SaHaBaT FiLLaH

Wednesday, May 8, 2013

VeRSuS...

“Bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke SEJADAH, dari tepi JALANAN ke SUJUD menghadap Tuhan.”

VERSUS. Dengan erti kata lain. Perang dengan diri sendiri sebenarnya. Mengisahkan turning point Minn Edina dan Ashraff Omar.

Susuri bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus mengubah haluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah.

Bacalah jika anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insyaALLAH!

Bila baca sinopsis, agak macam cerita cinta. But of course, as expected from Hlovate, it’s not just about that love thing. 

It’s more than that. Really inspiring! (^_^)

Highlight dalam novel ini, tentang definisi BAIK.

“Bro, macam mana nak jadi baik?”

“Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan ALLAH itu baik.”

“Beriman dengan ALLAH tu macam mana?”

“Apabila kita buat semua yang ALLAH suruh & kita tinggal semua benda yang ALLAH larang, then that is baik.”

“It’s not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It’s about masuk ke dalam ISLAM secara total. Then THAT is baik. 

Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi. Dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi. 

Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup baik lagi.

Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi.

Kena fikir balik. Dengan  sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik?

Macam mana pulak kalau baju tu form-fitting & selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher, nampak anak rambut.Tak jadi la tu. 

Maknanya selagi tak embrace ISLAM tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu.” 

**********

Kisah Minn Edina dan Ashraff Omar yang mencuit hati saya. Hidayah ALLAH, tiada siapa boleh menduga.

“Still looks like the ol’cool Ed’Sassin.” 

Ashraff Omar terpana saat dia mengetahui identiti mentornya yang sebenar.

Minn Edina yang difikirnya ‘kolot’ + ustazah kuno + konservatif ternyata suatu ketika pada zaman silamnya ialah Ed’Sassin of Wrath.

Siapa yang tidak mengenali Ed’Sassin? Tabik spring aku!

Gadis itu awek Sun of Wrath + adik pada Ked Flop of Wrath.

Superskater yang famous dengan tailspin yang merupakan trick peliknya. 

“I was one of you fans, you know. Still am.” ~Ashraff Omar~

“Drop dead. Sambung la projek kau sorang-sorang!” ~Minn Edina~

 **********

“Kita makan?”

Minn merenung jam. “Zuhur dulu kut. Dah pukul 2 ni.”

AO terkedu. Zuhur? Dia menelan air liur.

“Err, you pergi la. I cari port.”

Minn senyum sinis. “Uzur ke?”

AO sengih kelat. Isy… ustazah ni. Ustazah ke? Aku dah la aci tenggelam timbul je bab sembahyang ni. Mahu terkial-kial aku. Alamak ai…

“I teman you turun bawah la.”

“Bukan nak suruh teman, nak suruh SOLAT!” Minn dah berlalu dulu.

Everybody passes numerous paths along the road of life.
There’s always a dilemma when it comes to choosing.

Ilham Sanubari,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
~Hlovatefans~
(08052013)

No comments:

Post a Comment