SaHaBaT FiLLaH

Thursday, July 18, 2013

RaMaDHaN...


Before Ramadhan... (^_^)

"Dear RAMADHAN, please, can you hurry up!"
~Sincerely, Muslims~

Now, 9 Ramadhan...

Hari demi hari silih berganti.
Beberapa minggu lagi, hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tiba.

Baru seminggu berpuasa, sudah bergema lagu raya rancak dimainkan di corong radio.

Aduh, sedihnya bila memikirkan 'penyakit' yang menimpa masyarakat, ummah masa kini.

Bak kata My BFF (Best Friend Forever) a.k.a. @anna_mishi:

"Rebut LAILATUL QADAR, bukan LAILATUL KAMDAR. 
Mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita, siapa taw kan?" 

Mereka lebih fokus pada persiapan baju raya, pelbagai juadah + hidangan kuih raya, duit raya, menghias perabot di rumah berbanding menyediakan 'bekalan' keimanan di akhirat sana.

Ingat! DUNIA ini sekadar tempat persinggahan sementara.

Untuk 'menuai' amalan soleh yang bakal menentukan nasib kita di AKHIRAT kelak, sama ada kita bakal menikmati SYURGA atau pun mendapat azab seksaan api NERAKA.


Check TAQWA kita! Jom kita muhasabah sejenak.

"If you haven't opened the QURAN since LAST Ramadhan, if you haven't prayed since LAST Ramadhan then WATCH OUT! You may be a RAMADAHAN MUSLIM!"

Tepuk dada, tanya IMAN, bukan selera!

Adakah IMAN kita semakin hari, semakin bertambah?

Atau semakin berkurang? Alaa, IMAN still di takuk yang sama je?

Jom kita melakukan anjakan paradigma yang baru!

Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka buat kita. DIA rindukan rintihan hambaNYA.

Akhirul kalam, jom kita 'tadabbur' seketika kalam ALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertaqwa..." {AL-BAQARAH: 183}

Syurga ALLAH itu mahal, selayaknya kita diuji olehNYA dahulu, sebelum berjaya meraih ketaqwaan, martabat yang mulia di sisiNYA.

Jom rebut maghfirah (keampunan) ALLAH selain meraih malam LAILATUL QADAR!

Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
{18072013}
~Teratak Mahligai Kasih~
KL, Malaysia (^_^)

No comments:

Post a Comment