SaHaBaT FiLLaH

Friday, September 19, 2014

iSTiKHaRaH CiNTa...



“Siapakah bakal imamku? Aku akan terus menanti dirimu sehingga saat kita bakal dipertemukan,” akhawat A telah meng‘update’ status terbarunya di ‘mukabuku’ dengan penuh pengharapan, agar ALLAH akan memakbulkan doanya. Mesej reminder daurah daripada naqibahnya tidak dihiraukan.

“Siapakah bakal makmumku? Aku tidak akan serahkan hatiku selagi tidak termeterai lagi Ijab dan Qabul dilafazkan di hadapan walinya,” ikhwah B ‘post’ status terbarunya di ‘kicauan’ Twitternya, tanpa menghiraukan usrah yang perlu dihadirinya pada malam ini.

Allahu Akbar! Inikah para du’at yang ingin berjuang menegakkan kalimah ALLAH?

Inikah para du’at yang mengaku dirinya sebagai pejuang agama-NYA yang telah berbai’ah untuk menegakkan Daulah serta Khilafah Islamiyyah? 

Tanpa USRAH, gerenti JEMAAH itu akan REBAH! 
 
Ingatlah bahawa USRAH itu adalah tunjang utama TARBIYYAH, DAKWAH, SIASAH.

Usah bicara soal cinta andai diri kita belum bersedia!

Usah ‘gedik’ dan ‘terkinja-kinja’ bicara soal Baitul Muslim andai gerak kerja dakwah dan tarbiyyah tidak ‘sehebat & serancak’ saat kita berdiskusi soal cinta!

Jangan biarkan khayalan dan angan-angan mahligai cinta bisa ‘meruntuhkan’ serta ‘melambatkan’ gerak kerja dakwah kita.

Hey, bro & sis! Please hurry-up wake-up from dream! Ummah di luar sana, masih ramai yang memerlukan kita (du’at) untuk ‘merawat’ masalah yang menimpa mereka.

Spread the beauty of ISLAM! That’s our obligation as a dai’e!

Soal cinta dan jodoh, usahlah risau! Yakinlah dengan takdir ALLAH, bahawa bila tiba masa dan waktunya, pasti dikau dan si dia pasti dipertemukan oleh-NYA.

Andai bukan di sini, di dunia ini, usah bersedih! Yakinlah bahawa ALLAH akan menjodohkan dirimu bersama ‘bidadara/bidadari-NYA’ kelak di Syurga-NYA. 

“Jika membentuk INDIVIDU MUSLIM itu Perjuangan, BAITUL MUSLIM itu juga satu PERJUANGAN!” ~Kalam Sang Murabbi~

Mana mungkin perjuangan ini bisa dimenangi oleh kita yang gemar berfantasi dan bermain-main? Berimpian besarlah, wahai DAI’E!!!



********************************


Ketika Cinta Bertasbih… (^_^)

Duhai sahabat, jangan resah andai saat ini tiada lagi yang ‘menyunting’ dirimu. Bukan kerana dirimu tidak ‘laku’ tetapi ALLAH masih ingin mengurniakan dirimu pahala yang banyak bercurah-curah, saat dirimu berpeluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapamu.

Yang lebih utama adalah ALLAH masih ingin memberikan waktu kepada kita untuk terus memperbaiki kelemahan diri kita, di samping memantapkan ilmu rumah tangga.

Usah bersedih andai ikhwah pilihanmu tidak sudi menerima lamaran dirimu, bukan kerana dirimu tidak ‘layak’ untuk menjadi ‘sayap pejuang’ ikhwah tersebut tetapi ALLAH ingin menggantikan dengan ikhwah yang lebih SOLEH daripada dirinya.

Tapi itulah, perancangan manusia hanya mampu merancang tapi perancangan ALLAH pastinya jauh lebih HEBAT! 

Bersangka baiklah dengan aturan takdir yang telah ALLAH tentukan buat kita, hamba-NYA yang serba dhoif, lemah tidak berdaya. Surely HE knows what’s best for us!

Sahabat, usah terus berduka. Mari kita teruskan BERDOA!

ALLAH itu Maha ADIL, lagi Maha BIJAKSANA.

Yakinlah bahawa tidak akan pernah tertukar tulang rusuk kita. “Si Dia” telah ALLAH tuliskan sejak di Luh Mahfuz sana.

Pujuklah hati, tenangkan jiwa dengan semakin dirapatkan diri kepada-NYA.

Seperti mana indahnya pesona akhlak yang dapat kita hiasi diri, begitu jugalah ALLAH akan ketemukan dengan sosok peribadi yang indah seperti diri.

Kerana sang soleh itu mahal, hanya layak untuk sang solehah.

Janji ALLAH sentiasa benar! DIA lagi sedang ingin menggantikan ‘seseorang’ yang jauh lebih special, yang akan menyayangi dan menghargai dirimu dengan sebaik-baiknya.

Seperti mana tingginya cintamu kepada-NYA, tinggi itulah akan ALLAH berikan seseorang yang turut mencintaimu kerana-NYA. 


Akhirul kalam, biarlah baitul muslim yang dibina itu mengikat kita dengan PERJUANGAN sehingga ke akhirnya, Insya-ALLAH.


Ilham Sanubariku,
atikah_humairah
(19092014)
~Memburu Redha ILLAHI~