SaHaBaT FiLLaH

Thursday, August 1, 2013

LaiLaTuL QaDaR...


CONTENGAN JALANAN...@Hlovate (^_^)

Mata jatuh pada tafsir al-Quran di tangan.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" [al-Mu’minuun 23:115]

Kepala diangkat. Mata pandang depan. Nafas dihela panjang.

Sebagai manusia, kita ada hak untuk mencari. Cari makna hidup. Cari makna kepada makna hidup. Cari makna kepada perasaan. Cari makna kepada pegangan.

Dan cari makna kepada Ramadhan.

Bukan hendak meletakkan definisi Ramadhan itu pada masjid mana yang hendak dijejak, pada imam mana yang nak dikejar, pada Quran yang dibaca itu dalam iPhone, iPad, Tab, Note, kertas biasa, kertas seribu warna, kertas papyrus atau apa.


Tapi untuk meraikan keseronokan Ramadhan.

Untuk buat perasaan berkejar-kejar mencari kebaikan itu makin berkobaran. Hanya untuk dibuat alat, bukan untuk dibuat matlamat.

Macam dalam hal solat, Allah bukan nak tanya berapa puluh masjid yang kita dah pergi, tapi Allah tanya sama ada solat itu sempurna atau tak, regardless kat mana. 


Baik di istana,baik di masjid harga berjuta, baik di tepi jalan on the way dari Bandung ke Jakarta, baik di bawah tangga kerana lari sekejap dari kuliah Dr. Svetlana Rashkova.

Siapa yang nak keluar statement berani mati cakap solat kat 10 masjid lagi sempurna dari solat kat 1 masjid? 

Bukan reputasi masjid tu yang bagi weight pada pahala, kecuali masjid-masjid yang Rasulullah dah sebut dalam hadith. Tak ke?

Dan kadangkala cepat betul kita rasa kita ni best kalau dah masuk Ramadhan hari ke 10, dan kita dah baca sampai Juz 12. 


Agak kurang makna jugak la kot kalau kita hanya baca waktu bulan Ramadhan tu je tapi bulan yang lagi 11 tu baca alif-ba-ta pun tak berbunyi, tak ke? 

Betul, Ramadhan ni kalau boleh kita nak pulun buat ibadat. Tapi dah tu, bulan lain takkan nak tinggal ibadat, concentrate buat maksiat?

Kalau cakap kat budak Form 1 pun dia tau kot bab prinsip Nombor Negatif. Kalau +5 tambah dengan -5, final result jadi 0. Tak ada makna. Rugi la kot. Sama jugak dengan ibadat Ramadhan.


Ustaz-ustaz yang kat masjid tu jenuh la bagi ceramah sampai serak-serak suara untuk mengingatkan kita jadi hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani.

Kena ingat niat ibadat itu lillahi ta’ala, bukan niat kerana-bulan-ni-la. Tapi tak juga bawak maksud yang bulan di patut dibiarkan sia-sia. Tambah-tambah dah nak masuk fasa final lap ni ha.

Dia paling pandang orang sebelah. “Dah masuk malam 10 yang last dah ni.”

“Hmm.”

“Macam mana bunyi doa tu?”

“Doa mana?”

“Ala….yang Pak Imam sebut hari tu. Yang dia suruh baca waktu malam 10 last tu.” Berkerut dahi Fend. Serius tak ingat! Bila aku tertelan semut?
 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى 

Tanpa angkat muka dari buku K² mengucapkan.

“Uiks? Dah hafal?” Kening Fend terangkat sebelah merenung K². Kagum sekejap.

K² memandangnya sekilas. “Ni ha tengah baca.” Pinggir bibirnya terangkat sebelah.


Reported by `Aishah (RA): I asked: "O Messenger of Allah! If I realize Lailat-ul-Qadr (Night of Decree), what should I supplicate in it?'' He (peace be upon him) replied, "You should supplicate: Allahumma innaka `afuwwun, tuhibbul-`afwa, fa`fu `anni (O Allah, You are Most Forgiving, and You love forgiveness; so forgive me).'' [At-Tirmidhi]

Fend buat muka. Ingatkan dah hafal siap. Tergugat rasa sekejap tadi. Tak aci weh, kalau K² dah hafal tapi diri sendiri tergagap lagi kat allahumma tu je.


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى

Sekali lagi K² mengulang sambil tutup buku.

“Weh, dah hafal sungguh?” Bulat mata Fend.

“Dah.” K² muka tak berperasaan.

Muka Fend balik cemberut. “Sampai hati kau tinggal aku makan debu.”

Haha. K² gelak je. “Sebaris je kot.”

“Maksud? Baca sikit.” Fend memanjangkan leher nak baca dari buku di tangan K² tu.

"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba-hamba-Mu, lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."


Fend angguk dengan mulut kumat-kamit mengulang.

Tiba-tiba rindu pulak dengan Ramadhan kat Sydney. Bibir mengukir senyum segaris di bawah sedar. Mata jatuh pada dua keping gambar yang dikepil di kulit belakang sketchbook perang tu. 


Gambar dia dan Chad dengan The Three Sisters jadi latar belakang. Dia pandang pula gambar kedua. Gambar dia dan K². Juga berlatarbelakangkan The Three Sisters.

Nafas panjang ditarik. Senyum sekali lagi menarik pinggir bibir. Tak kisah la kat mana sekalipun, Fend.


Ruh Ramadhan tu bukan bertanda di tempat semata. Ruh Ramadhan tu lekatnya di hati. 

Kalau hati mahu, ruh tu boleh dirasai di mana-mana. Palinglah ke mana, jejaklah ke mana, menapaklah ke mana, masih bumi Allah juga. Tak gitu?

Pap. Pahanya ditepuk perlahan.

“Jom,gerak.” K² merenungnya dengan kening terangkat. “Nak pergi iktikaf ke dak ni?”

Senyum melebar jadi sengih .Betul, bumi mana pun masih milik Allah juga. Dan di antara langit dan bumi itu pun segalanya milik Allah juga. Termasuklah hati-hati manusia yang ada di antara keduanya.

“Lagi tiga saat kau tak bergerak, aku tinggal.” K² dah melangkah. Boleh pulak nak buat gaya patung batu kapur tengah-tengah orang bercakap.

Haha. Fend bingkas bangun. “Sampai hati kau nak masuk syurga, pi tinggal aku?” Saja.

“Dah tu? Sampai hati aku ajak masuk syurga kau tak nak?” K² pandang ke belakang sekilas dengan sengih selamba.


Fend sengih. Kena sebijik dengan K².

Mari buru Lailatul Qadr. May Allah bless!


 atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(01082013)
~hlovatefans~

No comments:

Post a Comment