SaHaBaT FiLLaH

Sunday, August 25, 2013

SYuKuR...


22 Ogos 2013... (^_^)

"Alhamdulillah, sabar itu indah! Tidak ternilai harganya saat kita disapa sentuhan 'tarbiyyah' daripada ALLAH." 

Surely ALLAH knows what's best for us, and He has got a whole load of things planned.

Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal = Kejayaan. Inilah konsep yang sebenarnya, yang perlu kita fahami serta mengaplikasikannya. Seiring dengan syariatullah & sunnatullah.

"Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya."

Hakikatnya, KEGAGALAN itu mampu bertukar menjadi KEJAYAAN andai diterbalikkan.

Allahu Rabbi, setiap ujian & musibah yang menimpa kita, pasti ada hikmah yang berlaku disebaliknya. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Ternyata, kasih sayang-NYA mendahului daripada kemurkaan-NYA!

"Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah..."

"Ya ALLAH, betapa banyaknya nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-MU namun masih ramai dalam kalangan kami yang ingkar & kufur (tidak mensyukurinya)."

Ampunkan dosa-dosa & khilaf kami, Ya ALLAH...

Benarlah kalam-MU yang termaktub dalam Al-Quran:

"Maka nikmat Tuhan-MU yang manakah yang kamu dustakan?"

Betapa banyak pengulangan ayat ini yang terakam dalam Surah Ar-Rahman. ALLAH ingin memberi peringatan bagi hamba-hambaNYA yang sentiasa berfikir.


Hidayah itu hak milik ALLAH... (^_^)

Fikiranku menerawang jauh, mengimbau kembali memori beberapa hari yang lalu.

"Kak, seksinya dia dulu. Teruknya perangai dia. Nasib baik ALLAH dah bagi petunjuk, dia dah berubah," adik usrahku berceloteh sambil menunding jari ke arahnya.

Aku sekadar melihat pada 'si dia' yang diceritakannya sebentar tadi.

"Adik, sebaik-baiknya kita ucapkan Alhamdulillah berbanding nasib baik. Adik suka tak kalau orang lain ceritakan aib (keburukan) adik pada kawan-kawan?" tanyaku padanya.

Dia sekadar tersenggih malu-malu. Sekadar menggelengkan kepala.

"Jangan menilai seseorang dari kisah silamnya. Lihatlah perubahan positif dia sekarang. Bantulah orang yang ingin berhijrah, bukan dengan cara menghukumnya," kataku sambil tersenyum.

Ku lihat adikku menganggukkan kepalanya, tanda dia setuju.

"Jangan hina, tegur cara baik. Rasulullah SAW tak ajar kita menghina kan? Jaga aib orang, insyaALLAH, aib kita pasti ditutup oleh ALLAH di akhirat kelak," tambahku lagi.

Senyuman terukir di wajah adikku. Alhamdulillah, dia memahami apa yang ingin ku sampaikan.

Kita hanya mampu menyeru & berdoa, selebihnya serahkan segalanya kepada ALLAH. Kerana ALLAH yang pegang hati-hati hamba-NYA. DIA mampu membolak-balikkannya.

Rasulullah SAW juga bersedih kerana Abu Talib tidak memeluk Islam sehingga akhir hayatnya, walaupun bapa saudaranya sentiasa melindungi Baginda SAW daripada ancaman Kafir Quraisy'.

Ini kerana, hidayah itu hak milik ALLAH!

Bersyukurlah kepada ALLAH, andai saat ini kita masih diberi peluang untuk mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu: nikmat IMAN & ISLAM.

"Alhamdulillah..."

"Allahumma a'inna 'ala dzikrika wa syukrika, wa hussni 'ibadatik."

 Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(25082013)
KL, Malaysia

No comments:

Post a Comment