SaHaBaT FiLLaH

Monday, April 8, 2013

SYoKNYa BuDaK TaRBiYaH...



Enaknya jadi budak tarbiyah..

Ikut usrah, ada jemaah.. 
Hari-hari busy dengan dakwah..
 

Mimpinya mimpi ummat..
Tidurnya lena, subuhnya gajah..

Enak lagi jadi budak tarbiyah..

 
Saban minggu dalam usrah 'dipilih ALLAH'
Subur semangat keluar berdakwah..
 

Liqa' mingguan, tak hadir rasa bersalah..
Kelas ilmu, tak hadir pun tak jadi masalah..

Enak jadi budak tarbiyah..

 
Naqal kata-kata perjuangan..
Syuyukhnya sudah dikira berjuang..
Atur program di pentas sendiri dikira satu islah yang besar..
 
Siapa yg tak hadir dikira keluar dari 'tapisan TUHAN'
Sungguh, tak tahu bagaimana tarbiyah bisa beri kuasa pemerintah sebesar itu?

Enak sungguh jadi budak tarbiyah..
 
Beramal itu hanya mesti pada istilah mereka..
Orang lain kerja bukan cara mereka dikira sia-sia..

 
Nak jadi hebat, ikutlah cara amal yang sama..
Kalau tak, dikata pandai kritik & bercakap sahaja..

Enak sungguh jadi budak tarbiyah..
 
Demi jaga hati, kutuk belakang dikira harus..
Tak perlu bazir masa untuk bicara langsung & jumpa berdepan..
Katanya, masih banyak amal yang perlu dilakukan..
 
Orang biasa buat salah, dipersalahkan..
Orang tarbiyah buat salah, tidak apa..
Bumi mana yang tak ditimpa hujan, kan?

Retorika budak tarbiyah..

Muhasabah..
Monolog peribadi, dari hati sunyi..
 
Menyingkap rahsia tarbiyah disebalik budak tarbiyah..
 
Mentarbiyahkan tarbiyah dalam diri budak tarbiyah..

~Allahu Rabbi~ (*_*)


No comments:

Post a Comment