SaHaBaT FiLLaH

Sunday, April 14, 2013

HiJau iTu DaMai...



ISLAM FOR ALL…(^_^)

Ingatlah wahai mata rantai pejuang ISLAM!

Apabila dirimu telah disenaraikan dalam soff perjuangan, maka tabiat generasi ini mesti berbeza daripada tabiat generasi umum. 

SAHSIAH mesti ditingkatkan, AKHLAK mesti berbeza & FIKRAH mesti semakin matang.

NILAI ucapan & kata-kata biarlah berharga, PANDANGAN mestilah bernas. 

KESUNGGUHAN bekerja & merancang mestilah semakin tinggi, tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh.

SUMBANGAN mestilah bertambah, MUHASABAH diri sendiri jangan di alpakan.

Semoga tergolong dalam kalangan JUNDULLAH yang berada di bawah naungan ALLAH.

Renungi mutiara kata HAMKA: 

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”

Orang yang benar tarbiyyahnya pasti membuahkan amal. 

Bukan sekadar berceloteh dan berteori, penyedap halwa telinga.




ALLAHU RABBI…(*_*)
Teringat teguran seorang Murabbi : 
“Bergelar pejuang Islam, aktif di kampus, hebat dalam gerak kerja jemaah, siasah pun kencang tapi BACAAN TAJWID AL-QURAN pun berterabur, SEBUT MAKHRAJ HURUF AL-QURAN pun tunggang-langgang, banyak lompong. 
Kalau sedar diri macam tu, baik bawak pi dulu ke 'tamrin khas' Kelas Fardhu Ain. Malu la kat orang lain dan ALLAH.”

“Tegakkan ISLAM di dalam dirimu nescaya akan tertegak ISLAM di tanah airmu.
- Hassan al-Hudaybi (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Ke-2)

Abnaul harakah tidak seharusnya duduk menanti untuk dipanggil menghadiri meeting, menunggu untuk disuapkan kemudian khayal dalam dunia ciptaan sendiri.

Kerana IMAN itu menjadi semakin gagah & bersinar dek ujian demi ujian, maka orang yang mencintai akhirat terus berjuang & bertahan dalam hiruk-pikuk politik dunia yang penuh fitnah & ujian.

Ya ALLAH, kuatkan kami! (╥
╥)




RIBAT MUJAHIDIN…(^_^)

Solat malam (walau 2 rakaat)
Solat sunat Dhuha (walau 2 rakaat)
Lazimi Solat Berjemaah
Lazimi Membaca AL-QURAN (Min: 1 m/s sehari)
Lazimi sentiasa berwudhuk
Banyakkan bersedekah (mengikut kemampuan)

~Doakan kemenangan ISLAM setiap kali selepas solat 5 waktu.

Hari yang dinanti bakal tiba, jangan lupa sama-sama kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat dalam negara Demokrasi ini.

Pilihlah pemimpin yang dekat di hatimu pada PRU 13 nanti, dengan mendapatkan panduan dari Yang Maha Esa.

Kami mahasiswa yang sayangkan Malaysia.

Alert dengan isu dan peristiwa yang berlaku di tanah tumpah darah kami ini. 

~We ♥ Malaysia~

Ilham Sanubari, 
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
~Road to PRU 13 = 5 MEI 2013~

2 comments:

  1. Moga kita sama2 dilorongkan Allah untuk terus berada di atas jalan kebenaran.

    Jazakillah ukhti utk perkongsian yg sangat memuhasabah. :)

    ReplyDelete
  2. @Sakinah Mohammad: Allahu Rabbi, moga ALLAH sntiasa thabatkan hati kita smua di ats jln juangNYA.. =)

    ~NAHNU ANSORULLAH~

    ReplyDelete

 
Copyright© All Rights Reserved http://atikahhumairah.blogspot.com/