SaHaBaT FiLLaH

Tuesday, July 9, 2013

RiNDu...


"Andai jiwa RAPUH, mohon kuatkan diri dengan TAHAJUD."

Allahu Rabbi, tersentap! (*_*)

Mutiara kata ini sangat 'berbekas' di hatiku. Bagaikan 'menyentap' tangkai jantungku.

Seringkali aku mengeluh, betapa lemahnya IMAN saat mujahadah, melawan NAFSU.

Mohonlah kekuatan daripada-NYA agar kita sentiasa istiqomah dalam melaksanakan perintah-NYA dan sentiasa melakukan kebaikan.

Ini kerana, IMAN kita sentiasa berubah, sama ada akan bertambah ataupun berkurangan.

Itu juga bergantung pada sejauh mana amalan yang kita lakukan sepanjang mengharungi kehidupan duniawi ini. Sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan di akhirat kelak.

Teringatku akan nasihat sahabatku:

"Kita sebagai pejuang ISLAM, tidak boleh meninggalkan AL-QURAN & sentiasa melazimi TAHAJUD untuk menguatkan kekuatan rohani."

Benar kalammu, sahabat! (*_*)


Aku rindu, rindu, rindu saat itu... Untuk bermunajat bersama DIA. 

Untuk menikmati kemanisan beribadah hanya pada-NYA di saat keheningan malam, iaitu waktu manusia lain masih beradu di tempat tidurnya.

Untuk memohon keampunan serta maghfirah dari-NYA, lantaran diri ini sentiasa tidak terlepas dari diselaputi dengan dosa dan maksiat.

Berdoa dan terus berdoa agar umat ISLAM sentiasa dibawah naungan rahmat-NYA serta bersatu padu, menentang musuh ISLAM yang sentiasa berusaha untuk memporak-perandakan kita.

Moga ALLAH berikan kemenangan buat Presiden MESIR, Dr. Morsi dan Ikhwanul Muslimin semula untuk menerajui ardhul kinanah.

Tidak lupa, buat saudara MUSLIM kita di PALESTINE, SYRIA, ROHINGYA dan seantero dunia.

Moga ALLAH sentiasa menguatkan kalian. Hebat sungguh IMAN kalian dalam menghadapi ujian dari-NYA! Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

Moga ALLAH kurniakan kemerdekaan yang hakiki buat rakyat PALESTINE di sana, yang selama ini menjadi mangsa 'pelarian' di tanah air sendiri, serta mangsa kekejaman Israel laknatullah.

"ALLAH salurkan NUSRAH-MU buat kami."  

Sesungguhnya, DOA itu adalah senjata orang yang beriman!

Akhirul kalam, selamat menyambut RAMADHAN KAREEM... (^_^)

Ilham sanubariku,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(09072013)
~Teratak Indah Mahligai Kasih~

No comments:

Post a Comment