ISTIQOMAH
@ FUTUR?
Sindrom aktivis dakwah:
“Malaslah
nak join usrah, asyik-asyik program, qiam.”
Bila masa aku nak study ni?
“Aku
pelik dengan kau, kenapa kau sanggup ‘buang masa’ dengan meeting &
aktif berorganisasi dakwah? Tak letih
ke?”
“Mak
ayah hantar kau ke universiti untuk BELAJAR! Bukan BERDAKWAH!”
Argh,
tensionnya! *_*
Pasti kita pernah merasainya bukan?
Pelbagai
ujian & halangan pasti mengugat KEIMANAN kita.
Sejauh manakah kita mampu
ISTIQOMAH dalam perjuangan dakwah ini?
Kita
diberi pilihan, maka kita juga yang berhak memilih keputusan.
Tersentap
aku saat membaca kalam hikmah sang Murobbi yang ku kagumi:
“Kita
mesti menyedari bahawa bahtera perjuangan Islam ini adalah bahtera yang teguh,
bahtera yang kuat, bahtera yang tidak tenggelam & bahtera yang dipelihara
oleh ALLAH.
Cumanya
ALLAH jadikan perjalanan bahtera ini dikelilingi lautan yang banyak gelombang
& yang banyak ribut taufannya.
Ada orang tidak tahan lalu mabuk dalam bahtera ini.
Ada orang tidak tahan lalu mabuk dalam bahtera ini.
Ada
orang yang tidak sabar, nampak pulau terus terjun untuk berenang sendirian, maka
putuslah di tengah perjalanan.
Hanya
mereka yang sabar, istiqamah akan kekal bersama bahtera ini.”
Adakah
aku termasuk dalam hambaNya yang tercicir?
Adakah
aku terpilih dalam golongan yang ISTIQOMAH dalam berjuang menegakkan syiar
Islam?
Kita
tak nak buat dakwah ni? Dah bosan untuk perjuangkan tarbiyah ni?
“Kalau
aku tak berdakwah pun, ramai lagi orang yang MAHU & LAYAK.”
ISLAM
memang tak rugi TANPA kita.
Sebab
kalau kita tiada, ISLAM tetap boleh berkembang tapi…
Kita
yang akan RUGI kalau memilih untuk BERHENTI daripada berjuang.
Nak FUTUR kan? No problem!
Confirm
ALLAH akan gantikan dengan hambaNya yang jauh lebih baik dari kita.
“Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara
kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak ALLAH akan mendatangkan
suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, & bersikap
lemah-lembut terhadap orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang
kafir, yang berjihad di jalan ALLAH, & yang tidak takut kepada celaan orang
yang suka mencela. Itulah kurnia ALLAH yang diberikanNya kepada siapa yang Dia
kehendaki. Dan ALLAH Maha Luas (pemberiannya) Maha Mengetahui.”
{Al-Maidah, 5:54}
Tepuk dada, tanya IMAN kita. ^_^

Wahai jiwa-jiwa yang ditarbiah!
Tapi yang belum pasti, adakah kita
tinggi peribadi untuk memikul amanah suci?
Kita asyik berjaga malam untuk liqo' & gerak kerja dakwah tapi terlepas qiamullail & tahajjud.
Kita kuat berjuang tapi kurang mentadabbur al-Quran.
Kita banyak bertazkirah & berceramah tapi zikir tak tau ke mana?
Kita teguh jihad menegak ISLAM tapi kering-kontang agamanya.
Kita hanya pandai bercakap tapi jauh sekali fahami & berfikir tentang hakikat & cara sebenar yang ALLAH mahukan.
Kita banyak berbuat dosa yang terbuat tanpa sedar, tapi jarang sekali bertaubat.
Kita hanya pandai amar ma'aruf tapi kadang-kadang subuh selalu lambat.
Kita banyak bercakap tentang soal ikhlas & khusyuk tapi riak menguasai diri.
Aduh hinanya diri, adakah layak di gelar jundiNYA di akhirat nanti?

Diri ini sangat takut jika mengatakan
segala pengorbanan yang dilakukan hari ini akan menjadi debu berterbangan tiada
erti.
Sahabatku, serulah orang lain di samping kita islahkan diri sendiri.
Sahabatku, serulah orang lain di samping kita islahkan diri sendiri.
We do too little DAKWAH,
Too little TARBIYAH,
And too much JAHILIYYAH,
Yet we expect to enter JANNAH???
Coretan Kasih: atikah_humairah@wehdatul_fikrah
No comments:
Post a Comment