SaHaBaT FiLLaH

Sunday, February 24, 2013

TauTaN HaTi...





I’M IN LOVE WITH ‘HIM’ (^_^)

“ALLAH, Kau hilangkanlah tautan hati ini. Jangan biarkan hati aku ini tersentuh lagi. Lenyapkanlah dia dari ingatanku. 

Ya ALLAH, Maafkan aku. Hilangkanlah perasaan ini supaya aku tak malu untuk menghadapMU…”
 
Perasaan cinta itu bukannya kita mahu. Inilah fitrah. 

“Wahai hati, elok-elok berjalan, jangan sakit lagi dan jangan malukan diri lagi depan ALLAH.”

Rindu, sayang dan cinta itu haruslah hanya untuk ALLAH...

Mestilah malu, boleh pula teringatkan dia. Rindukan dia. Eh, pada ALLAH ada perasaan yang sama tak? 

Rasa rindu dan cinta pada ALLAH itu melebihi rindu dan cinta kepada dia tak?

Marilah sama-sama sebut setiap masa:

“Aku cinta ALLAH.. Aku rindu ALLAH...” 

Jatuh cinta itu menyakitkan dan kalau nak sembuh it takes time. Boleh sembuh!

ALLAH kan ada? Luahlah semua. 

Masa rindu pada si dia, tanyalah ALLAH. Kalau perlu, teruskan minta pada ALLAH untuk hilangkan perasaan itu.





Saya pernah dijadikan tempat meluahkan perasaan tentang cinta. 

Dan pernah ada seorang sister ini kata:

Dia takut kalau dia kahwin dengan lelaki lain, dia tak boleh nak cintakan lelaki lain tu macam dia cintakan kekasihnya yang dulu. 

Ya ALLAH, inilah bahayanya cinta.. 

Kamu perlu letakkan cinta kamu pada tempat yang betul. Kalau tak letakkan sesuatu pada tempat yang betul, itukan ZALIM namanya.

Adakah cinta itu boleh dipupuk? Boleh disemai? Tak kenal maka tak cinta kan?

Tak kenal ALLAH, maka tak benar-benar cintakan Dia. 

Jika ada seseorang yang akan hadir dalam hidup kita nanti sebagai kekasih halal maka cuba tanyakan diri, cinta ini kerana nafsu atau kerana ALLAH?

Susahnya kalau nak belajar mencintai seseorang.

Kalau perasaan ini sangat menyusahkan awak, tiada jalan lain. Tanya si dia. 

Then, bersiap sedialah menghadapi sebarang jawapan.

Jangan mudah rasa terharu untuk mencintai dan terus mendambakan seorang yang istimewa. 

Neutralkan hati. Jika mahu terharu, alihkan rasa terharu itu pada ALLAH.

“Ya ALLAH.. Kau Maha Penyayang kerana hadirkan aku sahabat yang sangat baik. Terima kasih ALLAH.. Sayangilah mereka..”

Buku-buku Hlovate sangat banyak mengajar hati saya. (^_^)

Orang perempuan, jika dah jatuh cinta, dia akan sayang sesayangnya. 

Kalau dia jatuh cinta pada seorang lelaki dan itulah cinta pertamanya, dia akan kenang lelaki tersebut sampai bila-bila, selamanya. 

Lelaki itu akan sentiasa ada dalam hatinya.

[Here, saya bangkang habis-habisan dalam hati.. Tipu! Tak semua orang sama~]

Sebab itulah jangan tersalah jatuh cinta.

Jangan jatuh cinta sebelum kahwin. 

Sebab takut nanti tak mampu mencintai suami sepenuh hati.

Didatangkan kisah Asiah. Tika Asiah diseksa oleh Firaun, apa yang Asiah minta?

Asiah minta pada ALLAH sebuah mahligai di syurga dan Asiah tak minta pun ada suami yang soleh temankan dia. Sebabnya, Firaun masih bertakhta di hati Asiah. 

Wallahu’alam, saya dalam dua nak percaya ke tak. (*__*)

Kerana cinta… Perempuan mudah bersimpati, mudah memberi.

Mungkin ramai yang cemuh sikap itu. Tapi dalam diam saya sangat kagum dengan sifat yang ALLAH bagi ini.

Kerana mudahnya sayang, mudahnya bersimpati, mudahnya mengasihani inilah mereka yang ALLAH pertanggungjawabkan untuk menjadi ibu. 

Yang sanggup susah payah bawa baby kehulu kehilir selama 9 bulan. Tak kira betapa sakitnya nak melahirkan seorang insan lagi.

Cumanya, bila semua perasaan halus seorang wanita itu disalah tempatkan, terjadilah kes buang bayi, anak haram. 

Sayangnya semua perasaan itu, kalau boleh dipelihara untuk yang hubungan yang diredhai ALLAH, maka tidak akan ada lagi bayi yang berada di tong sampah, yang dimamah gagak, yang terlantar di longkang.

Jangan lupa, kena berusaha juga untuk jodoh. Jangan hanya tunggu si dia. 

Buka ruang kita dan sentiasalah cakap kat ibu,

“Ibu, doakan anakmu ini dapat teman hidup yang soleh ya.. Yang dapat bimbing anakmu ini ke syurga.. Yang dapat jadi penyejuk hati dan mata ibu.. Doakan ya ibu.. anakmu ini nak seseorang yang cintakanku kerana ALLAH..”

 Ilham Sanubariku,
atikah_humairah@wehdatul_fikrah
(24022013)
~Mardhotillah~