SaHaBaT FiLLaH

Thursday, August 9, 2012

uKHWaH FiLLaH...

 ~Luv u fillah, ukhti~

Hati. Mudah benar tersentuh. Mudah benar berubah.

Hati tiba-tiba diuji dgn ragu. Keraguan pada ukhwah. Sejak sekian lama menjaga kepercayaan ni, Allah menguji keikhlasan, ohh,, terasa kepercayaan pada sahabat makin lama makin luntur. 

Kembali tertanya-tanya, apa maksud "ukhwah fillah" yang aku canang-canangkan selama ini sebenarnya? Aku faham tak sebenarnya... Lantas, cepat benar Allah membantu hambanya, baik benar Allah, Pantas pandangan menangkap:

Hak-hak dan kewajipan ukhuwah.

1. Ukhuwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah.
              
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya".

Teman baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab:

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut. 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini". (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

 ~Friendship 4ever~

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya".

4. Ukhuwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: 

(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
(2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, 
(3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
(4) Apabila dia bersin,bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit,
(5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya
 
(6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya". (Hadis riwayat Muslim).

 ~Sahabat sejati dunia akhirat~ (^_^)

5. Ukhuwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu

Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air".

Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan jauhlah permusuhan". (Hadis riwayat Bukhari Muslim).

6. Ukhuwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat". (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda: "Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis riwayat Muslim).

 ~Saya sayang awak kerana Allah~ (^_^)

Maka sebenarnya, salah aku yang tak memahami kepentingan dan maksud ukhuwah itu sendiri. Bukan semudah bicara di lafaz, namun hati akan berat di uji. 

Allah mengetuk hati membuat jiwa zikir, akal fikir akan sedalam-dalamnya kehebatan Allah dalam meminjamkan sahabat-sahabat terbaik, bantuan dalam menuju-Nya, Maka zalimlah andai aku yang mengkhianati.

Dugaan yang makin menambah keyakinan untuk menjadi sahabat terbaik buat sahabat-sahabat...

Ya Allah, terima kasih... (^_^)

Sahabat, maafkan saya, saat meragui ukhuwah ini, terasa macam mengkhianati diri sendiri, ikrar dan lafaz perjuangan dalam erat genggaman tangan serta doa beriringan. 

Saya harap ukhuwah ini membantu kita menuju Allah dan menambah takwa, itulah ertinya Ukhwah Fillah  sebenar-benarnya.

Biar hati digoda dunia, jangan sampai iman ternoda. Dunia! jangan kau usik hati-hati kami! ya Allah, bantulah kami menjadi hamba yang taat kepada-Mu.

 ~Ya Allah, tautkanlah dan thabatkan hati kami di atas jalan juangMu~

Wirid Rabitah:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. 

Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. 

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".

"Apa Ertinya Saya Menganut Islam- Fathi Yakan"

3  Peringkat ukhwah; 
  1. Ithar (melebihkan sahabat berbanding kepentingan sendiri)
  2. Salamat al sodri (berlapang dada)
  3. Husnul zhon (bersangka baik)
Dan Ithar adalah kemuncak ukhuwah...

Nota Ramadhan: ~Jom cari Lailatul Qadar~ (^_^)

Saturday, July 7, 2012

SWeeT LoVe...

~Cinta Tidak Harus Memiliki~
Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya.

Bukan sebagai kekasih, tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci, pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah.

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah...”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kearah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. 

“Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman Al-Farisi.  

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!” ujar Salman Al-Farisi.

Cinta memang tak harus memiliki…(^_^)

 ~Memburu Keredhaan Ilahi (Mardhotillah)~

Kisah 2:

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib.
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri.

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu. 

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya.

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu.

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu.”

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW.

Cinta memang tak harus memiliki…(^_^)

~Cinta itu fitrah manusia~

Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada Harakah Islamiyyah itu.

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. 

Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama.

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an.”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu. Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit. Daripada wanita bumi.

Cinta memang tak harus memiliki...(^_^)

 ~Cinta High Class : Mencintai ALLAH melebihi segalanya~

Kisah 4: 

Lelaki ini adalah Khalifah ke-empat, setelah Usman bin Affan.

Dia memandang seorang budak perempuan di rumah seorang sahabatnya. ‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu.

Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu, Thalhah.
 Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud:

“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa...” 

“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.”

Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. 

Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri Nabi yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, 

“Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..

“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.” (QS Al-Azhab : 53) 

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya puteri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.

‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. 

Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…(^_^)

Pada Salman Al-Farisi..
Pada Mu’awiyyah Abu Sufyan...
Pada Sayyid Qutb...
Pada Thalhah...

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad nikah diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu!!!

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita...

Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka...

Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik. Lebih dari segala-galanya. Dibanding wanita itu yang pernah dicintainya.


Monday, July 2, 2012

LoVe LeTTeR...



Ya Allah..
Jadikanlah diri ini penghafaz Quran yang sejati dan hakiki..
Sebagai penyejuk mata..
penawar hati setiap insan di muka bumi..
Agar kehadiran ku di dunia ini bermakna..

 Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri..
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi..
Dengan alunan ayat2 suci yang sentiasa bermain di bibir, telinga dan hati...


Lantas itu..
Ku pinta padaMu Ya Ilahi..
Agar di saat-saat akhir hayatku..
 Alunan kalamMu yang mengakhiri pemergianku..

Ya Allah..
Aku tahu bahawa Al-Quran itu adalah milikMu..
Aku tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami hambaMu..
Aku tahu Engkau berhak mengambilnya bila2 masa yang Engkau khendaki..

 
Hanya satu yang ku pinta..
 Engkau bantulah kami dalam menjaga kalam suciMu..
Jua bantulah kami untuk mengamalkannya..
Agar kami menjadi Penghafaz kalamMu yang sejati..

Sering diri ini tertanya-tanya..
Sudahkah Al-Quran menakluki jiwaku?
Menjadi kekasihku, buah hatiku yang tiada bertepi? 

Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih aku damba?

Pernahkah aku rasakan Al-Quran itu teman sejati?
Adakah impianku sekadar satu ilusi dalam fantasi..


"YA ALLAH, jaga hati ini, aku seringkali tertawa melupakan akhiratMU,
Kurangkan ketawa ku, kurangkan bicara ku yg tidak menyebut namaMU."

Rasulullah SAW seringkali berdoa :


"Ya ALLAH, Berikanlah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kepada ENGKAU sebelum air mata ini habis."
 


Walau payah..meski susah..
Aku yakin pengakhirannya Indah..

inginkan mutiara selamilah lautan,
inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
inginkan kejayaan relailah pengorbanan.."


يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ 
 
Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi engkau dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga,

يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ 
 
Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari engkau mati, bahawa engkau akan mendapat pengampunan,

يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ 
 
Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu.

  
~ LOVE LETTER dari ALLAH...
~ Pengubat jiwa yang sedang gusar...
~ Pengubat hati yang sedang gelisah...
~ Penghubung kita dengan DIA, sampai bila-bila...

p/s : RUGILAH jika AL-QURAN mahal dan cantik dibeli, tetapi hanya TERSIMPAN RAPI di dalam almari dan laci... AL-QURAN itu NUR (Cahaya), FURQAN (Pembeza antara baik dan buruk) dan AZ-ZIKR (Peringatan)...
♥♥

:: Bila SAAT TERAKHIR kamu membaca Al-Quran? ::

~Atikah_Humairah@Wehdatul_Fikrah~ (^_^)

Sunday, July 1, 2012

iNJuSTiCe FoR a MuSLiM...


Injustice For A Muslim. Why???

Because he is a 'MUSLIM...'

Saudara SeISLAMku.. Mari kita fikirkan tentang hak kita sebagai umat Islam di dunia kini.. 

Penganut ISLAM sentiasa ditindas oleh non-Muslim.. ISLAM seringkali dilabel sebagai agama terrorist..

Dimanakah keadilan yang sepatutnya menjadi hak milik kita semua? Marilah kita bersama-sama berdoa agar ISLAM terbela di muka bumi ini..

I'm proud to be a MUSLIM...(^_^)












Friday, June 15, 2012

iSLaM WiLL WiN! iBRaH DaRi PeRaNG TaBuK...

  •  Perang yang sukar kerana cuaca yang panas dan terik. Tempat yang jauh, tak macam perang biasa. 
  •  Perang orang Islam dengan orang Rom.
  •  Ada beberapa sahabat yang tidak ikut berperang.
  • Sahabat berebut nak serahkan harta. {Saidina Abu Bakar bagi semua harta serta Saidina Umar bagi separuh harta.}
  • Perang tak jadi walaupun pada awalnya, tentera muslimin bersusah payah.

~PERKARA PENTING~ : Susah payah, tapi perang tak jadi? 

ALLAH tidak pandang natijah (result) kerana ALLAH yang memegangnya. ALLAH tahu perang dengan tentera Rom takkan berlaku, ALLAH tahu tentera Rom mahukan perjanjian damai.

ALLAH tahu apa yang akan dilalui oleh tentera Muslimin, ALLAH tahu siapa yang akan berusaha, ALLAH tahu niat setiap usaha hambanya.

Jadi… Apa yang ALLAH mahu lihat? Kemenangan di Perang Tabuk? Tentulah bukan dan bukan..!!! Sebab kalau itu yang ALLAH mahukan... KUN FAYAKUN, dengan sekelip mata tentera Muslimin akan menang dengan mudah…

TETAPI...ALLAH mahu lihat yang ini ----> "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (29:2)

UJIAN...itu yang ALLAH mahu berikan dan itu yang ALLAH nilai. ALLAH melihat effort, pengorbanan, kesungguhan, alasan, keikhlasan, dengan ALLAH turunkan perintah berperang. 


Bagaimana kamu menghadapinya???
Mari membumi sedikit (^____^)... Apa perkaitannya dengan kita??? 

Cuba anda lihat sekeliling anda, ada seruan amal? 

Ada peluang buat kebaikan? Ada offer kerja Fisabilillah? 

Ada atau tiada? Mesti, surely dan pasti ada... 


~contoh yang mudah~ 
  • A: Jom pergi masjid.
  • B: engkau pergi dulu, besok inshaALLAH belum tentu aku sampai.
Bagaimana anda menghadapinya? Apa alasan anda?  

Mahu sahut atau mahu tolak? Tepuk dada, tanya iman...


"Tidaklah sama antara mu’min yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan ALLAH dengan harta mereka dan jiwanya.”

ALLAH melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk dengan satu darjat.

Kalau anda sudah menjadi pelaku-pelaku itu. Maka Syabas!!! Teruskan melangkah dengan gagah dengan niat hanya kerana ALLAH. 

Kalau belum, jadi tunggu apa lagi??? Rebut-rebut peluang yang ada! Masih belum terlambat, jangan kira natijahnya kerana ALLAH tidak lihat itu. TAPI ALLAH lihat USAHA KAMU!!!


~Final Exam Mood~ (^_^) Bittaufiq ma'an najah fil imtihan!!!

I'm waiting for finish 5 exam paper: Malaysian Studies + Qawaid Fiqhiyyah + Fiqh Munakahat + Mabahith Adillat Al-Ahkam + Elektif ICT.. 

Alhamdulillah, ana dah selesai m'jawab 3 subjects : Akhlak Tasawwuf + Creative Thinking Problem Solving + Islamic Family Law {subjek paling killer!!!} ~29 June : I will return to my hometown, Pahang...(^_^)~

*atikah_humairah@wehdatul fikrah* Chaiyok2!!! Aja2 fighting!!!

{tribute: Mujahidah Hanisah, Wan Nur Najwa, Nurul Azyan, Syafiqh Azmi, Mohd Asri 4 editing artikel SPMM... Barakallahu fikum...}


Wednesday, May 16, 2012

NakBaH PaLeSTiN 15 Mei...


ALLAH SWT berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 yg bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk ALLAH (agama Islam itulah petunjukeyg benar". Dan demi sesungguhnya jika kau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah kau akan peroleh dari ALLAH (sesuatu pun) yg dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Nakbah adalah kalimah Bahasa Arab yang bermaksud malapetaka atau bencana besar. Nakbah Palestin (يوم النكبة - Hari al-Nakbah) pula merujuk kpd penubuhan negara haram Israel yg telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. British dan PBB sebenarnya juga turut bersubahat!

Pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis telah bertindak mengusir lebih drp 60% rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yg wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dlm lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri dari ditembak.

Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yg kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun semua resolusi ini ditolak oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.


Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan:

1. Rejim Zionis terus melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90% dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian kiblat pertama umat Islam dlm rangka mereka meng”yahudikan” Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al-Aqsa dan mendirikan kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang Palestin yg tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang tua, kanak-kanak malah wanita yang hamil lagi sakit turut ditahan.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak Palestin dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah hanya peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 kilometer di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sbg penjara yang terbesar di dunia.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ia tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sendiri.

Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah.

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di sanalah letaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj, Tanah Suci umat Islam yang ketiga yang juga merupakan bumi para Nabi.

Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang Palestin atau orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dlm menyelesaikan masalah ini.
Ayuh saudara seIslamku sekalian, kita kembalikan keizzahan dan kedaulatan Islam tercinta ini!

BEBASKAN PALESTIN!!! ALLAHU AKBAR!!!