SaHaBaT FiLLaH

Sunday, June 29, 2014

RiNTiHaN QaLBu...


Allahu Rabbi, tiada kata yang mampu untuk aku luahkan. 

Tiada nukilan yang mampu untuk aku coretkan. 

‘Block writer’ sekian lama menyelubungi diriku. Ilham seakan tidak mahu hadir.

4 bulan kian berlalu. Masa begitu pantas meninggalkan kita.

Benarlah pepatah Melayu mengatakan, “Masa itu ibarat EMAS.”

Kerana waktu itu tidak mungkin akan kembali berputar. Dan masa silam mahupun masa depan itu tidak mungkin boleh di ubah, sesuka hati kita.

ALLAH telah bersumpah mengenai masa di dalam ‘warkah cinta-NYA’, Surah Al-Asr :

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, 
melainkan yang beriman & beramal soleh.”

Kita telah diberi peluang 24 jam oleh ALLAH, untuk melayari samudera kehidupan di dunia ini. Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. 

Dunia ini ibarat tempat untuk kita menuai amalan soleh. Di akhirat kelak adalah tempat pengakhiran kita yang abadi, sama ada di syurga atau neraka.

Pilihan itu ada di tangan kita, sama ada mahu menjadi orang yang baik atau jahat. 

Biarlah kita menyesal di dunia lagi kerana masih diberi peluang untuk bertaubat berbanding menyesal di akhirat sana, kerana sesal itu tidak berguna lagi.

ALLAH itu Maha Adil & tidak pernah menzalimi hamba-NYA, tetapi hakikatnya kita yang ‘menzalimi’ diri sendiri. 

Kita sering menodai kesucian hati kita dengan dosa & maksiat kepada-NYA. 

Jangan sesekali kita menafikan bahawa kita tidak pernah melakukan kesilapan, kerana kita bukan manusia yang sempurna, yang ‘maksum’ seperti Rasulullah SAW.

ALLAH itu Maha Pemurah & Penyayang. ALLAH itu bersifat Ar-Rahman & Ar-Rahim.

Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka buat hamba-NYA. ALLAH sentiasa menunggu rintihan hamba-NYA. Bertaubatlah kepada-NYA, dengan taubat nasuha. 

Bertaubatlah kepada-NYA, walaupun buih-buih dosa kita seluas lautan. Bertaubatlah kepada-NYA walaupun maksiat menodai hati kita dengan banyaknya titik-titik hitam.

Yakinlah bahawa ALLAH itu Maha Pengampun. (^_^)

 Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@Mardhotillah
(28062014)
~Kuala Lipis, Malaysia~

No comments:

Post a Comment

 
Copyright© All Rights Reserved http://atikahhumairah.blogspot.com/