SaHaBaT FiLLaH

Friday, August 2, 2013

aL-KaHFi...


Tangan kiri menggosok mata yang kelat di belakang cermin mata. Mata separuh terpejam. Tangan kanan tengah pegang suapan nasi.

Dia kalau bab-bab bangun sahur ni memang kalah sikit. Tapi di gagahkan juga suap nasi ke mulut. Nak rebut berkat sahur kot! 

Hening je pagi subuh unit pangsapuri dua bilik tu.

Tangan kemudian menggagau cari botol kicap di depan piring telur goreng. Baru nak dicodongkan botol Cap Kipas Udang tu ke 45 darjah, cepat ditepis-tahan orang sebelah. 


Mata yang tadi separuh buka, luas terus. Dia pandang K² yang sama tengah pegang botol kicap di tangannya tu.

“Kot ye pun nak kicap, perlu ke potong line sampai gini?” Fend buat muka.

K² hanya angkat kening sebelah. “Kot ye pun nak kicap, takkan nak tonggang masuk air?” Monoton dia balas balik.

Huh? Fend kalih pandang pandang botol kicap. Memang muncung botol jauh sasaran ke nasi. Sah hampir air sahurnya jadi teh-O-kicap.

“Lain kali mata tu bukak.” K² lepas tangan dari botol Kipas Udang. Dia kembali sambung suapan.

Fend alih muncung botol kicap ke arah nasi. Kali ni mata dah bukak luas-luas.

Sekali lagi sepi ambil ruang. Masa yang berlalu hanya bertanda dengan piring telur goreng yang makin licin dan nasi yang makin berkurang di pinggan.

“Hari kesepuluh dah.” Fend menutur tiba-tiba.

Angguk. Suapan terakhir.

“Cepat sangat rasanya.” Fend pandang pinggan nasi yang dah kosong.

Angguk lagi.K² kemudian capai mug teh. “Hari ni Jumaat. Jangan lupa shopping. Rugi kalau lepas.”

Giliran Fend pula mengangguk. “Thanks.” Sebab ingatkan.

K² perlahan meneguk air. “Macam biasa? 50-50?” Minta kepastian.

“Macam biasa. Dua.” Fend mengiakan. “Kau nak shopping tang mana?”

“Buat sekarang la senang. Online je.” K² letak mug ke bawah. Kemudian terus capai telefon bimbit di sebelah sila. 

Fend ikut buat laku sama. “Aku transfer untuk sumbangan iftar Gaza-Syria.” Hujung jemari mula buka apps Maybank2u.

“Aku transfer untuk Tautan Kasih Ramadhan Malaysia then.” Fend turut buka Maybank2u di skrin telefonnya.

Ingat baju je boleh shopping online? Sekarang pahala pun senang je nak shopping online, tahu?

Favourite 3rd Party transfer dicari. RM50 dimasukkan sebagai jumlah. Itu je yang mampu untuk dia dan K² setakat ni nak menyumbang. Jadi la. Tak banyak, sikit. Tak sikit, banyak. RM50 untuk setiap charity pilihan. 

Dia bayar RM25, K² tambah lagi separuh untuk setiap satu charity. 

Duit yang selama ni simpan sikit-sikit sebelum masuk Ramadhan untuk ‘dilaburkan’ dengan dividen yang confirm 700 kali ganda. 

Tambah-tambah hari ni. Penghulu segala hari di dalam Penghulu segala bulan. Jumaat. Moga berkat. Amin.

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya sehingga 700 kali lipat, kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk-Ku, dan aku yang memberikan balasan kepadanya, kerana dia telah menahan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” 

Suara imam surau taman baca hadith riwayat Muslim tu kembali terngiang di telinga.

“Done.” K² letak kembali telefon di tangan ke tepi sila.

“Weh.”

“Hmm?”

“Jumaat, kan?”

K² sengih. Tau dah budak ni nak cakap apa.

“Kahfi jangan lupa.” Serentak mereka bersuara.

Haha. 
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(02082013)
 ~hlovatefans~

No comments:

Post a Comment