SaHaBaT FiLLaH

Thursday, October 17, 2013

PeDuLiKaH KiTa?



Duduk dengan housemate. Depan TV. Menghadap pinggan mi segera. Baru dimasak. Lepas tiba di rumah tadi.

TV terpasang keluar muka almarhum Saddam. Berganti dengan protes jalanan ke atas Ariel Sharon. Berganti dengan klip budak-budak nak pergi sekolah di Palestin dikejar dengan peluru hidup.


Imbauan Perang Teluk. Bersambung dengan klip lama ulasan Colin Powell dan Margaret Thatcher tentang perubahan dinamik dan politik Timur Tengah.

Refleksi tentang kronologi berita dunia Islam rupanya.


"Kita hidup dalam fasa world history yang sangat significant." 


Housemate pandang pinggan sebelum kembali pandang muka Saddam di TV. 

"Too much has happened in such a short span of time."

Aku angguk. Garpu kuis mi segera di pinggan. Betul. Terlalu banyak. Dan semuanya terlalu poignant.


"Kita hidup di zaman humanity macam tak ada makna."

"Kita saksi sejarah. Kita sebahagian dari sejarah."

Skrin TV kini tunjuk klip imbauan konflik Iraq dan Iran.

"Kalau ALLAH panjangkan umur, dan ALLAH rezekikan untuk ada anak cucu sendiri nanti, diorang akan belajar sejarah hari ni." Housemate masih pandang TV.

Skuad tentera tengah berkawad atas skrin TV. Yang lelaki muka bersarung topeng hitam.Yang perempuan pun sama di belakang. Teguh. Gagah. Aku yang tiba-tiba naik seram. Mi segera aku kunyah lambat-lambat.

"...dan diorang akan tanya: 


'Eh, atuk dah ada kan masa zaman tu? Dah besar, kan? 

Masa zaman Iraq dengan Afghanistan kena serang... zaman Bosnia dengan Chechnya... masa zaman Palestine mula kena kepung dengan dinding batu tu... masa zaman yang ramai-ramai kena bunuh kat Rabaah... Rohingya pun... 


Masa tu atuk tengah buat apa?"
 


Monolog housemate aku tak habis lagi rupanya.

Aku pandang muka dia.

"Atuk tak buat apa-apa nak tolong ke?'


Mi segera di langsung rasa terlekat di tengah anak tekak. Aku terus nak cari air. Tak ada. Terlupa. Air tak bawa dari dapur. Tercekik. Dan salah sendiri.

"Atuk duduk rumah tak buat apa-apa ke masa tu?" Masih dia tak habis dengan hypothetical questions 'cucu'nya.

Penembak soalan membunuh betul bakal cucu housemate aku ni nampaknya. Terasa macam garpu mi segera di tangan tu ditikam ke dada dan kemudian dipulas selagi mahu.

Kemudian dia sendiri diam. Terbunuh dengan soalan hypothetical sendiri mungkin. Aku memang awal-awal lagi dah terkorban. Atau, tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Mungkin hanya mampu jawab:


Atuk dapat pergi rally, protes, dan bantu di alam maya dengan sebarkan semua ketidakadilan dan kezaliman. Dan boikot. Tu je yang atuk dapat buat. Dan doa." 

Dia kembali buka mulut dengan dahi berkerut pandang TV.

Berdesing terus telinga. Bila didengarkan balik jawapan tu disebutkan begitu untuk menjawab soalan mencabar sebegitu, memang bunyi lame dan lembik semacam.


Walaupun rasa itu yang dah habis gagah untuk dibuat. Seorang cucu pastinya mahu atuknya itu seorang hero pahlawan gagah setara Ultraman, bukan? Bukan hero papan kekunci pengunyah koci semata.

"Dan mungkin cucu tu akan balas balik lepas terdiam, 'uh...tu je?'." Housemate tarik nafas dalam-dalam.

Kami terfikir benda yang sama rupanya.

"Dan tak mustahil je dia akan cakap, 'Kenapa atuk tak pergi tolong? Mesir tu mungkin la jauh. Tapi Burma, Thailand tu dekat je dengan tempat kita, kan?

Riwayat aku tamat terus dengan soalan headshot tu.
Reflection, has to be followed by action

dan jujur, rasa nak banjir untuk diri sendiri.

@[Hlovatesays]

Original post: https://www.facebook.com/hlovatehood/posts/617945898256409



Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@mardhotillah
(18102013)
~Hlovatefans~
 


No comments:

Post a Comment