SaHaBaT FiLLaH

Sunday, October 14, 2012

iBRaH NiGHTWaLK...

  
"Dan DIA yang menghamparkan bumi & menjadikan gunung & sungai diatasnya. Dan padanya DIA menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan, DIA menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda kebesaran ALLAH bagi orang-orang yang berfikir." {Ar-Ra'd : ayat 2}

Alhamdulillah, Praise to ALLAH.
 
Sekian lama tidak menjejakkan kaki ke dalam hutan, akhirnya ana berpeluang "nightwalk" walaupun awalnya hampa, tiada rezeki mendaki gunung kerana faktor cuaca hujan. (*_*)

ALLAH sahaja Maha Mengetahui isi hatiku, pelbagai perasaan bercampur-baur. Takut, gelisah, cuak, berdebar-debar menguasai sanubari. Firstly, rasa tak confident nak join "nightwalk", terutama memikirkan kemungkinan besar diri akan dihinggapi "pacat".

Gelinya dengan makhluk ALLAH ini.

Berkat hasil dorongan & semangat sahabat ana, Hafsah & Mardiah, akhirnya ana usaha untuk menggagahkan diri, mengharungi segala cabaran "nightwalking" malam ini. Pacat? Small matter.

Setelah hampir 3 jam "nightwalk" di hutan, akhirnya kami berjaya tiba di destinasi terakhir. Berita gembiranya, Alhamdulillah, seekor "pacat" tak berjaya melekat pada diri kami (maybe berkat minyak but-but). Syukran jazilan, Nabihah atas idea yang sangat bernas.

Manusia hanya mampu berikhtiar, selebihnya ALLAH yang berhak menentukan takdir. Banyak ibrah (pengajaran) yang ana dapat melalui aktiviti "nightwalk", bukan sekadar berjalan kosong.


Bukan hanya setakat dapat menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan ILLAHI, bahkan kami berpeluang tafakkur & muhasah seketika. Inilah masanya untuk kita release tension sambil berzikir.

Zikrullah. Hati hanya mengingati DIA. Khaliq (pencipta) kita.

"...orang-orang yang beriman & hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram." {Ar-Ra'd : ayat 28}

Bayangkan, disaat kita keseorangan, siapakah orang pertama yang akan muncul di fikiran kita? Ibu bapa? Rakan taulan? Mengapa mesti manusia yang akan kita meminta pertolongan?

Kenapa bukan ALLAH, yang terlintas dihati kita saat kita kesusahan?

Lupakah kita pada Tuhan yang berhak memberi ujian untuk menguji keimanan kita?

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." {Al-Baqarah : ayat 286}

Jangan terlalu berharap pada manusia, kelak diri kita akan kecewa.

Letakkan harapan & tawakkal kita sepenuhnya pada ALLAH. Hanya DIA.

InsyaALLAH DIA akan mengurniakan secebis kekuatan kepada kita untuk mengharungi samudera kehidupan.


Mengapa mesti takut pada kegelapan yang melingkari dimensi segenap hutan belantara?

Mengapa tidak takut pada "kegelapan" hati kita yang diselaputi dengan buih-buih dosa & maksiat kita sendiri?

Itulah manusia, hakikatnya mudah takut pada zahirnya sesuatu tanpa mempedulikan isi batinnya.

Ingatlah sahabatku, ILMU itu AN-NUR (cahaya) & cahaya tidak akan masuk meresapi ke dalam hati yang bergelumang dengan maksiat.

Renungan buat DAIE, yang mengaku dirinya jundullah,

Apabila DAIE tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlahlah ISLAM kerananya dan runtuhlah DAKWAH ditangannya.

Kejayaan DAKWAH itu bukanlah terletak kepetahan seorang DAIE itu berhujah, bukanlah jua kehebatan seorang DAIE itu dengan aktif berorganisasi dakwah, tetapi hakikat sebenar terletak pada KEIKHLASAN & KEBERSIHAN HATINYA.

Waspadailah hati kita selalu agar ia terselamat daripada kekotoran nafsu yang menipu.

Andai kata kita memandang remeh hal ini, maka tidak mustahil kita salah satu faktor yang menyumbang keruntuhan dakwah Islam itu sendiri.


Sanggupkan kita? Layakkah kita iktiraf diri sebagai JUNDULLAH?

Kekotoran hati yang disaluti maksiat mampu memusnahkan dakwah Islam dengan menghitamkan kesucian jiwa pendakwah. Oleh sebab itu, kemenangan masih belum berpihak pada umat Islam.

Tanya pada diri sendiri, kenapa kadang-kadang mad'u susah menerima dakwah kita?

Adakah sebab ALLAH belum mengurniakan hidayah buatnya? Tidak mustahil, seruan dakwah kita terhijab lantaran "istiqomah"nya kita melakukan dosa-dosa kecil mahupun besar. 


 Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah (^_^)

No comments:

Post a Comment