SaHaBaT FiLLaH

Wednesday, January 1, 2014

LiFe iN SHoRT...


1 Januari 2014... (*_*)

Saban tahun, silih berganti. Kini, 2014 menjelma tiba.

Pelbagai memori suka duka yang kita telah lalui sepanjang 2013 pasti tersemat dalam sanubari.

Bak kata orang, kebiasaannya tahun baru wajib ada AZAM yang baru.

Betul ke? Perlu ke?

Persoalan yang penting ialah, sejauh manakah tercapainya AZAM yang dulu?

Sudah tertunaikah AZAM tersebut? Kejayaan atau kegagalan yang kita perolehi?

Allahu Rabbi, sebulan kini telah berlalu.

Suatu dulu, aku pernah berazam untuk update blog setiap hari.

Sudah lama ku membiarkan blog ini 'usang' seketika. Sepi.

"Sibuk sangat semester ini!" Rasa nak nanges je!

Al-maklum ini semester yang terakhir sebelum kami menjalani Latihan Industri (Praktikal) nanti.

Sibuk dengan assignment, presentation & thesis yang menjadi 'nightmare' semua Final Year.

Itulah alasan yang sering ku berikan, kenapa tak sempat untuk update blog.

Walhal, ALLAH telah kurniakan masa 24 jam kepada kita semua. Semua sama. Tak ada yang lebih atau kurang daripada 24 Hours, bukan?

Kenapa dia sentiasa boleh update blog? Sedangkan kau tak mampu?

Hakikat yang sebenarnya ialah kau yang sangat 'malas'! Sentiasa beri sejuta alasan.

Eh, kau? Bukan ke 'aku' yang 'malas' update blog?

Refleksi diri, check IMAN kita.

Gulp!!! Memang terasa. Rasa nak tampar pipi je.


Life In Short...

"Maka nikmat TUHANMU, yang manakah engkau dustakan?"

ALLAH telah 'merakamkan' ayat pengulangan ini sebagai peringatan buat kita, ayat-ayat cintaNYA yang termaktub dalam Surah Ar-Rahman.

Say Alhamdulillah, kerana ALLAH telah memberi peluang kepada kita untuk bertaubat kepadaNYA.

Ternyata, kasih sayangNYA mengatasi kemurkaanNYA!

Keampunan ALLAH sentiasa 'terbuka' buat kita, hambaNYA yang dhoif, yang sering alpa dek terlalu mencintai dunia, lantas menghanyutkan kita dalam "mimpi nan indah" sehingga lupa pada akhirat yang kekal abadi.

Kembalilah kepada TUHAN! Bertaubatlah kepadaNYA, cubalah untuk meraih cintaNYA nan abadi, lebih-lebih lagi di saat Tahajjud.

ALLAH itu Maha Pengampun & Penyayang. DIA tidak pernah zalim pada kita.

Walhal, kitalah yang sentiasa "menzalimi" diri kita.

Datanglah kepadaNYA, walaupun bersama sebuih lautan dosa & maksiat 'menyelubungi' jiwa kita.

Jangan bersedih, duhai hatiku. Yakinlah dengan janji ALLAH!

ALLAH pasti akan memberi maghfirah (keampunan) kepada kita, dengan syarat kita bertaubat nasuha, taubat yang sebenarnya bukan dusta semata-mata.

 Bak kata Inche Gabbana@angelpakaigucci: 

"Apa erti 2014 buat saya?

Ia beerti saya semakin dekat dengan mati."

Gulp. (*_*)

Tersentap tak, beb? Bro & sis, sila tanya IMAN korang.

Kata orang omputih, "Life in short..."

So, kita mesti laa enjoy masa muda-muda ini.

Kerana apa? Hidup kan cuma sekali!

Rugi laa kalau tak menikmati keseronokan sepenuhnya sebagai remaja. (^_^)

Itu ke yang ISLAM ajar pada kita?

"Setiap  kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipis waktu pengampunan ALLAH terhadapku, semakin dekat hari perhitunganku..." {Abu Hurairah R.A.}

2014, the beginning of new year.

May ALLAH bless our journey throughout this life.

Grab the chance to seek ALLAH's love.

Never fear for a change plan the best for ourselves.

Strive for excellent! Bittaufiq ma'an najah fil imtihan.

May ALLAH ease everything for us, Ameen. #Thesis #FinalExamSem7


Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@mardhotillah
(01012014)
USIM, Nilai.


No comments:

Post a Comment