SaHaBaT FiLLaH

Wednesday, November 7, 2012

iSaBeLLa, Ku MiLiKi...




Seindah namanya, Isabella bukanlah peribadi yang asing dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol, terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam & Kristian di bandar Cordova, bandar sejarah tercantik Sepanyol.

Membaca setiap rentetan kisah Isabella yang penuh dramatik berbaur tragik ini bagaikan membawa kita menelusuri segenap sudut & tempat peninggalan sejarah kegemilangan Islam di Cordova.

Ia mengingatkan kita pada istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova & juga taman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.

Isabella. Lama ana menatap novel inspirasi rohani ini. 

Alhamdulillah, sekian lama ana “mengidam” akhirnya novel ISABELLA berjaya dimiliki. Seriously, rasa macam tak percaya.

Betapa susahnya mencari karya kreatif penulis tersohor ini, Maulana Muhammad Saeed Dehlvi. Paling teruja, ana dapat beli masa karnival di PKP, USIM.

“Dah lama saya cari novel ni, Alhamdulillah tak sangka boleh jumpa akhirnya,” ana meluahkan pada seorang pak cik a.k.a. penjual.

 “Ucapkan Alhamdulillah kepada ALLAH,” kalam pertama meniti di bibirnya.

“Terima kasih sebab beli novel ini, anak dah tolong pak cik berniaga. Ibarat jihad fi sabilillah. Tolong sesama Muslim,” sambung pak cik lagi sambil tersenyum.

First time ana tahu ‘kewujudan’ novel Isabella ini, saat ana membaca novel ‘Perempuan Lindungan Kaabah.’

A novel based on a COMPARATIVE STUDY OF ISLAM & CHRISTIANITY.

Bukan sekadar novel cinta yang mampu mengkhayalkan jiwa kita.

Alhamdulillah, baiknya ALLAH. Tambah lagi koleksi novel tarbiyah ana.

“Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?” {Ar-Rahman: ayat 13} 


TEASER ISABELLA... ^_^


Cahaya HIDAYAH ILLAHI tidak pernah diduga akan menembusi benteng kukuh gereja, telah menyapa hati seorang gadis Kristian yang kemudiannya bangkit berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan IMAN di hatinya.

Suatu kisah dramatik yang bertunjangkan niat yang tulus, ilmu yang benar & pimpinan yang hak menjadikan perjuangannya lunak, indah tanpa mengorbankan akhlak mulia, walau dibebani ujian yang tidak kurang hebatnya.

Segala-galanya dipaparkan melalui novel inspirasi rohani, kisah perjuangan seorang gadis dalam ISABELLA.

Isabella sudah pun menemui keabadian ‘cinta’ melalui kembara keimanannya. Beliau sudah menemui cinta yang tidak ada bandingan dan gantinya. 

Bagaimana pula dengan kita? Tepuk dada, tanya IMAN.

"ALLAH tak uji kita kalau tahu kita tak mampu." Jadi setiap kali keinginan kita pada sesuatu @ seseorang rasa di uji, maknanya kita mampu. 

~ALLAH uji kita sebab DIA sayangkan hambaNYA. Ujian yang "BESAR" istimewa buat hambaNYA yang "HEBAT" Imannya~
  
 Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah (^_^) 

No comments:

Post a Comment