan gembira’ saya yang banyak mentarbiyyah serta mendoakan saya agar mampu berdiri ‘teguh’ di dalam saff perjuangan.

Sebelum kami berpisah, akhawat kesayangan saya sempat mengungkapkan kalimah terindah, yang bisa menguatkan jiwa ini saat ‘futur’ mulai memberontak dalam sanubari.

“Ingatlah ukhti, mehnah itu adalah tanda cinta & kasih sayang dari-NYA. Tidak ternilai harganya saat kita disapa ‘sentuhan’ TARBIYYAH daripada ALLAH.”

Mutiara hikmah ini sentiasa menjadi sumber kekuatan dan inspirasi buat saya untuk terus gagah melangkah serta berjuang di atas gerabak dakwah & tarbiyyah ini.

Hakikatnya, ujian itu adalah untuk menyedarkan kita bahawa kita sekadar hamba yang sangat LEMAH dan amat memerlukan ‘kekuatan’ daripada PENCIPTA kita.

ALLAH ingin melihat sejauh mana KEIMANAN & KESABARAN kita kepada-NYA, saat kita di uji oleh ‘ombak badai’ dugaan yang datang melanda diri kita.

ALLAH ingin mendengar ‘rintihan’ kita kepada-NYA serta pengharapan (tawakal) kita 100% hanya kepada-NYA. Mohonlah secebis kekuatan daripada ALLAH.

Mohonlah pertolongan dengan SABAR & SOLAT. 

Yakinlah bahawa ALLAH itu Maha ADIL dan tidak akan sesekali ‘menzalimi’ hamba-NYA. Ujian hidup diberi kepada hamba-NYA, sesuai mengikut kemampuan mereka.


ALLAH never delivers something we can’t handle. 


"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
[Ali-Imraan, 3:103]




 Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@mardhotillah
(14082014)
~D & T my life & my style~


No comments:

Post a Comment