“Dengan Nama
Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Segala puji hanya buat Mu,
Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat-amat diri
ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat
para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah
Ya Allah atas keizinan untuk bertinta lagi, moga diri ini terus istiqomah dalam
menulis. Akhirnya, hari itu tiba juga…(^^,).
Sebenarnya,
sudah ramai yang meminta untuk ana mengulas tentang pemakaian niqob.
Persoalan
demi persoalan diajukan kepada ana tentangnya hingga kadang-kala diri ini
tersenyum sendiri sambil berkata kepada roommate.
“Kalaulah saya
tidak belajar dan kaji tentang niqob dengan lebih mendalam, pasti saya tidak
akan dapat jawab persoalan yang mereka ajukan…”
Ada yang
bertanya secara berdepan dengan ana, ada yang bertanya dalam mesej dan tidak
kurang juga ada yang bertanya melalui pesanan dalam facebook.
Dan kadang-kala
persoalan yang diajukan itu tidak pernah orang lain tanya. Pernah juga ana
katakan untuk tulis tentangnya, cuma tidak tahu bila hari itu tiba…=)
Tetapi semalam,
ada yang memberi mesej dalam pesanan facebook untuk bertanya tentang pendapat
ana berkaitan masalah yang dihadapinya.
Dan ana rasa sudah tiba masanya untuk
ana mengulas tentangnya.
Assalamualaikum
w.b.t.(^^,)
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat ana utuskan warkah ini buat ukhtie Bidadari Besi..
Asif jiddan jika warkah ini menganggu
ukhtie. Sebenarnya tujuan ana menulis mesej ini hanyalah untuk mengeratkan lagi
ukhwah antara kita.
Insyaallah,
sesungguhnya ana tertarik untuk mesej kepada ukhtie kerana pada pandangan ana
ukhtie adalah antara srikandi islam yang mengenakan niqab pada wajah ukhtie.
Senang bicara, ana terus terang sahaja ya, sebenarnya ana berniat untuk memakai
niqab dengan istiqamah (walaupun sudah berniqab tetapi ana masih tidak kuat
& tidak istiqamah).
Dalam hati yang
kudus ini masih tersingkap perasaan ragu-ragu terhadap pemakaian yang mulia
ini.
Sejujurnya ana tidak kuat kerana ana masih belajar di sebuah IPTA dan di sini
dilarang pemakaian niqab ini.
Namun ada seorang sahabat ana yang tetap memakai
niqab walaupun bermacam tindakan yang dikenakan keatasnya oleh pihak IPTA.
Sememangnya dia seorang yang tabah.
Sebenarnya
sepanjang cuti nie ana ada buat research tentang kewajipan pemakaian purdah
& ternyata pemakaian ini wajib buat wanita yang merasai wajib ke atas
dirinya.
Hakikatnya ana tidak boleh menipu diri sndiri, ana merasakan wajib
juga atas ana dan ana sudah mendapat jawapannya iaitu ana tetap memilih memakai
niqab.
Namun yang
menjadi kesulitan ana sekarang adalah mahu memakainya secara istiqamah atau
hanya di luar IPTA sahaja?
Sebelum ana
menjawab persoalan nie, ingin ana nyatakan sesuatu.
Ini adalah pendapat ana,
Ukhty Asma’ Binti Suardi yang berdasarkan kajian melalui pembacaan dan
penulisan para ulama’ berkaitan hukum, pertanyaan dengan para ustaz dan
ustazah, pengalaman sahabat-sahabat yang berniqob dan tidak serta pengalaman
ana sendiri.
Jadi, jika ada
persilihan pendapat atau tidak setuju.
Itu adalah diri ana sendiri dan tidak
perlu menyalahkan mana-mana pihak kerna tulisan ini adalah untuk mendapat
solusi dan bukan cari salah siapa.
Ia juga berdasarkan ‘fatwa hati’ ana
sendiri.
Moga hati ini tulus berbicara dan dipandu dengan iman serta amanah
dengan ilmu yang ada, ameen.
Baiklah,
sejujurnya ana bagitahu. Ana sudah mula berniqob sejak 2 tahun lebih yang lalu
iaitu ketika berada di semester dua.
Keinginan hati begitu membuak-buak setelah
melihat ada seorang kakak senior yang berniqob dalam kampus.
Dan ana pergi
kepadanya dan menyatakan hasrat untuk turut berniqob.
Alhamdulillah
niat ana itu disambut baik olehnya dan dia sendiri mengajar ana bagaimana untuk
menjahit niqob.
Dia juga menceritakan cabaran yang terpaksa dihadapi sebaik
sahaja berniqob juga menyatakan kenapa dia berniqob.
Ketika itu, ana hanya kaji
sedikit sahaja berkaitan niqob dan tidak tahu banyak.
Sebaik sahaja
ana balik cuti semester dalam keadaan berniqob.
Umie dan abah ana tidak
membenarkan ana berniqob serta meminta ana cabut kembali kain yang menutupi
wajah nie.
Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ini
apabila diminta berbuat demikian. Namun apakan daya, redha Allah ada pada redha
ibubapa.
Ana tidak
berputus asa setakat itu.
Ana bersabar dan terus bersabar serta memohon
moga-moga Allah s.w.t. bukakan hati umie dan abah untuk terima anaknya ini
berniqob.
Tidak kurang juga hubungan antara kami sedikit renggang ketika itu,
moga Allah ampunkan khilaf ana saat itu.
Dalam tempoh
itu, kata-kata umie dan abah ana tidak membenarkan anaknya ini berniqob ada
kebenarannya dan ana bersyukur sangat-sangat dengan takdir itu kerna hikmahnya
begitu banyak sekali.
Bermula saat
itu ana cuba tarbiyah hati ini sebaiknya, perbaiki akhlak dan ibadah dengan
Allah s.w.t., kaji dengan lebih mendalam berkaitan niqob dan isu-isu semasa
berkaitan dengannya.
Tidak kurang juga menambahkan skill yang ada.
Dalam tempoh
umie dan abah ana tidak benarkan berniqob, ana pakai ketika berada di luar
kampus dan jika berjalan sendirian sahaja kerna syarat itu sahaja yang
dibenarkan oleh parents ana.
Jujur bagitahu, tidak mudah ketika itu
untuk bersangka baik walapun dengan parents ana sendiri.
Tapi itulah
didikan yang Allah s.w.t. berikan kepada ana iaitu melalui parents ana
supaya hati ini benar-benar yakin dan utuh serta kuat untuk hadapi cabaran
apabila mengenakan kain di muka.
Sebelum ana
nekad untuk istiqomah berniqob dalam kampus, ana sudah mengkaji terlebih dahulu
peraturan dan persekitaran kampus ana.
Dan sememangnya ana mengetahui tidak boleh
berniqob dalam kampus kerna kakak senior yang mengajar ana jahit niqob
dipanggil oleh pihak atasan dan disoal siasat seperti ‘penjenayah’.
Diberi amaran,
dipulau oleh sahabatnya dan tidak kurang juga dalam pemerhatian pihak
keselamatan.
Namun, kerna dia menyatakan dia wajib pakai kerna wajahnya
membuatkan lelaki yang melihatnya tertarik dengannya.
Dia hadapi semua itu
dengan senyuman hinggalah dia tamat belajar disini. Alhamdulillah..
Dan sebaik
sahaja ana berniqob semester ini dalam kampus, sudah beberapa kali ana ‘diugut’
dan diberi amaran supaya tanggalkan niqob.
Tapi ana tidak akan berbuat demikian
selagi tidak ada amaran bertulis dan ana akan jelaskan sendiri kepada pihak
atasan sekiranya dipanggil untuk jelaskan kenapa ana berniqob.
Ketika ana
tidak istiqomah berniqob, ada sahabat yang tahu ana berniqob hanya ketika
di luar kampus bagitahu,
“ukhty…ana tahu ukhty kuat. Jadi, pakailah dalam
kampus..ana tahu ukhty boleh hadapi semua tu…”
dan ana jawab
kata-katanya sambil tersenyum,
“ada yang lebih aula untuk diutamakan,
sekiranya ana pakai sekarang, ia akan mengundang mudarat yang besar dalam
gerakan da’wah di kampus dengan fitnah yang ada…”
Benar, ada
sesuatu yang cukup besar menghalang ana dari berniqob dalam kampus disamping parents
yang tidak membenarkan.
Ketika itu saat begitu genting hingga beberapa sahabat
dalam gerak kerja da’wah dalam pemerhatian pihak keselamatan dan nama ana juga
pernah disenarai ‘merah’ atas sebab tertentu.
Jadi, ana membuat ‘fatwa hati’
ketika itu untuk pakai di luar kampus sahaja.
Dan
alhamdulillah, saat untuk ana istiqomah akhirnya tiba juga setelah hampir 2
tahun lebih ana bersabar.
Ada juga yang ‘mengata’ dibelakang,
dan ini jawapan
ana,
“habis tu, kalau ada lelaki ajnabi yang nampak rambut awak macam mana,
awak tak perlu lagi pakai tudung la ye sebab dia dah tahu rambut awak macam
mana kan…(^^,)?”
Pastinya kewajipan tutup aurat itu tetap wajib keatasnya
walaupun lelaki ajnabi sudah lihat rambutnya macam mana.
Apabila ana
dengar ada muslimat yang berniqob dalam kampus, pasti ana akan selidik dalam
diam dan ana panggil untuk bertanya dari hati ke
hati.
“kenapa adik
berniqob?”
“sebab saya
teringin sangat nak berniqob kak dan saya dah niat. kalau saya pakai, saya
takkan tanggal dah…”
Ana hanya
senyum dengan kata-katanya,
“keinginan hati itu perlu dipandu dengan iman dan
ilmu. awak tahu apa yang akan awak hadapi apabila berniqob dalam kampus?”
“tahu kak, tadi
ada yang orang kat pejabat dah tegur yang tak boleh pakai dalam kampus…”
“benar apa yang
dia katakan dan akak pun sudah beberapa kali diberi amaran untuk tanggalkan
niqob.
Dahulu, ada seorang akak yang juga pencetus pemakaian niqob dalam kampus
kita. Dia dipanggil oleh pihak atasan dan soal siasat seolah-olah telah
melakukan kesalahan berat.
Namanya juga tersenarai dalam unit keselamatan dan
gerak gerinya dipantau. dan awak mahu jadi seperti itu?”
Dia hanya
memandang ana tanpa berkata apa-apa.
“akak bukan nak
takutkan awak, tapi itulah yang kita akan hadapi sekiranya pakai niqob dalam
kampus. Dan mesti awak dah tahu yang ada seorang pelajar dibuang universiti
kerna tidak mahu pakai tie…”
“saya tahu
kak…sekarang nie pun tengah fikir sama ada nak teruskan berniqob atau pakai
diluar kampus sahaja.
Risau jugak kalau kena buang universiti, nanti apa pula
kata mak ayah.”
ana hanya
tersenyum,
“menolak mudarat itu lebih besar dari mengambil manfaat. kalau
dah sampai kena buang universiti, bukankah patut kita dahulukan yang wajib
berbanding sunnah?
“betul tu
kak…saya pun tahu hukum tu. kalau kita anggap niqob nie sunnah, kita boleh
pakai dan tanggal ikut keadaan.
Tapi kalau kita anggap niqob nie wajib, maka
kita tak boleh tanggal dah. Kena tetap pakai walau macam mana pun…”
“Benar apa yang
dikatakan tu. Ada yang berkata akak wajib berniqob kerna wajah akak mengundang
mudarat pada kaum muslimin dan akak akui kata-katanya kerna ada seorang
muslimin dalam gerakan da’wah berundur dari dunia da’wah kerna tidak sanggup
untuk tengok muka akak.
Tapi akak takkan pakai sebab rasa diri cantik, tapi
akak nak pakai kerna Allah.
Akak juga ada masalah kesihatan dan begitu alah
dengan habuk dan asap-asap kenderaan, tapi akak takkan pakai kerna masalah
kesihatan sebab akak nak pakai kerna Allah.
Jika kamu pakai atas sebab tertentu
dan tidak benar-benar niat kerna Allah, akak yakin kamu tidak akan istiqomah
dan kamu akan tanggal dengan sendirinya suatu masa nanti. Niat itu juga kena
diperbetulkan setiap masa.”
Ana sambung
lagi,
“akak bagitahu awak semua nie sebab awak lama lagi belajar kat kampus
nie sedangkan akak pulak dah semester akhir dan akan tamat belajar beberapa
bulan sahaja lagi jika Dia izinkan.
Kebanyakan yang berniqob adalah dari
semester akhir sebab dia dah masak dengan perangai pihak atasan.
Dan
kadang-kadang akak pun ‘ponteng’ program lagha yang dianjurkan oleh pihak
universiti walaupun dorang kata wajib. Bagilah amaran apa pun, akak dah tak
kisah sebab dah nak habis pun tak lama lagi.
Keadaan kita tak sama dik, awak
kena tengok kesan yang bakal awak terima bila berniqob. Sekiranya akak boleh
bersabar dalam tempoh dua tahun lebih, mesti awak juga boleh”.
Itu keadaan
dalam kampus. Ada juga yang pernah bertanya, bagaimana pula kalau tak
dibenarkan pakai ketika kerja?
Konsepnya tetap sama, buka ketika dalam waktu
kerja dan sebaik balik dari kerja, pakai semula.
Ada juga yang
bertanya, kenapa orang Malaysia pakai niqob yang separuh dan warna warni? Kenapa tak pakai hitam semua macam orang Arab pakai.
Ana pernah bincang isu ini
dengan mereka yang ahli. Dan mereka berkata,
“uruf juga boleh dijadikan
sumber hukum. Jadi, oleh kerana masyarakat Malaysia sememangnya memakai pakaian
yang bermacam warna, maka tidak ada salahnya jika seseorang yang berniqob itu
memakai pakaian yang berwarna selagimana tidak terlalu menyerlah pada pandangan
umum.”
ada juga
sahabat ana yang memberi nasihat,
“kalau pakai niqob, janganlah pakai yang
berwarna gelap-gelap sebab masyarakat kita belum biasa dengan mereka yang
berpurdah.
Bimbang sekiranya ada yang tidak berani dekat dengan kita
nanti.”
Dan ada juga berpendapat sebaliknya.
Bagi ana,
terpulang pada ‘fatwa hati’ masing-masing kerna orang lain tidak boleh memaksa
orang lain untuk mengikuti kehendaknya selagimana apa dilakukan oleh orang
tersebut tidak melanggar batas-batas syara’.
Mungkin juga ada yang bertanya, apa itu ‘fatwa hati’?
Mungkin juga ada yang bertanya, apa itu ‘fatwa hati’?
Ini jawapan Ustazah Fatimah Syarha,
“Minta fatwa hati. tidak boleh
merubah yang wajib jadi tak wajib, yang haram jadi tak haram.
Apa yang ana
faham, minta fatwa hati merujuk kepada perkara yang asal hukumnya harus namun
hukum itu boleh berubah mengikut niat masing-masing.
Maka, jika kita lakukan
perkara harus itu memberi ketenangan hati, itu tanda-tanda ia suatu kebaikan.
Jika kita lakukan perkara harus itu meresahkan jiwa, itu tanda-tanda ia lari
dari niat asalnya.
Bentangkan depan Allah, kalau kita yakin kita mampu jawab
depan Allah, yakinlah dan teruskan.”
Jika ada yang
berkata,
"berniqob akan menghalang seorang muslimat dari bergerak aktif dalam
dunia da’wah dan mungkin membuatkan mad’u lari darinya."
Jika ada yang
berkata sedemikian, ana akan katakan itu bergantung pada kreativiti dan skill
seseorang individu kerna ana sendiri turun lapangan ketika membuat operasi bersama
urusetia menangani gejala sosial dalam keadaan berniqob.
Dalam kampus juga begitu, tetap aktif menghandle program-program yang ada. Malah lebih aktif lagi, alhamdulillah.
Dalam kampus juga begitu, tetap aktif menghandle program-program yang ada. Malah lebih aktif lagi, alhamdulillah.
Moga dengan
segala coretan yang panjang lebar ini menjawab persoalan yang diajukan.
Jadi, buat ukhty yang bertanya..mintalah ‘fatwa hati’ disamping ‘bertanya’ sendiri kepada Allah s.w.t. melalui istikhoroh.
Fikirlah semasaknya, insyaAllah ada jalan untuk semua itu. Moga Allah permudahkan segalanya…(^^,)
Jadi, buat ukhty yang bertanya..mintalah ‘fatwa hati’ disamping ‘bertanya’ sendiri kepada Allah s.w.t. melalui istikhoroh.
Fikirlah semasaknya, insyaAllah ada jalan untuk semua itu. Moga Allah permudahkan segalanya…(^^,)
Akhir kalam,
buat para niqobis.
Kalian sudah memilih untuk berniqob dan pastinya masyarakat memandang tinggi terhadap mu.
Hanya melalui pakaian mu itu, Islam dapat disebarkan dan dipandang indah. Dan dengan melalui pakaian mu itu juga, Islam boleh terfitnah. Wallahua’lam.
Kalian sudah memilih untuk berniqob dan pastinya masyarakat memandang tinggi terhadap mu.
Hanya melalui pakaian mu itu, Islam dapat disebarkan dan dipandang indah. Dan dengan melalui pakaian mu itu juga, Islam boleh terfitnah. Wallahua’lam.
.:: Jaga Diri, Jaga Hati, Jaga Iman::.
No comments:
Post a Comment