SaHaBaT FiLLaH

Monday, July 14, 2014

BeBaSKaN PaLeSTiNe...



Diari 17 Ramadahan…

Bumi yang barakah itu kini “berdarah” kembali. Zionis Israel laknatullah berterusan menyerang bumi Gaza. Betapa kejamnya mereka kerana membunuh insan yang tidak berdosa.

Matlamat mereka cuma satu. Ingin menghapuskan seluruh umat ISLAM yang mendiami tanah suci itu, yang disangka hak milik mereka selain ingin merampas tanah suci Masjid Al-Aqsa.

Hakikatnya, mereka itulah yang seharusnya “di usir” dari bumi barakah itu, kerana tiada negara yang layak untuk mereka bangunkan. 

Mereka itu bangsa yang bongkak dan sombong, tidak tahu malu merampas negara orang, tanah itu adalah hak milik rakyat Palestine. Mereka tegar hidup aman dan bahagia di atas penderitaan serta kesengsaraan rakyat Palestine. 

Layakkah mereka itu digelar sebagai MANUSIA?

Mereka fikir puasa itu bisa “melemahkan” daya kekuatan mujahideen Palestine? 

Apakah mereka tidak melihat sejarah? Apakah mereka tidak mengkaji sejarah?

Mereka lupakah pada sirah Perang Badar suatu ketika dahulu? 

17 Ramadhan merupakan tarikh keramat perjuangan umat ISLAM mempertahankan agama ISLAM yang suci. Iaitu tarikh terjadinya PERANG BADAR.

Bayangkan bagaimana keadaan tentera ISLAM saat itu berperang melawan musuh durjana saat mereka sedang berpuasa? 

Apakah puasa itu bisa “melemahkan” kekuatan mereka? Apakah kuantiti mereka yang sedikit itu mampu menggoyahkan keyakinan mereka terhadap janji ALLAH?

Walaupun pejuang ISLAM saat itu hanya berjumlah 313 orang, ternyata itu tidak mustahil bagi ALLAH serta mujahideen ISLAM untuk mengalahkan tentera Kafir Quraisy seramai 1,000 orang.

Allahu Akbar! Benarlah janji ALLAH bahawa pertolongan-NYA itu pasti akan tiba!


(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut, ALLAH tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira & supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." {Surah Al-Anfaal  : 9-10}
 

“Aku tak mampu mengangkat senjata untuk berperang di Palestine, Syria, Mesir…”

“Apa yang aku boleh tolong saudara seISLAM di sana? Aku tak sanggup melihat ikhwah dan akhawat di sana terus menderita, dibunuh oleh Zionis Israel Laknatullah…”

Apa yang kita boleh buat?

Teruskan dengan DOA, DERMA & BOIKOT barangan Israel! 

Jangan dilupa, banyakkan berdoa QUNUT NAZILAH! 

Moga ALLAH salurkan nusrah-NYA buat mujahideen di Palestine, Syria dan Mesir.

Jangan sesekali memandang enteng pada kuasa DOA. Ini kerana, DOA itu adalah senjata orang beriman! 

Walau sehebat mana pun peralatan senjata canggih serta strategi yang hebat dimiliki oleh musuh ISLAM itu pasti tidak mampu untuk mengalahkan kuasa DOA MUK’MIN!

Doa, the silent weapon but the most powerful one’s! 

Yakinlah dengan janji ALLAH bahawa kemenangan itu pasti akan tiba dan berada di dalam genggaman umat ISLAM, insyaALLAH. 

Ramadhan dan sepenuh cinta buat Ghazzah, Suriyyah, Misr dan ummah semuanya. (^_^)



 Ilham Sanubari,
atikah_humairah@mardhotillah
(15072014)
~Kuala Lipis, Malaysia~


1 comment: