DAKWAH ITU
KASIH SAYANG…
Hatiku cukup hebat bergetar apabila
setiap kali teringatkan ayat chenta dari ALLAH ini :
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan
batu..."
[Surah
At-Tahrim, 66:6]
Apakah aku mampu menjadi ‘benteng’
yang akan menyelamatkan seluruh ahli keluargaku saat di akhirat kelak?
Apakah aku akan dapat berkumpul
bersama orang yang terchenta di syurgaNYA? Yang lebih utama, adakah aku layak
untuk memasuki syurga-MU, Ya ALLAH?
Mata berhabuk. Rasa nak tampar je
pipi. Nanges laju-laju.
Hatiku cukup tersentuh saat membaca
karya nukilan blogger seorang ikhwah, Angel Pakai Gucci a.k.a. Inche Gabbana.
Satu titik persamaan antara kami
ialah berkongsi “ujian” yang serupa. Dia punya mehnah yang tersendiri,
bersesuaian mengikut kemampuannya. Aku juga tidak terkecuali.
Setiap manusia punyai warna
kehidupan mereka masing-masing. Begitu juga dengan pelbagai kisah ujian serta
dugaan yang telah terlakar dalam takdir mereka.
Adakalanya pelangi menyinari
samudera kehidupan kita, tak di lupa juga awan mendung berarak sesekali menyinggahi
di dalam kamus kehidupan kita.
Dunia ini
pasti tidak akan seronok andai hidup kita hanya disulami kisah suka atau duka
sahaja.
Warna-warni ‘mehnah’ itulah yang
akan mengindahkan lagi pelayaran kita di muka bumi ini, di samping dapat
menguatkan lagi keimanan & ketaqwaan kita kepada-NYA.
Siyes, anda tak percaya? Jom
refleksi diri kita. (*_*)
Pernahkah anda berasa kecewa saat
dakwah anda tidak menghasilkan natijah yang baik?
Pernahkah anda berasa sangat sedih
saat mad’u anda masih berkeras hati serta degil, tidak mahu mendengar nasihat
yang ikhlas daripada anda?
Pernahkah anda berputus asa saat usaha
dakwah anda di pandang remeh & diperlekehkan oleh manusia lain?
Pernahkah anda merasa ingin ‘futur’
(lari) daripada menyertai lejen gerabak dakwah & tarbiyyah ini saat
perjuangan anda ditentang oleh orang yang terchenta?
Ya, semuanya saya pernah melaluinya,
mungkin sebahagian atau semua mehnah di atas anda juga pernah menghadapinya,
bukan?
Pernah terdetik di hati ini untuk ‘futur’
seketika daripada medan perjuangan ini.
Bukan hanya sekali tetapi
berkali-kali perasaan itu menjelma, syaitan laknatullah itu sentiasa
membisikkan dalam hati ini agar menyertai golongan al-mutasaqituun (golongan
yang tercicir daripada gerabak dakwah & tarbiyyah).
Kerana apa?
Kerana saya tak cukup kuat
untuk mengharungi ‘badai ombak’ ujian yang melanda diri saya. Iman saya tak
cukup hebat untuk menghadapi mehnah dari-NYA.
Itu zaman dulu, saat saya masih
dibuai dengan angan-angan ‘jahiliyyah’, saat saya masih belum memahami
sepenuhnya, betapa awesomenya dunia dakwah & tarbiyyah ini.
Hidayah dan Taufiq ALLAH itu tiada
siapa yang dapat menduga.
Alhamdulillah, berkat dorongan serta
kesabaran akhawat kesayangan saya, Ukhti Zara & sahabat-sahabat “konferens riang”
serta “bulatan gembira” yang awesome yang sentiasa mendoakan saya, akhirnya
saya terpilih untuk menyertai gerabak dakwah.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Terima kasih, Ya ALLAH kerana telah memilih diriku sebagai pejuang agama-MU
daripada ratusan jutaan manusia di bumi ini.”
Dulu saya sering kali berfikir saya amat
‘lemah’ untuk menghadapi ujian dari-NYA.
Namun, sangkaan saya meleset sekali. Hakikatnya, ujian itu adalah tanda DIA sayangkan kita.
ALLAH itu Maha ADIL dan tidak
pernah menzalimi kita kerana mehnah yang menimpa kita itu sesuai mengikut
kemampuan hamba-NYA.
Tak percaya? Anda pasti pernah
merasainya, bukan?
“Tidak ternilai harganya saat kita disapa
‘sentuhan’ TARBIYYAH daripada ALLAH.”
SINDROM AKTIVIS
DAKWAH…
Ada seorang akhi pernah berkata
kepada saya :
“Sayangnya anak dah cukup solehah,
berjubah & bertudung labuh tapi ibunya bertudung biasa. Enti tak pernah
cuba berdakwah kepada ibu sendiri ke?”
“Apa kata enti cuba berdiplomasi
dengan ibu bapa agar membenarkan enti untuk turun menyertai program dakwah
serta usrah. Lagipun, ini kan pekerjaan yang mulia bukannya kita buat maksiat
pun. Banyak kebaikannya untuk ummah…”
“Ana paling pantang jika ada ahli
kita, lebih-lebih lagi dia pernah menjadi pimpinan, menggunakan keluarga sebagai alasan utama atas
kesukaran serta halangan dia untuk teruskan gerak kerja dakwah…”
Ada seorang ukhti pernah
mencadangkan jalan penyelesaiannya kepada saya :
“Ana ada solusi yang terbaik. Apa
kata enti berbaitul muslim, mudah untuk gerak kerja enti nanti. Tak perlu
susah-payah meminta izin daripada mak ayah…”
Allahu Akbar! Mudahnya ikhwah &
akhawat itu berkata-kata. Seandainya dia berada di posisi saya, pasti dia tidak
akan tegar untuk berkata sedemikian.
Inilah masalah sindrom yang menimpa
sesetengah aktivis dakwah. Mudah memandang enteng pada sesuatu masalah yang
dihadapi oleh sahabat mereka tanpa cuba untuk berusaha memahaminya terlebih
dahulu.
Elakkan mudah ‘bersangka buruk’ sesama
manusia, lebih-lebih lagi sesama ikhwah dan akhawat yang turut berjuang di
dalam gerabak dakwah yang sama.
Lupakah mereka pada rukun-rukun usrah dan hak-hak
dalam berukhwah fillah?
Ingatlah bahawa serendah-rendah
ukhwah itu adalah bersangka baik (HUSNU DZHON) dan setinggi-tinggi ukhwah itu
adalah melebihkan sahabat melebihi daripada keperluan kita, maksudnya adalah berkorban
demi sahabat (ITHAR).
SUKA ITU
ANUGERAH! DUKA ITU TARBIYAH!
Saya memetik beberapa kalam nukilan
daripada entry blogger Inche Gabbana :
“Dan inilah tarbiyah wahai ikhwah
dan akhawat.
Tarbiyah mengajar kita penyelesaian
untuk menghadapi fasa keluarga yang cukup menggugah iman ini bukanlah dengan
kita langsung meninggalkan bulatan-bulatan gembira dan konferens-konferens
riang kita, bukan.
Dan tarbiyah juga telah mengajar
kita untuk tidak berlaku derhaka dan kurang ajar kepada kedua orang tua kita.
Tarbiyah mengkehendaki untuk kita
membuat pilihan yang terbaik antara keduanya, tanpa mengorbankan dan
mengurangkan hak mana-mana pihak. Dan dek tarbiyah juga, kita tahu yang kita
sebenarnya mampu untuk melakukannya.
Benar, bunyinya seperti mustahil
bukan untuk memuaskan hati kedua orang tua, dan pada masa yang sama memenuhi
tuntutan dakwah dan tarbiyah?
Ya, itulah jalan dakwah dan tarbiyah.
Ya, itulah jalan dakwah dan tarbiyah.
Itulah jalan yang sedang anda lalui
dan jalan yang anda mahu terus lalui. Ia jalan yang sumpah panjang dan dipenuhi
dengan onak dan duri, tetapi anda tahu ia jalan yang menuju ke sorga yang
abadi.
"Dan orang-orang yang berjihad
untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.
Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[Surah Al-Ankabut,
29:69]
Jangan sesekali berputus-asa dengan
jalan ini.
Ia adalah jalan perjuangan, maka ia menuntut pengorbanan. Ia jalan
yang penuh dengan onak dan ranjau, maka suka atau tidak, ia pasti akan
melukakan dan mengalirkan darah.
Dan ia jalan yang dipenuhi dengan
tentangan dan cabaran, walau daripada kedua orang tua yang kita kasihi, kerana
itulah sunnah jalan ini.
Kepada anda yang mengalami situasi
yang sama seperti saya, selamat datang ke kelab ini saya ucapkan. Wahahaha..
Ketahuilah, fasa ini tidak mungkin
akan berakhir, sehinggalah anda menghembuskan nafas anda yang terakhir atau
anda berjaya menarik masuk kedua orang tua anda ke dalam gerabak dakwah ini.
Saya belajar melalui jalan yang
keras (Baca: I learn the hard way). Tapi walau apa pun keputusannya,
jangan sesekali pandang ke belakang. Kerana tidak ada nikmat yang lebih besar
daripada nikmat disentuh hidayah dan dipilih pula oleh ALLAH untuk bersama-sama
di dalam saf perjuangan ini.
Manakala kepada anda yang tidak pernah merasakan betapa perit dan azabnya (Ohoi!) terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini, jangan sesekali memandang rendah atau memperlekehkan sahabat-sahabat anda yang sedang bertarung berpolitik dengan ibu dan ayah mereka.”
Manakala kepada anda yang tidak pernah merasakan betapa perit dan azabnya (Ohoi!) terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini, jangan sesekali memandang rendah atau memperlekehkan sahabat-sahabat anda yang sedang bertarung berpolitik dengan ibu dan ayah mereka.”
Ilham Sanubari,
atikah_humairah@mardhotillah
(17072014)
~Mencari Redha Illahi~