SaHaBaTKu (FoLLoWeRS)

Friday, January 4, 2013

CiNTa iKHWaH aKHWaT...



Orang kata, jika kita mula mencintai, semuanya jadi serba tak kena.

Dari mula mencelikkan mata hingga kepada merenung, berfikir, makan, minum, malahan ketika layar mimpi beraksi, semuanya tentang apa yang dicintai itu...

Tidak keterlaluan jika saya katakan, “magnet” cinta itu terlalu kuat kesannya hingga mampu menarik sesiapa sahaja.

Jadi... Ada apa dengan tajuk entri pada kali ini?

Maaf jika saya benar-benar membuatkan anda pening.

Saya pinta agar anda tenang seketika,

Biarkan nafas dihela agar minda tidak lagi tersisa dengan sebarang raksa,

Saya mulakan ye.

“Kisah cinta Ikhwah-Akhwat”

Bukan dongengan... Tapi itu realiti... (biasa la, selepas kahwin bukan?)

Maaf anda silap…

Ini kisah “benar-benar ” malahan “betul-betul” sama sekali bukan “tipu-tipu”

Tidak percaya?

Anda harus ada rasa sedikit percaya. Agar minda anda akan terus setia membaca dan akhirnya anda akan terus percaya.

Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian,

Manusia sememangnya tidak pernah terpisah daripada fitrah. 

Yang membezakan hanyalah masa dan ketika. Sama ada cepat mahupun lambat. Lain insan lain ragam, lain cara dan lain penerimaan. 

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah cara menerima dakwah dan tarbiyah? 

Adakah cukup hanya rakan-rakan sebagai “booster” nya? Ya atau tidak?

Cuba jika saya jawab Ya. “Dengan ini saya berazam ingin berubah”. “Saya cinta dakwah dan saya berazam ingin ikut program-program tarbiyah”. 

Maaf, buat insan-insan biasa seperti “kami , itu sahaja tidak cukup sebagai “booster ”.

Pasti ada “booster ” yang lebih hebat dan salah satunya adalah “booster ” cinta

Booster ” yang terbukti hebat sepanjang zaman. Kenapa begitu?



Couple Islamik...

Kerap kali kita di dengarkan dengan kisah “couple” Islamik. 

Kita kata, matlamat tidak menghalalkan cara. 

Ya, saya setuju. Dan pada ketika saya mula-mula mengikut program tarbiyah ini, minda saya tidak dapat untuk “mengiakan” penegahan di atas.

Bagi saya, tidak salah bukan... Si A mengejutkan si B untuk bangun tahajud, solat subuh di awal waktu, bangun sahur, puasa, Qiam, study sama-sama di malam hari? 

Tak salah kan? Semuanya tampak baik… Mana ada yang salah.

Bagi menampakkan perhubungan ini halal, tidak keterlaluan jika saya katakan ada di antara mereka akan sanggup bersusah payah mencari “dalil-dalil” agar perhubungan itu benar-benar belaka. 

Antaranya adalah pasangan bertaraf “ustaz ustazah” ataupun “naqib naqibah”.

Mereka-mereka ini  juga semakin dapat merasakan bahawa cinta mereka itu adalah cinta yang benar apabila dapat bangun tahajud hari-hari tanpa tersisa. 

Mereka merasakan iman mereka bertambah setiap hari. Mereka mampu berpuasa setiap minggu. Mereka berasa sangat bersemangat.

Saya tegaskan, sangat-sangat bersemangat untuk buat amal kebajikan. 

Walau hujan sekali mana apa badai menimpa pun. Surau tetap first di hati beb!!!

Lalu,pada suatu ketika setelah lama mengikuti sistem usrah, mereka mula berubah sedikit demi sedikit. 

Ibadah yang dirasakan ikhlas selama ini dirasakan begitu hipokrit sekali. 

Adakah ibadah ini semata-mata kerana manusia? Halalkah dia berbicara seperti itu?



The power of tarbiyah...

Ye ke? Tapi ana still sayang dia la akhi...

Jangan risau. Kita ada tarbiyah. Dan tarbiyah pasti akan menolong anta!

Percayalah! Tarbiyah menjadikan segala-segalanya mungkin. 

Dari sejahat-jahat manusia boleh menjadi sebaik-baik ummat. 

Dari se“sosial”-sosial manusia boleh menjadi se“alim”-alim insan. 

Dengan tarbiyah semuanya jadi tidak mustahil. 

Juga tidak mustahil untuk seorang yang bertudung pendek mulanya ala-ala Luna, atau tidak bertudung ketika di bangku sekolah, memilih untuk memakai tudung labuh akhirnya. 

Semuanya tidak mustahil jika mereka ini terus menerus dan berterusan istiqamah dalam tarbiyah.

Cerita itu bersambung. Dan akhirnya, satu keputusan dibuat.

Aku harus menjaga pergaulan aku!!! Tegas mereka ini.

Kembali berbalik zaman.

Mereka ini, walaupun perubahan pada mulanya itu tampak hipokrit, tetapi akhirnya mampu berubah sebetulnya.

Demi cinta, mereka sanggup berkorban. Demi cinta Ilahi, tautan diputuskan.

Dalam drama, mahupun kisah-kisah yang sangat masyhur. Ramai orang berubah kerana orang yang dicintainya.

Si anak berubah selepas kematian ibu tercinta, Si Suami berubah selepas melihat kegigihan isteri tercinta, Seorang pelajar berazam belajar bersungguh-sungguh demi guru tercinta.

Dan... Seorang da’ie berazam berubah demi ummat yang sangat dicintainya.

Dulu,

Dari mula mencelikkan mata hingga kepada merenung, berfikir, makan, minum, malahan ketika layar mimpi beraksi, semuanya tentang apa yang dicintai itu...

Dulu cintanya adalah cinta manusia...

Kini,

Dari mula mencelikkan mata hingga kepada merenung, berfikir, makan, minum, malahan ketika layar mimpi beraksi, semuanya tentang apa yang dicintai itu...

Cintanya adalah dakwah...

Maka, jangan pernah marah insan bercinta, tetapi nasihati mereka dengan penuh hikmah. 

Boleh jadi “alim” taik kucing yang hipokrit pada permulaan itu, bisa berubah kepada “seorang alim” sebenar.

Sumber Artikel: http://asyrafarique.wordpress.com/2011/06/23/kisah-cinta-ikhwah-akhwat/  

 

No comments:

Post a Comment

 
Copyright© All Rights Reserved http://atikahhumairah.blogspot.com/