SaHaBaT FiLLaH

Tuesday, May 7, 2013

GeNeRaL eLeCTioN 13...


Junior sekolahku bertanya,

“Bagaimana nanti? Tok Guru pasti tidak bersama kita lagi kelak.”

Lalu aku jawab perlahan,

“Sandar pada Nabi SAW, Baginda wafat. Sandar pada ulama', ulama' meninggal.

Barulah kita sedar sandaran kita semata-mata pada ALLAH sebaik-baik sandaran. 

Nabi dan para ulama datang sebagai peniup semangat. 

Agar hati kita tidak mati. Agar perjuangan tetap terus. 

Agar Islam terus tertegak, sambung menyambung sampai akhirat.

Mereka akan pergi. Kita pun akan mati. 

Bukankah matlamat kita Syurga Ilahi? Kesenangan dunia tiada erti.

Mereka yang berjuang di jalan ALLAH, tidak pernah kalah di pandangan ALLAH.

Lumrah dunia. Yang benar itu sedikit.”




Pesan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:

“Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.
 
Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. 

Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.

Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaitu kerajaan ALLAH. 

Kita tidak kalah... Cuma belum menang.”

Saya menceritakan rasa sedih PAS tidak memenangi Putrajaya kepada seorang Murabbi.

Dengan tenang beliau menjawab, 

“Itulah tanda perjuangan PAS di landasan yang betul.”

Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil.


Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin.


Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan ISLAM dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Kita berjuang kerana ALLAH, bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa.

Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita.

Jika Salahudin Al-Ayyubi memeriksa solat malam tentera mereka, adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?

Perjuangan ini masih panjang. (^_^)

No comments:

Post a Comment