“Ukhti, ana mencintai ukhti,”
perlahan suaranya, matanya berkaca.
“Maaf, ana tidak percaya,” jawab
ukhti itu bersahaja.
“Kenapa?”
“Selain sanadnya tidak menurut
Rasulullah SAW, penuturnya juga tidak mutawatir, tiada perantaraan sahabat, Cuma
enta sahaja. Oleh itu, cinta enta tarafnya daif.”
“T___T”
********************
Jadilah realistik. Ini bukan filem
islamik 7 petala cinta.
Jika anda menghormati nilai Muslimah
ukhti yang anda ingin sunting menjadi pendamping, anda akan terus meminta orang
tengah yang anda thiqah atau terus berjumpa walinya.
Tiada penangguhan berjanji 2 tahun
akan datang baru hendak berjumpa walinya, tiada bibit-bibit menjerat hati satu
sama lain, tiada adegan “kau bakal zaujahku yang akan melahirkan zuriatku.”
Kerana anda tahu & anda sangat
memuliakan standard ukhti yang ingin anda sunting ini.
Perasaan yang cantik itu ALLAH
simpan untuk suaminya, bukan untuk kamu & anda tahu, belum ada ketentuan
dari ALLAH andalah pemiliknya.
Anda tahu bahawa anda akhi yang
ditarbiyyah. Anda menjaga standard anda.
Dan akhawat yang benar tinggi
standardnya, dia menguruskan urusan Baitul Muslimnya mengikut tinggi
standardnya itu. No Coupling Session For It!
Urusan BAITUL MUSLIM bukan urusan
main-main.
Dan buat pasangan yang sudah
dipersetujui kedua belah pihak ibu bapa (semestinya yang bukan tunang main-main
ataupun guna istilah jatuh hukum jadi tunang orang tanpa sengaja video Ustaz
Azhar Idrus itu tapi sebenarnya tengah cari tiket bercouple).
Yang sudah ke tahap keseriusan
hubungan ingin berkahwin berserta cadangan tarikh walimah & sokongan
keluarga, saya mendoakan, moga ALLAH permudahkan urusan antum.
Tahu
dalam hati itu bergoncang betapa strugglingnya antum menahan gejolak
hati, moga ALLAH mudahkan, moga. Ameen.
“Cara untuk belajar menjadi isteri terbaik
hanyalah melalui SUAMI. Cara terbaik menjadi suami terbaik hanyalah melalui
ISTERI, TIDAK BISA MELALUI PACARAN!
Pacaran hanya mengajar bagaimana
menjadi pacar terbaik, BUKAN suami atau isteri terbaik.” ~Ustaz Didik
Purwodarsono, Buku Saatnya untuk Menikah~
Sekadar ingatan & nasihat,
buat diri sendiri (yang sekarang & akan datang), serta sahabat-sahabat :
Buat yang sudah punya suami atau isteri serta anak, setialah pada pasangan & didiklah anak mengikut acuan Al-Quran, lillahi Ta'ala.
Buat yang sudah bersuami atau beristeri, teruslah bercinta hingga ke syurga & tidak mencari serta memandang yang lain, lillahi Ta'ala.
Buat yang sudang bertunang, jagalah diri & bersabar dalam mencari ilmu rumah tangga, lillahi Ta'ala.
Buat yang sudah ada calon tapi masih belum sedia melangkah, jagalah hati & perbaiki amal terus dan terus, lillahi Ta'ala.
Buat yang masih sendiri, janganlah cemarkan diri dalam hubungan yang sia-sia, berbaktilah pada ibu bapa & teruslah bercinta dengan ALLAH, lillahi Ta'ala.
Janji ALLAH itu pasti. Yakinlah bahawa ALLAH sudah sediakan yang terbaik buat kita.

Tinggal
kita saja, mahu jadi yang terbaik atau tidak, kerana ALLAH atau tidak? Tidak
bertemu di dunia, di syurga itu pasti. ~Nur Maizan Nazmal~
Mantapkan
muwasafat tarbiyah dalam pembinaan individu muslim yang sejati.
First thing first : “Be the best FARDU MUSLIM, you can build a great BAITUL MUSLIM.”
First thing first : “Be the best FARDU MUSLIM, you can build a great BAITUL MUSLIM.”
No comments:
Post a Comment