SaHaBaT FiLLaH

Wednesday, May 16, 2012

NakBaH PaLeSTiN 15 Mei...


ALLAH SWT berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 yg bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk ALLAH (agama Islam itulah petunjukeyg benar". Dan demi sesungguhnya jika kau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah kau akan peroleh dari ALLAH (sesuatu pun) yg dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Nakbah adalah kalimah Bahasa Arab yang bermaksud malapetaka atau bencana besar. Nakbah Palestin (يوم النكبة - Hari al-Nakbah) pula merujuk kpd penubuhan negara haram Israel yg telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. British dan PBB sebenarnya juga turut bersubahat!

Pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis telah bertindak mengusir lebih drp 60% rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yg wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dlm lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri dari ditembak.

Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yg kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun semua resolusi ini ditolak oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.


Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan:

1. Rejim Zionis terus melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90% dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian kiblat pertama umat Islam dlm rangka mereka meng”yahudikan” Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al-Aqsa dan mendirikan kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang Palestin yg tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang tua, kanak-kanak malah wanita yang hamil lagi sakit turut ditahan.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak Palestin dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah hanya peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 kilometer di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sbg penjara yang terbesar di dunia.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ia tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sendiri.

Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah.

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di sanalah letaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj, Tanah Suci umat Islam yang ketiga yang juga merupakan bumi para Nabi.

Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang Palestin atau orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dlm menyelesaikan masalah ini.
Ayuh saudara seIslamku sekalian, kita kembalikan keizzahan dan kedaulatan Islam tercinta ini!

BEBASKAN PALESTIN!!! ALLAHU AKBAR!!!

No comments:

Post a Comment