SaHaBaT FiLLaH

Saturday, November 17, 2012

aiSHiTeRu...


Aishiteru... I love ALLAH... ^_^

Di dalam kesibukan kita, seringkali kita lupa sesuatu iaitu memeriksa cinta pada ALLAH. 

Kita yakin bahawa kita sudah dan sedang mencintai ALLAH, namun kita jarang memeriksa benarkah kita memiliki rasa cinta itu?

Kekadang kita terlalu ghairah melakukan sesuatu yang lain sehingga terlupa bahawa cinta kita pada ALLAH belum sekukuh mana. 

Ia sekadar di fikiran kita bahawa kita ini cukup ibadah, cukup terima kasih, cukup ingat, cukup khusyuk, cukup cinta pada ALLAH. 

Namun kita tidak cuba periksa rasa cinta itu.

Di manakah tahap rasa cinta kita pada ALLAH SWT? 

Sejauh mana kita mampu berserah menerima segala kehendak ALLAH SWT untuk apa jua keadaan dan perkara samada kecil atau besar.

Marilah kita periksa cinta kita. Jom check IMAN kita!

1. Diam dan tenang.
2. Sedar ke ALLAH ada bersama kita?
3. Rasakan, adakah rasa cinta kita pada ALLAH?
4. Ada... Jika ada sebanyak mana?

Rasakan kasih sayang pada pasangan suami isteri, anak-anak, ibu bapa, sahabat handai atau harta benda yang kita miliki.

Mana lebih terasa rasa sayang itu?  

Rasakan terus kasih sayang kita kepada ALLAH.

Jika tiada sekelumit rasa cinta terhadap ALLAH, mohonlah dengan bersungguh:

"Ya ALLAH, ajari aku untuk mencintaiMu Ya ALLAH agar aku dapat rasakan cintaMu Ya ALLAH. Terima kasih ALLAH." 



Pernahkah kita merasakan sangat 'jauh' dari rahmat ALLAH? Sedangkan hakikatnya, ALLAH itu sangat 'dekat' dengan hambaNya.

Adakah kita rasa GEMBIRA, itu bermakna kita sangat 'AKRAB' dengan ALLAH?

Adakah kita rasa SEDIH, itu bermaksud kita sangat 'TERASING' daripada ALLAH?

Setiap manusia diberi UJIAN, mengikut kemampuan masing-masing. 

Di atas jalan dakwah ini, kita akan melalui proses MENTARBIYYAH & DI TARBIYYAH.

Kita tak dapat lari dari rasa letih, sedih, gelisah, lemah semangat, kecewa kerana ini CABARAN yang kita perlu hadapi bertepatan dengan lumrah manusia.

Jangan sedih dan mudah putus asa dengan rahmat ALLAH.

Tanya IMAN kita, sejauh mana tahap KETAQWAAN kita padaNya?

Semoga dengan adanya cinta kita pada ALLAH akan menambahkan keyakinan kita padaNYA dan ia akan meningkat dari wajibul yakin --> ainul yakin --> haqqul yakin. 

Moga dengan KEIMANAN CINTA kepada ALLAH mampu membuatkan kita tenang di saat kita mempertahankan iman walaupun diletakkan pisau di leher.

Alhamdulillah, Ya ALLAH atas nikmat ISLAM & IMAN.

''Dan hanyalah kepunyaan ALLAH-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan memberi balasan kepada orang-orangyang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik." {An-Najm: 31}

"Kau kata kau cintakan hujan, tapi kau bukakan payungmu dari rintik-rintik hujan.

Kau kata kau cintakan matahari, tapi kau cari tempat berteduh dari kepanasan.

Kau kata kau sukakan angin itu, tapi kau tutupkan tirai tingkapmu dari angin yang menderu deras.

Ini yang membuatkan aku takut, jika kau katakan kau cintakan aku juga."

{William Shakespeare}

Cinta, bukan sekadar ucapan.
Tetapi, ekspresi hati yang menghidupkan.

Hari ini, kita katakan kita cintakan ALLAH & RasulNya,
Adakah itu hanya sekadar ucapan di bibir? Apa kata HATI & IMAN?

Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah

No comments:

Post a Comment