SaHaBaT FiLLaH

Friday, June 15, 2012

iSLaM WiLL WiN! iBRaH DaRi PeRaNG TaBuK...

  •  Perang yang sukar kerana cuaca yang panas dan terik. Tempat yang jauh, tak macam perang biasa. 
  •  Perang orang Islam dengan orang Rom.
  •  Ada beberapa sahabat yang tidak ikut berperang.
  • Sahabat berebut nak serahkan harta. {Saidina Abu Bakar bagi semua harta serta Saidina Umar bagi separuh harta.}
  • Perang tak jadi walaupun pada awalnya, tentera muslimin bersusah payah.

~PERKARA PENTING~ : Susah payah, tapi perang tak jadi? 

ALLAH tidak pandang natijah (result) kerana ALLAH yang memegangnya. ALLAH tahu perang dengan tentera Rom takkan berlaku, ALLAH tahu tentera Rom mahukan perjanjian damai.

ALLAH tahu apa yang akan dilalui oleh tentera Muslimin, ALLAH tahu siapa yang akan berusaha, ALLAH tahu niat setiap usaha hambanya.

Jadi… Apa yang ALLAH mahu lihat? Kemenangan di Perang Tabuk? Tentulah bukan dan bukan..!!! Sebab kalau itu yang ALLAH mahukan... KUN FAYAKUN, dengan sekelip mata tentera Muslimin akan menang dengan mudah…

TETAPI...ALLAH mahu lihat yang ini ----> "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (29:2)

UJIAN...itu yang ALLAH mahu berikan dan itu yang ALLAH nilai. ALLAH melihat effort, pengorbanan, kesungguhan, alasan, keikhlasan, dengan ALLAH turunkan perintah berperang. 


Bagaimana kamu menghadapinya???
Mari membumi sedikit (^____^)... Apa perkaitannya dengan kita??? 

Cuba anda lihat sekeliling anda, ada seruan amal? 

Ada peluang buat kebaikan? Ada offer kerja Fisabilillah? 

Ada atau tiada? Mesti, surely dan pasti ada... 


~contoh yang mudah~ 
  • A: Jom pergi masjid.
  • B: engkau pergi dulu, besok inshaALLAH belum tentu aku sampai.
Bagaimana anda menghadapinya? Apa alasan anda?  

Mahu sahut atau mahu tolak? Tepuk dada, tanya iman...


"Tidaklah sama antara mu’min yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan ALLAH dengan harta mereka dan jiwanya.”

ALLAH melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk dengan satu darjat.

Kalau anda sudah menjadi pelaku-pelaku itu. Maka Syabas!!! Teruskan melangkah dengan gagah dengan niat hanya kerana ALLAH. 

Kalau belum, jadi tunggu apa lagi??? Rebut-rebut peluang yang ada! Masih belum terlambat, jangan kira natijahnya kerana ALLAH tidak lihat itu. TAPI ALLAH lihat USAHA KAMU!!!


~Final Exam Mood~ (^_^) Bittaufiq ma'an najah fil imtihan!!!

I'm waiting for finish 5 exam paper: Malaysian Studies + Qawaid Fiqhiyyah + Fiqh Munakahat + Mabahith Adillat Al-Ahkam + Elektif ICT.. 

Alhamdulillah, ana dah selesai m'jawab 3 subjects : Akhlak Tasawwuf + Creative Thinking Problem Solving + Islamic Family Law {subjek paling killer!!!} ~29 June : I will return to my hometown, Pahang...(^_^)~

*atikah_humairah@wehdatul fikrah* Chaiyok2!!! Aja2 fighting!!!

{tribute: Mujahidah Hanisah, Wan Nur Najwa, Nurul Azyan, Syafiqh Azmi, Mohd Asri 4 editing artikel SPMM... Barakallahu fikum...}